|
PENUNGGU RUMAH PART 3
sorry, sorry busy sikit 2, 3 menjak ni. So nak continue cerita yang lepas, actually kan, gangguan kat rumah tu, biasa-biasa sahaja, compare dengan sebelah rumah. Anak beranak kena buatan orang, kalau mana yang ade kelebihan tu, memang jelas lah boleh nampak dekat rumah jiran tu, bersenggayut-sengayut, katanya belaan orang yang di hantar ke rumah tersebut, sampai dah ada yang beranak pinak. Dan di khabar kan, mengikut penceritaan orang yang datang berubat dekat rumah jiran tu, tulang babi yang dah dijampi ada ditanam bawah rumah dia. Nak di keluarkn agak susah, sebab dah di konkrit.
Oh ya berbalik pada rumah aku tu kan, ada satu subuh, si penunggu ni mengejut anak buah anak aku. Siap pegang kaki suruh bangun. Pernah jugalah, satu hari tu, aku tidur berdua dengan anak buah aku, dalam bilik aku, bilik aku ni ada 2 katil, masa tu malam, memang tidur tak tutup lampu, sebab masa tu aku dalam tempoh berubat, so agak fobia sikit dengan gelap, dengan jelas anak buah aku nampak ada seorang perempuan, bersembahyang di penjuru katil yang aku tidur, betul-betul atas kepala aku, cuma dia kata, arah kiblat yang dia sembahyang tu, tak sama macam kita, mukanya dah sedikit berkedut. Jiran-jiran aku pun selalu juga nampak, kelibat ni pada waktu mahgrib, di sekitar rumah, sekeliling rumah aku ni, ada banyak pokok kenanga yang berbau wangi tu. Gangguan macam tu jerklah, tak adalah dia buat aku sekeluarga rasa terancam ke apa. Pernah lah jumpa satu orang yang bijak pandai dalam bab-bab ni, dia cuma kata, benda tu tak mengacau pun, jin, tempat dia katanya, dari awal seblum ada kawasan penempatan, dia dah lama duduk situ. Dia islam. tapi, sebaik-baik jin, sejahat-jahat manusia, allahualam.
Kaurang pernah nampak toyol tak? Ini pengalaman aku sendiri lah, waktu maghrib, real dalam rumah. Kecik je toyol ni. Cuma aku tak nampak betul-betul lah, aku cuma nampak dia di belakang langsir pintu bilik adik aku. Aku lintang pukang lari turun ke bawah. Tak tahu apa benda yang di takutkan. Ni aku nak cerita suara hilaian, kerap jugaklah aku dengar.
Masa tu aku nak PMR. So konon, selalu jugaklah study malam, 1st time aku dengar..aku dengar suara tu dekat. Tak tunggu lama, tutup buku, terus tidur dengan mak aku. Second time, masa tu.. aku tengah study juga, kononnya sambil tunggu kakak aku dari KL pulang ke kampung. Kerling jam, 2.30 pagi, tak lama lepas tu, dengar bunyi kereta. Alhamdulillah sampai jugak. Orang jalan jauh mesti jauhkan, so diaorang mintak lah aku masakkan maggie, masatu mak abah aku, dah selamat diulit mimpi. So sementara diaorang mengemas barang, aku segera lah ke dapur. Sediakan bahan-bahan nak masakkan maggie (nak masak maggie je, tapi sediakan bahan macam nak masak rendang) untuk dia orang ni, aku nyanyi-nyanyi perlahan, tetiba aku macam dengar suara ketawa, nyaring, dan sayup-sayup. Aku tak syak apa-apa sebabnya, barisan depan rumah aku, selang 2 buah rumah, ada buat kenduri kahiwn, aku anggap suara tu datang dari rumah tersebut. Maklulamlah rumah kampung kan, tradisi rewang tu, memang tradisi orang kampung. So siap ja masak maggie tu, aku masuk tidur
Keesokkan pagi nya dalam pukul 8 lebih, kedengaran riuh dari ruang bawah, aku pun turun, oh rupanya
jiran aku datang. Dia tengah berborak dengan mak aku. Aku cuba curi-curi dengar, menurut jiran aku, dia baru pulang dari rumah jiran aku, niat hati nak angkat lah telur pindang yang dah direbus 3 hari 3 malam tu. Aneh, telur yang di rebus 3 hari tak masak, masih mentah. Menurut jirang aku macam dah tertegur. Malam tu, tuan rumah yang nak buat kenduri kahwin tu, duduk di ruang masak di belkang rumah, mengemas-ngemas apa yang patut, sekali mereka ternampak di belakang rumah mereka, cik pon di atas pokok, mengilai-ngilai, lari lintang pukang tuan rumah masuk ke dalam rumah, Aku menyampuk "lah yang tadi malam yang mengilai-ngilai tu, datang dari rumah mak cik ros ke, kita pun dengar jugak tadi malam" Tuan rumah demam pagi tu, hihi
Alkisahnya pagi tu, jemaah rewang terpkasa lah rebus telur baru, tak jadi lah telur pindang tu. Ok, aku petang nanti aku sambung lagi ye, ada kerja ni... |
|