Pertandingan nama anak panda tidak lama lagiAnak panda dilahirkan ibunya Liang Liang pada 1.45 tengah hari pada 18 Ogos lalu dikuarantin selama dua bulan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), Ulu Kelang. - Foto Bernama
[size=100%]KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Rakyat Malaysia berpeluang menamakan anak panda yang dilahirkan baru-baru ini dalam satu pertandingan yang akan diadakan tidak lama lagi. Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata pertandingan itu dijangka akan diadakan tiga bulan dari tarikh anak panda itu dilahirkan pada 18 Ogos lepas. Beliau berkata Zoo Negara telah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang meluluskan penganjuran pertandingan tersebut. “Keputusan bagi menganjurkan pertandingan itu adalah untuk menarik sebanyak mungkin penyertaan oleh masyarakat di seluruh negara,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Rosly berkata bagaimanapun, syarat-syarat penyertaan hanya akan diumumkan setelah mengambil kira keadaan dan kesihatan anak panda itu apabila ia boleh dikunjungi di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) nanti. Anak panda itu dilahirkan panda gergasi betina bernama Liang Liang, yang dipinjamkan oleh kerajaan China kepada Malaysia bersama seekor lagi panda gergasi jantan, Xing Xing, bagi tempoh 10 tahun bermula 2014. Mengulas keadaan anak panda itu, Rosly berkata ia kini berada dalam keadaan sihat dengan penambahan berat sebanyak 15 gram kepada 190 gram. “Semalam, pihak veterinar telah mengasingkan anak panda itu untuk mengambil berat serta mengukur panjangnya…yang berubah cuma berat sahaja namun panjangnya masih sama,” katanya. Mengulas keadaan anak panda itu, Rosly berkata ia kini berada dalam keadaan sihat dengan penambahan berat sebanyak 15 gram kepada 190 gram. – Foto BernamaDalam pada itu, katanya Malaysia akan memohon untuk melanjutkan tempoh anak panda itu berada di negara ini kepada empat tahun, berbanding dua tahun yang ditetapkan dalam perjanjian dengan China. “Perkara ini mungkin mustahil namun kami akan tetap menghantar permohonan bagi mendapat kebenaran untuk lanjutan itu, ia juga bagi memberi peluang agar rakyat Malaysia dapat melihat anak panda itu lebih lama,” katanya. Sementara itu, Rosly berkata kos penjagaan anak panda itu mencecah RM3,000 sebulan. Katanya, Malaysia juga perlu membuat bayaran one-off sebanyak US$600,000 kepada China susulan kelahiran anak panda berkenaan dan pihaknya turut mencari penaja bagi tujuan itu. Pasangan panda gergasi itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. Pada 25 Jun tahun lepas, Najib mengumumkan nama baharu pasangan panda berkenaan iaitu Xing Xing (kemakmuran) bagi panda gergasi jantan dan Liang Liang (cantik) bagi panda gergasi betina semasa ia berada di negara ini.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/24/pertandingan-nama-anak-panda-tidak-lama-lagi/#ixzz3jmVn3xMp
|