CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
Post time 1-2-2015 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm jantan plak niki neh.. aku ingat die nak berkelubung dalam selimut sambil gigil2 sorang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2015 12:11 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-2-2015 11:30 AM
Dah mcm jantan plak niki neh.. aku ingat die nak berkelubung dalam selimut sambil gigil2 sorang2

Nicki pun lelaki sejati maaa...

takkan abam sado macam conan jek yang berani..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-2-2015 12:11 PM
Nicki pun lelaki sejati maaa...

takkan abam sado macam conan jek yang berani..

Sado la sangat conan tuuu.. merajuk mcm pompuan...aawwww sangat tawwww
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 12:51 PM | Show all posts
Conan Sado tapi hati ada Taman Astakona.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-2-2015 12:51 PM
Conan Sado tapi hati ada Taman Astakona.....

Nicki jambu..conan sado.. ipo?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 01:15 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-2-2015 01:09 PM
Nicki jambu..conan sado.. ipo?

Ipo? Errr...

Kategori manis-manis buah gitu, boleh?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2015 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-2-2015 01:15 PM
Ipo? Errr...

Kategori manis-manis buah gitu, boleh?

Buah apa? Jambu? Durian?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 03:49 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-2-2015 01:15 PM
Ipo? Errr...

Kategori manis-manis buah gitu, boleh?

amboih...manis-manis buah...yummy...rasa nak makan manggis plak nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2015 03:49 PM | Show all posts

durian mahal skarang..
jambu air aku suka..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 05:08 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-2-2015 03:49 PM
durian mahal skarang..
jambu air aku suka..

Jambu air dah habis....


























































Yang ini boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 05:28 PM | Show all posts

err...apa ni?..tak dak gambar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 05:40 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 13-2-2015 12:02 AM

BAB 7


KERETA diparkir di tempat kawasan letak kereta di sebelah bangunan makmal. Alif menarik nafas dalam-dalam. Dia perlu bersemuka dengan Ryan dan jika terpaksa dia rela terbunuh jika itu dapat memulihkan keadaan. Dalam erti kata lain, dia akan cuba pujuk Ryan dan jika Ryan berkeras juga, dia tiada pilihan lain melainkan membocorkan rahsia Ryan selama ini.

Kakinya diatur kemas ke arah pintu masuk makmal ABC yang kini sudah diketuai oleh Ryan dan beberapa orang ahli mikrobiology yang lain termasuk juga beberapa orang ahli kimia yang turut sama bersekongkol dengan Ryan dalam menjayakan projek gila itu. Butang loceng ditekan beberapa kali. Sebaik mendengar suara bertanya, dia menyatakan tujuannya untuk berjumpa dengan Ryan. Pintu dibuka.

Alif melangkah ke bilik yang cukup luas. Bilik seorang saintis yang terkenal dan bilik yang sepatutnya dihuni oleh Kurt. Pintu diketuk beberapa kali. Kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk.

Ryan terkejut melihat Alif sudah terpacak di muka pintu. Dia cuba berlagak selamba. Dia tahu tujuan kedatangan Alif kali ini. Alif dijemput duduk. Alif yang dari tadi tercegat di muka pintu masih membantu di situ. Dari riak Ryan, dia sudah tahu lelaki itu tidak akan melayan apa juga permintaannya. Namun, untuk apa dia terus berada dalam keadaan seperti itu. Perlahan dia melangkah ke arah Ryan yang tersenyum manis di depannya.

"Ada apa?" Ryan mula bersuara setelah Alif mula melabuhkan punggung di situ.

Alif masih diam. Dia memerhati sekitar bilik itu. Penuh dengan spesimen untuk bahan ujikaji yang kebanyakannya adalah binatang. Ya..binatang yang menjadi mangsa setiap kali satu projek dimulakan. Tidak mustahil semua itu kerana syarikat kosmetik juga menggunakan binatang sebagai bahan ujikaji untuk produk yang dikaji. Matanya beralih pada Ryan. Sikap Ryan yang mendesak dan ingin mencuba perkara baru telah mengubah semua itu. Bukan binatang yang dijadikan bahan kajian tetapi manusia!

"Aku nak berhenti dari kerja gila ni." Alif berkata tegas. Mata tajam memandang Ryan yang tersenyum sinis kepadanya.

"Kau kan tahu, kau perlu tunaikan syarat aku sebelum aku beri antidot. Itu syarat aku dulu. Kau dah lupa janji kau?" Balas Ryan dengan sinis.

Alif mengetap bibir. Kedua tangannya digenggam kuat. "Pergi jahanam dengan syarat kau!"

"Wow! Sekarang kau dah pandai melawan! Bravo bro! FYI, enzim tu akan aktifkan otak dan ia akan semakin ganas bila cuba melawan. Apa kau tak takut?" Sindir Ryan.


"Aku tak takut!" Alif bingkas bangun. Dia menapak kasar ke muka pintu.


Ryan masih dengan senyuman sinisnya. Dia pasti Alif tak akan melakukan perkara bodoh. Kalau tidak, adiknya akan selamanya lumpuh! Bila-bila masa dia boleh arahkan pihak hospital hentikan rawatan. Alif tiada pilihan lain.


"Aku akan pastikan kau terima padahnya Ryan!" Sempat Alif berpaling sebelum meninggalkan bilik itu.


Balang yang mengandungi spesimen dan bahan kimia di dalam botol yang disusun di tepi atas meja ditolak dengan kuat. Pecah berderai membuakkan isi dalamnya sehingga bersepah di atas lantai. Alif mengetap bibir. Dia menolak kasar daun pintu terus meninggalkan bangunan makmal itu. Pekerja makmal yang berada di situ saling berpandangan. Terpaksa mereka membersihkan dan mengemas Ethanol dan spesimen katak dan monyet yang sudah berterabur dan melimpahi lantai.


Ryan bercekak pinggang melihat semua itu. Dinding ditumbuk kuat. Dia kembali ke bilik dan mengambil fail ujikaji. Lalu langkahnya diatur ke bilik analisa. Dua orang pembantunya sedang sibuk melakukan ujikaji di situ.


"Sellie, aku nak kau teruskan projek ni. Enzim dari Clostridium botulinum tu masih belum cukup kuat. Kau estrak dulu enzim tu dari kultur tulen dan lepas kau siap, kau panggil aku. Aku akan lakukan tugas seterusnya." Arah Ryan kepada Sellie yang begitu berdedikasi membuat kerja makmal.


Sellie hanya mengangguk. Fail bertukar tangan. Maklumat dalam fail itu dibelek dan dibaca sekilas. Dia intai Ryan yang sudah menapak keluar dari bilik analisa. Segera dia mencatat segala apa yang ada di dalam fail itu diambil foto lalu dihantar kepada Hanna. Berhati-hati Sellie melakukan ujian seperti yang diarahkan oleh Ryan tadi. Tugasnya hanya perlu ekstrakkan enzim dari bakteria yang boleh hidup tanpa oksigen itu. Kultur tulen bakteria itu dimasukkan ke dalam nutrien untuk pertumbuhan sebelum dieramkan pada suhu 35 darjah celcius dalam keadaan tanpa oksigen. Spora dari bakteria itu akan diambil untuk proses pengekstrakan enzim nanti. Selepas itu, Ryan akan mengambilalih tugas itu dan itu bermakna proses ubahsuai genetik itu nanti adalah rahsia Ryan sendiri.


"Aku perlu cari jalan untuk dapatkan formula tu..." Sellie masih berfikir cara yang paling selamat untuknya mendapatkan formula dari proses kejuruteraan genetik dengan teknik GMO. Perlahan dia meletakkan kamera tersembunyi hanya menghala tepat ke arah Biohazard Safety cabinet, tempat di mana Ryan akan lakukan proses ubahsuai genetik itu nanti.


Setelah siap semuanya, Sellie mula menapak keluar dari bilik analisa. Waktu makan tengahari sudah sepuluh minit berlalu. Bergegas Sellie menuju ke kereta. Hari ini dia perlu berjumpa dengan Ipo. Dia terpaksa beri kerjasama kepada Ipo dalam kes itu walaupun terasa janggal bila berdua dengan lelaki itu yang sukar didekati. Pertama kali bertentang mata, dia seperti dapat merasa satu rasa yang aneh dalam hati. Langkah Sellie semakin laju menghala ke tempat letak kereta. Kereta dipecut laju ke sebuah restoran, dia sudah berjanji dengan Ipo untuk makan tengahari bersama nanti sambil berbincang tentang kes itu. Kereta diparkir di depan restoran.

"Kau Sellie kan?"

Langkah Sellie terhenti. Dia menoleh. Seorang gadis yang cukup dikenali sedang berdiri di belakangnya. Sudah banyak berubah gadis itu sekarang ini. Sejak berhenti dari makmal ABC, dia juga tidak tahu ke mana gadis itu menghilang selepas gadis itu berhenti dari makmal itu sebagai pembantu kanan Kurt dulu. Mungkin gadis itu dipecat oleh Ryan.

"Lama tak nampak kau?" Sellie mengukir senyum.

"Kau kenal aku?" Nayla  sedikit kaget.

"Ya..Hanna yang selalu cerita hal kau dan kes Kurt." Jawab Sellie, masih mengukir senyum.

Nayla tunduk. Hanna begitu baik selama ini. Jadi, dia merasa terhutang budi untuk menolong Hanna pulihkan semula ingatan Kurt. Dia perlu tahu siapa pembunuh itu. Nota kaki itu petunjuknya. Namun, Sellie tidak perlu tahu ke mana dia menghilang selama ini. Apa yang dilakukannya adalah rahsia antaranya dengan Hanna. Dia cuba mencari siapa yang menghantar surat kepada Hanna. Mungkin orang itu tahu apa yang sudah terjadi dengan Kurt.

"Aku dengar...kau dah kerja di makmal ABC tu. Kau jadi pembantu Ryan kan?" Soal Nayla pula.

"Ya..sementara saja. Aku sebenarnya bekerja dengan Hanna. Kau kerja kat mana sekarang?" Ramah Sellie bertanya.

"Aku tak kerja..masih mencari kerja. Anyway, nice meeting you." Nayla mengukir senyum dan beredar dari situ.

Sellie hanya melihat Nayla yang sudah memasuki kereta dan mula meninggalkan kawasan letak kereta itu. Dia kemudian menapak ke restoran. Kelibat Ipo dicari. Bibirnya mula mengukir senyum. Lelaki itu kelihatan sedang mencari meja kosong, mungkin baru juga sampai agaknya. Dia mula mengatur langkah ke arah Ipo.


NAYLA memerhati dari dalam kereta. Tadi, sengaja dia pandu keretanya keluar dari situ dan kemudian berpatah semula. Dari situ, dia melihat Sellie sedang berbual dengan seorang lelaki.

"Buat apa dia jumpa Ipo?" Nayla berkerut kening.

Dia tahu, Ipo adalah juga seorang ahli mikrobiologi dulu yang sama-sama bekerja dalam bidang penyelidikan sama seperti Kurt, Hanna dan Ryan. Bezanya, Ipo bekerja di makmal lain. Apa yang dia tidak tahu, siapa Ipo sebenarnya. Kerap kali juga dia melihat lelaki itu bertemu Ryan dulu sebelum Kurt hilang. Apakah Ipo bersekongkol dengan Ryan?Agak lama dia memerhati tingkah keduanya. Nombor Hanna dihubungi. Lama berbual dengan Hanna, talian diputuskan.

"Hmm..aku yang salah anggap.." Nayla merasa lega. Nampaknya Ipo juga turut menolong Hanna dalam kes itu.

Nayla segera memandu keluar dari tempat itu tetapi sekali lagi dia berhentikan kereta. Seorang gadis yang sedang beriringan dengan seorang lelaki sedang menuju ke restoran itu. Membuntang melihat rupa paras gadis itu bersama lelaki yang pernah dia jumpa di tasik dulu. Nayla terus saja matikan enjin kereta dan segera menapak keluar dari kereta. Laju langkahnya mengekori pasangan itu. Dia mengintai dari celah pokok renek, tidak jauh dari restoran itu. Beberapa kali dia menelan liur. Banyak kali matanya digenyeh. Ternyata dia bukan bermimpi. Apa yang terbentang di depan mata adalah benar. Bergenang kelopak matanya saat melihat insan yang sudah lama ingin ditemui. Dan hari ini...dia sudah dipertemukan semula dengan adik kandungnya sendiri.

"Arisha.." Hanya itu yang terlontar dari bibirnya.

Ingin saja Nayla menerpa dan memeluk erat tubuh gadis itu. Sudah lama dia mencari kembarnya yang terpisah sejak umur lima tahun. Mereka terpisah dek kerana nenek yang tidak sukakan ayah sebagai menantu di rumah besar itu. Ayah hanya seorang kerani biasa sedangkan ibu adalah anak orang berada dan berjawatan tinggi dalam syarikat kepunyaan nenek. Nenek memberi kata dua kepada kepada mak, ternyata mak memilih ayah dan meninggalkan semua harta termasuk dirinya kepada nenek. Dia dibela nenek dan Arisha pula tinggal dengan mak dan ayah.   Memang dia berjauh hati dengan kedua orang tuanya yang seolah tidak sayangkannya lagi.  Hanya gambar saja yang menjadi pengubat rindu. Malah nenek langsung tidak ceritakan yang dia mempunyai kembar seiras. Sejak masuk alam persekolahan dan universiti, dia sendiri berusaha mencari di mana Arisha dan kedua orang tuanya namun semuanya menemui jalan buntu. Nenek pula asyik meleterinya yang begitu degil dan tidak mahu bekerja di syarikat milik nenek.

"Aku harus jumpa Arisha...mak..ayah..rindu.." Nayla mengesat air mata yang tumpah juga ke pipi.

Dia yang masih tunduk mula mendongak bila terasa bahunya dicuit. Saat menoleh, kaku seketika. Alif???






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 05:40 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-2-2015 06:05 PM

edited..............sorry..post benda sama kekdahnya..tadi tak kuar2..bila tekan reply..banyak pula kuarnya



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 06:03 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-2-2015 06:04 PM

edited..............sorry momod..terpost benda sama




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 06:03 PM | Show all posts
ALAMAK!!!! NAPE TRIPLE pulak aku post ni???
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 06:12 PM | Show all posts

gambor apo ko tepeks neh?
aku nampak puteh jahh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2015 06:33 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-2-2015 06:12 PM
gambor apo ko tepeks neh?
aku nampak puteh jahh

aku ingat aku sorang jek yang tak nampak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 06:36 PM | Show all posts
Hari ni, entah nape aku melekat kat CARI ni..
pening dengan report kekdahnya..meroyan kat forum ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 06:38 PM | Show all posts
Tak nampak? Okay aje ni ha....

Cari problem ke?

Takpe. Jom kita main teka-teki. Gambar apakah itu?


Ppppssstttt.....Conan. Gambo yg hang tepek kat benang sinun pun aku tak boleh view.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 07:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-2-2015 06:38 PM
Tak nampak?  Okay aje ni ha....

Cari problem ke?

Pc aku tak leh view...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.066868 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list