CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 24-12-2014 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 24-12-2014 11:41 AM
Rayyan dapat merasakan ini mungkin pertemuan yang terakhir antara mereka. Pasti ada hikmah yang ters ...

Cerdik betul Rayyan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rayyan tgh frust. Huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 11:13 PM | Show all posts

Bab 15

Edited by elia201 at 5-1-2015 07:51 PM

Hari yang dinanti tiba jua. Walaupun cuma upacara merisik dan bertunang suasana meriah seperti majlis pernikahan. Khalid segak berpakaian baju Melayu berwarna hijau muda.  Sampin  sedondon dipakai. Songkok dikepala pelengkap penampilan.

Rayyan hanya merenung segala dulang hantaran yang tersusun cantik. Pilu mula terasa. Cepat cepat dia membuang segala tanggapan yang berada difikiran. Kebahagian Karl adalah kebahagiaannya jua.

Di hadapan rumah ibu bapa Jie, wakil pihak perempuan menyambut rombongan keluarga lelaki dengan mesra.

Upacara merisik bakal bermula. Rayyan tidak sanggup untuk berada di situasi itu. Dia hanya menunggu di luar. Tengku Safiah dan Tan Sri Isa hanya membiarkan.

Dari luar kedengaran gelak tawa didalam rumah. Satu suara mengumumkan masa untuk menyarung cincin. Dada Rayyan berdebar. Terbayang Mama menyarung cincin ke jari manis bakal menantunya.

Semoga you bahagia dengan Karl, Jie !  Dia tidak betah berada disitu lebih lama lagi. Langkah diatur menuju ke kereta untuk pergi jauh merawat hati yang duka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 24-12-2014 03:13 PM
Hari yang dinanti tiba jua. Walaupun cuma upacara merisik dan bertunang suasana meriah seperti majli ...

terbalik.
Orang dulu merisik coz si laki dan si gurl tak rapat and jln berdua.
Orang skang, dah pegang dan keluar risik2 bagai. ’Cerdik’.

Ko dah tau dia single, risik lagi?
Memang .........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 11:47 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:10 AM

Baju kurung moden dan kasut tumit yang dipakai menyukarkan perjalanannya. Mata melilau mencari kelibat seseorang. Jumpa ! Pantas langkah dihayun mengejar.

"You tak nak ucap tahniah dekat I ke?." Satu suara menanya dari arah belakang. Rasa macam kenal.. Rayyan berpaling. Alangkah terperanjatnya dia melihat Jie. Gadis itu nampak sangat jelita. Rayyan cepat tersedar. Dihadapannya kini adalah tunang kepada adiknya sendiri.

"Tahniah you !" Rayyan cuba senyum walau nampak hambar.

Tak semena mena satu tamparan hinggap dipipi. Pijar dirasakan dipipi Rayyan. Wajah Jie direnung tanda tidak mengerti tindakan gadis itu menamparnya.

"You memang teringin sangat nak beradik ipar kan I ke?" Geram mula dirasakan. Rayyan seperti tidak bersungguh mencintainya.

"The truth is kakak I Viana yang bertunang dengan adik you today."

"Wait wait.." Wajah Rayyan mula bercahaya. " So you tak jadi bertunang dengan Karl?  Biar betul Jie. I tak mimpi kan?" Rasanya dia adalah lelaki paling bahagia saat ini.

"You nak I tampar you lagi ke, nak tahu mimpi ke tidak?"Jie mula mengangkat tangan untuk melayangkan satu lagi tamparan namun terhenti apabila Rayyan menggenggam erat tangannya.

"Tak naklah ! Sakit !Tapi I still tak faham. Macam mana tiba tiba kakak you boleh dengan Karl pulak?" Rayyan mula kehairanan. Takkan Khalid berubah hati secepat itu sedangkan adiknya memang bermatian untuk mendapatkan Jie. Pelik !

" Nanti I cerita. Marilah masuk jumpa Mommy dengan Daddy I." Jie mempelawa. Rayyan hanya menurut. Hati mula berbunga bahagia.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 11:54 PM | Show all posts
Esmiria posted on 24-12-2014 11:22 PM
terbalik.
Orang dulu merisik coz si laki dan si gurl tak rapat and jln berdua.
Orang skang, dah  ...

adat le tu..
kene risik jugak

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-12-2014 12:40 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:33 AM

Rayyan mengerti kini. Rupanya, Khalid dan Viana pernah menjadi pasangan kekasih sewaktu mereka menuntut di University of Southampton. Namun hubungan mereka terputus ditengah jalan. Pertemuan semula secara tak sengaja membibitkan kembali cinta antara mereka. Maka supaya tidak kehilangan lagi cinta pertamanya, Khalid ingin ikatan pertunangan disegerakan.

Baik Khalid maupun Viana berpura pura rombongan merisik ini adalah untuk Jie sekadar menguji sejauh mana kekuatan cinta antara Rayyan dan Jie. Patutlah selama menanti rombongan merisik Viana excited terlebih. Rupanya ini adalah majlis untuk merisik dirinya. Jie rasa kelakar mengingat semula bagaimana dirinya menangis meminta Mommy membatalkan majlis.

Ternyata kedua ibu bapa mereka juga berpakat menjadi 'dalang' untuk mengenakan Rayyan dan Jie. Sangatlah tidak patut !

Hanya hal Zeeta yang masih belum selesai. Akan difikirkan penyelesaiannya.

Rayyan bersyukur segala kekusutan mula terlerai. Tanpa sedar tubuh gadis itu dirangkul erat. Rasa tak mahu dilepas lagi.

"Ehem.. ehem.. kalau iya pun nak berpeluk sakan tunggu lepas nikah nanti." Terdengar satu suara menyindir. Seorang lelaki segak berusia muncul.

Rayyan dan Jie tersipu malu.

"Ini Daddy I tau bukan 'Sugar Daddy'." Jie memperkenalkan Dato Hanafi kepada Rayyan.

Rayyan menghulur tangan, bersalam, tanda hormat. Terjawab sudah persoalan lelaki yang dilihat mencium pipi gadis kesayangannya.  

" So inilah Rayyan Hardy yang dapat pikat hati anak Daddy ?" Jie hanya mengiyakan.

" Tak sangka kita boleh jadi besan." Entah bila Tengku Safiah dan Maznah muncul.Tengku Safiah tidak menyangka akan berbesan dengan teman sekampusnya.

"So boleh disekalikan ke tarikh langsung anak anak kita?" Tengku Safiah ingin kepastian dari Maznah.

"Tanya lah empunya diri. Maz ikut aje." Maznah menyerahkan kepada anaknya membuat segala keputusan. "Rayyan macam mana? Setuju ke?"

"Kalau boleh sekarang jugak Ray nak nikah dengan anak Aunty ni." Rayyan berseloroh. Takut melepas kali kedua.  Pantas Jie mencubit lengan Rayyan.

"Kita settle kan Vee dulu lah Mommy." Jie menyuarakan keputusannya. "You tak kisah kan kita hold dulu?" Wajah Rayyan ditenung inginkan jawapan.

Rayyan terpaksa menurut walau hatinya membantah.

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 24-12-2014 04:40 PM
Rayyan mengerti kini. Rupanya, Khalid dan Viana pernah menjadi pasangan kekasih sewaktu mereka menun ...

kot ye pun sabarlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2014 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts

Bab 16

Edited by elia201 at 5-1-2015 07:52 PM

Masa terasa semakin cepat berlalu. Esok majlis pernikahan antara Khalid dan Viana bakal berlangsung. Debaran mula dirasakan Khalid. Siapa menduga dia bertemu semula cinta pertamanya !

Tidak mahu membuang masa mengejar Jie yang tak pernah mencintainya , Khalid nekad memilih Viana sebagai teman hidup. Lagi pula bayangan Jie terus luput di hati sebaik saja Viana ditemui.

Khalid tersenyum mengingatkan 'kegilaannya' berebut seorang gadis dengan abang kandung sendiri. Memang kerja gila !

" Bakal pengantin senyum sorang sorang nampak." Rayyan mula mengusik.

" Tak ada lah. I cuma kelakar. By the way I nak minta maaf sebab make thing hard for you and Jie." Khalid ralat mengenangkan 'sengketa' mereka dulu.

Rayyan cuma senyum. "Tak kisah pun. You tetap adik I dunia akhirat even you jadi kahwin dengan Jie. Yeah it will hurt me. But at least I tahu you akan jaga Jie dengan baik." Jujur itulah yang dirasa sekiranya jodoh memihak kepada Khalid.

" She is yours, bro! You jaga dia baik baik. I hope you bahagia dengan Jie sehingga ke akhir hayat."

"Hopefully !" Rayyan juga berharap Khalid akan bahagia dengan pilihan hatinya.

Tan Sri Isa hanya tersenyum melihat kedua beradik itu dari jauh. Dia bersyukur segalanya berakhir dengan baik. Doa dipanjatkan agar kedua anak yang dimiliki mendapat kebahagiaan hidup. Last edited by elia201 on 25-12-2014 11:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 25-12-2014 02:30 AM
Masa terasa semakin cepat berlalu. Esok majlis pernikahan antara Khalid dan Viana bakal berlangsung. ...

terus lupa..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:36 AM | Show all posts
elia201 posted on 25-12-2014 02:30 AM
Masa terasa semakin cepat berlalu. Esok majlis pernikahan antara Khalid dan Viana bakal berlangsung. ...

aku dah expect ending cter ni ialah kawen. Last edited by Esmiria on 25-12-2014 03:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:12 AM

Suasana meriah dirasakan di banglo mewah Dato Hanafi. Lagu For The Rest of My Life dendangan Maher Zain berkumandang di udara. Pasangan mempelai sama cantik sama padan tersipu malu dipelamin.

Jie yang dari tadi sibuk melayan tetamu yang tidak putus putus datang lincah berjalan ke sana sini. Sengaja Mommy dan Daddy membuat majlis dirumah. Suka tetamu bertandang ke rumah. Lebih meriah.

" Najiha !"

Satu suara memanggil namanya. Jie kaget. Setahunya hanya ada seorang memanggilnya begitu. Takkanlah....

"Zack?!" Wajah kacak yang pernah menghancurkan hatinya ditenung. " Siapa jemput you datang?"

Zack tahu dia tidak dijemput. Cuma hatinya teruja untuk datang setelah mendapat khabar dari teman universiti dulu. Hasrat hati untuk menemui Jie.


Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 25-12-2014 04:12 AM
Suasana meriah dirasakan di banglo mewah Dato Hanafi. Lagu For The Rest of My Life dendangan Maher Z ...

dah nk hbis ke crite ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2014 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 25-12-2014 12:27 PM
dah nk hbis ke crite ni?

Mcm belom jer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala..zack ni myibuk je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2014 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajah gadis yang selama ini didamba ditenung. Masih cantik seperti selalu. Zack lega apabila mengetahui hari ini adalah majlis perkahwinan Viana. Bermakna Jie masih lagi belum dimiliki sesiapa dan peluang untuk menawan hati gadis itu semula masih ada.

"How's life?" Zack memula bicara apabila melihat aksi dingin yang dipamer Jie.

" Well, nothing to do with you!" Jie benci untuk menatap wajah itu lagi. " I rasa you boleh balik sekarang!"  Tanpa sedar Jie menghalau.

"Siapa lelaki ini sayang?" Rayyan muncul setelah jenuh memerhati dari jauh.

"Kawan masa kat U dulu." Jie berdalih.

" Kenalkan ini Zack. Zack ini bakal suami I, Rayyan Hardy. Kahwin nanti jangan lupa datang k. Kami akan jemput." Sengaja Jie berkata begitu. Lengan Rayyan dipaut mesra.

Wajah Zack berubah riak.

Rayyan menghulur tangan berjabat. Zack teragak agak menyambut. Hampa mula dirasakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam posted on 25-12-2014 04:53 AM
Ala..zack ni myibuk je

sy dpt rasa Zack hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 25-12-2014 01:47 PM
sy dpt rasa Zack hensem.

Akk pun ase zack ensem..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts

Bab 17

Edited by elia201 at 5-1-2015 07:54 PM

Zeeta merenung wajah dihadapannya. Natural beauty! Meskipun tanpa secalit mekap diwajah, gadis itu tetap kelihatan menarik. Dalam diam cemburu mula terbit dihati. Padanlah Rayyan tergila gila.. Dia sebagai seorang wanita pun terpukau dengan kecantikan yang dimiliki apatah lagi kaum adam yang melihat.

"You memang cantik ! No wonder Rayyan gilakan you !" Zeeta memuji ikhlas."Anyway I minta maaf sebab berkasar dengan you dulu."

Jie cuma tersenyum mendengar pujian Zeeta. Baginya gadis dihadapannya apa kurangnya. Zeeta tinggi lampai persis model, berwajah bujur sirih dan berkulit putih melepak. Serius andai kata Zeeta masuk pertandingan 'Miss World' Jie yakin 3 tempat teratas bakal menjadi milik Zeeta.

"Anyway kenapa you ajak I jumpa?" Jie memula bicara. Wajah cantik dihadapannya direnung.

" Saje. I nak mulakan hidup baru. Selama ini I sibuk kejar lelaki yang memang sah sah tak nakkan I. Our engagement pun dah officially putus. So, I nak start fresh and may be I akan further study kat US." Zeeta pasrah akhirnya. Benar kata orang cinta tak boleh dipaksa. Dia terpaksa akur akan hakikat itu.

Jie simpati. Dia memahami perasaan Zeeta. Dia juga pernah 'sakit' akibat terluka. Mungkin kes Zeeta berbeza namun Jie yakin sakit yang dirasa tetap sama. Pedih ! Spontan tangan Zeeta disentuh. Memberi semangat.

"I faham perasaan you Zeeta. I minta maaf sebab muncul antara you and Rayyan. Apapun, I harap you akan jumpa someone better in future." Ikhlas berharap Zeeta akan berbahagia jua satu hari nanti.

Zeeta tersentuh hati dengan kata kata yang tulus dirasakan keluar dari mulut Jie. Rasa menyesal memusuhi gadis itu hanya kerana seorang lelaki.

"Thanks Jie!" Hanya itu yang terluah dibibir. Last edited by elia201 on 26-12-2014 07:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 26-12-2014 03:53 AM
Zeeta merenung wajah dihadapannya. Natural beauty! Meskipun tanpa secalit mekap diwajah, gadis itu t ...

Zeeta sgt hot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047554 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list