CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: GhostWalking

[Tempatan] Pelajar Hilang Selepas Sertai Marathon UPDATE #KENYATAAN BAPA

[Copy link]
Post time 4-11-2014 02:53 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 4-11-2014 02:31 PM
mntk la mak nya buat solat hajat....

dah.. bc kat blog dorang dah buat solat hajat dll.. bwk ustaz gak tp still tak dpt dikesan lagi!! sama2 lah kita berdoa agar adik ni selamat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 03:00 PM | Show all posts
zamnie posted on 4-11-2014 12:53 PM
dah.. bc kat blog dorang dah buat solat hajat dll.. bwk ustaz gak tp still tak dpt dikesan lagi!!  ...

solat taubat nk kne buat dulu...
rmi yg lupa bab ni...
tu la hrp2 doa dimakbulkn...
aku rs idop lg ni...in sha ALLAH...hya DIA mengetahui

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 03:22 PM | Show all posts
Datinaishah posted on 4-11-2014 02:28 PM
Bagi je emoticon muntah.. Tak kisah pun.. Nape tak bagi yang selalu ummah pprt le elohimla ummah s ...

bukan agama saya... agama allah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 03:22 PM | Show all posts
Ramai jugak ye kes hilang dalam hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 03:30 PM | Show all posts
berdoalah agar anak ni selamat....sebaya dgn anak ioul....sama2 sekolah menengah sains...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 03:35 PM | Show all posts
zamnie posted on 4-11-2014 02:53 PM
dah.. bc kat blog dorang dah buat solat hajat dll.. bwk ustaz gak tp still tak dpt dikesan lagi!!  ...

bg link blognye..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2014 03:47 PM | Show all posts
myvios posted on 4-11-2014 03:35 PM
bg link blognye..

taip je kat google ahmad rafikin keluar lah citer dia.. tp ada yg update the latest kat blog terengganu times kot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 04:39 PM | Show all posts
edee_91 posted on 4-11-2014 03:22 PM
bukan agama saya... agama allah...

Konfius aku Islam ke ni.. Kalo Islam prangai tak mcm ni.. Ooo Islam atas kp je kot.. Sukati awk la.. Kalau awk rasa menulis mcm ni awk dapat glamor .. Teruskan... Jgn risau kat sini ramai geng awk... Orange1 ada pasti Sedia  membantu awk.. .. Panggil je semua geng.. Saya kan berani kat belakang je kan.. Awk jgn risau laaaa kat sini semua takut pd awklaa.. Mana ayat ayat power awk.. Segala elohimla Pprtla ummah syiahla. Agama melayula..
Bagus Msia maju Ada org mcm ni... Last edited by Datinaishah on 4-11-2014 04:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 04:56 PM | Show all posts
haryatie posted on 4-11-2014 01:39 PM
masih x dijumpai lagi ker
kesiannya..
ada kes kat kampung aku..

yela sbb dia yg mengadap mase kawan dia meninggal and dia tak bleh nk wat ape2 untuk selamatkan kawan dia..mau x trauma..huhuhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 05:00 PM | Show all posts
HULU TERENGGANU - Anggota keluarga Ahmad Rafikin Azman, yakin pelajar Tingkatan Empat itu masih selamat, selepas hilang ketika menyertai perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom, Sekayu, Kuala Berang di sini sejak Sabtu.
            
        Neneknya Esah Abdul Karim, 69, berkata walaupun menyedari peluang tipis berikutan sudah masuk hari ketiga hari ini, namun gerak hati dan nalurinya kuat menyatakan Ahmad Rafikin, 16, masih berada dalam keadaan selamat, cuma 'disorokkan'.
         
        "Saya tahu peluang dia (untuk hidup) mungkin hanya 50-50 memandang sehingga hari ini, belum ada sebarang petunjuk ditemui walaupun pasukan penyelamat tidak putus-putus melakukan gerakan mencari.
            
        "Saya cuma mampu berdoa agar cucu saya berada dalam keadaan selamat dan harap dia kembali dengan selamat," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
            
        Katanya anggota keluarganya tidak pernah berputus asa dan sentiasa bertawakal melakukan solat hajat dan berdoa selain turut serta masuk hutan tebal bersama anggota penyelamat mencari pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu.
          
        Anggota keluarga mangsa melakukan pelbagai ikhtiar termasuk menggunakan khidmat pakar perubatan Islam dalam usaha membantu pihak anggota mencari dan menyelamat yang masih menemui jalan buntu walaupun kawasan pencarian diperluas dan penambahan 143 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi.
         
        Sabtu lalu, Ahmad Rafikin dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom di Hutan Lipur Sekayu dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira 6 petang hari kejadian.
            
        Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau tidak menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya diambilnya kira-kira 3 petang selepas acara itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 05:03 PM | Show all posts
Hutan Lipur Sekayu ditutup sementara untuk operasi cari pelajar






HULU TERENGGANU: Kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu ditutup sementara kepada orang ramai semasa operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar Tingkatan Empat yang hilang ketika menyertai perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom di sini, dua hari lepas, dijalankan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir, berkata kawasan Sekayu ditutup kepada awam petang tadi kerana kehadiran orang ramai yang 'cuba membantu' sebenarnya mengganggu kawasan pencarian itu.

"Kita terpaksa menutup seketika kawasan ini bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku terhadap keselamatan pengunjung yang cuba membantu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, cuaca gelap dan hujan lebat membahayakan keselamatan pengunjung yang bermandi manda ataupun berkelah di kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu.

Pusat peranginan itu akan dibuka seperti biasa selepas Ahmad Rafikin Azman, 16, dapat ditemui pihak penyelamat.

Rosli berkata, operasi mencari pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu masih menemui jalan buntu.

"Sehingga petang tadi, tiada petunjuk ditemui walaupun kawasan pencarian diperluaskan dan penambahan 143 anggota penyelamat dari pelbagai agensi," katanya.

Beliau meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran melalui media sosial seperti Whatsapp dan Facebook mengenai kejadian itu kerana ia mengelirukan orang ramai dan mengganggu emosi anggota keluarga mangsa.

- BERNAMA





        KETUA Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman (kiri) mendengar taklimat yang disampaikan anggota Bomba dan Penyelamat membabitkan laluan bagi mencari Ahmad Rafikin Azman, 16, yang hilang di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, kelmarin. - Foto Nazdy Harun








Sumber: http://www.bharian.com.my/node/15459


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 3-11-2014 09:16 AM
Bomoh meleis kata mesti disembunyikan bunian leknatullah

Cara rawatan Meleis nya memerlukan sekelompok pelajar pondok untuk upacara membaca kitab..Syafie ajar macam tu kot.


        Dalam pada itu, penduduk kampung serta 29 pelajar pondok Darul Iman turut mengadakan solat hajat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat itu. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyum sinis saja kalo mereka trus bertawakkal lepas solat hajat....

Yang penting bomoh meleis mula muncul dgn vision masing2..ummah bimbo pon keliru nk percaya elohim,bomoh ataupon rescue team.

Semoga adik tersebut dijumpai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:41 PM | Show all posts
Datinaishah posted on 4-11-2014 04:39 PM
Konfius aku Islam ke ni.. Kalo Islam prangai tak mcm ni.. Ooo Islam atas kp je kot.. Sukati awk la ...

ya awloh....

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:42 PM | Show all posts
famri7 posted on 4-11-2014 05:17 PM
Senyum sinis saja kalo mereka trus bertawakkal lepas solat hajat....

Yang penting bomoh meleis mu ...

Bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:42 PM | Show all posts
edee_91 posted on 4-11-2014 05:41 PM
ya awloh....

Bagus....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 05:43 PM | Show all posts
edee_91 posted on 4-11-2014 05:41 PM
ya awloh....

Bagus.. Mcm nilaaaahhh.. Ummah yang memajukan Msia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:49 PM | Show all posts
Datinaishah posted on 4-11-2014 05:43 PM
Bagus.. Mcm nilaaaahhh.. Ummah yang memajukan Msia..

bawak mengucap sis. ingat elohim.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap ini bukan another tragedi villa nabila...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:56 PM | Show all posts
edee_91 posted on 4-11-2014 05:49 PM
bawak mengucap sis. ingat elohim.

Tahniah... Keluar pun ayat tuuuu... Mcm ni laaa...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.707678 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list