|
[Jenayah]
Edisi Ahad Dah Nak Isnin:Libas Anak Guna Kabel Brek Untuk Mengajar UPDATE Pg 6
[Copy link]
|
|
Kalau dah rupa gini, hospital kot yg report. Nak ajar pon berpada2 la. |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 2-11-2014 08:05 PM
boleh je..
10 tahun ke bawah baru tak boleh..
oh ya ka.. baharu saya tahu. thanks untuk pencerahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg anak tu salah, mencuri... klu anak i pun akan berbirat kna rotan tgn tu...
tp agak2la wahai bapak oii... ni dh belasah cm nk bunuh ni... bebudak je pun...
ajar mmg perlu tp jgn sampai teruk cmni... x sayang anak ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
‘Saya tidak dendami ayah’
Kota Bharu: “Saya tidak menyimpan dendam kepada bapa, malah saya anggap ini sebagai pengajaran,” kata kanak-kanak berusia 12 tahun yang dibelasah bapa dengan kabel brek basikal kerana mencuri telefon bimbit sepupunya, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam di Pasir Hor, Khamis lalu itu, mangsa mengalami kecederaan dengan 19 kesan lebam di belakang dan depan badan, punggung, kaki serta tangan.
Selain itu, mangsa turut dicekik dan dihempas ke meja oleh bapanya yang berusia 40 tahun menyebabkan dagu cedera.
Mangsa berkata, tindakan bapanya itu untuk memberi pengajaran supaya dia tidak melakukan kesalahan sama.
“Saya mengaku mencuri telefon bimbit itu, namun tidak menyangka bapa akan bertindak sedemikian.
“Ini satu pengajaran yang sangat berguna dan saya sudah insaf serta berjanji tidak akan ulangi kesalahan sama,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Surau Kota, di sini, semalam.
Metro Ahad semalam melaporkan seorang bapa hilang pertimbangan apabila memukul anaknya menggunakan kabel brek basikal, mencekik leher dan menendang kaki serta tangan sehingga cedera selepas mendapati anaknya mencuri telefon bimbit sepupu dalam kejadian di Pasir Hor.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh neneknya.
Menceritakan kejadian itu, mangsa berkata, ketika itu dia bersama ahli keluarga berada di rumah neneknya sebelum ibu menerima panggilan telefon dari sepupunya memaklumkan dia kehilangan telefon bimbit.
“Saya mengaku mencuri telefon bimbit kerana disuruh abang sebelum bapa berjanji menyerahkan sendiri telefon itu pada jam 10.30 malam,” katanya.
Dia berkata, sebaik telefon diserahkan, bapa mengheretnya masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu sebelum merotan belakang badan dan memukul paha dengan kabel brek basikal.
“Saya meraung meminta ampun, namun bapa terus memukul sebelum terdengar nenek dan bapa saudara datang sambil memanggil saya keluar.
“Sebaik mendengar panggilan nenek, bapa berhenti dan saya berasa lega selepas melihat nenek muncul,” katanya.
Sementara itu, nenek mangsa berkata, dia terkejut selepas mendapati cucunya itu dipukul hingga lemah di dalam rumah.
“Saya sedih melihat dia separuh mati berada di dalam tandas dalam keadaan tidak berbaju dan tanpa memakai seluar sambil mengadu sakit.
“Dengan bantuan anak, saya mengangkat cucu membawanya ke klinik berdekatan sebelum dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut,” katanya cucunya itu dirawat selama dua hari sebelum dibenarkan keluar kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa dan polis kini sedang memburu suspek.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 8:21 AM
«»
[/url]
- See more at: [url]http://www.hmetro.com.my/node/6165#sthash.XjlF1zip.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa mangsa dera diburu polis
KOTA BHARU - Bapa kepada kanak-kanak yang didera menggunakan kabel brek basikal di Pasir Hor diburu polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.
“Polis telah mengeluarkan arahan di semua balai di daerah ini untuk gerakan mencari bapa kanak-kanak terbabit.
“Lelaki terbabit adalah bekas banduan dan berdasarkan maklumat keluarga, suspek juga dipercayai mendera anak yang lain,” katanya, semalam.
Kelmarin, media melaporkan seorang bapa memukul anak berusia 12 tahun guna kabel brek basikal, mencekik leher dan menendang kaki serta tangan kanak-kanak itu sehingga cedera selepas mendapati anaknya itu mencuri telefon bimbit sepupunya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/bapa-mangsa-dera-diburu-polis-1.329906 |
|
|
|
|
|
|
|
BeeHaa posted on 3-11-2014 09:06 AM
Aku kena libas ngan belt hitam tu. Mencuri lg kan...klu umah dkt ngan balai kompem mesti bapak aku ...
ha'ah..
tu la yang adik aku kata,
best mencuri bila terlepas..
rasa macam wah, hebat aku ni..
tak kantoi, dapat habuan pulak tu..
tu yang rasa nak buat lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbekas leher dia kena cekik. Sedih pulak aku tengok ' |
|
|
|
|
|
|
|
Kebodohan terlampauuuuu sibapakkk tu. Memang anak salah tp tak perlu bertindak mcm terrorist sakaii pprt dunia ketiga sbb kan dah mengundang masalah lain, ujung2 si bapa yg jadi penjenayah siapa yg bodoh? |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek dapat hak jaga mangsa dera
Nik Omar melihat kecederaan yang dialami mangsa dalam kejadian terbabit.[url=][/url][url=][/url]
KOTA BHARU- Kanak-kanak yang didera bapa, Wan Khairul Isamudin Wan Imran, 12, dengan menggunakan kabel brek basikal selepas dipercayai mencuri telefon bimbit milik ibu saudaranya, di Kampung Rupik, Pasri Hor di sini akan diberikan hak penjagaan kepada neneknya.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Nik Omar Nik Ab Rahman berkata, selepas menerima laporan mengenai keadaan kanak-kanak itu dan meneliti latar belakang keluarganya yang miskin dan bapanya tidak mempunyai pekerjaan tetap, pihaknya cadangkan supaya dia diletakkan di bawah jagaan neneknya.
“Dalam kes ini kita fikirkan kesesuaian penjagaan kanak-kanak itu kepada neneknya, sebab mungkin jika diletakkan di bawah jagaan ibunya, maka bapanya akan pulang dan kes seumpama ini akan berulang.
“Maka kita rasakan neneknya dapat menjaga cucunya itu mengikut kesesuaian keadaan penjagaan untuk sementara waktu,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak berkenaan di rumah neneknya di Kampung Surau Kota, di sini semalam.
Nik Omar berkata, di samping membantu dari segi hak penjagaan, pihaknya juga akan menyalurkan bantuan kepada keluarga itu bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka yang hidup dalam kemiskinan.
“Dalam siasatan yang dilakukan, tidak berlaku pengabaian memandangkan ada di antara ahli keluarganya membawa kanak-kanak terbabit mendapatkan rawatan selepas didera,” katanya.
Sementara itu nenek mangsa, Che Zainab Che Soh, 64, berkata, dia menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis untuk mendapatkan tindakan sewajarnya.
“Saya terima hak penjagaannya, jika dia tinggal di kediaman saya, lagipun dia yang merupakan cucu kedua dari lima beradik sudah biasa tinggal di sini memandangkan sekolahnya juga berdekatan dengan rumah saya dan harapan kami selepas ini, agar kes terbabit mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.
Wan Khairul Isamudin cedera di bahagian belakang badan, kedua pahanya, kaki dan dagunya selepas dipercayai dirotan menggunakan kabel brek basikal oleh bapanya, Wan Imran Wan Husain, 40, di rumah mereka di Kampung Rupik di Pasir Hor, pada malam 30 Oktober lalu.
Berikutan itu, mangsa diberi rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, kira-kira jam 11 malam hari yang sama selepas pihak klinik itu mengarahkan nenek kanak-kanak itu, Che Zainab untuk bawa cucunya mendapatkan rawatan lanjut
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/nenek-dapat-hak-jaga-mangsa-dera-1.330187
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah sekali aku cilok 30sen yg bapak aku letak kat belebas rumah. Aku ingat dia xperasan la sebab 30 sen je kot. Lepas kantai, dapat la libasan rotan ekor ikan pari. Menangis x berlagu masa tu. Xpat nak dibayangkan kalau aku curik telepon nokia 3310 dia. Mau kena libas ngan chainsaw gamaknya.
Esoknya pak aku belikan cikedis kesukaan & cakap "Ayah rotan bukan sebab duit, tapi sebab akak buat salah". Sob..sob..
Zaman dulu lagi dah nampak kesusahan mendidik anak. Inikan pulak zaman nak mendidik gen-z ni. Bertabah la wahai mak pak sekalian. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok macam melampau pula... mungkin bapak nak sebat sikit2 kot, tapi dah naik setan, tak sedar la kot...
ps bukan karats bapa itu |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sakit oohh bila kena rotan sampai berbirat .... bila ko masih kecik, dan kena libas memang rasa mcm nak mati masa tu, lebih2 lagi bila libasan tu bertalu2. Rasa macam pisau menghiris daging kita setiap kali mengenai badan
|
|
|
|
|
|
|
|
ok betul...anak tu wat silap...aq terimala dia pukul anak dia tu pkai kabel...tp bila dia dah menendang...mencekik aq rasa tu bkn dah tahap mngajar tapi dah "hilang diri" nasibla pjng umo ko nak...
aq rasa memadaila klau dia sebat pkai kabel tu....ko pun nak oii...ape jadahla nak mncuri...mak ayah ajo..jgn mncuri..cikgu kat sekolah pun penat ajar nilai murni...siap sruh wat karangan lg bhagian c...beso markah kat situkannn....haihhh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|