|
Hatinya berbelah bagi untuk memberitahu Afiza kepulangannya yang mengejut ke Malaysia. Pasti Afiza akan tertanya-tanya tujuannya kembali setelah 4 tahun bermastautin di negara barat tersebut. Dia perlu bersedia untuk menyatakan kebenaran yang tersimpan selama 4 tahun mengenai diri Afiza yang sebenar. Identiti sebenar yang tersembunyi di sebalik nama dan wajah Afiza. Dia akan kembalikan Rania yang sebenar.
Mungkin agak sukar untuk kembalikan ingatan yang dipadam dengan paksaan. Dia melakukan kepada Rania dengan kuasa seorang pegawai polis. Dengan pangkat yang dia ada, dia berjaya melaksanakan pencucian atau dalam erti kata lain memadamkan kenangan Rania sewaktu kecil sehingga besar dan di gantikan dengan kenangan palsu iaitu kenangan Afiza.
Bukan mudah untuk melakukannya pada seorang yang normal. Tapi Rania agak mudah mungkin kerana hati Rania yang sudah hancur untuk mengingati setiap kenangan yang ada padanya. Proses yang memakan masa 12 bulan menjadi 12 hari sahaja untuk memadamkan ingatan Rania. Mungkin juga kerana Rania ketika itu sedang koma. Tapi sehingga kini dia masih tidak tahu punca sebenar kemalangan itu terjadi. Dan yang menjadi masalah utama sekarang ini bagaimana hendak mengembalikan semula ingatan Rania dalam diri Afizah.
Bukan senang untuk mengembalikan semula ingatan yang telah dilupuskan. Ibarat menggantikan cip baru dalam system cpu. Otak memainkan peranan penting dalam setiap faktor. Bukan sahaja di situ terletaknya minda tapi di situ jugak lah fungsinya mata, hati dan saluran darah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 15
Ariff melihat jam yang terletak di tepi meja. Lagi 6 jam penerbangan Donna akan mendarat di Malaysia. Dia teruja hendak berjumpa dengan Donna setelah lebih 4 tahun tidak bersua muka. Terlalu banyak cerita yang mahu dikongsinya. Cerita mengenai Rania yang tidak mengenalinya walaupun bertemu, kisah kehidupannya sekarang yang agak berjaya dan juga kisah di sebalik perkahwinan Hairi.
Dia terlalu rindukan Rania, melihat Rania di kejauhan membuatkan dia gembira walaupun dia tahu Rania sudah tidak lagi mengenalnya. Sekiranya dia mampu mendekati Rania pasti akan ditawan hati itu kembali kepadanya. Terlalu banyak kenangan manis yang tersimpan antara dia dan Rania. Tapi dia tidak tahu bagaimana hendak mendekati Rania yang kini lebih dikenali dengan nama Afizah. Dan yang pasti Afizah tahu dia adalah kekasih Rania. Rania yang telah pergi untuk selamanya.
Saat dia mendengar dari orang tuanya keluarga Rania menjodohkan anak angkat mereka dengan Hairi anak kepada sahabat ayah Rania, betapa hancur dan remuk hati lelakinya. Bagai bunga yang tak akan mekar kembali layunya. Dia cuba untuk menyatakan pada Afizah perasaannya tapi sudah terlambat Afizah sudah menerima pinangan Hairi.
“Bos, minggu depan saya bertunang.” Afizah menyampaikan berita pertunangannya kepada Ariff.
“Dengan siapa?”
“Hairi, anak kawan baik ayah Rania. Kalau Rania masih hidup mungkin Rania yang akan jadi tunang Hairi. melepas lah bos masa tu.”
“Rania cinta mati kat saya Afizah. Dia pergi bersama cintanya.”
“Bos, antara saya dengan Rania… siapa yang lebih cantik?”
“Tak ada bezanya….” ‘ kerana awak adalah Rania’ ayat itu hanya mampu dilafazkan dalam hati.
Tipulah kalau dia tidak ada perasaan lagi pada Rania. Walaupun Rania yang ada di depannya kini sudah hilang kenangan bersamanya. Ingin sahaja dia bawa lari Rania dan pergi ke setiap tempat yang pernah mereka jelajahi bersama agar ingatan Rania pada dirinya akan kembali semula. Setiap detik Afizah bersedih dia tetap ada di samping Afizah. Kerana Afizah itu adalah Ranianya. Cintanya masih mekar seperti mekarnya mawar di taman.
Setiap saat memandang Afizah dia merasa memandang diri Rania yang sebenar. Rania yang suka berkhayal dan suka mengelamun. Nyata sifat yang satu itu masih kekal dalam diri Afizah. Benar kata Donna satu ketika dahulu. Yang berubah hanya lah wajah dan identiti tapi kenyataannya Afizah itu adalah Rania. Kenyataan yang tidak boleh di ubah oleh sesiapa
.
Tapi, yang tahu Afizah itu adalah Rania hanya dia dan Donna. Tidak ada sesiapa pun yang tahu walaupun keluarga Rania sendiri. Malah Afizah sendiri tidak pernah tahu kebenaran di sebalik identiti yang di bawanya. Dia hanya memakai nama Afizah Eresha tanpa mengetahu tuan empunya nama sudah lama meninggalkan dunia. Benar, yang meninggal akibat kemalangan itu adalah Afizah Eresha bukan Rania. Afizah yang ada di depannya sekarang ini adalah Rania.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akibat daripada kemalangan yang melibatkan Rania dan Afizah ketika itu mengakibatkan Afizah kehilangan nyawanya. Manakala Rania pulak mengalami kecacatan wajah yang kekal akibat terkena serpihan kaca daripada cermin kereta. Separuh dari wajah Rania mengalami luka yang agak mengerikan. Luka yang meninggalkan parut yang tak akan mungkin boleh kembali kepada asal.
“Ariff cepat datang ke KPJ Kelana Jaya.”
“Tapi, dah lewat malam ni Don, aku baru balik dari Johor Bahru.”
“Kau kena datang jugak Ariff. Rania kemalangan.”
“What?”
“Kereta yang Rania naik kemalangan.”
“Dalam 20 minit aku sampai sana.”
Ketika dia sampai ke KPJ Kelana Jaya, dia melihat Donna yang berjalan ke mundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Wajahnya nampak kalut sambil melihat jam di tangan. Pasti dia sedang menanti kedatangan Ariff.
“Mana Nia? Kau kata Nia kemalangan mana ahli keluarga dia?”
“Aku tak maklumkan pun kat mak ayah dia.”
“Mereka patut tahu Donna. Ini melibatkan nyawa anak mereka.”
“Rif, kita selesaikan dulu masalah ni. Baru beritahu kepada keluarga Rania.”
“Nak selesaikan apa Donna?”
“Rania.. dia..masih hidup tapi Afizah dah tak ada.”
“So?”
“Aku nak brainwash Rania. Aku nak dia lupakan kenangan yang dia ada sebagai Rania. Lagipun..”
“Lagipun apa Donna?”
“Rania mengalami kecacatan di wajahnya. Kecacatan kekal akibat kemalangan. Aku nak minta pihak hospital aturkan pembedahan plastik wajah Rania untuk di ubah kepada wajah Afizah.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut Ariff mendengar kata Donna. Kalau ingatan Rania dilenyapkan pasti Rania tidak akan mengenali dirinya lagi. Bagaimana nanti hubungan mereka? Sanggupkah dia menghadapi dugaan ini. Sudahlah Rania mengalami kemalangan dan kini Donna pulak mahu melakukan ‘pencucian otak ke atas Rania’. Tambahan lagi menggunakan wajah Afizah untuk menutup kecacatan wajah Rania. Mampukah dia menerima Rania yang beridentiti baru? |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 16
10 Julai 2010
“Abang tak patut paksa Nia ikut abang. Nia nak balik.”
“Jangan degil Rania. Abang jer yang boleh bagi kasih sayang pada Rania. Bukan Ariff. Bukan juga lelaki lain di luar sana.”
“Abang dah gila. Gila sebab menyimpan perasaan pada Nia, adik abang sendiri.”
“Nia bukan adik abang, tapi Nia kekasih abang. Nia kena kembali pada abang. Abang tak boleh hidup tanpa Nia.”
“Abang gila.”
Rania berlari meninggalkan Danial berseorangan di kaki bukit Damansara. Kesal kerana menuruti permintaan abangnya yang ingin bertemu. Kecewa kerana abangnya masih belum berubah. Kalau dia dengar nasihat Donna untuk pergi berteman pasti dia tidak akan terkena. Sekali lagi dia hampir menjadi mangsa nafsu serakah Danial.
Danial sudah berubah 360 darjah daripada asal. Adakah Rania yang menjadi punca kepada perubahan Danial yang seperti tidak mengenali adik kandung sendiri. Menganggap Rania sebagai kekasih hati. Semua ini membuatkan Rania menjadi keliru. Kenapa harus ada perasaan cinta dalam hati Danial buatnya? Bukankah ada insan lain lagi yang lebih patut untuk berada di sisi abangnya. Seorang wanita yang tidak ada kaitan dan hubungan darah kepada Danial.
Hujan yang turun di senja ini
Dinginya mengigtaku pada dirimu
Titisan air yang membawa
Seribu pengalaman yang indah
Seribu kehampaan nan duka
Aku mengharapkan keharuman
Segarnya melati putih yang ku siram
Tetapi apa yang ku dapat
Sekeping hatiku yang luka
Sekeping hatiku yang luka
Ku langkah kan kaki keluar dari seksa
Tak tertahan pilu pilu pilu hatiku
Menanggung derita
Ooooooooo
Mmmmmmmmm mmmmmmmm
Ku bercermin melihat diriku
Semangatku pulih meresap di kalbu
Satu kepastian aku dapat
Mengusirbayangan wajahmu
Yang kerap menghantui daku
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai radio ni boleh pulak siarkan lagu Alleycats yang bertajuk Sekeping Hati Yang Luka. Memang bertepatan lagu tu mengena dengan keadaan dirinya yang sedang berduka cita. Tapi wajah Danial menghantuinya bukan kerana dia gila bayang akan tetapi kerana ketakutannya pada Danial itulah yang membuatkan dia asyik terfikir mengenai Danial. Tapi takutnya pada Allah melebihi ketakutan kepada Danial. Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Fia
Nia kat mana? Kata nak jumpa Fia?
Nia
Kejap lagi Nia sampai. Fia dah sampai belum?
Fia
Belum lagi. Dari pagi call Nia tak dapat.
Nia
Lah iye ke sorry. Handphone dalam kereta. Tadi jumpa abang aku Danial kejap.
Fia
Owh. Abang kau tu eh. Bila nak kenalkan dengan aku? Hehehe mana tahu ada rezeki aku jadi kakak ipar kau.
Nia
Banyaklah kakak ipar aku. Fia nanti kita cerita panjang. Aku tengah drive ni.
Fia
Owh okay. Drive carefully.
Rania hampir terlupa janjinya untuk bertemu dengan Afizah salah seorang teman yang di kenali semasa di universiti. Selain Donna, Afizah juga merupakan sahabat baik Rania. Dulu pernah juga dia terfikir untuyk mengenalkan Afizah kepada Danial untuk dipadankan tapi bila mengenangkan tingkah Danial sekarang yang ibarat pagar memakan padi terpaksa dilupakan niatnya mengenalkan mereka.
Rania terpaksa membuat pusingan semula untuk bertemu dengan Afizah.
Last edited by NaylaArisha on 13-7-2014 05:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 17
Afizah mengenakan blouse warna merah jambu senada dengan warna tudungnya yang berbunga2 merah jambu. Dia berhias ala kadar sahaja untuk bertemu dengan Rania. Agak lama dia tidak menemui Rania. Pasti banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Dia berjaya menghubungi Rania melalui facebook selepas habis kuliah dahulu. Dan sehingga kini hubungan mereka masih erat walaupun masing-masing sudah berkerjaya.
Afizah bergegas ke pintu untuk keluar. Semasa keluar dari biliknya dia terserempak dengan Hilman yang baru keluar dari bilik Baby teman serumahnya. Sehingga kini dia merasa geram dan marah dengan sikap Baby yang suka membawa Hilman balik ke rumah. Walaupun Hilman tu tunangnya tapi beragaklah nak buat maksiat dalam rumah yang ada orang lain. Tak memasal Afizah terpalit sama kerana bersubahat.
Sudah jenuh dia menasihatkan Baby, tapi ibarat mencurah air di daun keladi sahaja. Tak pernah di dengar malah semakin melampau. Hilman juga pernah masuk ke biliknya ketika Baby tengah mandi. Mahu sahaja dia menjerit kalau Hilman tidak keluar dari biliknya dengan segera. Sehingga kini dia masih membenci Hilman.
“Fia, awak masih marahkan saya ke?”
“Kau nak apa Hilman? Tak cukup kau tarah Baby tu sekarang kau nak beralih nak tarah aku pulak?”
“Awak lain tak sama dengan Baby. Yang lain tu lah yang saya teringin.” Hilman tersengih bagai kerang busuk.
“Lelaki penzina hanya layak untuk perempuan penzina.”
“Takburnya awak bercakap Afizah. Sepatutnya awak bagi saya peluang untuk berubah. Bukankah Allah sentiasa menerima taubat hambanya?”
Afizah bagai nak tercekik mendengar kata-kata Hilman.
“So, kau kalau nak berubah cari orang lain aku tak berminat. Takpun kau pergi belajar dengan mana-mana imam yang mampu mengajar hati yang dah berkarat hitam macam kau ni.”
“Afizah, saya cintakan awak.”
“Cintakan aku? Habis yang kat dalam tu dah habis madunya kau sedut kau nak campak macam tu jer lah?”
“Perempuan macam Baby tu tak pandai nak jaga diri baru rayu sikit dah lembik. Macam tu nak jadi ibu pada anak-anak saya”
Last edited by NaylaArisha on 13-7-2014 05:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Memang dasar lelaki kan, nak kahwin dengan perempuan yang baik-baik tapi bila dah air naik kepala perempuan tepi jalan pun nak tarah.”
“Afizah, bagi saya peluang untuk berubah.”
Afizah melihat ketulusan pada suara Hilman. Dia tak akan percaya kata manis lelaki hidung belang macam Hilman. Kalau dia benar-benar cintakan Baby dia tak akan memperlakukan Baby seperti perempuan murahan.
“Kau nak berubah ajak lah si Baby tu berubah sekali.”
Afizah terus berlalu meninggalkan Hilman berseorangan. Dia tidak mahu menyambut cinta lelaki tersebut. Lelaki yang penuh noda dan dosa tidak layak buat dirinya. Hatinya berbisik halus menambahkan kebencian terhadap Hilman. Baginya cinta Hilman hanyalah tubuh badan sahaja. Selepas itu pasti nasibnya akan jadi seperti Baby.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 18
Baby mencampakkan barang-barang pemberian Hilman. Betapa hatinya terluka dengan perbuatan Hilman. Apa yang dia tidak buat bila Hilman merayu. Semua permintaan Hilman diturutkan. Sampai ke mahkota dirinya juga sanggup diserahkan kepada Hilman. Dan sekarang Hilman mahu meninggalkannya kerana Afizah. Hilman mengatakan dia tidak layak untuk menjadi isteri apatah lagi ibu kepada anak-anak Hilman.
Semuanya kerana Afizah. Kalau bukan kerana Afizah pasti cinta Hilman masih kukuh buat dirinya. Salahnya juga yang sering mengajak Hilman bermalam di rumahnya sedangkan boleh sahaja kalau nak melepak di rumah Hilman. Tapi mengingatkan abang Hilman yang duduk sekali di situ buat dia jadi segan apabila di tempelak oleh abang Hilman kerana sering bertandang ke rumah mereka.
Sejak peristiwa itulah mereka sering melepaskan gian di rumah Baby yang di sewa bersama Afizah. Sebetulnya rumah Afizah yang di sewa bilik oleh Baby. Hilman membuangnya kerana Afizah. Bencinya kepada Afizah semakin membuak apatah lagi apabila mengenang peristiwa Hilman yang mencuri masuk dalam bilik Afizah. Tika itu dia pasti yang Afizah sengaja mengajak Hilman masuk ke biliknya. Kemudian menuduh Hilman mencuri masuk dalam biliknya.
Dia nekad untuk memiliki Hilman secara mutlak. Untuk itu Afizah harus di lenyapkan. Afizah hanya menganggu hubungannya dengan Hilman. Baby memandang Hilman yang masih tegak berdiri di ruang tamu. Masih memandang arah yang dilalui Afizah tadi. Mungkin Hilman menyangka dia masih tidur tadi sehingga berani berkata begitu di hadapan Afizah.
“Baby dah bangun?”
Hilman menyapa Baby yang masih berbaring atas katil. Saat dia melangkah ingin mendekati Baby, dia tersepak frame gambar dia dan Baby yang di ambil ketika bercuti di Krabi, Thailand. Barang-barang pemberiannya juga bersepah di lantai berdekatan Baby. Hatinya merasa cuak seketika. Pasti Baby mendengar bicaranya pada Afizah sebentar tadi. Baby kalau merajuk bukan senang nak pujuk. Mahu terbang beribu ringgit belikan emas permata baru sejuk rajuknya.
“Baby, jangan salah sangka dekat sayang tau. Tadi tu sayang saja nak test market si Afizah.”
“Tak payah nak test market bagai lah. Kalau dah memang gilakan betina tu cakap saja lah.”
“Baby, mana ada sayang gilakan dia. Dia yang gilakan sayang. Ingat tak hari tu dia kata sayang curi masuk bilik dia, sebenarnya dia yang panggil sayang masuk tau.” Fuh, haraplah Baby termakan racunnya.
“Baby ni tak layak jadi isteri ataupun ibu anak-anak you kan? Bukan itu ke yang you cakap tadi?”
|
|
|
|
|
|
|
|
“Baby, sayang cintakan baby. Dah. Jangan fikir sangat okay.”
Hilman menarik Baby dalam pelukannya. Cuba untuk meredakan kemarahan Baby. Belum masanya untuk dia tinggalkan Baby. Masih ada kesempatan untuk mempergunakan Baby seadanya. Selagi perlu dia akan terus pergunakan Baby untuk kepentingan nafsu serakahnya. Dan Afizah tetap sasaran untuk dimiliki secara sah.
Baby semakin lemas dalam rangkulan Hilman. Nyata Hilman tahu mencari kelemahannya. Memang dia mudah lentur kalau kena cara pujukannya. Hanya dengan belaian dan pelukan sahaja kemarahan yang membuak akan hilang. Dan itulah kelebihan yang ada pada Hilman. Kelebihan melembutkan hatinya yang sedang marah. Kemarahan itu lenyap dalam hangatnya asmara mereka.
Hilman tersenyum kemenangan. Selagi laut masih bergelora, dayungnya tidak akan pernah berhenti di situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 19
Rania berlari-lari anak menuju ke tempat pertemuannya dengan Afizah. Pasti Afizah sudah lama sampai. Dia tidak mahu Afizah tertunggu-tunggu. Bukan mudah untuk bertemu temannya itu yang berkerja sebagai seorang doktor psikiatri. Memandangkan sudah tidak mempunyai ibu bapa, masanya hanya habis di pejabat. Keluar awal pagi dan balik lewat malam. Tipikal masyarakat korporat.
Apa kurang dengan dirinya yang berkerja sebagai setiausaha kepada kekasihnya sendiri. Ke mana sahaja kekasihnya itu pergi akan di bawa Rania bersama. Setiap temu janji akan di aturkan oleh Rania. Bukan sahaja berkepit di luar sehingga ke meja kerja pun mereka tidak pernah berenggang. Bak kata Safura macam belangkas. Asyik nak berkepit saja. Kalau dulu pasti dia akan terasa dengan sindiran Safura tapi kini dia dah kebal kerana dah terbiasa dengan cemuhan Safura yang memang tergilakan majikannya itu.
Dari kejauhan Afizah melambaikan tangannya pada Rania. Gembira tidak terkata apabila sahabatnya itu sudah berada di hadapannya. Rindunya dia pada Rania hanya Allah yang tahu. Tidak mampu untuk diucapkan dengan kata-kata.
“Nia… Rindunya aku kat kau.”
“Aku pun sama Fia. Dekat setahun kita tak berjumpa kan. Setakat berhubung di facebook jer.”
“Itu lah. Aku ajak duduk dengan aku tak nak. Kau sombong.”
“Bukan sombong dah parents aku suruh duduk dengan abang aku Danial tapi aku rasa nak pindah keluar lah.”
“Kenapa? Kau tak serasi ke dengan abang kau? Bukan dulu kau kata abang kau sayang gila kat kau.”
“Sebab dia sayang gila kat aku lah aku nak keluar. Aku tak nak keadaan lagi teruk. Sekarang pun aku menumpang rumah Donna.”
Afizah pandang wajah Rania. Dari cara Rania berbicara dia tahu Rania bermasalah dengan abangnya. Macam ada sesuatu yang ingin di sampaikan Rania kepadanya. Dari sinar mata Rania dapat dilihatnya seribu kesedihan tersembunyi.
“Kau ada masalah apa Nia? Apa yang berlaku sampai kau nak keluar dari rumah abang kau?”
Rania melepaskan keluhan berat. Kalau boleh dia tidak mahu menceritakan sisi gelap abangnya. Ingin dipendamnya sendiri tapi dia tidak mampu untuk menyimpan seribu duka itu sendiri. Dia perlukan seseorang untuk meluahkan masalahnya. Bukan dia tidak mahu berkongsi dengan ibunya tapi apalah perasaan ibunya andai tahu anaknya yang satu itu mempunyai sisi gelap. Pasti dia akan dituduh mereka cerita kerana abangnya itu ibarat pijak semut pun tak mati bila berhadapan dengan orang tua mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rania masih mengumpul kekuatan untuk berbicara dengan Afizah. Dia tidak mahu Afizah pandang serong terhadap abangnya. Satu sisi dia rasa ingin sahaja menceritakan dan memberitahu perlakuan tidak senonoh Danial terhadapnya. Tapi satu sisi lagi dia terasa ingin menyembunyikan sahaja watak jahat di sebalik watak baik abangnya.
“Nia, kalau kau tak nak cerita tak apa aku faham. Tapi kalau kau rasa nak berkongsi, carilah seorang yang kau rasa selesa untuk berkongsi.”
“Fia, aku nak pindah duduk rumah kau.”
“Aku lagi suka. Tapi…”
“Tapi apa Fia? Kau tak suka aku duduk dengan kau ke?”
“Bukan macam tu. Rumah aku ada seorang lagi yang duduk menyewa. Aku takut kau yang tak selesa nanti.”
“Bukan rumah tu kau yang beli ke?”
“Memanglah aku yang beli budak tu duduk menyewa dengan aku.”
Afizah mengacau gelas minumannya. Satu perlakuan yang akan di lakukan apabila dia sedang memikirkan sesuatu. Kalau di ceritakan ibarat dia membuka aibnya sendiri. Biarlah Rania tahu sendiri apa yang berlaku.
“Fia sebagai seorang doktor psikiatri, kau pasti tahu kan tanda-tanda seseorang yang mengalami masalah jiwa. Boleh tak kau jelaskan pada aku mengenai tanda-tanda penyakit yang melibatkan mental?”
“Penyakit mental ni terdiri dari pelbagai jenis dan sindrom penyebabnya. Ada yang menanggap penyakit mental ini adalah kerana gangguan jin dan juga saka. Secara saintifiknya, penyakit mental ni terjadi kerana fungsi mental yang terjejas. Dari segi keterukan dan tahap gangguan pula agak berbeza bagi si penghidap penyakit mental ini. Ada yang bersifat sementara dan ada jugak yang boleh berulang-alik di sepanjang hayat seseorang. Tapi kebanyakkan pengidap penyakit mental ni boleh sembuh sekiranya di kesan awal dan hanya menjalani satu sesi rawatan sahaja terpulang kepada sejauh mana teruknya penyakit yang di alami.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 20
Rania masih sukar untuk mentafsirkan kata-kata Afizah sebentar tadi. Mengikut ciri-ciri yang ada pada Danial, Afizah mengesahkan yang Danial mengalami masalah mental yang lebih di kenali dengan nama skizofrenia psikosa iaitu gangguan yang melibatkan alam realiti dan fantasi. Dalam erti kata lain abangnya mempunyai delusi yang tinggi terhadap diri Rania.
Cuma yang membuatkan Rania bingung, salah satu punca peyakit itu adalah sebab genetik. Setakat yang dia tahu susur galur ahli keluarganya memang tidak ada pengidap penyakit yang merbahaya seperti Danial.
“Selain faktor genetik?”
“Ia juga melibatkan persekitaran, keadaan diri sendiri dan juga situasi semasa. Akibat pengambilan dadah juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami delusi. Tapi, dari cerita kau mengenai Danial, rasanya berpunca daripada ransangan perasaan contohnya layanan kau terhadap dia, kelembutan kau berbicara dengan dia, pandangan mata kau kepada dia, itu semua memainkan peranan penting dalam emosi seorang yang mengalami masalah kejiwaan ni. Cuma, pada aku Danial masih mampu mengawal kedaan dirinya bila berhadapan dengan orang lain. Contohnya dia masih berkerja, dia masih bergaya dengan pemakaiannya. Tapi, kalau tak diubati dengan segera boleh saja membahayakan nyawa orang lain termasuk kau.”
“Ada cara untuk sembuhkan abang aku tak Fia? Aku tak mahu dia terseksa macam tu. Aku sayang dia sebab dia abang aku satu-satunya abang kandung aku.”
“Banyak caranya Nia. Contohnya rawatan psikxtxrapi dan kaunseling. Kaunseling ni boleh membantu abang kau untuk memahami masalah dan perasaan yang di alami dengan lebih mendalam. Itupun kalau abang kau berikan kerjasama untuk berjumpa pakar psikosis. Cara kedua pula ialah rawatan psikotropik, iaitu pengambilan ubat-ubatan yang boleh mengawal gejala-gejala psikosis ni dari terus merebak. Tapi pengambilan ubat ni juga perlukan nasihat pakar. So pendek cerita, aku nasihatkan kau bawa abang kau jumpa pakar psikiatri.”
“Maksudnya aku kena bawa dia jumpa pakar sakit jiwa? Tapi aku tak nak ahli keluarga aku tahu. Nanti keadaan abang aku lagi teruk kalau mak dan ayah aku masuk campur.”
“Rania, sekarang ni sasaran adalah diri kau sendiri bukan mak atau ayah kau. Kau adalah faktor tercetusnya symptom-simptom penyakit abang kau. Kalau kau tak nak bantuan orang tua kau, aku takut kau yang akan tergelincir memenuhi keinginanan delusi abang kau.”
“Maksud kau?”
|
|
|
|
|
|
|
|
“Dari satu aspek perasaan simpati kau yang terlalu menebal terhadap abang kau juga boleh menimbulkan keinginan untuk melindungi dia daripada hal-hal yang boleh mengecewakan dia. Selain itu, Danial akan terus bergantung kepada kau dan semakin lama delusi yang di alami oleh abang kau bukan tahap untuk di ubati tapi dah tahap kronik yang akan mengakibatkan perlakuan yang lagi kejam.”
Rania memandang ke luar seketika. Menghela nafas akibat ketidakstablan nafasnya kerana terlalu memikirkan kedaaan diri Danial. Matanya mengecil untuk mengenal pasti bayang seseorang yang dia kenal. Orang itu sedang memandang dirinya dan juga Afizah. Rupanya dia diekori oleh Danial sehingga ke restoran tersebut.
Rania kelihatan agak cemas pada pandangan Afizah. Dia turut membuang pandangan ke arah yang dilihat oleh Rania. Tapi dia tidak dapat menangkap apakah yang membuatkan wajah Rania sebegitu cemas. Dari renungan mata Rania, dia nampak bayang wajah seseorang. Tapi dia tidak mampu menafsir dalam bayangan kelam anak mata Rania.
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 13-7-2014 04:38 PM
“Baby, sayang cintakan baby. Dah. Jangan fikir sangat okay.”
Hilman menarik Baby dalam pelukann ...
ayat last x bley blah
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 13-7-2014 05:21 PM
oittt...... tade maksud apa tau
okok bersangka baik jap..
|
|
|
|
|
|
|
|
okey dah baca.. perkembangan plot menarik.. ade konflik yang cuba ditimbulkan.. cuma apit confuse part rania dgn afizah tu.. flashback ke atau perbualan diantara rania dan afizah pada masa sekarang? ape apit paham rania dan afizah orang yang sama selepas kejadian kemalangan tu kan? afizah adalah jelmaan semula rania kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|