CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myra316

Temerloh Bandar Ikan Patin

 Close [Copy link]
Post time 31-8-2007 11:18 AM | Show all posts

Reply #140 I-chi-ban's post

nape pulok kena undi pos...kene bertugas di tepi batas ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2007 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by adly26 at 31-8-2007 11:18 AM
nape pulok kena undi pos...kene bertugas di tepi batas ke?


seberang batas.....14jam lagi kalau bawok keta..... pattaya..................
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 11:42 AM | Show all posts
gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by adly26 at 13-8-2007 12:46 AM
Temerloh 1940...

http://mptemerloh.pahang.gov.my/GrafikWEB2003/bandara%20temerloh%2040an.gif

Masjid Abu Bakar Temerloh, 1957

http://mptemerloh.pahang.gov.my/GrafikWEB2003/masjid%20abu%20 ...



gambo bailey bridge yang jemeghang sungei pahang tu tak de ke...... sapa sempat tengok jematan ni.... kalau tak sempat..... hehehe...deme lahir lepas taoun 70 tu.................
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 02:03 AM | Show all posts

Suansana Pekan Sari Temerloh.............aku rindu..

[ Last edited by  adly26 at 5-9-2007 02:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 02:40 AM | Show all posts
Originally posted by I-chi-ban at 1-9-2007 11:46 AM



gambo bailey bridge yang jemeghang sungei pahang tu tak de ke...... sapa sempat tengok jematan ni.... kalau tak sempat..... hehehe...deme lahir lepas taoun 70 tu.................


aki we...ni dia gambo yang aok nok....di gambar no. 1 & 2 ..aok boleh nengok bailey bridge..

   

  

Sejarah merentasi Sungai Pahang menggunakan Feri di Temerloh pada ketika dahulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2007 09:51 AM | Show all posts
salam sumer warga Pahang/Temerloh khas nya..

koi nak join 2 kaki

koi sekoloh dan membeso kat tebing sg ..
koi baru balik temerloh minggu lepas..

tapi koi tak gemor makan ikan patin..
kalo buat gulay tempoyok, koi makan kuoh jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 09:52 AM | Show all posts

Reply #146 adly26's post

sejarah feri tu koi ingat.......tapi rasanya sekejap je feri tu ujud.  Time tu koi kecik lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 05:21 PM | Show all posts
minggu lps gi dinner kat Hotel Seri Malaysia Temerloh....



Pating Goreng Rangup....
sedap gok...ala2 masakan cina gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 10:08 AM | Show all posts

Reply #149 forselab's post

perghh..meleleh air liur dibuatnya.. ...werge Temerloh tolong vote avatar kome



http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=300735&extra=&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 03:39 PM | Show all posts

Reply #150 adly26's post

Kempen sakan ko ya adly......... koi akan vote
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 03:49 PM | Show all posts

Reply #151 cintan66's post

tq..cintan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 03:30 AM | Show all posts
Temerloh
JBA dan Roadcare ambil tindakan segera
TEMERLOH
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 03:32 AM | Show all posts
Maran
Harap rumah siap menjelang raya
KAMPUNG PEJING - Kesempitan hidup yang terpaksa dihadapi Zulkapli Ahmad, 42, bersama tujuh ahli keluarga yang lain membuatkan dia tidak mampu membina rumah bagi keselesaan mereka hidup sekeluarga. Kerana kesempitan hidup itu juga membuatkan keluarga ini terpaksa menumpang di sebuah rumah atas belas ihsan penduduk yang serba kekurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 10:47 AM | Show all posts
tukar kerja jadi penyampai berita....... tengkiu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 05:45 PM | Show all posts
berita tu masuk ke thread berita pahang............... tapi sbb kat temeloh.... ok gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 07:09 AM | Show all posts
Timur: Gelanggang promosi produk
Oleh Wan Kemat



Peladang, penternak dan nelayan disaran jaga kualiti supaya pengguna yakin standard barang di pasaran

TEMERLOH: Usaha memacu sektor pertanian bukan setakat menjana sumber pertumbuhan baru, malah sewajarnya berupaya membantu merapatkan jurang sosioekonomi antara penduduk bandar dengan luar bandar.

Menyedari hakikat itu, penternak, peladang dan nelayan di Pahang perlu melipatgandakan usaha ke arah penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti pertanian dan industri asas tani.

Golongan terbabit perlu menyokong segala usaha kerajaan memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dan menjurus kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Penternak, peladang dan nelayan di negara ini sudah tentu boleh berbangga kerana mampu mengeluarkan nilai import dalam perdagangan sektor makanan berjumlah RM8.3 bilion.

Dalam konteks ini, pertubuhan peladang di Pahang juga tidak ketinggalan membantu walaupun secara kecil-kecilan menghasilkan pengeluaran makanan sebanyak 778 tan dengan nilai RM5.55 juta.

Pengeluaran ikan dalam sangkar oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini tahun lalu berjumlah 70 tan dengan nilai RM4.8 juta dan pengeluaran padi 36,150 tan dengan nilai RM21.7 juta.

Pengeluaran ayam oleh PPK di Pahang berjumlah 1,600 tan bernilai RM4.8 juta dan 68 tan udang yang diusahakan dalam 14 kolam bernilai RM720,000.

Melihat kejayaan cemerlang pertubuhan peladang di Pahang, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntukkan RM4.84 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan.

Antara yang diberi penekanan ialah projek pengeluaran makanan, membangunkan unit peladang, kemudahan pemasaran, serta pembangunan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).

Bagi membuktikannya, lebih 30 usahawan di kalangan peladang, penternak dan nelayan menyertai pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Pahang di Dataran Temerloh, baru-baru ini.

Pameran itu boleh dijadikan sebagai `gelanggang' oleh peladang, penternak dan nelayan untuk memperkenalkan produk keluaran mereka terus kepada pelanggan sekali gus melebarkan sayap ke merata negara dan peringkat dunia.

Pelbagai hasil keluaran dipamerkan membuka mata masyarakat bahawa peladang, penternak dan nelayan mempunyai kreativiti tinggi untuk memajukan ekonomi negara.

Gerai pameran hasil produk peladang, penternak dan nelayan berasaskan makanan menjadi tarikan utama pengunjung.

Pengunjung lebih tertarik di sudut pameran pembuatan minuman berperisa buah-buah, makanan ringan, pelbagai jenis jentera, penjualan benih bunga, racun makhluk perosak, kaedah penanaman sayuran, pengawetan hasil tangkapan laut dan sungai.

Pada majlis itu, Mohd Yusof Mat, dari Kampung Paya Sok dianugerahkan Peladang Jaya Lelaki dan Maisarah Salleh, Kampong Lebu, Bentong dianugerah Peladang Jaya Wanita, manakala Peladang Muda Jaya Lelaki, Hasmadi Hassan dari Kampung Kedondong, Jerantut.

Hussin Mohd Amin, dari Kuala Lipis menerima hadiah kategori Usahawan Penternak Jaya, Tengku Adenan Tengku Husin, dari Kuantan (kategori Nelayan Jaya), Abu Hanifah Md Jelas (Usahawan Ikan Jaya) dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuantan (kategori Persatuan Nelayan Jaya).

Sementara itu, seorang bekas guru yang aktif sebagai peladang, Ibrahim Abdullah, 71, berkata usaha kerajaan membantu peladang, penternak dan nelayan meningkatkan taraf hidup berupaya membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, peladang, penternak dan nelayan seharusnya mengubah paradigma dan berfikir untuk memajukan sektor perusahaan masing-masing dengan menceburi bidang bioteknologi.

Beliau berkata, dalam menghadapi cabaran serta persaingan pemasaran memerlukan kualiti dan kuantiti produk yang seharusnya diberikan perhatian supaya pengguna berasa yakin dengan standard produk keluaran mereka.

Katanya, golongan itu perlu meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang pembuatan, pemasaran dan kualiti barangan supaya dapat bersaing dengan produk lain di pasaran.

"Mereka tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk membantu memasarkan produk keluaran seperti dilakukan segelintir pengusaha," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 02:13 AM | Show all posts
Temerloh
Loji air Mempatih siap Oktober
LANCHANG - Kesulitan lebih 15,000 penduduk di tanah rancangan Felda Lakum, Felda
Bukit Damar serta berpuluh-puluh kampung di Lanchang mendapatkan bekalan air paip sejak tiga tahun lalu akan berakhir apabila Loji Air Mempatih dijangka siap dibina tidak lama lagi.

p/s - akhirnya..selepas 50 tahun Merdeka!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 02:32 AM | Show all posts
Seorang maut, tiga cedera dalam kemalangan

Seorang penumpang terbunuh manakala pemandu dan dua yang lain cedera setelah kereta yang dinaiki empat sekeluarga terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian di Jalan Besar Jengka 23, Maran, petang semalam.

Mangsa yang terbunuh adalah isteri pemandu kereta terbabit yang dikenali sebagai Siti Asmilah Ismail, 28, manakala pe璵andu, Mohd Shakir Suhaimi, 29, dan dua anak mereka, Nabila Huda Shakir, 5 dan Norkiah Adora Shakir, 3, hanya mendapat luka-luka di beberapa bahagian badan.

Siti Asmilah yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dalam perjalanan ke Hospital Maran sejurus kemudian manakala semua mangsa yang cedera turut dirawat di hospital yang sama.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, Empat sekeluarga ini dikatakan dalam perjalanan pulang daripada Jengka 18 menuju ke rumah mereka di Kampung Durian Hijau, Jerantut.

揝ebaik tiba di tempat kejadian, pemandu kereta terbabit dikatakan gagal mengawal kenderaannya yang dipandu ketika hujan lebat dan keadaan jalan yang licin sehingga menyebabkan kenderaan tersebut telah terbabas,
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 11:13 AM | Show all posts
Al-fatihah.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052186 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list