|
Anak dara Amy Search-adik Nabil Huda yg korg tak pernah tahu..
[Copy link]
|
|
xcuse me..tutitp tacang.. ![](static/image/smiley/onion/2cong.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Perkahwinan Amy Search (1990, 1995 & 2003)
Penyanyi kumpulan rock Search, Amy (Suhaimi Abdul Rahman), berkahwin kali pertama pada 1983. Ketika itu Search telah pun wujud tetapi belum merakamkan sebarang album. Jadi, perkahwinan Amy yang tidak dikenali ramai ketika itu tidaklah mendapat sebarang publisiti. Amy (25 tahun) berkahwin dengan Faridah Fadzil (18 tahun) pada 1983. Mereka dikurniakan cahaya mata, Nabila Huda (lahir pada 1984). Perkahwinan Amy & Faridah tidak bertahan lama. Mereka bercerai pada 1985, tahun yang sama Search mengeluarkan album pertama, Cinta Buatan Malaysia, yang popular dengan lagu Kejora.
Tercatat dalam sejarah industri muzik bahawa tempoh Amy bergelar duda buat kali pertama (1985-1990) ialah zaman gemilangnya bersama Search. Lagu-lagu Search paling popular seperti Rozana, Fantasia Bulan Madu, Gadisku & Isabella dikeluarkan dalam tempoh tersebut. Terlalu banyak kejayaan Search yang dicapai dalam tempoh tersebut kalau ingin diceritakan kesemuanya. Nama Amy menjadi sebutan ramai peminat muzik di Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei. Secara peribadi, Amy menambah satu lagi kejayaan buat dirinya apabila dia akhirnya menamatkan zaman duda dengan berkahwin buat kali kedua.
Amy (32 tahun) berkahwin dengan pramugari MAS, Noorliza Abdul Latiff (22 tahun), pada September 1990. Perkahwinan mereka bertahan sehingga Oktober 1994 tanpa mendapat sebarang cahaya mata. Selepas bercerai, Noorliza mendapat tawaran berlakon dan pernah muncul sebagai watak tambahan dalam filem Litar Kasih (1996).
Tempoh duda Amy buat kali kedua tidak lama. Hanya lebih kurang 8 bulan selepas bercerai, Amy (36 tahun) berkahwin pula dengan Roslisa Ahmad (24 tahun) pada Jun 1995. Roslisa dilaporkan pernah bergelar Miss Singapore 1990. Amy & Roslisa dikurniakan cahaya mata, Irisha Myra (lahir pada 1997), dan mereka bercerai pada 2000.
Setelah beberapa tahun bergelar duda buat kali ketiga, Amy (45 tahun) akhirnya bertemu jodoh dengan Norish (Norhasniza Hassan, 22 tahun), dan mereka berkahwin pada Oktober 2003. Perkahwinan kali keempat Amy terbukti utuh dan bertahan sehingga kini. Amy & Norish telah dikurniakan 3 orang cahaya mata: Alexander Zulkarnain (lahir pada 2004), Sania Samara (2005) dan Qaqa At-Tameemi (2009). |
|
|
|
|
|
|
|
amy kawin 4 kali...
jikalau dia tak cerai bini2 nye..abg amy ada 4 binik... |
|
|
|
|
|
|
|
martiena posted on 16-5-2014 09:28 AM
hehe..... kelakar. nak bgi info tpi fakta salah .......
dah terang2 ade fakta yg tepat org share tp ...
Yg stewardess yg mn satu. Seingat iols namanya liza ke apa. Ke tsilap |
|
|
|
|
|
|
|
Semua bini amy umo muda2 belia remaja ye |
|
|
|
|
|
|
|
Muka lawo macam makan bapaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Ai tak taw. Ketingallan tul |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 yg selain Nabila & Irisha.
![](http://i.imgur.com/2F7V4fE.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
eeee...bukan dulu dah ader ke thread ni....lama dah tu...kehkehkeh...budak ni bukan 16 tahun lagi dahhhh....dah besar dah....20an kot...kehkehkeh...
cuba korang korek balik thread kat belakang tu....aiyooooo....kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Ex-wife yang ni ke yg tinggalkan Amy?
Ceritanya, Amy masa tu keluar tour, bila balik rumah, rumah dah kosong.
Tak ingat sama ada yg no 2 atau no 3? |
|
|
|
|
|
|
|
foxy_kaypo posted on 1-7-2014 12:34 AM ![](static/image/common/back.gif)
Ex-wife yang ni ke yg tinggalkan Amy?
Ceritanya, Amy masa tu keluar tour, bila balik rumah, rumah d ...
balik2 umah tgk umah berselerak brg2 byk kene hangkut pastu amy bau gas penuh satu umah...amy kata kalo dia hisap rokok atau nyala api kompom terbakar satu umah.....itu ke citernyer ek..aku udah lupa dahhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm pernah baca jer cerita ni tapi tak tahu kat tered mana |
|
|
|
|
|
|
|
merata benih amy ni ditabur.. |
|
|
|
|
|
|
|
nabila lg sweet..yg ni mak dia dulu model dr spore ehh |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet jugak. Set2 muka pinoy pun ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
bape wife amy ni sbnrnya...konpius aku |
|
|
|
|
|
|
| |
|