CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xanderz

Sharnaaz Ahmad bakal pencen dari dunia retis katanya!!

[Copy link]
Post time 27-11-2013 08:47 AM | Show all posts
fazila17 posted on 26-11-2013 04:01 PM
Sharnaaz looks more Handsome and in control now since  that lalat out from his life for good

betol sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 08:58 AM | Show all posts
semoga berbahagia
jgn nnti lepas 5 taun buat comback kata 'rindu nk blakon'
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Rugi jugak kalau dia berhenti berlakon
Dia ni memang ada bakat..
Tapi kalau betul nak berhenti, harap jangan tetiba je kata tak jadi
Kononnya peminat tak bagi
Macam artis2 lain sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:05 AM | Show all posts
Dah tgk promo BKATC.... pls Sharnaz... jgn benti ... industri ketandusan pelakon lelaki 'jantan' ..... yg tggl sumer stok2 hadek2 kpop jah... peelis lah... !!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:33 AM | Show all posts
apa pun pilihan..all the best
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 10:57 AM | Show all posts
ok la tu.. kontroversi pun kurang, ko n family pun x pening kepala nk menahan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2013 12:54 PM | Show all posts
jargon posted on 26-11-2013 03:18 PM
Amboii uolszz..tahu semua...hehe..

TBA...dia dh cam wikipedia cari dah dia nih...kan TBA kannn???
klu ade apa2..tanye jer..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 01:44 PM | Show all posts
aku rase mcam terdengar2 kt radio tadi, yg die macam tgh serba salah lah pulak nk bersara ke tidak
ke aku salah dengar??? sbab x baper fokus sgt tadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 02:04 PM | Show all posts
sebenarnya dia ni ok cuma acting tu kalau kurang over skit lagi ok kot..
bersara?tunggu la lagi 3 tahun....kumpul duit dulu..sambil selam minum air..sambil berlakon sambil kerja
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:29 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 25-11-2013 12:09 PM
Eh, ANAK Tan Sri Bashir..........?????
Kayoooooooo weii, Tan Sri Bashir ni.
Apasal  ND.Lala tak  ...

like seriously anak tan sri bashir???
di buang keluarga ke..?
tapi klu betol bagus la die tak menunjuk2..dn NDlala mungkin tak tahu...melepassss
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:37 PM | Show all posts
4cupcakes posted on 27-11-2013 02:29 PM
like seriously anak tan sri bashir???
di buang keluarga ke..?
tapi klu betol bagus la die tak me ...

Kalau ND yang satu lagi tu tahu, tipislah peluang Ned.
He got the look, the calassy family background and.....THE MONEY!!!!......
Tapi, ada orang kat sini cakap, Nanas bukan anak Tan Sri Bashir.
Dia anak Datok Basihr pengarah muzik RTM.
Tak tawlah yang mana satu betol.
Sapa pun dia, aku tetap rasa he is much better looker than Ned or Jejai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:21 PM | Show all posts
sharnaaz ahmad ni mmg panas baran ye? tengok drama tv3 minggu lepas, mmg dia betul2 menjiwai watak lelaki gila/panas baran tu.

mintak2 la dijauhkan dari laki loser seperti ini. sharnaaz ahmad, you are a LOSER. bye!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:27 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 26-11-2013 03:36 PM
ada jugak poremer yg pernah terserempak dgn sharnaz masa kuar duit kat atm petrol station
poremer ...

ensem2 kalau panas baran/kaki pukul tak guna jugak. HUGE TURNOFF.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:42 PM | Show all posts
aku ada nengok instagram dia, dia letak gambar bapak dia, basir ahmad.. bukan dato/tan sri tu.. org biasa je.. kalau betul kayo lamo dah xde pergaduhan dgn family ex die huhuhu.. johan asaari ye anak dato.. Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya Last edited by azilamie2 on 27-11-2013 10:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 10:25 PM | Show all posts
kira ramai juga anak org senang dlm dunia lakonan ye, yg aiman hakim redza eh nama die pun anak dato, iqram dinzly cucu bekas menteri besar perak yg sebelum ramli ngah talib, bapak die pun senang juga xtaw ada dato ke x, johan as'ari pun anak dato, dazrin pun anak dato, farid kamil pun, shamsul yusof pun, kru's bros pun anak org kaya skang dorg sendiri kaya, yg lain2 akan difikirkan~~
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..dr mklumat yg iols korek2 shanazz ni bkn ank ts bashir ahmad tp dia ank datok bashir ahmad...slh sorg bos stsen tv kjaan...mgkin jgk shanaz n fmly ni jnis humble..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 11:21 PM | Show all posts
Bersara je la, tak payah nak buat drama rajuk-rajuk nie, takdak orang nak pujuk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
azilamie2 posted on 27-11-2013 10:25 PM
kira ramai juga anak org senang dlm dunia lakonan ye, yg aiman hakim redza eh nama die pun anak dato ...

masalahnye sharnaaz tak penah pun memuja muji ..up kan bapak dia.. ada ke nmpk dia kata bapak dia kaya bgai?? tak da kan??

cuma bpk dia ada title dato' sbb kerja jer..bkn sbb bisnes or politik sana sini..bye!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 09:16 AM | Show all posts
sekadar berkongsi


Tiada siapa tumpang siapa


“APABILA saya berkawan dengan Shila, balik rumah saya boleh tidur lena kerana walaupun saya tak dapat menghubunginya tetapi saya tahu dia selalu bersama keluarganya dan ke mana pergi, ibunya pasti ada bersama. Saya rasa selamat berkawan dengannya,” jelas Sharnaaz Basir Ahmad, 27, yang sedang bercinta dengan Shila Amzah, 22, anak sulung kesayangan ND Lala.
Tidak seperti pasangan lain, mereka juga tidak pernah keluar ‘dating’ berdua kerana setiap kali berjumpa, Shila ditemani ibu ataupun adiknya. Sebelum ini Sharnaaz agak kurang mengerti apabila mendengar cerita mereka yang bercinta keluar ditemani ahli keluarga tetapi apabila dia sendiri melaluinya, dia berasa selamat dan selesa.

“Walaupun kami keluar bertiga atau berempat, saya tidak pernah rasa terkongkong dan ia tidak menjadi masalah pada saya. Kali pertama saya berjumpa Shila pun dia bersama ibunya. Apabila kita sukakan anak dara orang, kita mesti terima keluarganya. Adik Shila pun dah OK dengan saya dan boleh jadi geng.

“Apabila berkawan dengan anak dara orang, saya mesti menghormati pendirian orang tuanya dan saya kena menjaga Shila dengan baik. Saya juga tidak berpura-pura dengan selalu menjadi diri saya yang sebenar membuatkan ibu Shila pun sudah faham dengan perangai saya yang agak panas baran ini.

“Tetapi saya ‘naik angin’ bertempat dan tengoklah keadaan, bukan sesuka hati marahkan anak orang. Hubungan mana yang aman damai selalu dan kalau kami berselisih faham, ibu Shila selalu menasihatkan kami supaya selesaikan cara elok. Walaupun ibunya ada bersama tetapi dia tidak pernah mencampuri urusan kami berdua. Kehadiran ibu Shila juga boleh mengelakkan fitnah dan saya tahu keluarga Shila berniat baik mahu anaknya selamat.

“Saya bersyukur ditemukan dengan Shila kerana dia dijaga dengan baik oleh keluarganya dan dia seorang yang penyabar serta banyak mengajar saya menjadi seorang yang ‘cool’. Perangai kami berdua agak berbeza kerana Shila anak sulung daripada empat beradik dan saya pula anak bongsu empat beradik.

“Tahu sajalah anak bongsu ini macam mana perangainya. Saya pula berasal dari Pulau Pinang dan apabila saya bercakap loghat Utara, kedengarannya agak kasar sedangkan ia tak ada apa-apapun,” katanya.

Menurut Sharnaaz, hubungan mereka sudah pun melepas peringkat kenal mengenali dan kini melalui fasa untuk memahami antara satu sama lain.

“Saya perhatikan selepas melalui peringkat pertama hubungan kami, komunikasi juga kian berubah. Ketika kami mula kenal dulu banyak cerita yang kami kongsi bersama dan ada saja benda yang kami akan bualkan kerana ketika itu kami belum faham sikap masing-masing. Sekarang apabila dah kenal hati budi, kalau Shila tidak beritahu pun, saya boleh tahu apa yang Shila suka atau tidak.

“Shila pun sudah mengerti bahasa tubuh saya. Jadi kami tidak perlu banyak bercakap. Agaknya begitulah perubahan yang terjadi dalam setiap perhubungan. Nanti bila dah berkahwin lagi kurang bercakap dan kalau dapat anak, sibuk pula dengan anak. Apapun saya perlu melakukan sesuatu supaya hubungan kami tidak ‘bisu’ dan kaku kerana untuk mengekalkan hubungan komunikasi sangat penting,” katanya.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah menceburi bidang seni sejak dia kanak-kanak lagi sedangkan Sharnaaz baru tiga tahun bergelar anak seni. Lantaran itu, pelakon kacak itu tidak mahu ada yang menganggap dia menumpang populariti Shila.

“Sejak dulu lagi saya mahu berlakon tetapi bapa saya (Basir Ahmad) tidak benarkan kerana katanya dunia seni bukanlah terlalu indah. Bapa saya dulu bermain muzik dengan RTM dan menjadi gitaris dengan kumpulan muzik Teruna Ria.
Oleh itu dia faham sangat pancaroba dunia seni. Tetapi sukar sekali mengongkong minat seni yang mengalir dalam diri ini sehingga bapa terpaksa beri syarat saya mesti habis belajar dulu.

“Bapa juga berpesan, kalau saya serius mahu berlakon, buat betul-betul sehingga orang kenal serta ingat siapa saya. Selepas mendapat ijazah dalam bidang Logistik dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur, terus saya mencuba nasib sebagai pelakon dan Alhamdulillah selama tiga tahun berjuang membina tapak dalam industri, rezeki saya murah dan selalu dapat bekerja dengan pengarah terkenal serta pelakon yang hebat.

“Saya bekerja keras untuk berjaya tanpa menumpang nama sesiapa. Saya bersyukur kerana Shila pun berjaya dan kami saling menyokong. Kehadiran saya dalam industri ini bukanlah untuk mengejar populariti. Saya mahu orang bercerita pasal saya kerana mutu lakonan saya dan saya tak kisah kalau Shila menjadi tumpuan lensa kamera pada mana-mana majlis hiburan.

“Berbanding saya Shila lebih memerlukan publisiti dalam akhbar kerana dia jarang muncul di televisyen kerana dia banyak buat ‘show’ yang jarang membabitkan program televisyen tetapi orang boleh lihat wajah saya dalam drama lakonan saya di televisyen. Tiada istilah siapa menumpang siapa kerana kami bersama-sama bekerja keras untuk berjaya,” katanya.

Sementara itu Shila yang hadir sama pada pertemuan itu, berkata, dia hanya mengikut ketentuan waktu dan berharap agar ada jodoh mereka.

Mereka berdua ditemui pada majlis sidang media telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang di Midvalley, Kuala Lumpur kelmarin. Dalam drama itu mereka dipertemukan sebagai pasangan kekasih dan pastinya mereka dapat membawakan watak masing-masing dengan sepenuh hati.

Drama itu diilhamkan oleh Michael daripada lagu dan lirik ciptaan Shila sendiri berjudul Patah Seribu. Lagu itu membawa seribu erti kepada Shila dan Sharnaaz kerana kali pertama mereka bekerjasama apabila Michael mengundang Sharnaaz menjadi model dalam klip video lagu itu.

Apabila pihak Astro melihatkan keserasian mereka berdua dalam klip itu, langsung mereka mencadangkan Michael menggandingkan Shila dan Sharnaaz.

Telefilem Patah Seribu adalah lakonan pertama Shila yang mana dia sendiri tidak sangka akan terjun ke dunia lakonan secepat ini. Dek kerana tertarik dengan tawaran Michael yang mengambil kisah dalam lagunya sebagai jalan cerita telefilem itu, Shila cuba dapatkan ‘lampu hijau’ daripada bapanya dan puji Michael, sebagai pelakon baru, Shila dapat menghayati dengan baik.

“Air mata saya dalam telefilem ini adalah air mata betul bukan pakai ‘bantuan’ lain. Agak mudah untuk saya menghayati watak kerana Michael memberikan tunjuk ajar dan kehadiran Sharnaaz memberi ‘feel’ kepada saya,” katanya.

Telefilem itu akan disiarkan di Astro Ria, pada 23 Februari ini, jam 9 malam.

Last edited by tapibukanaku on 28-11-2013 09:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 09:42 AM | Show all posts
betul ke ni... nnti kang propa je lebih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052056 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list