CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
 Author| Post time 27-9-2013 11:52 AM | Show all posts
cektim posted on 27-9-2013 11:44 AM
aku ada jugak kjadian bergilir2 neh
tp bkan kna tindih..just mngigau mcm tu, hehe
kat hostel sko ...

nampak! nampak!.. ni hantu takda pilih bulu ni. semua dia kacau!
masa ngigau tu semua ngigau pasal ape? ngigau bende yang sama ke? isshhhh.... misteri mcm ni hanya Allah je yang maha tahu.. rasa seram plak ni, dah la sorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 11:56 AM | Show all posts
non.sari posted on 27-9-2013 11:45 AM
ayo! meremang baca story mamajiah..
hahahah! jage-jageeeeee.... ade yang memerhatiiiiii ...

adeeehhh....
TT ni bukan penakut sebenarnya...
dah biasa benda2 camni kan???..
berani tahap gaban tu...
mamajiah mmg penakut..
kalau tak ada org citer2..mamajiah ok g...
tp bila dah ada yg bukak mulut...berciter..itu ini...
walawei...mau kincing pun..tahan smp ada yg nak temankan...
kot suma pakat taknak teman...tggu kuar opislah jawabnya..
ajak en. somi singgah stesen minyak...

TT smbg citer...mamajiah suko...walopown..takut2 berani nak membacanya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:20 PM | Show all posts
non.sari posted on 27-9-2013 11:52 AM
nampak! nampak!..  ni hantu takda pilih bulu ni. semua dia kacau!
masa ngigau tu semua ngi ...

ntah ngigau meracau bnda apa ntah
yg mana dok jauh ngan senior tu dea xdengar sgt la kan
besa la non dok hostel
pompuan plak tu..
kalu lagho lebey2 tu mula la kna kcu
xleh sronok2 sgt
tau x lagho apa? hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 12:24 PM | Show all posts
mamajiah posted on 27-9-2013 11:56 AM
adeeehhh....
TT ni bukan penakut sebenarnya...
dah biasa benda2 camni kan???..

mau tak takut  mamajiah oii.. even selalu kene pun still takut lagi. cuba bila masa kene tu tlalu kerap dah ilang takut, tapi lebih kepada nak memberontak kat jin-jin tu. macam faham je jin tu kan..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 12:29 PM | Show all posts
cektim posted on 27-9-2013 12:20 PM
ntah ngigau meracau bnda apa ntah
yg mana dok jauh ngan senior tu dea xdengar sgt la kan
besa l ...

lagho tu buat benda-benda jahat kan.. aku pun takde la arif sangat, tapi aku rasa itu kot maksudnya.. ke guane boh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 02:37 PM | Show all posts
non.sari posted on 27-9-2013 12:29 PM
lagho tu buat benda-benda jahat kan.. aku pun takde la arif sangat, tapi aku rasa itu kot maksudny ...

lagho 2 xsmestinya jahat
mcm ko terlampau sronok
gelak kuat2 smpai terjerit2 xhengat dunia
pompuan kan ska kecoh2
mcm dlm iklan kfc hot box tu, hehe


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2013 04:00 PM | Show all posts
adoi seram giler citer kak tt n yg len2....lg2...xsabau nk bce lg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 04:39 PM | Show all posts
non.sari posted on 26-9-2013 05:59 PM
DITINDIH BERGANTI-GANTI. mohon jangan fikir lain. fokes..fokes..

Dalam adik beradik (3 orang dan  ...

"nenek moyang" melawat sdara mara kot.. huhuhu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2013 07:40 PM | Show all posts
cektim posted on 27-9-2013 02:37 PM
lagho 2 xsmestinya jahat
mcm ko terlampau sronok
gelak kuat2 smpai terjerit2 xhengat dunia

terima kasih... bru aku tau maksud lagho yang sebenar-benarnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 07:43 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 27-9-2013 04:00 PM
adoi seram giler citer kak tt n yg len2....lg2...xsabau nk bce lg ni...

thanks.. saba ek..nnt TT karang lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ehhhh.....cik non-sari....disebabkan citer ko nih aku tggal comment kt cni....dah lame sgt aku x comment ape2...dok jdik SR je....mule2 seram...tp buleh plak aku trgolek2 gelak dlm keseraman cite ko....smbung lagi....lagi...dan lagi....:*
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 06:37 PM | Show all posts
Menanti dgn penuh debaran...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sejak bujg smpai dh ank 4 masih kena kacau impit ni..bc kursi part last mesti tggg lggg..xtaw nk wat pe dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 10:02 PM | Show all posts
assalammualaikum..

harini mood nak tulis panjang sikit.. macam biasa, kene tindih. tetapi pelik sikit sebab ketika ditindih tu sempat pulak aku disapa oleh suara dari luar..

ceritanya begini..

ANAK SIAPA YANG PERAMAH SANGAT ITTEWW???

macam biasa sebelum nak tido, aku ni kalau nak kene tindih hint dia kadang-kadang aku boleh dapat setengah jam atau satu jam awal sebelum nak tido. aku akan rasa berdebar dan diperhatikan. benda ni berlaku tak kira aku kat mana. samada dirumah sendiri atau dirumah orang. samada dirumah yang orang kata 'angker' sikit atau dirumah yang orang kata 'takda apa-apa lah rumah ni.. clean and clear!'

tapi orang macam aku ni mana kira ada atau tak jin tu kat sesuatu tempat tu.lagipun kuantiti jin lebih banyak dari manusia. so kat mana-mana pun dia tetap ada. cuma banyak atau tak or lemah atau tak, tidak dapat aku nak pastikan nye pon adoi.. sebab aku bukannya hebat sangat bab-bab nak tahu jin tu banyak atau tenaganya kuat ke tidak..

oke, kejadian tu berlaku dekat rumah yang baru aku sewa di dalam daerah yang sama aku tinggal sebelum ni. masa ni aku baru pindah rumah la.. kali ni dekat sikit dengan tempat kerja aku dan laki aku. rumah ni owner dia cina and tak pernah lagi disewa pada sapa-sapa lagi..maksudnya aku tenant yang pertama la.. ikutkan rumah ni tak ada apa-apa pun yang menyeramkan, walaupun taman ni baru bukak, tapi dah ramai penduduk yang menetap kat kawasan perumahan ni. so keadaan memang ditahap memuaskan..

cuma ada masa tu aku selalu jugak dengar bunyik guli atau syiling jatuh kat tingkat atas bilik rumah aku tu.. lebih kepada bilik tido kitorang. mula-mula aku anggap tu anak jiran sebelah. tapi satu hari tu aku tergerak buka forum cari ni, then ada satu thread yang membincangkan hal guli and syiling jatuh ni, so tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. sejak dari itu aku dan laki aku sesempat yang boleh mengamalkan solat berjemaah (kalau laki aku tak balik lambatlah) dan bacaan yassin tiap-tiap malam jumaat dekat bilik tetamu a.k.a bilik sembahyang kami.. alhamdulillah, ada jugak bunyik tu tapi tak sehardcore yang kami dengar mula-mula..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 10:03 PM | Show all posts
so satu malam tu, satu jam sebelum tido (seingat aku lah) aku tiba-tiba rasa meremang sangat. benda tu datang tak semena-mena tau. aku rasa tak selesa. rasa diperhatikan. sampai laki aku suruh buat air malam tu pun aku boleh kata tak nak buat. haaa.. kuang haja gitu kan. tapi masa tu memang aku elak sangat nak masuk dapur. macam ternampak-nampak sesuatu duduk kat atas meja counter bar yang memisahkan dapur dengan ruang makan. aku rasa ngeri sangat. aku buat alasan aku penat sangat sebab kebetulan hari tu aku ke Melaka attend satu meeting. so aku rasa itu alasan yang sangat munasabah... laa sangattttt bagi aku..

so malam tu nak masuk tido. aku dah siap-siap amik wudhu sebab dah rasa tak best yang amat sangat. oke nak bagitau dulu. aku ni ada satu naluri pelik and aku harap itu bukan perasaan aku semata-mata. aku ni kan, kalau tido dan start baca 3 qul, ayat kursi mesti aku akan rasa berdebar-debar tak tentu pasal. aku selalu dapat rasa malam tu akan terkena gangguan (biasanya ditindih). selalunya tepat dan betul-betul terkena. asal aku amalkan je mesti terkena. asal aku terkene je mesti aku amalkan. aku ingat ni semua kebetulan. tapi selalunya memang betol-betol terjadi, sampailah sekarang. kepada siapa-siapa yang pakar hal-hal macam ni, tolong explain ye..

malam tu aku tido, aku ditindih seperti yang dijangka. sebelum ditindih tu aku dengar macam-macam dekat ruang tamu bawah. macam bising-bising gitu. macam ada aktiviti di tingkat bawah. aku tekup kepala pakai bantal. sambil tu mulut aku terkumat-kamit membaca ayat-ayat yang terlintas kat benak otak aku ni. aku gerakkan laki aku, pakai siku, itu pun tak sanggup nak bangun and kejut betol-betol. tapi makin kuat pulak laki aku berdengkur. akhirnya aku tertidor tapi tak lama sebelum aku ditindih. masa terkena tu, aku menghadap laki aku. kebetulan dia tido berpaling kat aku. elok kepala dia terlentok seolah-olah pandang kat aku.

bila kena tindih tu, mata aku memang akan terbukak sikit. macam suruh riki-riki keadaan sekeliling pulak. kebetulan laki aku tido mengadap aku. so boleh nampak lah muka laki aku. aku mengerang macam biasa, memang itu lah yang mampu aku buat selain sebut Allah..Allah..Allah.. aku try pejam mata. still ditindih lagi. kali ni aku try bukak mata pulak. laki aku yang tido mengadap aku tadi tiba-tiba bukak mata and menyeringai. sambil menyeringai tu, dia sempat ketawa seolah-olah mengejek aku. 'heh..heh..heh..heh' aku dah start kalut. dia gelak lagi 'heh..heh..heh..hehh...' cisss! dia boleh ejek pulak.. sungguh mainan syaitan ini buat aku sakit hati! sebab dia suka menggunakan laki aku sebagai bahan. aku try sebut Allahu Akbar kuat-kuat, pada aku kuat lah kan. mungkin memang kuat sebab laki aku boleh tersedar dan goyangkan badan aku.

Terus aku sedar, dah sedar tu aku macam nak nangis ke dah nangis ek?? tak ingat. yelah, kita rasa seolah-olah suami sendiri mainkan perasaan kita kan..bukan apa, aku ni telah dipermainkan setan, nak mintak tolong laki sendirik, tapi yang aku nampak dia cuma gelakkan aku. macam ejek aku.. dasar sangat kan.. tapi aku tau, tu bukan laki aku. si setan ni mainkan aku. setan sangat tau! aku siap tanya laki aku, ada ke dia gelakkan aku masa aku kene tindih. dia mestilah cakap tak sebab memang dia tak buat.

then aku cuba tido balik. yang aku pelik, bile dah kene tindih tu, memang senang sangat aku nak lena balik. tak ada pulak rasa risau, rasa takut kemungkinan aku kene tindih lagi. so dengan mudah aku terlena. kali ni yang aku terkena macam separa sedar tapi bukan dalam keadaan aku ditindih macam selalu. macam biasa, aku boleh bukak mata, macam luas sangat aku bukak mata aku. then aku nampak suasana masa tu waktu senja, waktu petang dalam pukul 6petang - 7 petang suasana yang aku nampak masa tu. suasana remang-remang senja gitu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 10:03 PM | Show all posts
then telinga aku ni memang dapat tangkap apa yang berlaku di luar. aku dengar suara budak-budak kecik main kat luar. ala.. petang-petang kan selalu budak-budak suka main kat luar kan. main kejar-kejar la, main basikal la. haa.. macam tu lah yang aku dengar. siap dengar budak gelak-gelak, gurau-gurau, borak-borak.. dalam pada aku takut dan terkejut tu, aku macam datang satu perasaan pelik dan ingin tahu yang kuat. aku punya nak yahu tu siap aku nak bangun sangat tengok apa yang berlaku kat luar.. pelik sangat! sebab baru je terlena, takkan lah aku boleh terlajak tido sampai ke esok petang nya. memang suasana petang-petang senja yang aku nampak kat luar.

tapi time aku nak gerakkan badan aku nak bangun tengok apa yang sebenarnya berlaku kat luar, aku tak boleh. macam aku ni dibekukan badan aku. gittew. memang berat. tak boleh bangun. tapi aku sedar. aku still dengar suara-suara budak bermain kat luar. tengah aku nak try bangun tu, tiba-tiba suasana yang bising sangat tadi jadi sunyi.. sunyi sangat. tiba-tiba korang tau tak apa yang aku dengar.. aku dengar suara budak perempuan kat luar tu tegor aku ''akak yang kat atas tu tak tido lagi ke???? hik hik hik'' diselangi dengan ketawa budak perempuan tah datang dari mana tu.

haaaa......aku punya terkejut, tertakut, tersentak, terperanjat dan segala ter ter ter nye lagi terus je bangun sambil jerit. aku rasa kuat kot aku jerit sebab aku perasan, serentak aku jerit dan terus bangun tu laki aku boleh melompat setempat kat tempat tido dia. boleh bayangkan tak? biasa dengar lari setempat kan, ni lompat setempat.. tengok, betapa lah laki aku terseksa hidup dengan aku. macam-macam yang dia kena kalau aku kene tindih, kena kacau. terseksa sebab asik terkejut je dengar aku jerit. tapi aku lagi terseksa kot..

lepas dah bangun tu, aku tengok suasana sedia ada masa tu macam biasa. masih gelap. masih sunyi. masih waktu yang sesuai untuk tido. aku rasa macam aku dalam suasana cerita omputeh pulak. cerita misteri-misteri, suspen and penuh berteka teki. gitteww. lepas kejadian ditegur budak perempuan yang tah dari mana tu, aku terus bukak lampu. tak boleh aku nak lelap kali ni dengan keadaan gelap.

aku bangun, suruh laki aku teman pegi bilik air. ambik wudhu, capai yassin and handphone. bukak surah yassin and baca saing-saing mp3 dalam hp tu. sampai ke sudah. then try tido. alhamdulillah aku boleh tido lena tanpa gangguan sampai ke pagi. tapi misteri ditegor tu memang antara yang aku tak boleh nak lupa sampai sekarang. dan sampai sekarang juga la aku keep on story pada siapa-siapa yang nak dengar kisah seram sejuk dari aku..

dan pengalaman aku ditegur tu antara cerita yang mendatangkan surprise pada yang mendengar.. asal aku cerita je, bila sampai part ditegur tu semuanya akan 'haaah! takutttt....jangan cerita lagi..jangan cerita lagi' gittew.  tapi esoknya diorang suruh cerita balik jugak. ngada-ngada!

sekian..cerita suspen terkejut dari aku..

Last edited by non.sari on 29-9-2013 11:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2013 10:07 PM | Show all posts
CincinKristal posted on 29-9-2013 06:14 PM
ehhhh.....cik non-sari....disebabkan citer ko nih aku tggal comment kt cni....dah lame sgt aku x com ...

heheh! pasni rajin-rajin la kat komen ye.. kalo ko ade story seram-seram manja, dont forget to drop by oke..

haa..itu efek kesan khas.. untuk elak aku terlalu stress dengan keseraman yang pernah aku alami.. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 10:09 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 29-9-2013 06:37 PM
Menanti dgn penuh debaran...

dup dap dup dap...
cerita dah sampai! happy journey... semoga selamat sampai ke ending of my story dengan aman dan tenang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 10:11 PM | Show all posts
immi posted on 29-9-2013 07:34 PM
sejak bujg smpai dh ank 4 masih kena kacau impit ni..bc kursi part last mesti tggg lggg..xtaw nk wat ...

kannnn?? paling tak boleh blah bile elok je bismillah dengan intro tu sempurna.. sekali ending nye masuk doa lain.. doa makan. doa nak tido. kadang boleh sambung bercakap-cakap dalam hati.. sungguh setan nih suka nak pesongkan hati kita kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 29-9-2013 10:11 PM
kannnn?? paling tak boleh blah bile elok je bismillah dengan intro tu sempurna.. sekali ending nye ...


Tu la tu..jenuh jenuh..syukur ank ank xde yg kena..mohon Allah jauhkan me terus tp belum termakbul lg takat ni sighhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.174704 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list