CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akughi

[Tempatan] EDISI U-TURN dan edit berita oleh harakah (PKR tak jadi boikot)

[Copy link]
Post time 14-6-2013 02:27 PM | Show all posts
SPR akan adakan pilihan raya kecil

Oleh FAIZAH IZZANI
[email protected]






KUALA LUMPUR 13 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan kerusi ekoran tindakan wakil rakyat pembangkang yang mahu memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu juga sekiranya berlaku akan menyusahkan dan membuang masa rakyat serta kewangan banyak pihak.

"Sekiranya pilihan raya kecil terpaksa dijalankan, memang benar ia memerlukan perbelanjaan yang besar, membuang masa dan tenaga banyak pihak. SPR berharap itu tidak berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pada 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu, boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59(1) Perlembagaan.

Abdul Aziz berkata, walaubagaimanapun beliau difahamkan semua wakil rakyat pembangkang akan hadir mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Namun, katanya, sekiranya wakil rakyat tidak hadir dalam tempoh demikian, Yang Dipertua Dewan Negara mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR bahawa telah berlaku kekosongan kerusi.

"Kemudian SPR akan membuat keputusan muktamad sama ada berlaku kekosongan luar jangka atau tidak dan seterusnya menentukan untuk mengadakan pilihan raya kecil," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mengikut kawasan kerusi yang dikosongkan dengan melihat kepada faktor-faktor seperti jumlah pengundi dan keluasan kawasan.

"Sekiranya keluasan kawasan kerusi besar dan pengundi pula ramai, maka lebih besar perbelanjaan yang perlu dikeluarkan SPR," katanya.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini apabila wakil rakyat tidak mahu mengangkat sumpah tanpa sebab yang munasabah sehingga terpaksa diadakan pilihan raya yang lain.

Namun beliau percaya, wakil rakyat pembangkang tidak akan melepaskan dengan mudah kerusi yang telah dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan tidak mengangkat sumpah di Parlimen nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2013 03:37 PM | Show all posts
melia_star posted on 14-6-2013 11:56 AM
aku spt lelain penyokong PR bukan tak nk melayan tred ko tp tgk cara ko mcm emo tersgt sampai repl ...

sblm ni mat sabu beria ia nak arahkn pemimpin PAS boikot.....skrg ni tak jadi boikot, isu yg aku nak bincangkn kenape pemimpin PR ni cakap tak serupa bikin, dah tu nak salahkn NGO la bagai.....

aku nak tanye ko la knp pemimpin ko ni cakap berdegar2 tapi tak serupa bikin......ni yg aku nak sangat dengar komen membangun dari acai2 PR....persoalannye, kenape PR cakap tak serupa bikin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 03:38 PM | Show all posts
atira posted on 14-6-2013 12:51 PM
aku bukan macam ko... ada tuan... muntah den

sori ye belacanwan

aku ingat ko nak komen pasal boikot

rupe2nye komen bende yg lari dari topik
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 03:58 PM | Show all posts
akughi posted on 14-6-2013 03:37 PM
sblm ni mat sabu beria ia nak arahkn pemimpin PAS boikot.....skrg ni tak jadi boikot, isu yg aku n ...

apa yang ckp tak serupa bikin?? perkara ni antara yes or no jer...kalu buat dorang benar2 MP yg bertanggungjawab....kalu dorang tak nak, dorang mmg tak bertangungjawab pd rakyat dan akan dituduh mcm2 oleh puak kerajaan dan penyokong2nya....sekarang korang mmg nk dorang teruskan boikot ke tidak? kalu dr omong2 korang kt sini nmpk korang marah sgt dorang nk boikot dan nk dorang pi majlis angkat sumpah tu....so, mlm tadi dorang dicide dorang pegi demi kemaslahatan semua pihak...

tp nmpknya korang bengang dan marah sgt sbb dorang akhirnya bersetuju akan pegi ke majlis tu....so, apa yg ckp tak serupa bikin?....korang mmg harap dorang tak pegi ka so korang boleh bambu sepuas hati mung....

ikut pemahaman aku, 'cakap tak serupa bikin' ni bila seseorang tu berjanji melakukan sesuatu perkara yg baik tp tak dilaksanakan....tp yg ini korang mengharap dorang melakukan sesuatu yg tak betul? salah ke pemahaman aku ni........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 04:11 PM | Show all posts
melia_star posted on 14-6-2013 03:58 PM
apa yang ckp tak serupa bikin?? perkara ni antara yes or no jer...kalu buat dorang benar2 MP yg be ...

hehehehehehe bile dia cakap tak jadi boikot ko pun cakap la yg diaorg dah tentukan keputusan....cantik gak ayat ko ni kan...tapi tak pulak ko nak cakap, "knp nak kene boikot"?....tak de pulak puak2 ko nak pertikaikn idea pemimpin ko yg konon bernas tu....masing2 cume tunggu jawapan....smlm dlm harakah dah berdegar2 cakap nak putuskn keputusan tuk boikot...tup tup ari ni artikel tu di edit pulak....

yg ni ape cite?

persoalannye skrg ni tak de ke org nak pertikai idea nak boikot......cakap berdegar2....tu yg aku cakap....spesis ni cakap tak serupa bikin
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 04:11 PM | Show all posts
snipersnake posted on 13-6-2013 10:40 AM
tak matang langsung.

kamon la PR, buat penat org undi lu orang. patutnya korang submit la petitio ...

tak matang langsung.

kamon la PR, buat penat org undi lu orang. patutnya korang submit la petition tuh. lepas tuh buat kerja. jaga kawasan masing2. claim itu claim ini, tapi sibuk demo je. last week masa pi pasar, aku terserempak ngan Tian Chua. aku kata kat dia, camne dia nak kerja utk rakyat kalo asyik masuk jel je.

majukan kawasan masing2. kita lawan dari segi itu pulak. yg jalan tar takder atau berlopak, buat la jalan tar baru. yg takder jambatan, buat la jambatan. yg kena ada sekolah, buat la sekolah. fight la gitu. unless nak buat tapi kerajaan puasat tak bagi, ha lain cerita. nak tunggu sampai ada kemalangan jiwa ke mcm kat sarawak tuh sbb takder jalan raya walaupun pengundi BN bertawun2? nak jadik gitu? kalau gitu  baik org undi BN hari tuh, sama je


exactly.

kerja buat. nak perjuang ideologi go ahead, jgn sampai melebihi kepentingan utk bekerja kpd rakyat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2013 04:25 PM | Show all posts
adeii....apa lagi nk dikato....tak pi majlis nanti, kene serang bertalu2,  nk pi dikata 'ckp tak serupa bikin' puloks....

kenapala PKR decide nk pi kan, mmg potong setim betul....

oklah....uols enjoy la with uols punyer tred neh....good luck...jgn gado2 byk2....nanti umur pendek...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 02:55 PM | Show all posts
oni313 posted on 13-6-2013 07:34 PM
Kalau gitu, elokle org rumah dia gi tinjau bod gossip, sner mmg ramai porumer2 yg menepati kriteri ...

kat sana ramai calon wooo....terhangat dari ladang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2013 04:30 PM | Show all posts
suke ati ke nk pegi ke tanak pegi majlis angkat sumpah tu.? Anda da diamanahkan  rakyat utk sampaikan suara rakyat yang dizalimi ke parlimen katanya. pastu suke hati korang jek tanak pegi?. abeh tu mmg tade la suara rakyat yang dizalimi di dengari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.069372 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list