|
Assalamualaikum semua,
Apa habaq penguntum2 setia WR? Lamanya tak memunculkan diri kat sini. Akak Lady pun dah ada cerita baru. Best2...terbaiklahh..(baru baca prolog dah sibuk nak komen.. )
Nanti ada masa cheq marathon dari awal naa..
p/s Fuhh...tajukk...lain dari yang lain...mendalam maksudnya tuu...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya kenal ayah Dona. Dia bekas atendan hospital di sini tapi ini kehendak pesakit. Saya tak boleh buat apa-apa.” Aku menghela nafas berat. Kalau sudah begitu permintaan Dona, apa yang boleh aku lakukan lagi?
“Apa harapan Dona, doktor? Maksud saya.... dia boleh sembuh?” Soalku kepada Doktor Zain yang kelihatan muda sedikit dari pakcik Bala. Aku mendengar helaan nafas berat dan kasar Doktor Zain. Wajahnya tampak suram.
“Tapi tak kan tak boleh diubat langsung?” Aku tak puas hati.
“Boleh cuba, tapi saya tak berani memberi harapan apa-apa.”
Tiba-tiba aku dihimpit pilu. Tanpa diundang, tumpah berjurai kolam mataku yang dari tadi bertakung. Dona menggenggam jari jemariku. Sepatutnya aku yang mententeramkan hatinya tapi sebaliknya pula yang berlaku. Tanpa silu, aku peluk Dona depan doktor. Aku menangis teresak-esak. Dona tenang menepuk-nepuk belakangku.
**********
|
|
|
|
|
|
|
|
Ruang parkir, Hospital Besar Kuala Lumpur.
“Kenapa kau tak mahu menjalani rawatan kimo?” Aku mempersoal tindakan Dona yang menolak untuk menjalani rawatan. Dona tak menjawab. Dia terus membungkam memandang kereta yang keluar masuk dari perkarangan hospital.
“Mana boleh dengan bertahankan ubat tahan sakit sahaja.” Aku protes lagi. Aku tak puas hati Dona sanggup berserah begitu sahaja.
“Untuk apa Jiha? Kau tak dengar doktor kata apa tadi? Doktor sendiri tak boleh memberi sebarang harapan.” Dona mengingatkan aku. Dia menoleh ke arah aku yang sedang memandu.
“Tapi sekurang-kurangnya kau mencuba. Ajal maut di tangan Allah, bukan doktor.” Aku masih mempertahankan pandapat aku. Aku sebenarnya kecewa dengan sikap Dona yang hanya pasrah.
“Kau tak kasihankan amma dan appa kau?” Persoalku lagi.
“Dia orang mesti kecewa sebagaimana kecewanya aku terhadap keputusan kau.”Aku bersuara lagi. Dona terus membisu.
“Kau mesti cuba Dona.” Aku mendesak lagi.
“Kau tak boleh mengalah begitu saja. Kau kena kuat berjuang menentang penyakit kau ni.” Aku cuba memberi semangat kepada sahabat ku itu.
“Aku tak nak ammi dan appa aku tahu.”
“Ok, ok.... Dia orang tak payah tahu.... Kau jalani rawatan senyap senyap.” Aku masih mendesak dengan mencadangkan satu penyelesaian.
“Rawatan kimo ni bukan sekejap Jiha. Ada peringkat-peringkatnya. Dan mungkin juga aku kena tinggal di wad untuk beberapa hari. Mak ayah aku akan tahu juga nanti.”
“Tapi kenapa kau tak mahu dia orang tahu?”
“Jiha... kau tahukan amma aku sudah terlalu sedih dengan kehilangan Rahul? Aku tak mahu dia orang sedih lagi bila tahu penyakit aku. Tolonglah Jiha! Doktor dah cakap, rawatan itu pun tak menjamin harapan yang tinggi. Lagi pun aku tak mahu buat kimo. Orang kata sakit, Jiha. Biarlah aku teruskan sisa hidup yang aku ada ini dalam keseronokan. Dan aku mahu melihat amma dan appa aku gembira sebelum aku menutup mata.”
Aku semakin hiba dengan rayuan Dona. “Tapi sekarang pun kau sakit juga, kan?” Aku masih cuba mempengaruhi Dona untuk meneruskan rawatan.
“Sekurang-kurangnya aku masih boleh bertahan dengan makan ubat. Amma serta appa aku hanya tahu aku migrain. Kalau dia orang tahu penyakit aku, kau rasa dia orang akan happy tak?” Soalan Dona termasuk di akal fikiranku. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kau janji ya... jangan beritahu amma dan appa aku. Aku mahu meneruskan sisa yang ada ini dengan mendalami Islam.” Sekali lagi Dona merayu. Tanganku digenggamnya kejap.
Aku pandang wajah Dona. Kemudian aku mengangguk perlahan. Harapan Dona terhadap Islam membuatkan aku terkesima dan sangat terharu.
“Kalau kau tak mahu beritahu amma dan appa kau, apa kata kau beritahu Rahul? Suruh dia balik. Sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesedihan amma dan appa kau bila kau dah tak ada nanti.” Rasa ketat dadaku saat aku menuturkan ayat 'bila kau dah tak ada nanti'.
“Rahul tak akan balik... Tapi aku tahu, dia akan sedih bila dia dapat tahu pasal aku. Aku tak mahu dia sedih juga.” Wajah Dona aku tatap sayu.
“Jiha... Aku terlalu menyintai Fahmi tapi aku tahu aku hanya boleh bermimpi. Jiha... aku akan pergi tapi aku tak mahu Fahmi bersedih atau rasa bersalah terhadap aku.”
“Apa maksud kau Dona?” Aku tak mengerti.
“Mungkin juga aku saja yang syok sendiri sedangkan Fahmi langsung tak ada sebarang perasaan terhadap aku. Jadi kau jangan beritahu dia pasal penyakit aku. Aku tak mahu Fahmi dihimpit rasa bersalah atau simpati.” Aku terdiam. Aku cuba menyekat mata ku yang berkaca dari tumpah.
"Jiha... janji dengan aku yang kau tak akan beritahu Fahmi tentang penyakit aku ni." Sekali lagi tangan aku Dona genggam kejap. Dia benar-benar mengharapkan aku tidak membocorkan rahsia ini kepada sesiapa pun termasuk Fahmi.
Sungguh terasa berat sekali untuk aku memikul janji ini. Aku terus membungkam. Tiada sepatah bicara yang dapat aku tuturkan. Ketat dan sebak sekali rasa di dada. Nampaknya aku terpaksa akur.
“Thanks Jiha. Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat.” Dan akhirnya aku tersenyum dalam kepahitan. Mudah-mudahan benar kita bersahabat hingga ke akhirat....
********** |
|
|
|
|
|
|
|
rempitttttttttttttt ... !! |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyer....
anyway, hero tu hensemnyer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah Dona, Gombak.
10 jam yang lalu.
“Kau terlalu cepat berputus asa. Siapa kata barah tak boleh diubati? Sekarang dunia dah semakin maju. Kau cuma perlu yakin. Ingat tentang konsep law of attraction? Dalam Islam pun ada mengatakan apa yang kamu fikirkan, itulah yang akan kamu dapat. Jadi kau kena sentiasa berfikiran positif Dona. You can do it!” Aku cuba menyuntik semangat kepada Dona.
“Fizikal aku ni dah tak boleh diubati. Aku reda dan terima ketentuan aku. Biar pun fizikal aku sakit tapi aku mahu jiwa aku sihat. Aku mahu mati dengan tenang dan aman. Aku mahu mati dalam Islam.” Kata-kata Dona membuatkan aku kian sebak. Berkejip-kejip mataku demi menahan air mata dari berderai.
“Jiha... Kau jangan bersedih tau! Aku nak kau kuat dan sama-sama membantu aku untuk kuat. Hari-hari aku yang masih berbaki ni, akan aku lalui dengan kegembiraan.”
“Dona...” Suaraku pecah kerana bercampur dengan sebak. Mataku mula berkaca.
“Aku reda dan terima takdir aku ni...”
Tapi aku tak sanggup kehilangan kau Dona. Aku cuma mampu bermonolog.
“Kau... Kan aku kata jangan sedih. Aku baca kat internet, dalam Islam... kalau mati sakit, dikira mati syahid.” Dan aku tak mampu bersuara apa-apa lagi.
**********
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja Dona melelapkan matanya selepas makan ubat tahan sakit, aku buka laptop Dona. Alhamdulillah, Dona tidak daftar keluar dari akaun yahoonya. Mudah bagi aku mendapatkan alamat email Rahul.
Ada beberapa email yang masih belum dibaca Dona. Kemudian mataku tertancap pada email yang dikirimkan Rahul, abangnya. Ada lebih dari sepuluh email, namun kesemuanya email lama. Email terakhir menunjukkan ia dikirim dua tahun yang lalu.
Hmm... Dona masih simpan email abangnya. Hatiku berkata-kata. Ternyata Dona juga amat menyayangi dan merindui abangnya itu. Maaf Dona... Aku bukan sengaja menceroboh.
Aku baca satu persatu email yang dikirimkan oleh Rahul. Rupa-rupanya telah berkali-kali Dona merayu abangnya itu pulang ke tanah air. Malah Dona juga merayu abangnya melupakan apa yang telah berlaku. Kesedihan dan kerinduan makcik Anu terhadap anak lelakinya itu juga Dona nyatakan di dalam emailnya. Namun ternyata lelaki itu mempunyai hati kaldu.
I'm sorry Dona. I just cannot forgive them.
Itulah ayat terakhir dalam email terakhir yang dikirimkan Rahul.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar tunggu kemunculan rahul..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bilik pejabat, Kuala Lumpur.
“Stress aku dengan mamat nih!” Yasmin yang duduk di sebelah aku merungut-rungut sendirian selepas dia meletakkan telefon. Aku tahu, ini mesti mengenai kliennya yang mengalami masalah ketagihan dadah.
“Aik?? Jiha ingatkan kerja kita ni menghilangkan stress orang, rupanya kaunselor pun boleh stress dengan pesakit?” Aku menggelakkan Yasmin. Yasmin diam saja. Wajahnya masih cemberut.
“Tak settle lagi?” Soal aku.
“Macam mana nak settle kalau diri sendiri tak nak berubah? Balik-balik menyalahkan orang.”
“Ni pasal drug addict tegar tu, kan?” Aku cuba meneka klien yang membuatkan rakan sekerja aku itu mengalami tekanan.
“Siapa lagi kalau bukan mamat tu?” Yasmin masih lagi marah nampaknya. Kali ini aku pula yang diam.
“Jiha bayangkan ek, I dah suruh dia masuk pusat pemulihan tapi dia tak nak. Katanya nak cuba berubat sendiri. Nak berubat apa bendanya kalau masih lagi nak ambil benda alah tu?” Aku mendengar masalah yang dihadapi oleh klien Yasmin dengan penuh perhatian. Aku ada juga mendengar memang agak sukar untuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
“I ingat malas nak ambil tahu lagi dah pasal dia, tapi rajin sangat dia call I. Terpaksalah I layankan juga, kan? Nanti dia komplen tak pasal I kena.” Yasmin merungut lagi.
“Tak bolehlah akak abaikan dia. Dia call akak dah cukup bagus. Itu tandanya dia percayakan akak. Dia masih nak berkongsi masalah dia dengan akak. Jiha percaya dia nak berubah tapi itulah... bukan senang Kak Yasmin, nak buang ketagihan ni. Akak kena sabar dengan kerenah klien akak tu.” Aku menyuarakan pandangan aku. Aku rasa tak patutlah kalau Yasmin tak mahu pedulikan lagi klien dia itu. Walaupun stress dengan sikap kliennya itu, Yasmin perlu hadapi juga.
“Itulah cabaran sebagai seorang kaunselor.” Aku cuba memberi semangat kepada Yasmin.”
“Jiha tak kena lagi dengan drug addict. Cakap senanglah!” Yasmin tiba-tiba membentak aku. Kemudian Yasmin bangun dari duduknya lalu meninggalkan aku. Aku terpinga-pinga. Aku tahu, aku belum ada pengalaman memberi kaunseling kepada penagih dadah. Namun aku tak setuju kalau Yasmin mahu berputus asa semudah itu. Kalau tak sanggup, kenapa memilih menjadi kaunselor?
Adakah Yasmin mahu mengambil sikap memilih bulu? Mahu ambil klien yang menghadapi masalah yang mudah mudah sahaja? Namun segala isi hati aku itu tidak aku luahkan. Aku tak mahu menyinggung perasaan Yasmin. Tambahan, dari segi tempoh perkhidmatan dan pengalaman, Yasmin lebih senior dari aku. Aku baru sahaja beberapa bulan bekerja di situ. Bimbang juga aku jika dikata hendak menunjuk pandai.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
syanamir posted on 28-2-2013 09:55 AM
tak sabar tunggu kemunculan rahul..
Bab 13
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Aku mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Setelah ditempelak oleh Yasmin di pejabat tadi, aku rasa seperti tersentap pula. Aku cukup bimbang jika dituduh mahu menunjuk pandai. Harap-harap Yasmin tak marahkan aku. Aku terus bermonolog dalam hatiku sambil kakiku mengatur langkah.
Petang ini aku dan Dona ingin ke kedai buku. Dona mahu membeli buku berkenaan agama Islam. Ada beberapa buah buku yang aku rasa bagus untuk dibaca Dona. Dan aku juga bercadang mahu membeli buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam untuk dihadiahkan kepada Dona.
Dari jauh sudah kulihat garis senyuman di bibir Dona yang tebal. Dona sudah pun menunggu di depan pintu masuk Minerva Book Store.
"Sorry, aku terlewat sikit sebab aku pergi solat asar dulu tadi."
"It's ok. Itu tanggungjawab kau, kan?" Senyuman manis masih tergaris. Kami kemudiannya menapak masuk ke kedai buku.
Agak lama juga kami di kedai buku. Puas Dona membelek buku-buku agama yang mahu dibelinya. Aku kagum dengan semangatnya yang bersungguh-sungguh mahu mendalami Islam. Semuga Dona diberi kesempatan untuk berbaris bersama umat Nabi di padang mahsyar nanti. Aku tak pernah berhenti berdoa buat Dona.
Usai membeli buku, kami bercadang mahu ke restoran yang berhampiran. Baru beberapa tapak kami melangkah, sakit kepala Dona datang lagi. Niat untuk pergi makan, kami batalkan dan aku segera memandu Dona pulang ke rumahnya.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik Dona, Gombak.
"Terima kasihlah Jiha. Buat susahkan Jiha aje. Dah banyak kali Jiha tolong hantar Dona balik." Makcik Anushia tak sudah-sudah berterima kasih kepada aku yang membantu anaknya.
Selesai makan ubat migrain, Dona berbaring. Dalam kesakitan sempat lagi dia memohon maaf kerana tak dapat melayani aku kali ini.
"Jangan fikirkan sangat pasal tu." Beritahuku kepada Dona.
"Bukan aku tak biasa kat rumah kau ni. Dah jadi rumah kedua aku pun." Aku cuba melawak.
"Betul tu Jiha. Buatlah macam rumah sendiri. Auntie pun dah anggap Jiha macam anak auntie."
"Kau dengar tu Dona. Jangan fikirkan sangat pasal aku... Diri kau tu yang kau kena beri perhatian. Sekarang tidur dulu, ya?" Usai menyelimutkan Dona, makcik Anushia mengajak aku keluar dari bilik.
"Jiha pergilah berehat dulu. Nak mandi ke atau nak sembahyang." Tutur makcik Anushia. Aku cuma tersenyum. Makcik Anu juga tahu sebentar lagi akan masuk waktu sembahyang maghrib bagi penganut agama Islam.
"Sekejap lagi auntie bawakan tuala dan baju." Sambung makcik Anu.
**********
Bilik Rahul.
"Hai... jumpa lagi!" Aku berkata-kata kepada gambar yang tergantung di dinding.
"Sorry bro, aku turunkan sekejap gambar kau. Nanti kau mengintai pulak." Seperti biasa, dua buah bingkai gambar yang tergantung elok di dinding aku turunkan. Kemudian aku berjalan menuju ke meja tepi katil. Aku melabuhkan punggungku ke atas katil sambil mataku menatap gambar dalam bingkai kaca.
"Jantan apa kau ni? Merajuk sampai tak ingatkan keluarga. Jantan sentap. Geli tau!" Gambar Rahul menjadi mangsa. Tak dapat bercakap dengan orangnya, dengan gambar pun jadilah...
“Sampai hati kau tak balas email aku. Dah beberapa hari aku tunggu. Kau tahu tak, adik kau sedang bertarung nyawa? Kau pula berseronok dengan awek.” Aku cuba bertelepati.
Errr... boleh ke? Aku kemudiannya tersengih sendiri.
**********
berbual dgn gambaq dulu naa? |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 28-2-2013 09:58 AM
Ini semua poyo! Kalau begini
Hahahhahahaa..
ye la cheq redha mana mana lady nak bagi.
cheq ni kan kaunselor kena walk with talk.
Kalau yg first tu cheq nyanyi kuch kuch.
Ala-ala shah rukh khan gitu
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|