|
uolsssss.....sambungan.....lai...lai....baca...... |
|
|
|
|
|
|
|
adoi sikitnya x puas baca |
|
|
|
|
|
|
|
Listen listen listen tengku muaz.... Dahlia bakal isteri Halle....waduhhhhhhhhhh...kecamuk jiwa tengku muaz...merana jiwa dan raga...heeheheeh
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan Halle dah naik angin....hehehehe
macam mana la agaknya diorang jadi laki bini nnti..hehehee |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 30
DAHLIA hanya memuncungkan sahaja bibirnya didalam kereta. Tidak ada perkataan yang keluar dari mulutnya. Haidar hanya membiarkan sahaja. Terasa kemenangan dipihaknya. Dia tahu Tengku Muaz menyukai Dahlia.
“Dah sampai. Dah la memuncungnya. Tak penat ke dari tadi buat mulut itik tu.” Tegur Haidar. Lucu pulak melihat wajah Dahlia yang cemberut itu.
Dahlia mencebik. Dia membuka pintu kasar. Menonong sahaja masuk kedalam butik. Haidar hanya mampu menggelengkan kepala.
Dahlia menghempaskan badannya diatas sofa. Badannya terasa penat. Tidak dipedulikan seorang pelanggan yang sedang berbual – bual dengan Nana.
Haidar masuk ke butik. Sebaik sahaja terpandangkan pelanggannya dia terus sahaja dia menegur.
“Datinnnn....” jerit Haidar gedik.
“Hai Halle. Lama tak jumpa You.” Mereka berlaga pipi tapi tidak kena. Gila nak laga pipi dengan isteri orang.
“Datinlah, lama tak datang butik I. Ingatkan dah tak sudi datang butik I ni.” terlentik – lentik tangan Haidar. Dahlia hanya merenung dengan perasaan penuh meluat.
“I Busy lah denga spa I. You pun lama tak datang spa. Ingatkan dah glamour dah tak sudi ber’spa dengan I. Dah jumpa Spa yang lagi kelas.” Jawab Datin Hanani lembut.
“I pun sama busy Datin. Dah lama i tak manjakan diri I ni. Tengok ni, dah berkerak dah.” Gurau Haidar.
Bertambah geli telinga Dahlia. Mengada – ngada sungguh suara Haidar.
“Nanti datanglah spa I. Bawak bakal isteri You. Bukan main lagi senyap – senyap tahu – tahu nak kahwin dah.”
Haidar ketawa mengilai.
“Mana Datin Nani kita yang cantik ni tahu I nak kahwin.” Tanya Haidar sambil menjeling kearah Dahlia yang sedang duduk disofa sambil memejam mata itu.
“Nana yang cakap tadi. You tak sudi nak jemput I ke majlis bersejarah You nanti?” Tanya Datin Hanani sambil membelek sampel kain yang ditunjukkan Nana kepadanya.
“Mestilah sudi. Nana pergi ambil kad aku kat laci tu. Bagi Datin Hanani satu.” Arah Haidar kepada Nana. Nana yang dari tadi hanya tercegat sahaja menggangguk.
“Mari I kenalkan bakal isteri I.” Mendengarkan kata – kata Haidar, terus sahaja mata Dahlia celik dan duduk tegak.
Dia memandang Datin Hanani sambil tersengih. Cantik rupanya datin ni. muda lagi. Baru Dahlia perasan. Masuk tadi dengan perasaan sebal menyebabkan dia tidak perasan akan Datin Hanani.
“Cantik ya bakal isteri You.” Puji Datin Hanani ikhlas. Makin lebar sengihan Dahlia.
“Sesuailah dengan taste I.” Jawab Haidar.
“Siapa namanya ni?” tanya Datin Hanani sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Dahlia, datin.” Jawab Dahlia sopan sambil menyambut tangan itu. Huiii....lembutnya tangan.
“Nanti sebelum kahwin datanglah spa I. I bagi perkhidmatan terbaik dengan promosi terbaik. Khas untuk bakal pengantin.” Pelawa Datin Hanani. Kawan – kawan juga, bisnes – bisnes juga.
“InsyaAllah datin. Kalau ada yang sudi membawa, memang saya pergi.” Jawab Dahlia sambil menjeling kearah Haidar. Haidar hanya menjuihkan bibirnya.
“Okeylah. I nak pilih jenis kain jap. Design I nak pilih dari koleksi Halle, tinggal nak pilih kain aje. I kena cepat ni. Ada hal.” Datin Hanani tidak boleh berlama – lama ada beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan olehnya.
Dahlia mengangguk. Eloklah tu, dia sendiri tiada idea mahu berbual apa dengan Datin Hanani yang kelihatan elegan itu.
Sementara itu Haidar becok menyuruh Nana menunjukkan beberapa material kain yang sesuai dengan rekaan yang telah dipilih Datin Hanani. Biar pelanggan tetapnya ini berpuas hati. Kepuasan pelanggan, kebanggaan buat Haidar.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 31
HAIDAR menunggu Dahlia dengan penuh debar. Dahlia sedang mencuba baju akad nikah mereka. Ada lima persalinan semuanya. Sudah lima belas minit Dahlia dibilik persalinan. Haidar sudah semakin rimas menunggu.
“Dah ke belum?” tanya Haidar tidak sabar.
“Dah.” Perlahan sahaja suara Dahlia.
“Keluarlah cepat. Aku nak tengok. Padan ke tak.”
Dahlia masih terpegun dihadapan cermin. Cantik sungguh baju rekaan Haidar. Baju kebaya labuh berwarna putih gading, yang diperbuat dari fabrik organza dan kain satin yang mahal serta dihiasai permata Swarozski. Memang kena pakaian itu ditubuhnya. Hampir menitis matanya melihat keindahan pakaian itu.
“Cepatlah keluar. Kalau tak aku tarik kau keluar.” Ugut Haidar. Bukan susah mahu tarik Dahlia. Bilik persalinan hanya ditutup langsir sahaja.
Mendengar ugutan Haidar lekas – lekas Dahlia keluar dari bilik persalinan. Apabila memandang Haidar entah kenapa air matanya mengalir laju.
Haidar panik. Kenapa tiba – tiba Dahlia menangis. Laparkah dia?
Haidar memegang bahu Dahlia. Dahlia masih lagi menangis teresak – esak.
“Kenapa menangis?” tanya Haidar lembut. Setahunya dia tidak menengking Dahlia tadi. Dan tak pernah Dahlia menangis walaupun kata – kata Haidar kadang kala menyakitkan hati Dahlia.
“Baju ni...” suara Dahlia putus – putus.
“Kenapa dengan baju ni. Kau tak suka. Tak apa aku boleh buat lain. Ada masa lagi. Kau jangan bimbang. Bagitahu aku kau nak baju macam mana.” Kelam kabut sahaja suara Haidar. Agak kecewa jika Dahlia tidak suka akan rekaannya.
“Bukan...”
“Baju ni.....cantik sangat. Sampai mengalir air mata aku. Aku tak pernah bayangkan aku akan pakai baju secantik ini.” Penerangan Dahlia melegakan perasaan Haidar.
Dengan penuh prihatin Haidar menyapu air mata Dahlia. Mereka berpandangan seketika. Ada bunga – bunga di hati Haidar.
“Ehemmm...” bunyi berdehem itu mematikan pandangan mereka. Terus sahaja Dahlia menyapu air matanya laju – laju. Haidar berang apabila aksi romantiknya diganggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sorry, jangan marah mak. Mak tak sengaja.” Suara garau kepit itu kedengaran seperti tidak bersalah sahaja.
“Kau nak apa Jamie?” tanya Haidar kasar. Lupa nak kepit suara. Terkeluar suara jantan.
“Ayoooo....takutnya mak. Macho jugak ya suara jantan kau nok.” Jamie buat – buat takut.
Haidar tersentak mendengar kata – kata Jamie. Hampeh punya kawan.
Dahlia ketawa kecil. Memang betul kata Jamie, suara lelaki Haidar kedengaran agak macho dan maskulin. Kenapalah nak dikepit – kepit buat – buat lembut. Tak sakit tekakkah.
“Ya ampun, cantiknya...” mata Jamie terkebil – kebil melihat Dahlia. Dahlia tersengih. Terasa kembang hidungnya.
“Mak puji baju bukan kau..” kata – kata Jamie mematikan senyuman Dahlia. Dia mencebik. Jamie ketawa gedik.
“Mak guraulah. Cantik baju ni. Kena dengan pemakainya. Patutlah ada adengan dalam hati ada taman tadi.” Sempat lagi Jamie menyindir.
Haidar pura – pura tidak mendengar manakala Dahlia sudah tersipu – sipu.
“Okey tak baju tu. Ada apa – apa yang nak kena alter?” tanya Haidar. sudah kembali ke fitrah lembutnya.
Dahlia menggelengkan kepalanya. Semuanya sempurna.
Haidar mengangguk. Berpuas hati.
“Kalau ada tak kena bagitahu. Taknak nanti masa majlis tu kau rasa tak selesa. Faham. Okey, lepas ni ada baju lain lagi nak cuba.”
Dahlia masuk semula kebilik persalinan. Perasaannya terasa lain. Ada debaran disitu. Debaran lagi kuat berbanding debaran bersama Tengku Muaz. Sudah jatuh cintakah dia. Tak mungkin. Dahlia membuang jauh perasaannya. Tidak mahu jatuh cinta dengan orang yang tidak cintakannya. Tidak mahu hatinya sakit. Sedangkan dia sendiri tidak tahu dimana hala perkahwinannya bersama Haidar nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
next x cukup nimx..................... |
|
|
|
|
|
|
|
saya kalau mengadap novel kesukaan kan mesti habiskan dalam satu hari juga , kalo citer sambung-sambung ni mmg menguji kesabaran betul. erkkk... ada lagi tak N3 tuk hari ni ? muhahahah
Last edited by wardah75 on 16-1-2013 05:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
nok....x sabar cik tunggu dahlia n halle ni kawen..
heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
mak suka sangat cite ni noks....hihihihi
tahniah sbb cite nie lain dari yg lain.
berdebar2 nak tau kisah selanjutnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
yeeyyyyy....sy suka...(tetiba)..
nti boh byk2 entri lg k... |
|
|
|
|
|
|
|
eheheheheh kita yg baca lak rasa bahagia....x sabar nk baca entry wedding depa....mesti meriah...jatuh cinta kee dahlia ngan halle...
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 32
TERASA berat mahu melepaskan Dahlia. Namun dia harus akur. Pak Samad tidak membernarkan Dahlia tinggal di Kuala Lumpur, kecuali beberapa hari sebelum tarikh pernikahan untuk persiapan terakhir. Semalam sempat mereka membeli barang – barang hantaran sambil ditemani Puan Jamilah, mama Haidar.
Didalam kereta mereka hanya leka mendengar muzik sahaja. Dahlia mahu bercakap sesuatu. Tapi dia bimbang Haidar akan memarahinya.
“Aku ada nak cakap satu bendalah.” Dahlia bersuara juga akhirnya. Haidar fokus pada pemanduan. Pada mulanya Dahlia mahu balik menaiki bas tapi dilarang Puan Jamilah. Akhirnya Haidar terpaksa menghantar Dahlia pulang ke Kuantan.
“Apa?”
“Kalau aku cakap kau jangan marah ya.” Risau juga kalau Haidar marah. Silap – silap kena tinggal pulak dia dekat tepi jalan.
“Cakap ajalah.” Balas Haidar malas.
“Kita kan dah nak kahwin. Kau akan jadi suami, aku akan jadi isteri...”
“Cakaplah terus, tak payah bermukadimah panjang sangat.” potong Haidar.
“Aku nak kau ubah gaya kau. Bukan terus, sikit – sikit.” Akibat terkejut laju sahaja Dahlia menyampaikan maksudnya.
Haidar terkedu. Selain ayahnya, tidak pernah sesiapapun yang berani menyuruh dia berubah hatta mamanya sendiri.
“Kau malu ke nak bersuamikan lelaki macam aku?” tanya Haidar. Hatinya terasa sedikit pedih.
“Bukan macam tu. Engkau adalah lelaki. Engkau dilahirkan sebagai lelaki. Engkau mempunyai anggota badan lelaki, dan engkau berfungsi sebagai lelaki.” Penerangan Dahlia mengelirukan Haidar.
“Aku tak faham. Terangkan.”
“Engkau tahu, Allah telah mencipta makhluknya sungguh sempurna, sungguh cantik. Walaupun begitu semua yang Allah berikan adalah pinjaman sahaja. Cepat atau lambat semuanya akan ditarik balik. Maksud aku kat sini kita semua akan mati. Disebabkan tubuh badan kita ini hanya pinjaman Allah, tak baik kalau kita mengubahnya. Contohnya macam kita buat pembedahan plastik ke, atau kita ubah fitrah asal kita.” Dahlia cuba berdiplomasi.
“Tapi ini kan badan kita. Ikut kitalah mahu buat apa pun.” Kata – kata Haidar itu dirasakan sangat bodoh pada pendengaran Dahlia.
“Okeylah macam ni. Kalau aku pinjam barang kau, contohnya baju. Tiba – tiba aku ubah suai baju kau. Lepas aku pulangkan baju tu, kau marah tak bila kau tak dapat baju kau yang asal?” tanya Dahlia.
Haidar mengangguk.
“Macam tu jugaklah kejadian manusia. Kita bertanggungjwab atas tubuh badan kita. Macam aku cakap tadi tubuh badan kita ni hanya pinjaman dari Allah. Katalah bila kita mati nanti kita tak mati dengan keadaan asal yang telah Allah kurniakan kepada kita. Apa akibatnya? Kita akan mendapat kemurkaan Allah. Macam tadi, aku tak ada hak nak ubahsuai baju kau sebab itu barang kau. Seperti juga manusia, kita tak ada hak untuk mengubah kejadian Allah. Kita tak boleh ubah apa yang telah Allah ciptakan untuk kita.” Dahlia cuba menerangkan semampu yang boleh. Yang mudah untuk difahami.
“Tapi aku tak buat pembedahan pun untuk ubah tubuh badan aku. Anggota lelaki aku masih ada.” Jawab Haidar dungu.
Dahlia menarik nafas.
“Engkau lelaki. Engkau bukan perempuan. Macam kau cakap tadi alat lelaki kau masih ada. Apa maknanya tu? Allah jadikan engkau sebagai lelaki. Bukan perempuan. Bila engkau berkelakuan seperti perempuan, berdandan seperti perempuan bukan macam engkau mengubah kejadian Allah ke.?” pertanyaan Dahlia menyebabkan Haidar terkedu.
“Aku...” Haidar kematian kata – kata.
“Tak mengapa. Bukan mudah nak berubah. Kau mulalah secara perlahan – lahan. Pertama sekali aku mintak, buang bulu mata palsu kau, jangan nipiskan kening,jangan pakai mekap, jangan pakai pakaian perempuan, dan tolong jangan dikepit suara kau. Aku suka dengar suara lelaki engkau. Aku akan bantu kau sikit demi sikit.” Dahlia cuba memujuk. Dia mahu Haidar berubah sedikit demi sedikit. tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada Haidar.
Haidar hanya termenung jauh tapi masih fokus kepada pemanduan. Kata – kata Dahlia sedikit sebanyak dapat dicerna oleh Haidar. Ada benarnya kata – kata Dahlia. Dengan bantuan Dahlia, mungkin dia akan dapat berubah menjadi lelaki sebagaimana dia telah diciptakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 33
KATA – KATA Dahlia semalam masih tergiang – ngiang difikirannya. Ada benarnya kata – kata Dahlia itu. Walaupun dia tidak mengubah mana – mana anggota tubuhnya namun dia mengubah fitrahnya.
Malam terasa panas. Dengan perlahan dia bangun dari katil menuju kearah cermin di meja solek. Dia melihat meja soleknya penuh dengan peralatan mekap. Dia membelek beberapa alatan mekap diatas mejanya. Kata – kata Dahlia tergiang – ngiang lagi ditelinganya.
Pantas tangannya mencapai tong sampai dibelah kiri meja solek. Alat – alat mekapnya dibuang satu persatu tanpa rasa sedikit sesal. Dia membuka laci pula. Kotak – kotak bulu mata palsu dan juga contact lens yang berwarna – warni diambil juga dicampak kedalam tong sampah itu.
Kemudian dia menuju kearah almari pula. Beberapa pakaian disumbat didalam beg kertas. Pakaian itu akan diberikan kepada Nana. Boleh juga Nana agih – agihkan kepada adik – adiknya. Beberapa helai pakaian yang elok ditinggalkan. Akan dihadiahkan kepada Dahlia. Sayang mahu membuang semua pakaian itu, kerana semuanya berjenama mahal. Begitu juga beberapa pasang kasut tumit tinggi yang sekali sekala akan dipakainya terutama di fashion show, juga disumbat kedalam beg kertas. Kasut itu akan diberikan kepada beberapa rakan – rakannya. Hendak diberi kepada Dahlia, kaki Dahlia agak kecil.
Akhirnya dia bersandar di birai katil. Beberapa timbunan beg plastik dan kertas diletakkan dipenjuru bilik. Ada yang akan dibuang ada yang akan diserahkan kepada beberapa rakannya.
Didalam almarinya hanya tinggal beberapa helai t-shirt dan jean yang agak longgar. Esok dia mahu membeli belah pakaian lelaki. Dia mahu tunjukkan kepada Dahlia, dia mampu berubah.
Matanya terkelip – kelip. Untuk apa perubahan ini. Adakah untuk Dahlia, atau kerana kata – kata Dahlia. Dia sedang mengubah ciptaan Allah. Dadanya berdebar. Seingatnya sudah lama dia tidak solat. Puasa apatah lagi. Dia melihat kukunya yang diwarna hitam. Pantas dia mencari pencuci kuku. Dia menyental setiap kuku yang diwarnakan. Air matanya mengalir deras. Berasa betapa selama ini dia hidup penuh sia – sia. Betapa selama ini hidupnya penuh dosa dan noda. Betapa kotor hidupnya. Haidar seakan mahu menjerit. Dia menarik rambutnya sekuat hati. Hanya mampu menjerit didalam hati. Kemudian dia menangis semahunya hingga tertidur.
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih sangat2 atas sokongan uols semua....maaflah kalau cerita ni tak berapa nak memuaskan hati uols semua. maklumlah iols baru je belajar menulis...selama ni dok tulis report je....so kalo ade yang kurang iols mintak maap sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 34
JAMIE ternganga, Kenny terkedu, Nana hampir terkeluar matanya dari soket melihat susuk tubuh yang melangkah kedalam butik dengan gaya yang agak janggal.
Haidar tersengih. Sudah dijangkakan reaksi teman – temannya. “Kenapa, tak pernah tengok pakwe hensem ke?” tegur Haidar. Suaranya tidak lagi terkepit seperti itik serati tercekik batu tetapi masih lagi dalam nada lembut.
“You, You...Halle kan?” tanya Kenny tersekat – sekat. Disebalik keayuan wajah Haidar rupanya terselit kekacakannya sebagai seorang lelaki. Tiada lagi bulu mata palsu seperti burung kuning Sasame Streets itu, tiada lagi kanta mata pelbagai warna itu, tiada lagi bedak yang tebal, tiada lagi lipgloss dan tiada lagi jeans ketat serta blaus yang berenda.
“Hello..sorry sikit. Ini Haidar, not Halle. Halle dah tak ada. Sekarang yang ada hanya Haidar.” tegas sahaja suara Haidar.
“Oh My God, tak sangka You ni hensem jugak bila jadi lelaki. Taste tau mak.” Kata Jamie dengan gedik. Tak sangka Haidar boleh berubah sekelip mata. Ini mesti kerja si Dahlia ni. Jamie tersengih.
“Sorry sikit ya. Aku dah nak kahwin tau.” Gurau Haidar. Mereka ketawa.
“Dahlia dah tengok gaya lelaki kau?” tanya Nana. Haidar menggeleng.
“Aku nak buat surprise dekat dia bila dia datang nanti. Biar dia ternganga tengok bakal laki dia ni nanti.”
“Ya ampun, kalau mak tahu kau hensem macam ni, mak suruh kau pinang mak dulu.” Gurau Jamie lagi. Masih tidak percaya melihat perubahan Haidar.
“Sudahlah kau. Pergi cari anak ikan lain. Sibuk aja.” Haidar melayan gurauan Jamie.
“Nana, dalam kereta aku ada beg baju aku yang aku rasa taknak pakai dah. Ambillah. Kalau mana kau tak berkenan kau bagi aje dekat adik – adik kau. Takpun kau sedekahlah kat mana – mana.” Haidar mencampakkan kunci kereta kepada Nana. Nana menyambutnya dengan gembira. Pasti pakaian mahal. Sudah menjadi rezeki adik – adiknya.
“Mak?” tanya Jamie gedik. Bukan dia tidak tahu pakaian Haidar semuanya berjenama.
“Kau muat ke baju aku. Badan macam anak gajah. Pergi senaman dulu baru kau boleh pakai baju aku.” usik Haidar. Jamie mencebik.
“Kau ni rupa aje dah berubah tapi mulut tak berubah pun.” Jamie membebel. Haidar hanya ketawa sahaja. Ketawa lelaki.
“Aku, tak ada ke benda – benda yang sesuai dengan aku?” tanya Kenny.
Bulat mata Haidar merenung Kenny. “Tak ada, semua tu untuk perempuan. Kau lelaki. Dah – dah semua ni duduk melepak tak ada kerja ke. Pergi buat kerja. Aku potong gaji nanti.” Ugut Haidar serius. Tetapi hatinya seperti mahu ketawa melihat muka kecut Kenny. Seperti angin, berdesup sahaja Kenny menghilangkan diri ke studio menjahit. Haidar hanya ketawa kecil.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Banyaknya. Murah rezeki adik – adik aku.” Kelihatan Nana terhuyung hayang membawa beberapa beg kertas dan beg plastik masuk kedalam butik. Gembira sungguh dia. Adalah buah tangan untuk adik – adiknya nanti. Keluargnya bukan orang senang. Dialah harapan keluarganya setelah ayahnya meninggal akibat angin ahmar lapan tahun dahulu.
“Bagi ajelah dekat adik – adik kau.” Kata Haidar sambil membelek majalah. Nana menjeling kearah Haidar. Walaupun Haidar dah bertukar menjadi lelaki, gaya lembutnya masih ada. Lentik sahaja jarinya menyelak majalah. Kadang – kadang jarinya diletakkan dibahu dengan gaya yang gedik.
“Tak sangka sekejap je kau berubah. Semalam kau masih Halle, hari ni kau dah jadi Haidar.”
Haidar tersenyum merenung Nana. “Aku kan dah nak kahwin, nak jadi suami. Kenalah jadi lelaki sejati.”
“Tapi aku tengok jari kau melentik bukan main lagi.” Nana meniru gaya lentikan jari jemari Haidar.
“Aku kenalah berubah sikit – sikit. Bermula dari pakaian. Lepas tu mungkin perbuatan atau apa – apa yang mampu aku ubah dulu. Perlahan – lahanlah.” Terang Haidar. Nana mengangguk. Perubahan Haidar memerlukan masa. Sudah agak lama Haidar membawa perwatakan lembutnya.
“Macam mana kau boleh terfikir nak berubah?”
“Dahlia.” ringkas sahaja jawapan Haidar. Namun itu sudah cukup memuaskan hati Nana. Dia hanya tersenyum sahaja. Berdoa semoga rakannya itu bahagia dan perubahannya adalah untuk selama – lamanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|