CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

BaLaDa HaTi.. ~tamat~

[Copy link]
Post time 19-12-2012 03:14 PM | Show all posts
momey posted on 19-12-2012 02:56 PM
hihihi akan ku leraikan konflik ini secepat mgkin!

Leraikan, leraikan cepat momey...kalu muleh ammr tu bagi hadiah penumbuk sebrg dua ketul dr buah tgan buku lima Rayyan ya...baru padn muka..kacau jek rayyan nak ngorat balqis...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 03:16 PM | Show all posts
fatehana posted on 19-12-2012 03:00 PM
wah bagus  betul analisa sellie
suka gak tue samar + indah =samarinda

Agaknya ituler kot kepala diorg yg wat drama...macm slot ada...huhu...cerekarama lak...cereka + drama @ cekik + rama... = cerekarama...

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 03:32 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-12-2012 03:14 PM
Leraikan, leraikan cepat momey...kalu muleh ammr tu bagi hadiah penumbuk sebrg dua ketul dr buah t ...

kan hempuk aje si ammar tue tetiba lak menimbulkan diri di saat balqis sedang dingorat oleh rayyan dan rayyan lak naper ler nak menyerah kalah cam tue aje, adakah sbb kisah silam dia dgn najwa
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 04:04 PM | Show all posts
fatehana posted on 19-12-2012 03:32 PM
kan hempuk aje si ammar tue tetiba lak menimbulkan diri di saat balqis sedang dingorat oleh rayyan ...

Harp2 rayyan x cepat melatah bila balqis ada lak lelaki lain mengendeng...rayyan wajib pertahnkan cinta dia kat balqis...jgn mengalah rayyan...

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 04:15 PM | Show all posts
Si Ammar tu kasi kat Tasya la...
Sbb Ammar kan suka pompuan yg "urban" kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 04:31 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Kebetulan Rayyan dan Balqis keluar bilik serentak. Mereka saling berpandangan. Kemudian Balqis terlebih dahulu beredar ke cafe untuk bersarapan pagi meninggalkan Rayyan sendirian.

Balqis mengambil pinggan. Baru sahaja dia hendak mengambil senduk untuk menyenduk bihun, Ammar pun sama untuk mengambil senduk tersebut. Balqis kenal tangan itu. Dipandangnya Ammar yang berdiri di sebelah kanannya. Balqis mengeluh. Balqis membuat keputusan untuk meletakkan kembali pinggan itu tetapi di halang Ammar.

"Boleh tak awak temankan saya makan pagi ni?" Ammar berbisik.

Balqis sekali lagi mengeluh. Apa lagi mamat ni nak?

"Please, Balqis.." rayu Ammar.

Rayyan nampak Balqis bersama Ammar. Dikuatkan hatinya! Kalau jodohnya bersama Balqis, pasti akan ke jinjang pelamin suatu hari nanti. Balqis perasan Rayyan sedang memerhatikannya. Kemudian dia memandang Ammar. Ammar memang pandai dalam bab pujuk memujuk ini. Akhirnya Balqis akur dan menemani Ammar bersarapan pada pagi itu.

Balqis dan Ammar duduk bertentangan. Sedikit demi sedikit Ammar mengunyah roti bakar di hadapannya. Tetapi sebaliknya bagi Balqis. Masih belum sentuh bihun goreng yang diambilnya tadi.

"Kenapa awak tak makan lagi?" tanya Ammar yang masih lagi ada roti di dalam mulutnya.

Balqis hanya diam. Langsung dia tidak peduli Ammar yang berada di hadapannya. Ammar geram Balqis tidak mempedulikannya. Dia terus memegang tangan Balqis. Dengan erat sekali. Balqis tersentap! Sakit tangannya di genggam Ammar.

"Apahal ni, Ammar?" Balqis masih lagi boleh mengawal suaranya.

"Boleh tak awak tumpukan perhatian awak pada saya? Sekarang ni saya ada di depan awak, bukannya dekat pantai tu!"

Balqis menarik tangannya. Balqis dan Ammar bertentangan mata. Rayyan masih lagi memandang Balqis.

"Saya bukan lagi girlfriend awak! Awak tak ada hak nak mengarah saya yang bukan-bukan!" Balqis tegas dengan kata-katanya.

Ammar diam. Niat dia nak dapatkan Balqis sekarang bukan sebab cintakan Balqis sangat pun. Semuanya sebab Rayyan! Dia tak nak Rayyan memiliki Balqis.

"Ok, fine! Fine!" Ammar menghentak tangannya di atas meja.

Kelakuan Ammar itu menarik perhatian orang ramai yang sedang menikmati sarapan pagi di cafe itu. Rayyan hendak bangun pergi ke tempat Balqis tetapi di halang Haris.

"Sabar, Encik Rayyan. Kita tunggu dulu.." kata Haris menenangkan hati Rayyan.

Balqis sedikit menggeletar namun di sembunyikan kelemahannya itu di hadapan Ammar. Dia tak mahu Ammar nampak dirinya begitu lemah. Ammar bangun lalu beredar dari situ meninggalkan Balqis sendirian.Kemudian Balqis memandang Rayyan. Rayyan membalas pandangan itu. Mahu sahaja di saat itu dia pergi memeluk Rayyan untuk melepaskan masalah yang ada. Ternyata dia memang memerlukan Rayyan dalam hidupnya. Mengharap sangat-sangat Rayyan yang memulakan dahulu bukannya dirinya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2012 05:05 PM | Show all posts
Aduh Rayyan...... cepatlah go to the rescue....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 06:52 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-12-2012 04:04 PM
Harp2 rayyan x cepat melatah bila balqis ada lak lelaki lain mengendeng...rayyan wajib pertahnkan  ...

tuelah geramnya dgn rayyan
cepat gie kat balqis sbb ternyata ammar bukan nak sgt kat balqis tp lbh pada busuk hati

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2012 08:54 AM | Show all posts
Rayyan nampak Balqis bersendirian berehat di gigi pantai. Mengorek pasir tanpa tujuan. Rayyan berjalan perlahan-lahan ke arah Balqis.

"Assalammualaikum.." Rayyan memberi salam.

Balqis terkejut. Terus dipandangnya Rayyan yang berada di belakangnya.

"Waalaikummussalam.." jawab Balqis lalu tersenyum.

"Boleh saya duduk sebelah?"

"Duduk lah.."

Rayyan mula merebahkan punggungnya di sebelah Rayyan. Kemudian mereka berdua memandang keindahan pantai pada petang itu. Rayyan patut memulakan perbicaraan itu. Dia memandang Balqis.

"Awak ok?"

Balqis hanya mengangguk lemah.

"Saya nak minta maaf pasal semalam.."

"Tak pe. Tak payahlah fikir sangat pasal benda tu.."

Rayyan diam. Macam mana dia mahu mulakan? Risau sangat dia tersilap langkah lagi.

"Balqis.." panggil Rayyan lembut.

Balqis memandang wajah Rayyan. Cukup tenang hatinya apabila melihat wajah lelaki itu.

"Please, Rayyan.. cakaplah yang kau suka kan aku.. please..." bisik hati Balqis.

Rayyan dan Balqis bertentangan mata.

"Ermmm.. terus terang saya cakap yang saya suka kan Balqis.." Rayyan bersikap jujur dan tidak mahu lagi berselindung.

"Haaa????? Yahooooo!!!!! Hip hip horeyyyy!!!" jerit Balqis di dalam hati.

"Suka? Suka yang macam mana?" tanya Balqis seolah mahu cover malunya itu.

"Saya tahu awak faham maksud saya tu. Ntah la macam mana saya nak terangkan. Semakin hari, saya rasa semakin rasa dekat sangat-sangat dengan Balqis. Saya begitu selesa.." terang Rayyan.

Balqis diam. Dia tersenyum. Pada masa yang sama juga Ammar ada di hujung sudut memerhatikan mereka berdua.

"Takkanlah Encik Rayyan boleh sukakan perempuan macam saya ni.. Dah la tak pandai sangat berfashion. Perangai..budi bicara saya pun tunggang langgang lagi.." Balqis merendah diri. Padahal dia dah syok lebih dah tu! Hihihi

"Hahaha..perangai boleh diubah kalau kita mahu kan? Semuanya terletak pada diri kita sendiri."

Balqis tersenyum. Dia hanya mengangguk setiap apa yang diperkatakan Rayyan.

"Tapi Balqis.."

"Tapi ape?" Balqis mula suspen kembali.

"Balqis jangan anggap saya ambil kesempatan pula atas apa yang berlaku. Saya cakap jujur, ikhlas dari hati saya ni. Saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya luahkan perasaan saya.."

Balqis menarik nafas lega. Ingatkan apa lah tadi yang Rayyan hendak cakapkan!

"Pasal Ammar tu, Encik Rayyan tak payah fikirkan sangat erk. Saya memang tak akan kembali pada dia. Cukup lah dengan apa yang dia buat pada saya. Lagipun saya dah maafkan dia."

"Tapi, yang membuat saya runsing ni..dia masih memerlukan Balqis.."

"Dia cakap je lebih.. Padahal dia tak nak saya jatuh ke tangan orang lain. Saya kenal sangat la perangai busuk dia tu.."

Balqis memandang Rayyan. Dia mengukir senyuman.

"Awak terima lamaran saya?" tanya Rayyan dengan penuh pengharapan.

Balqis tersenyum. Kemudian dengan perlahan dia mengangguk.

Pap! Pap! Pap! Ammar menepuk tangannya sambil bersilih ganti memandang Balqis dan Rayyan.

"Waduh..waduh.. Dua pasangan sehati sejiwang yeeeee.." perli Ammar yang cukup benci memandang Rayyan.

Rayyan dan Balqis terkejut. Terus mereka berdua bangun dan mengadap Ammar.

"Sudah lah, Ammar.. Kita dah tak ada apa-apa hubungan dah pun kan?" kata Balqis yang sudah fed-up dengan perangai Ammar itu.

"Tak ada apa-apa hubungan? Yeke?"

"Tak payahlah kau ganggu Balqis lagi. Dia pun dah cakap dia tak nak kau dah kan? Tak malu ke?" perli Rayyan selamba.

"Waaaaaa.. yang kau sibuk ni ape hal? Kau sape dengan Balqis hah?!"

"Dia bakal suami aku!" jawab Balqis.

Rayyan dan Ammar terus memandang Balqis. Rayyan terkejut gila. Tak sangka Balqis sudah dapat menerima dirinya.

"Haaaa kau dengar kan? Dari mulut tuan badan sendiri. So?" Rayyan bertambah gembira dapat mengenakan Ammar.

"Kau ingat aku leh lepaskan kau macam tu je? Kau tunggu dan lihat nanti!" Ammar ugut Balqis.

Ammar kemudian memandang Rayyan. Rayyan mengangkat keningnya. Dia langsung tidak takut pada sesiapa.

"Korang terima padahnya nanti!" kata Ammar lalu beredar dari situ.

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:28 AM | Show all posts
adoila si ammar ni...sengal melantun lantun
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:30 AM | Show all posts
nak tanya kat momey, mana tasya? dah dimatikan gak wataknya atau akan bersengkongkol dgn ammar?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:32 AM | Show all posts
Ape yang Ammar nak buat pada Rayyan & Balqis???...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 09:43 AM | Show all posts
fatehana posted on 20-12-2012 09:30 AM
nak tanya kat momey, mana tasya? dah dimatikan gak wataknya atau akan bersengkongkol dgn ammar?

tasya ada..dia tgh otw hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:47 AM | Show all posts
momey posted on 20-12-2012 09:43 AM
tasya ada..dia tgh otw hihihi

oh tgh otw ke
ingat dah telan pil bagai tue terus jalan ke
x pun hensap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 10:05 AM | Show all posts
Pada keesokkan pagi
Hari Terakhir percutian..

Balqis membawa keluar beg pakaiannya. Terkejut dia kerana Rayyan sudah berada di hadapan biliknya. Rayyan tersenyum memandang Balqis. Balqis membalas senyuman itu.

"Meh saya bawakkan beg tu.." kata Rayyan lalu mencapai beg pakaian Balqis.

Balqis hanya membiarkan sahaja. Dia mengunci pintu biliknya.

"Pegi breakfast dulu kan?" tanya Balqis untuk kepastian.

"A'ah.. pastu baru kita balik.."

"Oright!"

Rayyan dan Balqis berjalan seiiring ke cafe.

"Balqis, saya simpan beg dulu la erk. Awak pergi cafe dulu. Saya menyusul kemudian.." kata Rayyan yang berambut pacak itu.

"Ok.."

Rayyan ke parking kereta manakala Balqis berjalan menuju ke cafe. Sebaik sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam cafe, tangannya direntap.

"Ammar! Apa ni?!" Balqis meronta kesakitan.

"Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan?!"

"Ape hal pulak ni? Kita dah tak ada apa-apa hubungan laaaa!!! Berapa kali Qis nak cakap ni?!!!!"

Rayyan datang dan terus menumbuk muka Ammar. Ammar jatuh terduduk.

"Aku dah banyak bersabar dengan kau! AKu tak paham masih ada lagi manusia macam kau ni yang tak reti-reti bahasa! Dah orang cakap tak nak tu, blah la kan?" Nafas Rayyan turun naik.

Orang yang lalu lalang di situ mula berhenti menonton drama percuma. Ammar bangun. Dikesatnya darah yang mengalir dari mulutnya itu. Balqis setia berdiri di sebelah Rayyan. Ammar bersilih ganti memandang Rayyan dan Balqis. Kemudian dia beredar dari situ. Balqis menoleh ke arah Rayyan.

"Encik ok ke?"

"Saya ok je.."


                                            ...................................................................


Di dalam kereta menuju ke Kuala Lumpur..

"Saya minta maaf, Encik Rayyan.." ucap Balqis.

"Kenapa nak minta maaf pulak ni?"

"Sebab saya semua ni mengganggu kehidupan encik.."

"Balqis, saya nak tegur sikit boleh?" Rayyan memang seorang yang suka berterus terang.

"Apa, encik Rayyan?"

"Macam ni. Dekat ofis awak boleh panggil saya encik. Tetapi di luar ofis, boleh awak panggil saya dengan panggilan awak ke..U ke..sayang ke.."

"Ha?"

"Hahaha.. Tak yah la formal sangat.. Lagipun, insyaallah tak lama lagi awak tu dah nak jadi milik saya dah.."

"Encik..err..awak betul serius ke ni?"

"Yelah! Saya bukan manusia yang suka mainkan perasaan orang! Nanti bawa saya jumpa keluarga angkat awak tau.."

Balqis diam. Bermimpikah dia?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 10:11 AM | Show all posts
momey posted on 20-12-2012 10:05 AM
Pada keesokkan pagi
Hari Terakhir percutian..

Lagi, lagi momey...oh best...bagus & bijak tindakn rayyan...cept2 meminang terus ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2012 10:12 AM | Show all posts
suka suka bila ammar kena sedebik dr Rayyan
brlah ngam
xdelah rayyan asyik nak mengalah aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 11:22 AM | Show all posts
Rupanya Ammar mengekori kereta Rayyan dari belakang tanpa Rayyan sedari. Rayyan menghentikan keretanya di kedai 7-Eleven.

"Sekejap ye, awak.. Saya nak beli air. Rasa ngantok pulak tiba-tiba.. Awak nak pesan ape-ape tak?" tanya Rayyan sambil membuka tali pinggang keledar.

"100plus pun tak pe.." jawab Balqis.

"Ooo ok.. ingatkan kacip fatimah tadi hihihi.." Rayyan berseloroh.

Balqis hanya tersenyum malu. Rayyan keluar dari kereta lalu masuk ke dalam kedai 7-Eleven tersebut. Ammar memandang dari jauh. Kacamata hitamnya sengaja dia tidak tanggalkan.

"Aku akan buat sampai ko fobia tengok aku! Hahahaha.. Aku memang tak suka orang yang melawan cakap aku!" kata Ammar sendirian.

Sebaik sahaja Rayyan keluar dari kedai tersebut, dia disapa seorang gadis. Gadis yang dia amat kenalinya.

"Abang.." tegur Natasya.

"Tasya!" Rayyan terkejut.

Balqis memerhati Rayyan dan Natasya dari dalam kereta.

"Siapa pula perempuan ni? Adeh.. Balqis, ko jangan cemburu yang bukan-bukan yaaaaa..." pujuk hati Balqis.

Natasya dan Rayyan bertentangan mata. Mereka berbalas senyuman.

"Abang dari mana?" tanya Natasya lembut.

"Abang baru balik dari bercuti ni.."

Natasya memandang kereta Rayyan. Dia nampak kelibat seorang perempuan di dalam kereta Rayyan itu. Dia mengukir senyuman.

"Abang langsung tak jenguk Tasya kan.. sedih tau!" Natasya mencubit manja lengan Rayyan.

Balqis mengetap bibirnya.

"Ni mesti dah kenal lama ni..hhmmmmm" bisik hati Balqis lagi.

"Maafkan, abang. Abang ngaku abang salah. Sejak abang ziarah Tasya kat hospital hari tu, abang terus busy dengan kerja. Maafkan abang ya.."

"Hhihihi..tak ape la. Tasya gurau-gurau je. Eh, Tasya dah lambat la abang.. Kita jumpa lain kali boleh?"

"Err..boleh.."

"Nanti Tasya call abang erk. Bye.."

"Ok. Bye.."

Natasya dan Rayyan berjabat tangan. Kemudian Natasya berlalu pergi menaiki sebuah kereta mewah. Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki yang Rayyan tidak kenal.

Rayyan masuk ke dalam kereta. Balqis memandangnya. Rayyan hanya tersenyum lalu dipandunya kereta itu.

"Diam aje? Dia tak nak bagi tahu aku ke siapa perempuan tu? Adoii... Seksanya batin ini!" bisik hati Balqis.

"Adik angkat saya tadi tu.." kata Rayyan tiba-tiba seperti tahu apa yang Balqis sedang fikirkan.

Balqis terkejut. Dia diam.

"Ooo mak aii!! Dia leh dengar ke aku bisik-bisik sendiri ni?? Waaaa hebat..hebat.." Balqis bercakap sendirian.

"Nanti la saya ceritakan lagi k.. Saya hantar awak balik ofis ambil kereta dulu kan?"

"A'ah..a'ahh.."

Rayyan membawa Balqis ke pejabat terlebih dahulu untuk mengambil kereta Balqis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 11:34 AM | Show all posts
tasya dah mengeluarkan diri
errrrrrr lelaki tue bapak gula tasya ek momey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 11:36 AM | Show all posts
fatehana posted on 20-12-2012 11:34 AM
tasya dah mengeluarkan diri
errrrrrr lelaki tue bapak gula tasya ek momey

bapak gula? blur sekejap tadi..
rupanya sugar daddy hahahaha jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052219 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list