Nadrisa berjalan-jalan sambil memandang kiri dan kanan. Dia singgah seketika di kedai menjual pakaian. Sehelai tudung dipegang. Dah lama tak shopping baju dengan tudung. Bisik hatinya.
“cantik...beli lah.” Tegur Ilham. Nadrisa memandang ke arah Ilham yang sedang memandang tudung yang dipegang.
“cantik ke?” soal Nadrisa lagi.
“yer cantik... kalau awak pakai lagi cantik.” Ilham bermulut manis. Nadrisa tersengih mendengar pujian Ilham. Lelaki kalau bercakap manis menggula ayat. Buat aku perasan je. Nadrisa menilik harga yang terdapat pada tudung tersebut. RM 85! Ya Allah mahalnya. Baik aku beli baju kalau macam ni.
“hmmm tak apa lah... bukan ada baju warna merah pon.” Balas Nadrisa. Dia meletakkan kembali tudung tersebut dan keluar dari kedai tersebut.
“awak ada barang ke nak beli? Jom la kita cari barang awak.” Ajak Nadrisa akhirnya. Dia sebenarnya mahu window shopping sahaja hari ini. lagi pon duit gaji belum masuk lagi. Sekarang ni pon tengah nazak kewangannya. Dia malas lah membazir duit untuk perkara yang tak sepatutnya.
“owh..baru teringat. Saya nak cari jam tangan. Jom temankan saya.” Nadrisa dan Ilham bergerak menuju ke kedai yang menjual jam tangan.
“baru saya perasan encik Ilham tak pakai jam... kenapa baru nak beli?” soal Nadrisa pelik. Ilham terdiam seketika. Terus ingatannya sampai kepada arwah Rania. Rania pernah menghadiahkannya sebentuk jam tangan dan jam itu telah disimpan didalam kotak kenangannya pada hari pemergiaan Rania. Kalau dia masih memakai jam itu dia tidak pasti dia mampu meneruskan hidup atau tidak. Hanya melihat secebis kenangan bersama Rania buat hatinya cukup merindui gadis itu.
“encik Ilham... encik Ilham...” sapa Nadrisa sambil melambai-lambaikan tangan dihadapan Ilham yang tiba-tiba diam. Ilham tersedar. Jauhnya dia mengelamun mengingatkan gadis yang paling disayangi. Dia memandang Nadrisa yang kini berada dihadapannya. Satu senyuman manis disedekahkan kepada gadis itu.
“kenapa ni encik Ilham... tak sihat ke?” soal Nadrisa agak risau. Ye la dari yang banyak cakap tiba-tiba diam. Bukan ke pelik. Dah macam kena sampuk hantu jer.
“tak ada apa-apalah. Tolong saya pilih jam.” Minta Ilham sambil melihat beberapa jam yang terdapat didalam cermin kaca. Nadrisa turut mengintai beberapa jam untuk membantu Ilham membeli jam baru.
Last edited by misssakura on 12-10-2012 11:04 AM
|