|
next sambung lg taw... |
|
|
|
|
|
|
|
BILA NA SAMBUNG....INGATKAN DAH ADE SAMBUNGAN DAH
|
|
|
|
|
|
|
|
lamanya beraya...dh nak abis syawal ni ,masih lom ada sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa potong laa...
x kan x ada sambungan dah kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
br siap baca cite ni... sgt menarik... tak sabar nak tau endingnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ju dengan langkah kasarnya sambil menjinjing handbag Prada, masuk ke dalam rumah semula.
Babah mengekori mama dari belakang. Aku terpampan dengan adegan drama yang baru berlangsung di depan mataku.
Mama terkejut sewaktu dia melihatku duduk terpaku di sofa. Tanpa berkata apa-apa, Mama naik ke tingkat atas.
Air mataku mengalir perlahan-lahan. Babah dengan langkah longlai terus duduk di sofa. Babah menghela nafasnya yang turun naik.
Aku segera memeluk babah. Babah mengusap rambutku dan memelukku erat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami dikejutkan dgn bunyi roda beg menuruni tangga. Mama menjinjing beg troli. Aku memerhatikan mama tapi tidak babah. Babah membungkam. Sampai di anak tangga terakhir, aku meluru ke arah mama. Kupeluk badannya sambil menangis "mama, mama, mama nak pergi mana?"
Mama meleraikan pelukanku dan berjalan laju tanpa sepatah kata ke arah pintu utama
Aku mengejar mama. Kali ini aku memaut kakinya dan meraung. "Mama, mama, jangan tinggalkan kami. Mama tak sayangkan kami lagi ke?" Mama berpaling ke arahku. Tombol pintu dilepaskan.
Mama berlutut sambil mengadapku. Kulihat tiada air mata pun di mata mama. Bahkan wajah mama merah padam. Mama memegang bahuku. "Adik jangan menangis, tinggal dengan babah"
Lalu mama bingkas bangun dan memusing tombol pintu. Mama menuju ke kereta Hondanya dan menghidupkan enjin.
Aku berlari menuju ke arah babah sambil menggoncang-goncangkan tangannya. "Babah, babah, halanglah mama, mama nak pergi" Tapi babah diam. Aku meraung-raung. Tangisanku bertambah kuat, bila terdengar kereta mama menderum laju keluar dari garaj.
Aku berkejar semula ke luar. Kereta mama berlalu laju. "mamaaaaa".
Sejak dari itu, aku tidak lagi mendengar tentang mama.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau pelakon malaysia, kita nak bagi watak naqib ni kat sapa?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|