|
KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)
[Copy link]
|
|
Harris curi-curi memandang wajah Azah yang sedang menaip di computer. Azah tidak banyak bercakap dengannya. Barangkali masih marah. Amboi…lamanya marah….Harris tunduk merenung kertas di tangannya. Beberapa SOP yang diserahkan kepada Azah sudah Azah perbaiki.
Harris merenung Azah diam-diam. Bagaimana mahu meminta maaf pada gadis ini? Berat sungguh mulutnya untuk berkata demikian. Memandangkan Harris anak tunggal, sejak kecil lagi dia memang degil. Lagaknya tenang dan bersahaja. Namun, degilnya bukan main. Dia saja yang betul. Jesteru itu, agak sukar untuknya menuturkan kata maaf.
Di tambah lagi dengan pengalamannya yang kurang rapat dengan perempuan sejak kecil, menjadikan dia agak kekok untuk memilih ayat untuk berbicara dengan perempuan. Seumur hidupnya yang sudah menjangkau usia 30 tahun itu, ibunyalah satu-satu wanita yang paling rapat dengannya.
Azah mengerling kea rah Harris disebelahnya. Apahal mamat ni?
“Kenapa kau tenung aku macam tu?” soal Azah tanpa berselindung. Aduhh….tak tahu kat mana Harris nak letak mukanya bila diserang sebegitu. Pantas dia memandang Azah.
“Janganlah perasan sangat…aku tengok computer kau tu. Manalah tahu, kau salah buat flow-chart…” kata Harris pula. Azah mencebik. Betul ke mamat ni? Lantaklah! Azah kembali menyambung kerjanya.
“Kau masuk ke futsal tu?” akhirnya Harris memulakan langkah kearah perdamaian mereka berdua. Matanya tajam menikam anak mata Azah.
Azah diam memandang Harris. Ada rasa gementar di hatinya melihat renungan Harris yang tak ubah bagai panah arjuna itu. Terasa pandangan itu terus menusuk ke hatinya. Namun segera dikawalnya perasaan itu.
“Masuk. Lagipun, department ni mana ada staff perempuan lagi. Kami 3 orang je….cukup-cukup..” balas Azah yang kembali menaip.
Harris terdiam. Dia merenung helaian kertas ditangannya. Bagaimana harus dikatakan pada Azah, agar gadis itu menarik diri saja dari perlawanan itu? Dia sudah dapat mengagak, beberapa pekerja lelaki dari jabatan lain yang mula memasang sasaran terhadap Azah.
“Pandai main ke? Aku takut kau kena gelak je kat padang nanti…” ujar Harris lagi. Azah lantas berpaling kea rah Harris.
“Excuse me encik…saya pernah wakil sekolah dulu ya….”balas Azah dengan muka cemberutnya. Harris mencebik.
“Yalah tu. Wakil sekolah …tapi kalah…kan?” soal Harris lagi. Sengaja memancing darjah kemarahan gadis itu. Comel sungguh mukanya bila naik marah macam ni.
“Hellllooooooooo…” panjangnya muncung Azah, sekaligus membuatkan Harris mahu pecah ketawa.
“Kami dulu menang sakan, okey! Kalau tak percaya, boleh check resume aku…” tambah Azah lagi. Geram sungguh dia dengan sikap Harris yang suka membuatnya marah. Harris jungkit keningnya selamba.
“Okey…kita tengok malam esok….” ujar Harris mengejek sambil menyilangkan tangannya ke dada. Niatnya untuk membuatkan Azah mengundur diri dari perlawanan terbantut. Azah kembali menaip, mahu menyudahkan salah satu SOP yang sedang dibuatnya agar cepat siap! |
|
|
|
|
|
|
|
best .... bila harris nak mula cemburu dengan azah ? |
|
|
|
|
|
|
|
ish! bila HARRIS nak pujuk AZAH... |
|
|
|
|
|
|
|
abis la si azah ni kena 'gomol' ngan depa2 tuh nanti... azah, hang ni super women, tunjukkan kat jejanz2 tu hang terer main... biar harris terjojol bijik mata
fiziiiiiiiiiiii mana hang nih.... moh ler sini sambung nihh... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhh....tak sabar nak tunggu ending |
|
|
|
|
|
|
|
n3 n3 x sabau nak baca ................. |
|
|
|
|
|
|
|
next please.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suasana di kompleks futsal yang terletak di pinggir Bandar Klang itu memang meriah. Tak sangka pula, malam ini ramai pula penontonnya yang terdiri daripada pekerja-pekerja syarikat itu yang turut membawa anak beranak ke stadium tertutup itu besama.
Ada juga yang membawa sepupu sepapat untuk turut serta menyaksikan pemain-pemain yang kaki bangku itu bermain. Harris tiba agak lewat ke stadium itu hari ini. Meskipun dia tidak bermain, namun dia harus datang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan sejabatannya.
Din dan Halim sudah awal-awal memberi amaran kepadanya agar turun padang malam ini.
“Kalau kau tak datang, putus kawan!” itu ugutan Din yang diterimanya. Takut sungguh dia mendengar ugutan itu….hohoho…
Tetapi, jauh di sudut hatinya berkata, kalau Din tidak mengugutnya pun, dia tetap mahu hadir malam itu. Dia mahu tengok ‘bekas wakil sekolah’ bermain futsal malam ini. Kalau ada saja kesilapan yang Azah lakukan nanti, dia sudah siap sedia untuk menjadikannya modal untuk membuat gadis itu marah esok pagi.
Tatkala Harris tiba, pasukan dari Jabatan Sumber Manusia sedang berlawan dengan pasukan dari Jabatan Pemasaran dan Jualan. Harris terus menapak kearah kumpulannya yang sedang bersembang di hujung stadium.
Dari jauh, Harris nampak Azah yang memakai t-shirt berwarna merah jambu dengan seluar berjalur warna hitam. Rambut panjang gadis itu diikat begitu tinggi. Terserlah rambutnya yang hitam lagi ikal itu. Selalunya, rambut gadis itu kerap disanggul rapi sewaktu bekerja.
Azah yang mengenakan mekap nipis malam itu, nampak sangat jelita di matanya. Amboi…nak main bola pun sempat pakai lipstick ke, cik Kiah.….Hmmm…
“Lambat!” marah Din sebaik Harris hampir kepada mereka. Sempat Harris melirik kepada Azah. Bahu Din ditepuk.
“Aku wirid lama sikit tadi…” balas Harris sambil ketawa, biarpun ada kebenaran di dalam kata-katanya itu. Din cuma gelak.
Mereka sama-sama bersembang sementara menanti giliran untuk masuk ke padang. |
|
|
|
|
|
|
|
Harris sudah mula gelisah. Sejak pusingan pertama tadi, dia dapat melihat dengan jelas beberapa bola yang dihantar oleh pemain-pemain lelaki jabatan lain agak kasar. Bola-bola itu pula, seolah-olah sengaja ditujukan kepada Azah.
Sewaktu pusingan pertama, kumpulan mereka menang. Kemudian diikuti dengan pusingan kedua dengan jabatan lain pula. Masuk kali ini, pusingan ke tiga yang perlu dilalui oleh mereka bagi membolehkan kumpulan mereka terus mara ke pusingan terakhir.
Panas punggungnya dirasakan melihat permainan Azah. Dari riak muka gadis itu, nyata ada sedikit kesakitan yang dirasai oleh gadis kental itu. Tadi, sengaja bahunya dilanggar oleh salah seorang pemain lelaki sehingga membuatkan Azah jatuh terduduk.
Melihat cara larian Azah saja, Harris tahu kaki Azah sudah sakit. Harris menggeleng geram. Budak-budak ni pun…masa ni jugaklah nak ambil kesempatan! Mentang-mentanglah Azah tu garang dan tak melayan mereka sewaktu di pejabat, di padang ini pula Azah dijadikan sasaran.
Melihat peluh yang sudah membasahi pakaian Azah, Harris tidak dapat duduk diam. Dia bangun sambil bercekak pinggang memandang kea rah Azah di tengah padang.
Sebiji bola tak semena-mena melayang kasar, lalu terkena bahu Azah. Pelepukk…Azah jatuh sambil dihampiri oleh Miah dan Ching yang meluru datang membantunya. Harris mencari-cari, siapa yang menyepak bola tersebut hingga terkena Azah sebegitu rupa.
Dari jauh, Harris dapat lihat 2 pemain lelaki yang saling berbisik sambil tersenyum. Mendidih darah Harris jadinya. Rasa mahu saja dia menengking lelaki itu sekuat hatinya dari luar padang.
“Kau okey ke Azah?” Miah cuba membangunkan Azah. Azah pantas mengangguk. Dia cuba bangun dalam kepayahan. Ching turut membantunya.
“Bodoh punya orang….sepak tak nampak orang…” Ching pula yang marah. Azah cuba menstabilkan tubuhnya. Sebelah tangannya masih berpaut pada bahu Miah.
“Kau, keluar!!! “ Harris yang tiba-tiba muncul dari luar padang terus mengarahkan Azah agar keluar padang. Azah melopong memandang Harris. Dari luar padang, Azah lihat pengadil sudah mengisytiharkan pertukaran pemain di antara Azah dan Harris.
“Keluar! Keluar!” bahu Azah ditolaknya kasar dengan muka yang bengis. Langsung dia tidak memandang kea rah Azah. Azah yang masih terpinga-pinga berjalan perlahan-lahan keluar dari padang. Ching menepuk bahunya sambil tersenyum.
Azah berjalan terhencot-hencot ke tepi padang. Beberapa siulan kedengaran ditujukan kearahnya. Azah tidak peduli. Botol air mineral pantas dibuka lalu diteguk rakus. Matanya menghala kearah tengah padang. Lebih tepat lagi, kea rah Harris yang sedang bermain menggantikan tempatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kau makan kacip Fatimah ke semalam?” soal Halim. Din, Halim, Harris dan Md. Noor sedang enak menikmati minum pagi di kantin pagi itu. Harris diam, memandang Halim, Din dan Md. Noor yang memandangnya penuh curiga. Tindakannya mengeluarkan Azah dari perlawanan malam tadi menjadi pertikaian.
“Korang ni apahal?” Harris terus meneguk teh tarik ditangannya. Enggan melayan kepala gila-gila kawan-kawannya.
“Kata tak nak main. Alih-alih, kau ganti Azah pulak….” sambung Halim lagi. Satu sikap Harris yang tidak normal jika hendak dibandingkan dengan perangainya dahulu.
“Dia marah kat budak Sales semalam sebab sepak bola kena Azah kot…” tambah Din sambil tersenyum sungging. Din masih ingat betapa kuatnya sepakan bola yang Harris layangkan kea rah lelaki dari jabatan Jualan dan Pemasaran malam tadi. Lelaki yang sama menendang bola kea rah Azah. Harris menjeling kea rah Din. Mulut tak ada insurans hayat!
“Ye ke?” soal Halim tidak percaya. Dia berpandangan dengan Md. Noor yang jarang mengambil tahu hal orang.
“Iyee…..aku tengok muka dia pun aku tahu…” tambah Din lagi. Harris tarik nafas geram, namun mukanya masih berwajah tenang.
“Pandai-pandai je….dah budak tu berjalan pun terhencot-hencot, takkan nak main lagi…Kalau aku tak masuk main semalam, mesti kita tak menang semalam,” kata Harris, sengaja mendabik dada agar topic perbualan mereka beralih arah.
“Ahh…berlagak! Kitorang dah nak menang pun masa kau masuk tu….” ujar Din. Harris senyum lebar. Topik perbualan mereka sudahpun beralih! Dan mereka kembali bersembang tentang kemenangan yang diperolehi oleh kumpulan mereka semalam selaku pemenang tempat kedua. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki ngan ego... memang tak boleh dipisahkan.... asalkan boleh bahagia ngan ego tu, takper la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 151# Syafiya
gambar anak ko ke syafiya yg pakai baju merah tu?
comei bebenorrr...... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Syafiya
gambar anak ko ke syafiya yg pakai baju merah tu?
comei bebenorrr......
fizziany Post at 12-1-2012 23:40
Memang la anak aku.. tu yg namanya Syafiya... hehehe.. nak buat calon menantu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la anak aku.. tu yg namanya Syafiya... hehehe.. nak buat calon menantu ke?
Syafiya Post at 13-1-2012 10:54
berapa umur Syafiya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 155# nallepooh
3 tahun, baru masuk sekolah. banyak masa la ko nak simpan duit nak pinang dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nallepooh
3 tahun, baru masuk sekolah. banyak masa la ko nak simpan duit nak pinang dia ...
Syafiya Post at 13-1-2012 14:02
anak teruna ku dah nak masuk 5 thn..boleh sgt2 tu..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Fizziany,
Makin best pulak cerita ni.....
Auntie suka kalau Azah boleh "gasak" si Haris tu sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhhhhhhhhh bertambah hot cita niiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|