|
nade2 la yasmin neh pecet idong nnt.. jual mahal plak |
|
|
|
|
|
|
|
JASMIN nie terperanjat lagi nie... |
|
|
|
|
|
|
|
best... best...best
jgn yasmin tukar fikiran plak
cepat kawin dgn Ungku yg dah tak tahan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam biliknya Yasmin masih memikrkan kesesuaian dirinya untuk berganding dengan Ungku Hadi. Lantas dicapainya pensel dan kertas kajang lalu dia mula menulis.
Cik Abang Sayang | Min | segak bergaya | biasa aja | handsome | muka biasa aja | kaya | ada la duit sikit untuk hidup | keturunan diraja | rakyat jelata | mesomorf | endomorf | romantik | rtah, tak pernah cuba lagi | Fairlady | Getz | pemilik syarikat | Ketua unit |
Uish, tu baru sikit getus hati Yasmin belum lagi masuk perangai masing-masing. Rasa tak sekufu la dengan pakcik sorang ni. Yasmin berfikir-fikir lagi. Boleh kekal lama ke kalau berkahwin dengan psangan tak sekufu? Ish, taknak la bercerai-berai pulak penat aja kahwin. Yasmin rasa dirinya banyak sangat kekurangan jika dibandingkan dengan Ungku Hadi yang segak beraya. Kenapa dia ajak aku kahwin ya, musykil la pulak. Ada apa2 yang nak dicover ke dengan mengahwini aku? Tak sudah-sudah Yasmin berfikir sampai matanya terlelap.
Jam sudahpun menunjukkan pukul 1 pagi tapi Ungku Hadi masih belum boleh melelapkan mata, balik bertarawikh Ungku Hadi membaca juzuk ke 25, harapnya tahun ni dapat khatam lagi. Ungku Hadi teringatkan si buah hati yang mengelak dari menjawab telefon atau mesejnya kebelakangan ini. Apa yang tak kena ya sayang? Usikan abang melampau sangat ke? Abang saja je nak ngusik sayang bukannya betul pun. Teruk benar la abang ni kalau asyik kena mandi wajib aja sayang oi. Mesej dari Hana yang diterima tadi menimbulkan gelisah kerana Ungku Hadi tidak tahu apa yang tidak kena dengan Yasmin. Rasanya dia dah mula sukakan aku tapi kenapa dia melarikan diri dari aku ya. Ungku Hadi terlelap akhirnya bila tidak lagi dapat meneka apa yang ada di fikiran buah hatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk benar la abang ni kalau asyik kena mandi wajib aja sayang oi.
Teruk betul pokcik ungku ni dah tahap kronik ni |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi..... tak sabar nak tunggu depa nie kahwin....
harap2 jadilah yek..... |
|
|
|
|
|
|
|
ini kalu dah sah yasmin jadi bini dia...mau lunyai dikejekan ungku hadi nih... dah gatal tahap cipanzi dah ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ini kalu dah sah yasmin jadi bini dia...mau lunyai dikejekan ungku hadi nih... dah gatal tahap cip ...
asyriqa Post at 12-9-2011 13:21
btol tu...seram wooo ngan ayat ungku hadi tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
ish, korang ni. ungku hadi stok baik2 la. sian ungku hadi. |
|
|
|
|
|
|
|
As salam Herb.... sambung lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 153# naufal2705
jap, dr td menaip tak siap2. migrain lak. |
|
|
|
|
|
|
|
makan ubat herb... pastu g tido...
cepat baik cepat dpt n3.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 154# produkherba
herb... thank you... take your time..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi telefon yang berdering menghentikan Yasmin dari membaca kisah isteri yang ditinggalkan kerana suami menganggap dirinya tidak lagi menarik. Geram pula Yasmin bila membaca kisah sebegini, kalau dialah isterinya sudah lama si suami dibobbitkannya. Biar si suami tahu apa makna menarik. Lantas ditinggalkan seketika forum keluarga yang sedang dibacanya. Nombor yang tertera tidak dikenalinya tapi yang pasti dari Johor.
"Assalamualaikum Min" sapa satu suara yang penuh keibuan.
"Waalaikumussalam, siapa ya?" soal Yasmin sambil cuba mengingatkan suara yang seakan pernah didengarinya.
"Nenda ni. Cucu Nenda ni apa khabar?" Ungku Maimunah merisik khabar. Soalan Ungku Maimunah membuatkan Yasmin terdiam seketika, ish... takkanlah pakcik tu report kat Nenda dia pulak.
"Baik aja Nenda. Nenda sihat?" tanya Yasmin sekadar berbahasa sebab tak tahu apa yang nak dibualkan. Ungku Maimunah yang menyedari bakal cucunya segan, mencari idea berborak tentang persediaan perkahwinan yang tinggal tidak beberapa minggu lagi Daripada perbualan mereka Ungku Maimunah dapat mengagak yang Yasmin tidak begitu yakin dengan lamaran Ungku Hadi. Fahamlah Ungku Maimunah kini mengapa Yasmin mengelak dari cucunya. Moga maklumat yang diperolehnya dapat membantu Ungku Hadi dalam misinya.
Sepanjang dalam lrt Yasmin sedar dia tidak berlaku adil terhadap cik abang sayang. Hmm... nak buat macam mana ya? Kang ada pulak dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong fikir Yasmin lagi. Lantas Yasmin mengeluarkan telefon untuk bermesej dengan cik abang sayang.
Sebaik telefon berbunyi, Ungku Hadi yang tengah berbincang segera menyemak inbox telefonnya, lagaknya seperti menunggu kontrak jutaan ringgit padahal hanya untuk menyemak samada mesej datang dari si buah hati walaupun sering dia kecewa kerana mesej yang datang bukan dari cik perisik. Kali ini mesej yang datang benar-benar dari orang yang ditunggu-tunggu. Dibukanya mesej dari si buah hati.
Malam ni online lepas tarawikh, Min nak cakap. yahoo id : orangkampung.
Ringkas aja mesej dari cik perisik kesayangan tapi cukup memberikannya semangat untuk meneruskan perbincangan dengan anak-anak buahnya sebelum balik untuk berbuka.
Yasmin login ymnya selepas balik dari bertarawikh di surau bawah rumah bersama Hana. Dalam hati berdeabar-debar juga memikirkan apa yang bakal diperkatakan dengan cik abang sayang.
abangsayangmin : assalamualaikum sayang
Mak ai, yahoo id punyalah, terharu rasanya. Abang betul2 sayang min ke? tanya Yasmin dalam hati, tak mana beraninya Yasmin tanya begitu pada Ungku Hadi.
orangkampung : waailaikumussalam
abangsayangmin: sayang abang sihat?
orang kampung : sihat
Hmm... macam mana nak buat icebreaking dengan sayang abang ni ya, fikir Ungku Hadi. Lantas pada fikiran Ungku Hadi fikir ada baiknya dia minta Yasmin katakan aja apa yang ingin disampaikan sebelum terlupa. Mungkin apa yang akan diperkatakan Yasmin nanti dapat membuka ruang untuk mereka berbincang lebih lanjut.
abangsayangmin : sayang kata ada benda nak cakap dengan abang. apa dia ya?
orangkampung : pasal kita
abangsayangmin : okay
Lamalah pulak dia nak bercerita, tertidur ke sayang ni agak Ungku Hadi bila Yasmin masih juga belum memulakan cerita. Yasmin pula sebenarnya tak tahu nakmula dari mana.
buzz!
orangkampung : saya takut
abangsayangmin : care to explain dear?
Yasmin tarik nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk berterus-terang dengan Ungku Hadi. Kalau ada jodoh, alhamdulillah kalau sebaliknya Yasmin redha.
orangkampung : rasa macam mimpi, tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba diajak kahwin.
abangsayangmin : itu namanya jodoh sayang
orangkampung : ntah
abangsayangmin : apa yang buat min rasa macam mimpi?
Hmm... susah nak berterus-terang.
orangkampung : ungku
abangsayangmin : abang ni mimpi ngeri atau mimpi yang macam mana ?
orangkampung : bukan mimpi tu la... asyik meyimpang aja kerjanya. nyampah betul
abangsayangmin : la... takbaik menyampah kat abang, tanya mimpi macam mana pun kena marah?
Erk... aku lak yang meyimpang ke? Alahai mana la nak letak muka. Ish, malunya.
abangsayangmin : kalau mimpi 'tu' pun abang okay aja
Tiba-tiba telefon Yasmin berdering lantas diangkatnya.
"Sayang? kita cakap di sini aja boleh? ym tak jalan nampaknya, penat abang meneka apa yang sayang nak sampaikan" pinta Ungku Hadi lembut. Yasmin cuma menarik nafas dalam-dalam kerana tidak tahu bagaimana nak meluahkan rasa hati.
"Min tak cantik bergaya, Min rasa kita tak sekufu" lega rasa hati Yasmin sesudah meluahkan apa yang difikirkan sejak rombongan Ungku Hadi pulang. Laa... tu aja ke yang buat sayang diam selama beberapa hari ni rupanya fikir Ungku Hadi.
"Apa lagi yang sayang nak beritahu abang?" soal Ungku Hadi lagi. Yang dia tahu semuanya perlu dijelaskan malam ini juga jangan ada lagi yang menganggu fikiran buah hati.
"Itu aja" balas Yasmin pendek. Memang itupun yang menganggu sangat fikirannya, Ungku Hadi yang segak bergaya bergandingan dengan dirinya yang serba kekurangan.
"Sayang, abang bukan main-main bila abang ajak sayang kahwin. Ya, mungkin cara abang terburu-buru tapi abang dah cukup matang untuk berfikir baik-buruknya tindakan abang ni. Restu ayah, bonda dan nenda membuatkan abang semakin yakin yang jodoh kita amat kuat" Ungku Hadi diam sebentar sebelum menyambung lagi.
"Betul ke?" macam budak-budak pula Yasmin bertanya.
"Iyaaaa sayang, buat apa la nakmenipu anak dara orang bulan-bulan puasa ni. Atau sayang nak menikah sebelum raya ke baru nak percaya? Abang okay aja, dapat berbuka sedap-sedap tiap hari. Dah lama tak rasa air tangan sayang sejak sayang mogok dengan abang" Sambung Ungku Hadi sambil tergelak.
"orang tengah serius ni, dia gelak pulak. nyampah betul" rungut Yasmin.
"ok, sorry. tapi abang serius ni... abang nak sayang jadi isteri abang dunia akhirat. tak perlu persoalkan sekufu atau tidaknya kita sebab tu kerja Dia, bukannya kita. boleh ya sayang?" pujuk Ungku Hadi menyakinkan Yasmin. Tersentuh hati Yasmin mendengarkan nasihat cik abangnya.
"sayang?" panggil Ungku Hadi lembut.
"Ya" jawab Yasmin pendek sja sebab tak tahu nak respon macam mana kat Ungku hadi.
"Esok boleh buatkan lengkong, abang rindu la nak makaan lengkong sayang tu. Petang esok abang ambik, boleh?" Ungku Hadi mencuba nasib sebab lengkong yang dijual di bazar Ramadhan tak sama sedapnya dengan lengkong bjuatan Yasmin.
"Ish, yalah. nanti min buatkan" balas Yasmin. Rasa rindu pula nak menyiapkan order Ungku Hadi.
"Hmm, ada apa-apa lagi sayang nak kongsikan dengan abang?" tanya Ungku Hadi.
"Takde kot, matapun dah ngantuk" jawab Yasmin sebab lama-lama sangat kat telefon nanti hanyut pulak.
"Okay, kalau gitu abang harap sayang terima jawapan abang tadi. sayang tak bermimpi, kita sama-sama tak bermimpi. insyaallah, sayang akan jadi isteri abang. abang sayang min, assalamulaikum sayang" ucap Ungku Hadi sebelum meletakan telefon.
Yasmin berasa lega yang amat dengan pengakuan Ungku Hadi, hilang sudah rasa sangsi dan risau dengan apa yang berlaku. Yasmin memanjatkan doa agar semuanya berjalan lancar dan diredhai Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
xdele sangat...tapi bila bayangkan situasi derang bedua ni ( macam dalam drama-drama tu)....te ...
anaryu Post at 12-9-2011 15:06
sebab tadi migrain, herb tak dapat tangkap. malu part mana... yang mandi tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sikit lagi dah impian ungku hadi nak jadi kenyataan... saborrrrrrrrrrr nih nunggu majlis berlangsung... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak lama tu..cik perisik nak di sandingkan dgn Ungku Hadi... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|