Perdana Menteri tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi

[size=14.399999618530273px]Anwar tiba di Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
MANAMA (BAHRAIN): Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, hari ini sempena lawatan rasmi bagi mengukuhkan lagi hubungan bilateral sedia ada antara Malaysia dengan Bahrain. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain pada jam 12.45 tengah malam waktu tempatan (5.45 pagi waktu Malaysia) dan disambut Menteri Luar Bahrain, Dr Abdullatif Rashid Al Zayani; Timbalan Gabenor Muharraq, Brigedier Jeneral Jassim Mohammed Al Ghattam; Duta Bahrain ke Malaysia, Dr Waleed Khalifa Al Manea serta Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran. Anwar diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan kerajaan. Perdana Menteri turut disambut dengan kawalan kehormatan di lapangan terbang berkenaan.
Ketibaan beliau turut dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang di sepanjang laluan dari lapangan terbang ke penginapannya. Ini adalah lawatan pertama Anwar ke negara ini sebagai Perdana Menteri dan ia menjadi lebih bersejarah kerana atas jemputan Putera Mahkota, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa yang juga Perdana Menteri Bahrain. Menurut Shazryll, Anwar dijadual mengadakan kunjungan ke atas Putera Mahkota Bahrain dengan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan perkembangan dan kemajuan hubungan kedua-dua negara. Katanya, antara tumpuan yang akan dibincangkan ialah pengukuhan dan peningkatan kerjasama dalam sektor utama berkepentingan bersama termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keterjaminan makanan, perbankan Islam, industri halal, kesalinghubungan dan pelancongan serta isu serantau dan global. Perdana Menteri juga dijadual menghadap Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, sewaktu lawatan rasmi dan sesi menghadap itu adalah satu penghormatan tinggi kepada Malaysia di samping menzahirkan keutuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain. Di sela lawatan rasmi, Perdana Menteri akan menyertai Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) yang dijangka dihadiri 298 ulama dari 75 negara. dan menyampaikan ucapan pada sesi utama persidangan berkenaan.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan turut mengadakan lawatan ke Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain untuk meneroka peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain. Beliau juga dijangka bertemu Imam Besar Al-Azhar, Al-Sharif Prof Dr Ahmed El-Tayeb, serta bertemu dengan diaspora Malaysia, di sin Bahrain, negara Teluk pertama yang menemui minyak pada 1932, adalah rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di rantau Asia Barat tahun lalu, manakala Malaysia adalah rakan dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara-negara ASEAN dan ke-18 terbesar pada peringkat global pada 2023. Selain minyak, kilang pemprosesan aluminium terbesar keempat di dunia juga terletak di Bahrain, yang menjadi eksport utama mereka ke Malaysia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1363042/perdana-menteri-tiba-di-bahrain-untuk-lawatan-rasmi
|