Edited by maklukpenggoda at 4-11-2024 02:47 PM
JUMLAH KERUGIAN FASHION VALET ADALAH RM127 JUTA!
5 tahun lalu (2019), ketika kali pertama aku mengkritik dan memberi peringatan tentang pelaburan PNB dan Khazanah di dalam Fashion Valet ketika itu adalah lebih kurang RM25 juta (retain earning).
Pada tahun 2022, jumlah kerugian tersebut telah naik kepada RM127 juta. Maksudnya dalam masa 3 tahun pertambahan jumlah kerugian sebanyak 5 kali ganda.
Tahniah! Memang suatu pencapaian yang gemilang! Walaupun syarikat kerugian sangat dahsyat, Vivy tetap ada banyak handbag. Tau?
Korang boleh pergi semak di SSM atau SCRUT di http://interepo.com. Mana tau ada yang terkini. Kan?
Memetik laporan Astro Awani, siasatan akan dijalankan atas faktor jumlah kerugian yang direkodkan kedua agensi kerajaan itu terlalu besar.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa siasatan itu juga penting memandangkan perkara itu melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
Saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak, atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola.
Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.
Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.
Susulan itu, warganet mendesak Vivy dan Fadza untuk memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan berkenaan.
Vivy dan Fadza kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).
Vivy dan Fadza juga mengakui kesilapan yang telah dilakukan sekaligus mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan berkenaan.
|