|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
blum sempat jelajah lagi la TB..
line tenet skrg teruk sokmo.. jd malas nk on9
pura Post at 18-3-2011 13:17
memang BB selalu buat hal kan?:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 19-3-2011 09:39
Hari yang di tunggu tiba juga akhirnya. Sebaik azan Subuh bergema, mata Dahlia terus celik. Semalaman tidurnya tidak nyenyak kerana terlalu teruja. Mengalahkan zaman kanak kanak bila Babah dan Mak nak bawa bercuti atau balik kampung . Dia menyelak selimut dan duduk bersila di katil. Amir masih nyenyak di ulit mimpi. Bahu Amir di goncang.
“ Abang, bangun. Dah Subuh” Tiada respons dari Amir. Kasihan Amir, semalam dia balik lewat dari ofis. Kemudian terpaksa menyambung kerja di rumah hingga pukul 1 pagi. Dokumen perlu di semak dan di hantar pada auditor sebelum bercuti. Rambut Amir yang menutupi dahi di suak ke belakang.
“ Abang, cepatlah. ” gesanya lagi di telinga Amir.
” Humm…” Amir menepis telinga dan mengalihkan badan ke posisi mengiring , membelakangi Dahlia. Hailaa… dia ingat aku ni lalat kah? Nak cuba geletek? Tapi Amir bukan penggeli. Nak jirus air nanti basah pula bantal dan tilam. Baik aku solat dulu. Nanti dua dua terbabas.
Selesai solat, Dahlia melempar pandang pada Amir yang sedang duduk di birai katil dengan muka mengantuk.
“ Kenapa tak kejut abang?” Matanya di tenyeh.
“ Lia dah cuba. Tapi Abang tak bangun bangun. Kalah Sleeping Beauty.”
“ Habis tu kenapa tak cium?” Dahlia mencebik. Dia menanggalkan telekung dan menggantungnya di penyidai. Sejak dia merajuk dua hari lepas, mereka agak renggang. Dia menjeruk rasa dan Amir pula tersangat sibuk. Atau sengaja menyibukkan diri. Ada baiknya juga mereka menjarakkan diri. Give each other some space. Semalam seharian dia bersama Ellisya dan Najwa, Amir pula ke pejabat walaupun hari Sabtu. Bila tiba malam masing masing sudah saling merindu.
Amir mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Dahlia menarik cadar hingga cekang dan gebar yang bergumpal di lipat kemas di kaki katil. Dia membetulkan letak bantal bila terasa sesuatu yang keras. Sebuah kotak empat persegi berbalut dengan kertas merah di jumpa di bawah bantal. Namanya terpampang. Apa pula ni? Kertas bungkusan di koyak dan di dalamnya terdapat segugus kunci dengan kad putih seperti kad security.
Amir meraup muka selepas memberi salam dan kemudian berzikir. Sebaik Amir selesai membaca doa, Dahlia bersimpuh di sisinya.
“ Abang, kunci apa ni?” Amir mencium dahi isterinya.
“ Cuba teka”
“ Tak tahu. Ini bukan kunci kereta. Ada security card pula. Kunci ofis Abang kah?” Dada Dahlia berdegup pantas. Entah entah Amir bagi hint yang dia benarkan aku kerja.
“ Tettt.. Salah. Kena denda.” Pipi Dahlia di cubit.
“ Ow! Sakit lah. Cakap lah betul betul. Kunci apa ni?”
“ Kunci rumah kita lah, sayang. I’m sorry for ignoring your feelings. Abang terlampau sibuk dengan kerja sampai tak peka dengan apa yang terjadi di rumah. Abang sepatutnya kena jaga perasaan Lia dan lindung Lia.Lepas sanding nanti kita pindah ke kondo Abang di Hartamas.” Tubuh Dahlia di tarik. Dahlia menyembam muka ke dada Amir. Rasa happy gilerrrr! YES! Dapat juga aku merasa tinggal di rumah sendiri. Tapi terbesit juga rasa bersalah pada Puan Sri.
“ Macam mana dengan Mummy? Dia tak marah kah?”
“ Jangan underestimate Mummy. Dia tahu segala yang berlaku dalam rumah ni. Mummy tahu apa Kak Elly cakap pada Lia malam kelmarin, tapi dia saja tak nak masuk campur. Dia faham perasaan Lia. In fact, she was the one yang suggested that we stay on our own. Cuma kita kena compromise lah. Bila Abang Mi pergi outstation atau overseas, kita tinggal sini temankan Mummy. Is that okay? ” Dahlia mengangguk berulang kali.
“Thank you so much. I am so sorry sebab marah Abang malam tu. Abang terlampau baik. I… Lia.. tak .. tau apa nak cakap. ” Leher Amir di rangkul. Ciuman hinggap di pipi Amir.
“ Tak payah cakap. Action speaks louder than words.” Jari Amir mula menjalar. Dahlia menggeliat kegelian.
“ Abang.. kita kena pergi airport” rengeknya sambil membetulkan baju yang tersingkap.
“ Kita pergi airport pukul 10 lah , sayang. Sempat lagi nak mandi , solat sunat musafir. We still have time for some fun. Nanti di Madinah dengan Mekah kita duduk satu suite dengan Mummy. Faham faham lah “
“ Jadi kat sana nanti kita tak boleh…” Muka Dahlia penuh tanda tanya. Amir ketawa
“ Oh, sayang suka sangat biology class sampai tak boleh miss ya? Kelas di jalankan seperti biasa tapi kena control sikit. Jadi sekarang jangan buang masa, kita ada kelas intensif selama dua jam”
………………………………………………………………………………….. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tergambar betapa indahnya Bumi Anbia. Sejak sampai di Madinah, jiwa Dahlia rasa tenang sekali. Segala masaalah lenyap begitu saja. Aku betul betul bertuah kerana di pilih untuk datang ke sini. Syukur pada Mu , Ya Allah! Waktu yang ada dia manafaatkan sebaiknya dengan solat sunat, zikir, membaca Quran di Masjid Nabawi. Setiap hari dia akan beratur bersama dengan muslimah dari pelbagai negara untuk menziarah makam Rasulullah s.a.w.,bersolat dan berdoa di Raudhah. Cuaca yang panas dan kekasaran ummah dari negara Arab dan Afrika tidak di pedulikan. Biarlah aku kena rempuh dan kena tolak sekalipun, peluang untuk berada di Masjid yang dulunya rumah kekasih Allah tidak di lepaskan. Ada juga sekali dua wanita Arab memberi tempat untuk dia bersolat di ruang wanita di Raudhah yang selalunya begitu padat. Airmata Dahlia mudah mengalir bila berdoa meminta keampunan dan keredhaan.
Ketika di Madinah mereka menziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan makam para syuhada Perang Uhud. Lagi satu kemestian ialah Pasar Kurma. Puan Sri Sabihah membeli berkilo kilo buah kurma terutama jenis kurma Nabi atau di panggil ajwa yang jauh lebih murah dari tempat lain.
“ Kurma ajwa ini bagus untuk mengubat penyakit. Orang kata kalau kena sihir, makan 7 biji kurma ini, minum air zam zam dan berdoa, insyaallah sembuh. Kalau Lia pregnant nanti makanlah kurma hari hari. Kurma ni banyak khasiat ” nasihat Puan Sri Sabihah. Seperti biasa, Dahlia mengangguk. Ibu mertuanya nampak lebih cergas sejak berada di sini. Berkat air zam zam dan ibadat, akui Puan Sri Sabihah.
Dahlia tidak ketinggalan membeli kurma untuk saudara mara dan kawan kawannya. Apa lagi souvenier dari sini, selain kurma , tasbih dan sejadah. Tasbih dan sejadah pun kebanyakkannya di buat di negeri Cina. Tak ada beza pun dengan yang di beli di Malaysia.
“ Lia, bagi abang angkat. Berat tu” Amir mencapai plastik dari tangan Dahlia.
“ Tak apalah. Abang tolong angkat barang Mummy, lagi berat. ”
“ Pak Arab tauke kedai tu tolong Mummy. Jom, bas dah tunggu. “
Dahlia tak pernah kecil hati bila Amir lebih memberatkan ibunya. Di dalam bas pun, dia menyuruh Amir duduk bersama Puan Sri Sabihah. Bila Amir menemani Puan Sri Sabihah shopping, Dahlia akan ke masjid bersama Puan Maya. Shopping di mana mana pun boleh, tapi nak dapat pahala 1000 kali ganda bila beribadat cuma di Masjid Nabawi saja.
“ Sedih kan, besok kita dah nak tinggalkan Madinah” ucap Dahlia sebaik bas mereka sampai di depan Hotel Oberoi, tempat tinggal mereka selama di sana. Dia berdiri seketika memerhati kubah hijau di atas makam Rasullullah.
“ Hmm.. Abang pun sedih. Tapi nanti kita pergi Mekah dapat tengok Kaabah, dapat buat umrah” Mereka berjalan seiring untuk menyimpan barang sebelum bersiap untuk solat Zuhur.
“ Insyaallah. Lia tak sabar pula nak ke sana.” Dalam hati dia mengucapkan syukur dia di beri suami sebaik Amir. Dulu dia senang naik angin walaupun angkara nya kecil tapi dia tekad untuk berubah. Kenapa aku sebagai hamba tak reti bersyukur sedangkan setiap dugaan datang dari Allah? Semuanya di atur sebaik mungkin. Apalah sangat kerenah Kak Elly tu kalau di banding dengan musibah yang melanda umat Islam yang lain.
Keesokannya setelah solat Subuh dan ziarah wida, mereka menaiki bas untuk ke Mekah bersama 20 orang jemaah lain dari Malaysia. Semuanya sudah berpakaian ihram dari hotel dan sampai saja di miqat Bir Ali mereka berniat umrah dan berihram. Sepanjang perjalanan, semua jemaah berdoa dan bertalbiah dengan penuh semangat. Mutawif mereka , Hj Shahir juga bercerita tentang sejarah Tanah Suci dan juga sirah Nabi.
Dahlia tak dapat menahan gugupnya ketika sampai di Mekah dan pertama kali terpandang Kaabah. Rasa sungguh syahdu memandang Baitullah yang menjadi kiblat setiap muslimin.
“ Kita check in ke hotel dulu. Lepas solat Asar di Masjidil Haram baru kita tawaf. Jaga pantang larang ihram ya, Tuan tuan dan puan puan” Hj Shahir memberi taklimat pendek sebelum mereka di beri kunci bilik.
Seperti di Madinah, Dahlia, Amir dan Puan Sri Sabihah tinggal di suite yang mempunyai dua bilik tidur, sementara Maya dan suami nya di suite satu bilik. Zam Zam Towers dan menara jamnya menjadi mercu tanda kemodenan Makkah al Mukarammah. Ada shopping centre serba moden di podium. Bukan setakat kedai minyak attar, jubah dan tasbih saja tapi ada Debenhams, Topshop, Charles and Keith untuk menggugat iman. Ketika umat Islam Malaysia memboikot Starbucks, kedai kopi itu dibuka di sini. Aduh!
………………………………………………………………………. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Lia nampak lain sekarang” tegur Amir ketika mereka bersarapan pada hari keempat mereka di Tanah Suci. Matanya redup merenung wajah isterinya. Tenungannya penuh rasa kasih membuat Dahlia terkesima.
“ Lain? Lain macam mana? Lia dah hitam sebab panas. Matahari di sini terik” Dahlia menyentuh pipi.
“ Tak. Lia nampak berseri sangat. Bukan nak kata dulu Lia tak berseri tapi sekarang lebih lagi. You look angelic”
Dahlia menyimpul senyum dengan wajah merah samar “ Ada ada saja lah Abang ni. Berkat air sembahyang kot… ha ha! Macam artis artis Malaysia selalu cakap”
“Sejak datang Lia tak pernah tinggal solat kan?” Amir menyuap telur dadar.
“ A’ah. Alhamdulillah tak pernah lagi. Sebelum datang Lia ingat nak ambil injection supaya tak dapat period tapi Kak Maya kata jangan sebab nanti hormone tak stabil. Tapi Lia amalkan doa yang Ustazah Munirah ajar. ”
Amir senyum “ Baguslah. Lia tak rasa penat atau pening?”
“ Tak pula. Semua okay jer. Lia ingat nak buat umrah lagi sekali hari ni. Boleh?” Dahlia menyapu jam atas roti bakar untuk Amir. Di letaknya di atas piring kecil. Selera makan suaminya makin bertambah sejak datang di sini. Nasi mandy kambing dan ayam golek memang feveret Amir. Nasib baik kalori di bakar bila berulang alik ke masjid dan tawaf dan saie. Kalau tak debab lah laki aku ni.
“ Lia tak penat? Kuat betul lah isteri abang ni. Abang dah tak larat. Dah tiga kali kita buat umrah, hari ni kita rehat lah pula. Lia tak nak pergi shopping?” Perempuan yang datang ke Mekah selalu gila shopping, asyik tawaf kedai.
“ Lia dah beli dua helai jubah untuk kenang kenangan. Untuk Babah Lia beli tasbih kayu koka dengan Quran. Untuk Usu , Sya dan Wawa, Lia beli minyak attar dan skaf. Untuk kawan kawan lain Lia bagi kurma. Cukuplah tu. Tak ada apa lagi nak beli.”
“ Tak nak beli rantai emas ke, gelang ka?”
Dahlia menggeleng sambil mengacau kopi.” Tak nak lah. Not my taste. Semua design besar besar, bagak bagak. Kalau pakai takut kena samun. Baik tak payah”
“ I’ll get you a watch then. Boleh pakai hari hari. Kita pergi kedai jam nanti. Lia pilih mana yang Lia nak.”
“ Wah, abang ni baru menang loteri kah? Oops .. lupa, haram. Hadiah untuk apa? Bukan birthday Lia pun”
“ Adalah.” Amir mengenyit mata. “ Tak lama lagi Lia akan tahu”
“ Huh? Apa dia? Abang naik pangkat?” Amir menggeleng
“ Er… Abang dapat bonus?” Geleng lagi. Mulut Dahlia muncung.
“ Jangan jangan nak minta kebenaran Lia untuk kahwin lagi satu.”
“ Sumpah tak. Sikit pun tak terlintas. “ Amir mengangkat tangan seperti mengangkat sumpah
“ Habis tu, apa? Abang ni suka buat Lia suspen lah. Nanti Lia solat tak kusyuk sebab asyik fikir pasal benda ni”
“ Tak ada apalah. Abang saja nak beli something special for you. Apa salah sekali sekala I want to spoil my wife. Pelik betul Lia ni. Orang nak bagi hadiah pun nak soal macam polis pencen. Lagipun ini cenderahati untuk mengingati our first umrah together. Insyaallah , kalau ada rezeki kita datang lagi. Dengan anak anak.“
“ Amin.” Dahlia meraup muka. Hatinya cukup tersentuh dengan sikap Amir. “ Abang gembira di sini? Mana lagi seronok, masa pertama kali Abang datang atau sekarang?“
“ Mestilah sekarang. Dulu pun seronok juga tapi masa tu abang kecil lagi. Pakai hentam ikut apa orang buat. Umur macam tu , abang tak mampu mendalami hakikat keindahan agama kita, betapa besar pengorbanan Rasul kita. Sekarang lain rasanya. Lebih lagi bila ada Lia dan Mummy bersama Abang. Abang rasa bersyukur kerana Allah kurniakan isteri yang macam Lia. It was worth the wait. Dan Abang gembira di beri waktu untuk berbaik semula dengan Mummy. Bayangkan kalau dia meninggal sebelum Abang sempat meminta maaf. Tindakan abang melarikan diri dari keluarga memang bodoh” Suara Amir tersekat
“ Janganlah cakap macam tu. Cikgu Amir dapat pahala menyampaikan ilmu yang berguna pada pelajar Sri Kota. Cikgu Amir, Ingat lagi tak kali pertama kita berjumpa”
“ Mana boleh lupa. Sampai beranak cucu pun abang tak kan lupa. Kali pertama 10 tahun lalu abang cium Lia. Anak dara suci murni ni dah kena cop mohor Abang. Kali kedua abang terpeluk Lia. Memang dah jodoh lah.” Amir mencapai tangan Lia dan membiarkan jari jemari mereka bertaut.
“ Aaaa… batal air sembahyang!” Dahlia terjerit kecil bila tersedar
“ Kita naik ke bilik dulu lah. Lepas ni Lia nak pergi masjid untuk solat Dhuha atau nak buat di bilik saja? Abang ingat nak ke masjid.”
Dahlia menghabiskan kopi yang sudah suam. “ Ikut Abang lah. Tapi Lia nak ke atas dulu. Asyik nak terkencing saja sekarang ni” Dia menepuk bahagian bawah perut.
Amir senyum sambil mengangkat kening “ Biasalah tu. Jom kita naik" |
|
|
|
|
|
|
|
ye ye..
ader sambungan....
tp nak lagi...
;);) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by alyaimra at 19-3-2011 00:24
si lia tu dah peknen la tu...CA dah prasan.. tuan punya diri tak boleh rasa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
lia dah peknen...
yeayyy |
|
|
|
|
|
|
|
confirm pregnant..
hik2x..
next.. |
|
|
|
|
|
|
|
lia dah pregnant ke...
x sempat majlis bersanding lg...
bersanding bertiga nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh bestt... best .... confirm lia dah peknen kann... amir cikgu biologi dah tentu lebih arif akan perubahan lia |
|
|
|
|
|
|
|
mesti lia pregnant.. bestnya kan |
|
|
|
|
|
|
|
salam... juna.... thansk for the n3..
tp nak lg lah.. please... |
|
|
|
|
|
|
|
best nya dpt pergi umrah.. kalau di sana rasa tak nak balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah dahlia dah mengandung...
tahu jer cikgu amir, tuan badan tak rasa apa2...
berkat diorg pergi umrah.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah dahlia dah mengandung...
tahu jer cikgu amir, tuan badan tak rasa apa2...
berkat diorg pergi umrah.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang BB selalu buat hal kan?
tudung_bawal Post at 18-3-2011 14:22
tula... hangin jdnya |
|
|
|
|
|
|
|
yeah... nk dpt anak sedara ka ni... cik pai ayam pregnant kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
lia tak pasan pun perubahan ngan diri dia..
CA je yg perasan... |
|
|
|
|
|
|
|
oklah tu rezeki cepat...macam aku dulu |
|
|
|
|
|
|
|
sesetengah org pregnant kali pertama seronok tak terhingga...kalau boleh nak canang donia tp aku rasa malu sgt....adehhhhh...lama-lama baru rasa normal balik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|