Post Last Edit by aerolit_gurlz at 22-12-2010 08:51
-8-
Terjengket-jengket kaki Hana melangkah.Dia menjenguk ke dapur.Tidak nampak kelibat sesiapa.Lalu dia melangkah ke ruang tamu.Juga sunyi.Hana kerut dahi.Mana semua orang dalam rumah ni pergi?
Terdengar bunyi riuh-rendah di beranda.Hana melangkah ke situ.Daripada muka pintu,dia sudah dapat melihat Alias,Dania dan Daniel sedang duduk bersila di atas lantai.
“Lias..”Hana memanggil.”Mana semua orang?”soal Hana.
Alias yang sedang menunduk mengangkat wajahnya.Dia kerut dahi.
“Semua orang?”soal Alias.
“A`ah!”Hana angguk kepalanya.
“Saudara-mara yang lain kan dah balik pagi tadi..”
Hana sengih.Aiseh.Aku lupa.Patutlah rumah rasa sunyi aje.
“Opah dengan ibu mana?”soal Hana.
“Pergi surau.Ada gotong-royong hari ni.Malam ni kan ada ceramah agama..”
Hana angguk kepalanya.Perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi.Dipandangnya Alias yang sedang berkerut-kerut merenung tudung tin yang tersusun di atas lantai itu.
“Abang Kif mana Kak Han?”soal Alias dengan matanya yang masih dihalakan pada tudung tin.
“Mandi..”Malas Hana menjawab.
“Cepatlah Abang Lias.Surrender ajelah..”Daniel menyampuk.Dia menguap.Aku dah bosan tunggu giliran aku ni.
“Iskk..Sabarlah.AbangLias tengah fikir strategi ni..”
“Strategi apanya?”Daniel mencebik.”Memang tak ada chancelah.Tudung tin tu rapat sangat.Kalau jentik pun mesti kenalah..”
“Aaahh…Takde takde.Pantang menyerah sebelum berjuang..”Alias semangat.Hana senyum sinis.Cuba kalau budak ni ada semangat macam ni waktu belajar,mesti sure dapat no 1 aje dalam kelas.
“Tepi tepi..”Hana menolak lembut bahu Daniel.”Kak Han nak main pula..”
Dania,Daniel dan Alias pandang Hana tidak berkelip.”Mana boleh Kak.Kaki kak tu sakit lagi.Tak boleh nak banyak bergerak..”
“Dah okey dah.Tok Ya kan dah urut akak hari tu.Dah baik dah.”Hana terus duduk diatas lantai.Dilunjurkan kakinya.Tak boleh lagi nak duduk bersila.Takpe..takpe..Aku pakai seluar,tarak hal nak duduk macam mana pun.
“Kak Han janganlah.Karang kalau Mak Uda tahu,mesti Mak Uda marah”Alias masih lagi cuba menghalang.
“Iskk..Bisinglah kau ni.Macam mak nenek..”Hana mengomel.Ala..setakat main tudung tin,apalah halnya sangat.Bukannya nak kena guna banyak tenaga pun.Aku ni champion dulu bab-bab permainan atas lantai ni.
“Permainan ni untuk orang lelaki ajelah kak”ujar Daniel pula.Mukanya dah berubah bimbang.Biar betul Kak Han ni.Macamlah dia tak tahu main tudung tin ni gaya duduk selalu berubah.Silap-silap kalau terterajang kaki dia,macam mana?Dahlah aku ni main ganas.
“Habis Dania ni apa?Dua alam ke?”Dania menyampuk.Terkebil-kebil dia merenung wajah abangnya itu.
Hana tersengih.Alias pun sama.Daniel buat-buat pandang tempat lain.Aiseh!Salah cakap.Lupa pula si kecik ni ada kat sini.
“Kak Han tengok ajelah.Jadi pengadil cukup.Karang sakit lagi kaki tu kang..”Alias mencegah.
Hana sengih jahat.Beria-ria kau tak bagi akak main yea.Takpe..takut kalahlah tu.Pantas tudung tin di atas lantai Hana selerakkan.Alias dan Daniel sama-sama terlopong mulut.
“Kak Han!!”Daniel dan Alias serentak menjerit.Grrr..aku bengang.Bengang.Hana buat muka evil.Sengihan jahatnya sengaja dibiarkan.Keningnya dijungkitkan.
“Korang nak bagi kak Han main ke tak?”soal Hana.
“Yelah yelah..”Alias mendengus.”Nak main sangat.Mainlah.Kalau kitaorang terterajang kaki Kak Han tu,jangan nak menjerit pulak..”
Hana mencebik bibir.
“Main balik semula..”Hana bagi arahan.
“Alaa..”Dania merengek.”Dania dah nak masuk seratus dah ni..”
Alias dan Daniel sama-sama memandang Dania.
“Banyakcantik seratus.Kira pun tak pandai ada hati kata markah dia seratus..”
Dania jelir lidah.”Suka hatilah.Sibuk nape?Cakap ajelah yang abang tu dah kalah kat tangan Dania..”
Hana geleng kepalanya.Budak-budak ni kan?
“Dah dah!”Hana mencelah.”Cepat timbang.Sape markah banyak dia jalan..” |