CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katt

MATCH MADE IN HEAVEN (starts at pg 40)

[Copy link]
Post time 13-6-2003 01:05 AM | Show all posts

first of all..

thanks for the story katt..arigato gozaimasu..terpaksalah menyusahkan ko utk citer nie..hermm..nampak detail kali nie ya..bravo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2003 01:10 AM | Show all posts
ade penjelasan???ini serious ye w/pun nade lawak...confirm? refute?

refute...pelakon yg telah membawa watak Mei Yan dulu tidak berlakon dalam drama ini..sekian harap maklum..:2cool:

Ni kena tanya yellow belmont sebab dia ada mention the same thing before.


the same thing?..actually apa benda yg aku pernah mention tu? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 01:13 AM | Show all posts
Hmm.....yelah. Kan masa mula-mula mereka pindah rumah tu ditunjukkan both Sang-hyun & Sung-jin sama-sama nak tengok R-rated videos. Tapi mungkin untuk episod ni kebetulannya Sang-hyun sorang je yang pergi ke kedai video tu. Patutnya dia dengan Sung-jin pergi bersama, taklah nampak teruk sangat kalau kena "tangkap". Itulah yang buat Sang-hyun bengang sebab Seung-lee tangkap dia sorang je......agaknyalah, kot ?


I guess so

R-rated videos are videos yang ada Restricted materials to people under 17. Bukan bahan lucah sahaja tetapi juga excessive violence, foul language, profanity dsb.


thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 01:20 AM | Show all posts

okay

salam..so bukan dia ..okay ..thank you...cheers
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 01:22 AM | Show all posts
ur welcome
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2003 01:38 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-6-13 01:10 AM:
the same thing?..actually apa benda yg aku pernah mention tu?


Sorry....not quite the same thing, actually .

You mentioned earlier yang Seung-lee (kalau tak silap) juga nampak familiar in Invitation, as one of the cast tapi bukanlah pelakon utama.

Am I wrong...sorry kalau silap :cf:.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2003 01:42 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-6-13 01:05 AM:
thanks for the story katt..arigato gozaimasu..terpaksalah menyusahkan ko utk citer nie..hermm..nampak detail kali nie ya..bravo..


Thanks for the compliment......

Harap bersabar kalau my summary tu a bit 'formal'. I'm trying to improve :cf:.

Btw, episode 21 (Khamis 12/6) tengok ke tidak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2003 01:46 AM | Show all posts
Pembetulan sikit

R-rated videos are videos yang ada Restricted materials to people under 17. Bukan bahan lucah sahaja tetapi juga excessive violence, foul language, profanity dsb.

* Di US dsbnya had umur tu 17 tapi kalau di Asia dsbnya had umurnya 21. Kalau tak silaplah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2003 01:47 AM | Show all posts
Sorry....not quite the same thing, actually .

You mentioned earlier yang Seung-lee (kalau tak silap) juga nampak familiar in Invitation, as one of the cast tapi bukanlah pelakon utama.

Am I wrong...sorry kalau silap .

oic..
actually camnie..let me explain..
bila aku mention yg Seung-lee tu nampak familiar..aku maksudkan secara umum..tak khusus dlm Invitation..
sorry gak kalau aku silap..sbb aku reply nie berdasarkan memori jer..tak buat rujukan pun..by the way..no need for you to say sorry..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 01:51 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 2003-6-13 01:42 AM:
Thanks for the compliment......

Harap bersabar kalau my summary tu a bit 'formal'. I'm trying to improve :cf:.

Btw, episode 21 (Khamis 12/6) tengok ke tidak?


ur welcome..
takper kalau formal..janji ada..
episod 21 pun miss gak..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 01:53 AM | Show all posts

oic..

Originally posted by katt at 2003-6-13 01:46 AM:
Pembetulan sikit

R-rated videos are videos yang ada Restricted materials to people under 17. Bukan bahan lucah sahaja tetapi juga excessive violence, foul language, profanit ...


thanks for the correction
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2003 01:53 AM | Show all posts
Cerita ni nampaknya macam ada simptom Ad-Madness sebab bila masuk ep. 20, watak Kapten & Mr. Kim telah ditiadakan. Kapten tu kononnya ke Switzerland berkursus manakala Mr. Kim pula telah bertukar ke Pulau Jeju.

Sesuatu yang biasa agaknya kalau drama tu banyak episod :re:.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 01:57 AM | Show all posts

laa..

diorg dah takder ker?..isk isk..kengkadang tu best gak tgk gaya org pertengahan umur cam diorg berdua tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2003 02:02 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-6-12 11:26 PM:
Hi..

citer ni mula2 tgk tak best tapi jadi makin menarik bila ada part hae jin ngan shin tu.. kelakar jek part shin masuk sepital tu.. hehe.. sape yg tak tgk mmg rugi ar.. yg tak penah tgk part shin ngan hae jin tu sabo2 la ya sbb biasenye dia rotate cite sape.. arini cite seung lee.. sok kut.. cite hae jin balik.. slamat nonton..


Hi....:2cool:

Betul tu, cerita ni rotate antara mereka. Yang kelakar selalunya Hae-jin & Mr. Shin juga Seung-won & Hee-jun.

Drama ni sememangnya kelakar & menghiburkan. Walaupun tak se'glamer' K-drama yang lain tapi setiap episodnya menarik. Banyak berkisahkan hubungan kekeluargaan semasa dan percintaan dalam bentuk komedi ringan yang bersahaja.

Walaupun tanpa pelakon-pelakon popular, lakonan mereka selamba & melucukan. Tiada watak yang extreme atau perfect, semuanya mempunyai kelemahan tapi itulah yang membuatkan ceritanya senang diterima.

Paling suka tengok hubungan Seung-won & Hee-jung yang sering berperang tetapi sebenarnya mereka ni pasangan yang loving sampai ditegur oleh bapa mereka bila kekadang 'over' :bg:. Pasangan veteran Mr. Yoon & isterinya pun kelakar bila bergaduh cara mereka.

Antara Seung-lee~Sang-Hyun & Mr. Shin~Hae-Jin, pasangan Pengurus Besar tu lebih mencuit hati nampaknya. Ditambah dengan ekspresi Hae-jin yang selalu geram bila tak habis-habis diusik Mr. Shin :sp:.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2003 02:05 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-6-13 01:57 AM:
diorg dah takder ker?..isk isk..kengkadang tu best gak tgk gaya org pertengahan umur cam diorg berdua tu..


Nampaknya begitulah.....sebab Mr. Shin asyik dengan Sang-hyun dan Hee-jung pula dah selalu join geng Seung-lee.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 03:54 PM | Show all posts
Hehehe.... ari nie best betul. Kerana dah silap faham, semua terbongkar...... Kelakar betul tengok muka En. Shin bila baca surat tuh........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2003 03:55 PM | Show all posts
Sukalah ngan watak Sang Hyun sebab dia sentiasa tenang dlm apa jua keadaan.... Lebih2 lagik selalu jek tersenyum ^o^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2003 04:00 PM | Show all posts

Jang Seung-lee                 Kim Sang-hyun


RESERVATION FOR LOVE

Episod 21 ~  Khamis 12/6

Seung-lee gembira dan ceria di hari perkahwinannya dengan memakai wedding gown yang cantik. Hatinya gembira & bahagia sekali. Min-young & Hae-jin pun ada sama merasa gembira. Pengantin lelaki pun tiba tapi bukan Sang-hyun. TIDAK! TIDAK! Rupanya Seung-lee bermimpi.


Sang-hyun dan Seung-lee mendaftar diri di fitness club tapi ada masalah nak pilih sukan yang sama. Seung-lee nak masuk group renang tapi Sang-hyun nak main squash. Sang-hyun kata…walaupun dia teringin nak tengok Seung-lee berpakaian renang tapi dia dah jemu berenang sebab selama lebih 20 tahun tinggal di kawasan pantai, dia dah tak larat nak berenang dah. Maka bermulalah titik pergaduhan mereka berdua :cf:.


Seung-lee yang percaya kepada takdir dan teman sejiwa merasa bengang dengan Sang-hyun yang tak percayakan konsep yang sama. Kata Sang-hyun, dia suka dengan Seung-lee sebab Seung-lee seorang wanita yang menyenangkan dan bukan sebab dia rasa Seung-lee teman sejiwanya. Tambahnya lagi, teman sejiwa & takdir hanya khayalan wanita tentang percintaan.


Bila mereka berdua pergi berjumpa seorang rakan lama Seung-lee yang akan berkahwin, keadaan jadi bertambah teruk sebab Sang-hyun mempertikaikan konsep takdir & teman sejiwa di depan kawan-kawan Seung-lee yang kebetulannya pernah bercinta masa di U dan berpisah tetapi bila bertemu kembali terus buat keputusan nak berkahwin sebab mereka percaya pertemuan mereka ditakdirkan. Sang-hyun pun kalau tak setuju apasallah kritik orang secara terbuka?


Sebab dah marah sangat, Seung-lee pun kata lebih baik mereka berpisah sementara kerana masing-masing tak sepakat. Sang-hyun pun marah sampai dia mendaftar diri dalam kelab mencari jodoh kononnya kerana bukan Seung-lee saja wanita dalam dunia. Macam nak balas dendam je.


Seung-won pula belajar menggunakan Kad Tarot (kad untuk tilik nasib) sebagai tarikan baru di Happy Virus. Kebetulan Min-young & Hae-jin datang dan Min-young pun teringin nak tahu sangat  tentang nasibnya iaitu bila akan dapat teman lelaki. Setelah kad dipilih, Seung-won pun beritahu Min-young bahawa teman sejiwanya sebenarnya berada dekat dengan Min-young & sangat mengambil berat dsb. Cuma Min-young yang tak mempedulikannya. Hae-jin pun cakap......ini mesti Sung-jin :2cool:. Min-young pun marah & tak percaya.....macamlah tak ada orang lain!


Walaupun tak berapa percaya, Min-young sebenarnya teringin nak tahu siapalah teman yang dimaksudkan itu. Kebetulan lah pulak , asyik-asyik Sung-jin yang muncul di rumah mereka. FYI, Min-young ada hobi mengumpul anak patung Barbie. Dan bila Sung-jin nampak anak patung tu, dia punyalah excited sebab dia pun suka dengan Barbie (dan pernah jadi ahli kelab anak patung masa di sekolah......wah, tak sangka sungguh ^_^). Bukan main rancak lagi Min-young & Sung-jin bersembang pasal anak patung tu. Hae-jin yang tengok gelagat mereka berdua pun tersenyum ~ memang sahlah mereka ni teman sejiwa.  Lepas tu masa mereka nak order pizza, Sung-jin kata gunalah kupon penjimatan. Min-young hairan sebab Sung-jin sanggup bersusah-payah nak mengumpul kupon tu. Sung-jin kata walaupun susah, ia menjimatkan. Hae-jin kata memang padan betul Min-young dengan Sung-jin sebab sorang boros, sorang lagi jimat!


Bila Sung-jin dapat panggilan dari Hee-soo, Min-young nampak sedikit cemburu tapi tak mengaku. Sebenarnya Hee-soo berpakat dengan Sung-jin untuk memulihkan hubungan Seung-lee & Sang-hyun. Tapi, knowing Hee-soo......dia buat rancangan 2-in-1 untuk dirinya juga. Anyway, kekerapan Hee-soo menalipon & berjumpa Sung-jin membuatkan Min-young tak senang duduk. Cemburu jugak dia akhirnya tapi masih tak mahu mengaku, biasalah kan. Hae-jin kata Min-young macam seorang isteri yang cemburu.....so true ^_^.


Maka, untuk menyatukan kembali Sang-hyun & Seung-lee, Hee-soo beritahu Sang-hyun supaya ikut saja kata Seung-lee. Walaupun mungkin tak ditakdirkan, kena berusaha jadikan keadaan mereka sebagai telah ditakdirkan bersama. Plan mereka ialah supaya Sang-hyun akan bertemu dengan Seung-lee di tempat-tempat yang ditetapkan tanpa pengetahuan Seung-lee yang sebenarnya masih marah.


Tempat pertama  ialah panggung wayang tapi dalam perjalanan pergi Sang-hyun terlibat dalam kemalangan kecil lalu  terlambat dan Seung-lee pula keluar dari panggung awal sebab boring. Lepas tu, dalam kedai muzik pun tak terserempak walaupun berada dekat dengan each other. Akhirnya mereka tak berjumpa langsung. Last sekali, Hee-soo pun beritahu Seung-lee yang Sang-hyun menghabiskan masanya seharian untuk memujuk Seung-lee. Dua-dua pun sedar tindakan mereka dan berbaik kembali.  Yang penting menurut Seung-lee dalam perhubungan adalah kasih-sayang & kepercayaan. Come to think of it.....Seung-lee & Sang-hyun memang senang bergaduh tapi senang pulak berbaik bila masing-masing dah cool down.


Min-young yang dah tak tahan dengan Sung-jin yang asyik-asyik dengan Hee-soo akhirnya 'meletup'. Terutamanya apabila dia dapat tahu yang Seung-won sengaja mereka cerita tentang kad Tarot tu supaya Min-young akan bersama dengan Sung-jin. Dalam marahnya pada Sung-jin, secara tak sedar akhirnya dia mengaku yang dia sukakan Sung-jin. Bukan sebab dia percaya tilikan kad Tarot tu tapi sebab dia memang suka & anggap Sung-jin teman sejiwanya.  Punyalah happy Sung-jin......finally, YESSSS :bg:!



Park Sung-jin                   Kim Min-young

[ Last edited by katt on 13-6-2003 at 10:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 04:50 PM | Show all posts

wow..

arigato gozaimashta katt ^_^..makin hari makin improve nampak..heheh..

Sang-hyun pun marah sampai dia mendaftar diri dalam kelab mencari jodoh


seriusly cakap..aku tergelak sorang2 depan pc masa baca ayat tu..kui kui kui

episod hari nie..don't worry..sbb tadi berjaya jugak aku tgk..oh ya..FYI tu aper?..for your information ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2003 05:06 PM | Show all posts
Glad to hear ada improvement. Slowly but surely :2cool:, hopefully.

Yes. FYI ~ for your info ~

Episode hari ni memang kelakar. Kerana satu nota cinta yang "harmless" jadi kecoh seketika hubungan Sang-hyun & Seung-lee.

Mr. Shin pun, tak sangka juga.....:sp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.080858 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list