|
Reply 140# bb_75
haah tuka tajuk sebab tajuk lama mcm tak best. lepas tu mcm sama plak dengn drama baru yg raja farah tu blakon. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctA at 4-12-2010 22:45
BAB 17
Wilda dan Fara melangkah keluar daripada makmal mikrobiologi. Mereka bergerak ke loker yang berderet di luar makmal dan terus menanggalkan labcoat lalu dilipat kemas dan ditinggalkan terus di dalam loker yang dibiarkan berkunci.
Penatnya hampir tiga jam bekerja di dalam makmal. Esok, walaupun tak ada amali, tapi kena curi masa juga untuk datang untuk buat inokulasi. Kenalah dia korbankan masa yang terluang untuk hadir ke makmal. Nak harapkan ahli kumpulan yang lain pun tak boleh juga. Kalau tak pindahkan bacteria tu sendiri, nanti tak tahu caranya. Walaupun hanya ada satu sampel, tapi ujian yang dijalankan tu banyak juga. Total plate count, e. Coli, coliform, staph. Aureus dan bla bla bla. Aku ni dah sah-sah tak cukup ilmu lagi.
Bekerja dalam kumpulan ni, tak semua boleh bagi komitmen macam yang kita nak. Maklumlah, kalau ada enam kepala dalam satu kumpulan, ada enam jenis ragam juga. Kalau ada waktu-waktu terluang, tak semua yang rela hati nak datang makmal buat cerapan. Kalau dah kata ada masa terluang tiga jam sebelum kelas yang seterusnya, mahunya tak nak balik bilik, tidur tu bukan ke lagi penting. Err.. itu buat masa sekaranglah. Esok-esok, di hujung semester, kalau dah dapat keputusan, baru tahu tidur tu penting ke tak penting
Laporan amali mikrobiologi biasanya kena submit dalam masa seminggu. Nak buat cerapan dan pemindahan bacteria makan masa beberapa hari. Eksperimen tak akan selesai dalam masa sehari. Nak buat keputusan dan pengiraan lagi, nak kira bacteria dalam piring agar tu pun bukannya senang, berpinar juga mata nak tengok. Kalau dapat single-colony, kira Alhamdulillah juga, dibuatnya koloni tu semua bercantum dari pangkal sampai hujung, payah juga nak cerap. Benda-benda macam ni yang buat sesetengah orang jadi malas. Cerapan amali tak nak datang, nanti lagi dua tiga hari nak hantar laporan amali, barulah terhegeh-hegeh datang nak pinjam amali dia buat rujukan. Rujukan lah sangat. Nak tiru sebenarnya tu.
“So, nak kemana?”
“Kajang jom.” Fara menyandang beg ke bahu.
Wilda angkat kening. Apahal pulak nak pergi Kajang. Bukan ada apa-apa yang best pun, kalau setakat nak beli stationaries, kat UNIKEB tu ada je semua.
“Kau nak belia apa?” Wilda mengesat peluh di dahi. Minah ni bukan boleh percaya. Kadang-kadang, benda yang mengarut pun dia nak cari smapai ke Kajang sana padahal kat dalam kawasan u ni ada je semua.
“Kau lupa ke?”
“Lupa apa pulak?”
“Kan ke kita nak celebrate birthday Add malam ni kat DG (Dataran Gemilang)?”
Wilda menutup mulut. Alahai, lupalah pulak hari ni birthday mamat tu. Tiga hari lepas, pakat dengan Farad dan Ijad, tak nak wish pun hari ni. Masing-masing dah setuju nak tunggu malam ni, tiga jam sebelum hari lahir Add berakhir, baru sambut. Nak buat surprise kononnya. Sekali, dia yang dapat surprise hari ni. Nasib baik minah ni ingatkan.
“Kita nak beli apa?” Wilda masih terpinga-pinga. Memang nak cari hadiah untuk lelaki adalah satu benda yang terlalu sukar. Salah beli nanti, tak kena jenamalah, tak padan dengan taste lah dan bla bla bla. Jauh beza senangnya kalau nak beli hadiah untuk kaum sendiri, tak sudah dan tak memeningkan.
“Kita beli baju baby nak?” Fara sengih nakal. Belasahlah. Takkan nak belikan... wallet? Belt? Perfume? Kalu aku anak Datuk, bolehlah kot.
“Aaaaaaaaaaku setuju!”
“Whoaaaa!!!!” Add tergelak besar sambil memerhatikan kek coklat berkrim dan dihiasi hirisan pic dan kiwi diatasnya. Di sekeliling kek, macam-macam jenis makanan lagi yang ada termasuk juga snek-snek yang tak bagus untuk kesihatan.
“Tak guna punya korang. Nasib baik buat kat DG. Kalau korang buat naya kat aku nyanyi kat cafe ke, kat public, memanglah jatuh lelaki aku....” Add memerhati wajah-wajah yang tengah tersengih kat dia. Surprise, memang surprise. Ingatkan budak-budak bertiga ni tak ingat dah yang hari ni birthday dia. Elok je masing-masing masuk dewan kuliah buat macam tak ada apa. Bukanlah harap sangat pun, tapi selalunya kalau ada hari lahir sesiapa, bukan main lagi masing-masing wish kuat-kuat dalam dewan kuliah macam nak bagi satu dunia tahu. Kali ni, memang dia tak expect langsung. Dan kepala untuk plan kali ni...
“Kau memang hantulah Ijad” gurauan kasar lelaki antara dia dan Ijad memang tak dapat dielakkan.
“Ikutkan hantu aku, aku tak nak buat langsung dol..” Ijad membalas dengan tawanya yang masih bersisa.
“Hah, cepat! Potong kek!” Wilda menghulurkan pisau. Fara sudah sedia berdiri di sebelah Add menanti anak muda itu tiup lilin.
Sambil itu juga, dia dah bersedia dengan sengihan yang pelbagai gaya untuk di snap Wilda
Ijad menyalakan lilin.
“Ish, bapak segan dol. Perlu ke adegan-adegan macam ni? Nasib baiklah korang buat kat sini” Add mengulang. Memang dia tak suka hari lahirnya disambut di tempat yang terlalu ramai manusia. Malulah lelaki tiup lilin. Lilin warna meah jambu pulak tu.
“Ok, jap. Jap. Aku nak ambil gambar kek dulu.” Klik. “Okey.... nyanyi ek, satu dua tiga.....” Wilda tak control lagi nada suara. Belasahlah. Kat DG ni mana da orang. Kat hujung sana je ada beberapa group tengah lepak-lepak. Kat hujug yang lagi satu pulak ada satu genag yang tengah tengok kawan dia belajar bawa kereta. Kat dataran Gemilang yang sluas terbentang ni memang sangat sesuai bagi amatur-amatur yang yang tak confident lagi nak bawak kat jalan raya. Nnati terbabas langgar tiang lampu memang nahaslah.
Selesai Add memotong kek, masing-masing berebut-rebut nak bergambar. Masing-masing bertukar-tukar giliran. Wilda dan Fara, memang photo queen. Walaupun hanya berdiri depan kek, berpuluh-puluh aksi diorang boleh buat. Daripada aksi sesimple ‘piece’, tangan atas kepala, atas mata, mengacah antara satu sama lain dan macam-macam aksi lagi yang boleh buat orang sekeliling gelang kepala kalau tengok. Ijad juga tak kurang hebat gayanya, naik sheikh sama dengan gadis berdua itu. Akhirnya sampai satu part yang buat Wilda nak lemang je siapa yang bagi cadangan ni.
“Okey, aksi last sebelum makan betul-betul... Wilda suap Add....”
“Oiii...” Wilda dah merah muka. Apahal pulak nak bersuap-suap, tangan sendiri ada.
“Ala pleaselah Wid. Tadi giliran aku, lepas tu Ijad. Last sekali, kaulah.” Fara buat aksi mengharap.
Budak-budak ni betullah nak kenakan aku. Wilda tengok muka Add. Muka mamat tu pun dah lain. Tadi, sengih lebar sampai telinga, ni dah tukar jadi serius pulak.
“Alah, belasah je Wid. Kasi mamat ni senang hati sikit malam ni. Kan ke birthday dia...” Ijad bagi galakan.
“Senang hati apa pulak. Korang yang create aksi mengarut-ngarut ni, tiba-tiba blame aku pulak” Rasa nak bagi penampar jugak kat Ijad ni. Kang kalau tersalah cakap, kantoi pulak kat Wilda pasal bab-bab hati dan perasaan ni.
“Ala.. bolehlah. Suap je, tak luak mana pun. Apa yang mengarut pulak, kan biasa je birthday party buat aksi suap-suap macam ni..” Fara pulak menyampuk.
Si Fara dengan Ijad ni memanglah satu kepala dalam bab-bab nak mendajalkan orang lain. Elok dan harmoni je kolaborasi diorang tu. Cuba kalau suruh bincang masa nak buat lab report, nak berlaga je kepala dua-dua.
Add tengok Wilda , Wilda tengok Add. Rimas pulak dengan aksi rayu-merayu ni. “Belasahlah Wid. Suap je pun, bukan buat apa-apa” serius ayat tu buat wid malu.
Wilda cuba menahan rasa. Ini Wildalah. Mana layan scene-scene blushing ni. “Hah, belasahlah...” Wilda gelak besar.
“Satu, dua, tiga”
Klik! |
|
|
|
|
|
|
|
td pun merah ingat citer baru..
bila baca bab 1, eh...mcm penah baca je...
merah suka alasan cta....sbb nk tukar tajuk ni la...
apa2 pun nak laagiiiiii............... |
|
|
|
|
|
|
|
best2...sonok nye...wid will be with han kn? |
|
|
|
|
|
|
|
fuzzy...hehe.. yer kot... tak decide lg ending. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi la wid ngan han..hihihi
they complete each other i think.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah gambar wid suap add akan sampai ke pengetahuan idzhan..mesti cemburu la mamat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 146# fuzzyhannah23
ahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 147# mijot
mijot! grrrr.. dia suka teka tepat2... ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
pandai mijot meneka...
agak2 nanti panjang ke rajuk han??? |
|
|
|
|
|
|
|
ala..ai x ske la mijot teka betol..huhu
ai nk han...han..han!!! |
|
|
|
|
|
|
|
k ai bg u han.. tp amik masa sket ye. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..ni syg lebih kat cTA |
|
|
|
|
|
|
|
thanks.. best citer nih...
sekali terus marathon.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
mijot x salah ok..saje je nk minta cTa bg lebih sket..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctA at 9-12-2010 02:33
BAB 18
“Kau ada kat bilik tak?” Sampai terlupa bagi salam.
“Ada. Kau nak datang pukul berapa?” Edi merapatkan lagi telefon di telinga apabila suara Idzhan diganggu dengan hingar-bingar.
“Lambat sikit kot, pukul tujuh lebih lah. Asalkan aku sempat solat Maghrib cukuplah. Kang tak berkat pulak tittle team aku sebagai champion...”
Ada suara manusia tergelak di hujung talian. Apa-apalah Han. “Dol, kalau menang belanja aku dol”
“Anggap je aku dah menang”
“Set”
Borang ‘qoestinnaire’ yang baru siap ditapi diteliti lagi. Takut kalau ada tersalah ejaan sebelum dicetak, difotokopi dan diedarkan. Ini baru peringkat pertama. Dua hari lagi giliran kumpulan dia untuk buat ujian sensori. Kena pulak cari kawan-kawan yang sudi untuk menjadi panel untuk rasa produk kumpulan dia. Semuanya produk bijirin.
Tapi tak apa. Kalau fasal makan, Umaiy tu laju je boleh jadi panel. Suruh je dia angkut kawan-kawan dia datang Jabatan Sains Makanan. Alah, sutuh makan, bukansiruh buat kerja. Petang ni Ijad datang ambil pendrive kat dia, lepas tu mamt tu boleh cetak dan fotokopi terus. Wilda dan Farad ah penat bincang bentuk soalan penilaian untuk panel, sekali bincang skala apa nak guna, biar budak berdua tu pulak yang settle selebihnya.
Jam baru menunjukkan pukul 3.30 petang. Katil empuk disebelah meja studinya seakan sudah memanggil. Haru, mata dah ngantuk, solat belum lagi.
Tak sempat berfikir mana yang lagi penting, Wilda dah lebih dahulu merebahkan badan di katilnya. Niatnya hendak baring sekejap. Entah bila terlena, alih-alih sudah terlayang.
Sepasang sayap tumbuh di bahagian belakang badannya. Saat itu Wilda bagaikan mendapat satu kuasa dan tubuhnya melayang terbang seperti burung. Laju membelah awan biru. Matanya di halakan ke bawah, pada permukaan bumi yang semakin mengecil dengan laut biru kehijauan yang benar-benar menimbulkan rasa takjub dalam dirinya.
Walaupun belum puas menatap keindahan bumi Yang Esa, Wilda mengalihkan pandangannya pada awan-awan putih yang seakan tergantung di langit. Tatkala itu juga sesusuk tubuh sang putera sedang menanti di situ seolah-olah menanti kedatangannya. Wilda segera terbang ke arah sang putera yang sedang senyum lebar ke arahnya.
Satu bunyi kuat menyapa telinga. Bukan bunyi petir yang pastinya. Wilda kenal benar dengan bunyi itu. Terlalu biasa...
“Wid!”
Wilda menutup telinga.
“Widdd!!!”
Arghhhh!
“Weh, bangun weh. Dah petang sangat ni”
Wilda membuka mata. Wajah Umaiy lebih dahulu menjadi santapan matanya. Wajah Sang putera yang menantinya tadi hilang entah ke mana. Wilda mengeluh. Mimpi indah bukan datang selalu weh.
“Dah pukul enam setengah. Kau tu nampak macam tak solat asar je lagi kan? Dari aku balik tadi kau dah terbungkang tidur. ” Umaiy yang ketika itu baru lepas mengambil air dari mesin RO segera meingisinya ke dalam kettle. Tabiat biasa. Dia memang tidak suka menggunakan air dari pili bilik dobi. Airnya kotor dan berkarat.
Wilda bangkit dari pembaringan. Lesu rasa tubuh badannya. Dia memerhatikan sahaja tindak tanduk Umairah dengan keadaan yang masih mamai. Umaiy ni macam bateri baru kena cas sungguh. Rajin pergi library, rajin belajar. Balik bilik je, jarang tengok Umaiy baring-baring kat katil, mesti ada je bend a yang dia kerjakan. Susun komiklah, lipat bajulah, basuh baju teruslah dan banyak lagi kerja yang menunjukkan dia rajin benar.
“Rezeki siapalah kau ni maiy” Wilda bersuara malas.
“Mandilah rumet. Teruk sangat dah aku tengok kau ni” Umaiy malas melayan. Wilda kalau bangun tidur masa-masa macma ni, memang sasau sikit. Entah apa-apa yang dilalutnya. Nak tergelak pun ada.
Wilda mengeluh sambil mengeliat kecil. Baru saja dia hendak bangkit dari katil, deringan telefon bimbit menyapa telinga.
Siapalah pulak ni...
“Hello....” Wilda tak sempat melihat nama pemanggil.
“Wid.” Add.
“Apehal...”
“Agak-agaklah tidur sampai rembang petang. Nak dekat senja dah ni...” selamat dapat satu ceramah free dari Add.
“Oit, mana ada tidur” Ah.. tak sukanya kena tegur dengan lelaki. Malu...
“Suara tu obvious sangat” Add ketawa di hujung sana. Tawa yang buat Wilda sedikit bengang.
“What’s your point?” Wilda menukar topic. Malas nak dengar lagi komen yang tidak sedap di telinga.
“Malam ni dinner sama. Kita bertiga.”
“Tiga?” Wilda berkira-kira sendiri.
“Fara keluar dengan roomate dia lepas balik kuliah tadi. Dia tu kalau shopping, lepas Isyak nanti baru sampai kolej.” Add menerangkan tanpa dipinta.
Oooooooooooo... Shopping... Memang takkan baliklah makcik tu selagi tak dapat apa yang dia nak beli. Dah faham sangat dah.
“Kau ajaklah Umaiy sekali...”
“Okey.. lepas Maghrib ambil kitoranglah” Wilda memutuskan.
“Okey. Bye.”
“Bye.”
“Err.. Wid...”
Apa lagi... “Kenapa?”
“Jangan lupa bawa pendrive. Bye. “ Add mengakhiri perbualan
Memang dah terlupa pun. Wilda meletakka telefon bimbit di atas meja.
“Umaiy, lepas Maghrib, siap. Kita makan luar”
“Beres” Umaiy tersengih nakal. Dan sengihan itu buat Wilda rasa nak baling je bantal sebab teringat konspirasi baik antara Umaiy dan Add masa dia tak sihat dulu. Umaiy memang mudah baik dengan sesiapa saja. Baru kenal lima minit pun, dia dah boleh bercerita mesra dengan orang baru. Tak susah langsung nak bawa dia ke mana-mana jumpa kawan-kawan lain yang Umaiy tak kenal. Umaiy memamg best. Yang tak bestnya bila teringat bab Umiay dan Add tu... Urgh.. seriau. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|