CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Songket Benang Emas

  [Copy link]
Post time 30-6-2010 12:49 PM | Show all posts
samam2 detox,gombak tpt den debesarkan...nasi ayam mancongkam dulu ada bukak kat batu 8 gombak..la nie takdak rasanya..dia ada gak kat batu 5...atas ckit dari OTK..sebelah kedai mamak...tapi seingat den masa den mkn nasi ayam mancongkam kat batu 8,kuah sup dia pedas n isi cili api...tapi bila mkn kat batu 5 tue berbeza dari dulu....tukang masak lain kot...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2010 12:50 PM | Show all posts
FANDI kembali berbincang mengenai potret yang tergantung. Lelaki itu sungguh berminat hendak mengetahui asal usul potret itu. Dia menghampiri lukisan itu, dengan mata kasar dia membelek.


“Lukisan ini mungkin dari sekitar kurun 17 atau 18…”

Fandi membulatkan mata.

“Nampak kamu begitu arif pasal lukisan-lukisan lama….”

Lelaki itu hanya mengangguk dan memaling.

“Saya suka mengkaji, sekarang sedang menghasilkan sebuah buku mengenai barang-barang lama.”

“Buku ? Menarik….”

Mereka diam seketika. Fandi sedang memikir sesuatu.

“Kat dalam kedai ni banyak barang-barang lama, you boleh do your study here.” Akhirnya dia bersuara.

Lelaki itu mengangkat kening. Memang itu tujuannya datang ke Melaka. Memang nasib baik.

“Yang tadi tu anak saya, Zara. Dia boleh tolong. Kamu minta dia katalog barang, dan minta dia ambilkan sekiranya ada barang yang hendak kamu kaji….”

Entah macam mana dia boleh dapat akal. Zara tidak suka barangan lama, dan minda anak itu perlu di buka. Fandi pasti lelaki di hadapannya boleh mengubah Zara untuk menghargai setiap barang di dalam kedai itu.

“Berapa bayaran yang di kenakan.” Tanyanya, walaupun di dalam hati dia mengharapkan caj yang paling minima.

Fandi menggeleng. “Tak perlu. Yang penting ada dokumentasi tentang barang-barang lama khususnya barang-barang orang Melayu. Dan Zara lebih menghargai semua barang-barang serta sejarah yang ada di kedai ini.”

Lelaki itu tersenyum lebar. Memang rezeki ! Tapi hendak mengubah persepsi seseorang agak payah, tapi rasanya Zara boleh di bentuk. Ali Ghazi yakin, dia punya cara untuk memikat minat wanita tu.

“Jom kita ke belakang…..” dia mengajak lelaki itu yang terus mengikut.

Fandi tahu waktu begini Zara tentu sedang leka bermain Mafia Wars. Hatinya bengkak betul melihat Zara yang sedang tersengih-sengih di balik komputer. Mata Zara mengintai dari balik skrin komputer. Baru nak start main ni ! Tak boleh tengok orang senang sikit !

“Zara, mulai hari ini you will be his assistant….Encik err… boleh guna anak saya ni untuk buat apa saja.”

Zara terbeliak biji mata, mulutnya terkunci dan dia melihat saja Fandi keluar tergesa-gesa. Apa pula ????

“Bila masa ko jadi boss kedai ni ????” tanya Zara tidak puas hati.

“Tak….saya  bukan boss kedai, saya penulis dan saya perlu pertolongan awak…”

Zara merenung lelaki di hadapannya. Hidung mancung, bibir nipis, mukanya rugged, tak lah handsome sangat tapi sedap mata memandang, agak tinggi dari dia, dan kalau berdiri dia hanya separas mulut lelaki itu saja.

“Ko nak apa ?” Zara malas layan, sudah lah dia pening memikirkan masalah songket dan Tuah Iskandar.

“Sebelum tu Cik Zara, saya ada nama, tak manis panggil ko-aku. Saya panggil awak Zara, dan awak boleh panggil saya Ali.”

“Ali ? Ali Baba ?” Zara ketawa kecil, dia sengaja hendak menyakitkan hati lelaki yang pandai-pandai hendak mengajar dia cara berbahasa.

“Bukan, tapi Ali Ghazi.”

Ali Ghazi…sedap juga nama mamat ni. Ah tapi tak mahu, hero aku sekarang tetap Tuah Iskandar. Tak boleh blah dengan dia ni.

“So ok ? Boleh ?” tanyanya, rayban di buka dan sepasang mata melihat lunak ke arah Zara yang terkesima.

Cahaya yang keluar dari mata itu memang memukau…ok dia ni pun boleh masuk list, tapi lepas Tuah Iskandar. SHAHRIL camna ? Emm dia GAY jadi terus keluar dari list, Zara menggeleng kepala menepis fikiran-fikiran bodoh.

“Tak boleh ?” tanya Ali cepat bila melihat Zara menggeleng-geleng, dia mencebik sedikit.

“Emm….boleh….”

“Boleh apa ?” tanya Ali tersengih nakal.

“Boleh tolong jangan tanya lebih-lebih ?”
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 12:52 PM | Show all posts
dah masuk kisah nasik ayam pulak....meleleh ayaq liuq den. baru berangan nak skip lunch....adoiyaiiii.

dugaan ..dugaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 12:53 PM | Show all posts
Reply 141# waang_82


    ye, akak pernah pergi dua2 tempat, yang dekat OTK tu kedai beso skit kan........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 12:54 PM | Show all posts
Reply 143# doubleeleven

Amik bau sahaja !
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 12:56 PM | Show all posts
hahaha... zara!! magic la... camna blh blk tu? ada pintu ajaib mcm pintu shazlan tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2010 12:57 PM | Show all posts
Detox...macam mane la agaknye ditakdirkan tuah jatuh cinta ngan zara... mesti haru kan..sambung lagi la detox...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 12:58 PM | Show all posts
nampak gayanya, songket boleh hantar ke tahun 1709 je , tapi songket tak stay sama2......dia balik ke kedai...lepak kat kedai lagi best kot......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2010 01:03 PM | Show all posts
Ali Ghazi - nama moden hero baru ka?
atau jelmaan Tuah Iskandar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 01:05 PM | Show all posts
Ali ketawa dan dia duduk di kerusi berhadapan Zara. Tangannya terkena songket hitam dan dia terus meneliti kain halus itu. Zara cepat-cepat menarik kain itu dan di campak ke kerusi yang dia duduk tadi.

“Kain songket you punya ke ? Nak buat baju raya ?”

Zara mengerut kening. Raya lambat lagi la !

“Ye.” Dia menjawab sepatah.

Ali senyum dan memandang sekeliling.

“Your boss cakap ada katalog, boleh I go thru tak ?”

“Katalog ?”

Ali mengangguk, dan dia perhati saja Zara yang kalut mencari di balik-balik timbunan kertas-kertas yang berselerak di atas mejanya. Serabut gila minah ni. Dia sendiri pening melihat bilik yang kelam kabut itu, seperti tuannya juga. Dia ketawa sambil mengurut-ngurut misai dan janggut, takut di sedari.

“Ok ni dia…” jarinya menarik katalog tersebut. Dokumen yang di cetak atas kertas A4 dan di bind menggunakan comb binding di serahkan pada Ali.

Zara terus menghempaskan badannya ke kerusi. Tiba-tiba dia menjerit dan melompat bangun. Songket benang emas terasa bergetar di punggungnya.

“You ok ke ?” tanya Ali meneliti Zara yang terpisat-pisat.
“Ok.”

Ali  menarik nafas sedikit lantas menumpukan perhatian pada muka pertama katalog itu. Zara tidak mempedulilkan Ali, dia menguis songket itu, tiada getaran. Dia pegang sedikit, ternyata songket itu seperti kain lain yang tidak akan memberi apa-apa reaksi sekiranya di pegang, atau di basuh, atau di lipat. Dengan menggunakan dua jarinya, songket itu di angkat dan terus di humban ke dalam laci meja. Dia menutup laci itu agak kuat membuatkan meja bergerak sedikit.

“Fuh….” Dia melepaskan nafas berat, dan Ali melangut, dia tidak mengerti apa masalah perempuan cantik bernama Zara.

“Ada masalah ke dengan songket tu ?” tanyanya tiba-tiba jadi berminat.

“Tak…tak ada apa….you go thru the catalog, I nak kena settlekan few tiles….”
Ali hanya mengangguk dan dia hendak tergelak melihat telatah pelik Zara.

KOTAK dari bawah meja kerja di tarik dan di angkat penuh hati-hati. Kerja mengasing tiles belum selesai, ada tiga kotak lagi dan Zara rasa itulah satu-satunya kerja yang boleh menarik minatnya. Kalau di suruh menerangkan semua barang-barang yang terpamer di ruang hadapan, memang dia angkat tangan. Melainkan dia kelentong kaw-kaw. Pernah ada sepasang pelancong dari Kaherah berminat hendak membeli sebuah mangkuk seramik cina. Pasangan itu bertanya yang bukan-bukan, seramik buatan apa, cat apa yang di pakai, barang itu tahun berapa. Jawapan Zara senang saja, seramik buatan asli tahun 1400, dan di percayai milik keturunan Raja Parsi. Hambek ko. Pasangan itu terus percaya dan menawarkan dengan harga yang tinggi. Akhirnya terjual dengan harga RM300. Bila di tanya Fandi, dia pun melopong kerana mangkuk seramik itu di beli di Pasar Tani Shah Alam dengan harga RM20 sahaja.

“Zara, tanya sikit…”

Zara terus berpaling, dan terlanggar lengan Ali.

“Sorry…nak tanya apa ?”

“Mangkuk seramik ni masih ada lagi ?”

“Emm…” Zara menarik katalog itu dan meneliti gambarnya. “Oh ni I dah jual couple of weeks back…”

Muka Ali terus berubah.

“Berapa you jual ?”

“RM300.00,” jawabnya dengan penuh bangga.

“300 ???”

Dia terus angguk. “Ye, I bawa untung banyak pada kedai Encik Fandi dengan menjual seramik bodoh tu…”

“Seramik ni tak bodoh, ianya dari Dinasti Ming.”

Mulut Zara terjatuh. Wah ????

“I got one photo of this bowl, memang sebijik dan dalam dunia ni hanya ada dua sahaja. Rupanya satu berada di tangan you. Nak tahu nilai dia ??”

“Berapa ?”

“Boleh cecah 300,000 …”

“Get out of here….are you serious ???” Mata Zara pula bulat.

“Ye…I am pretty sure, kedai ni worth a fortune…you kena jaga betul-betul. Sayang dengan value yang ada, juga sejarah yang tersimpan.”

Ali mengambil satu keping tiles dan terus kembali ke dalam bilik.

WOW, itu saja yang terulang-ulang. Zara tidak akan menceritakan itu pada Fandi, kalau tidak pasti esok juga dia di kerah mencari pasangan dari Kaherah itu dan membawa pulang mangkuk seramik dengan apa cara sekali pun. Nahe !

Zara kembali menyusun tiles. Fikirannya masih lagi memikirkan hal Tuah Iskandar. Dia perlu kembali ke sana. Dia perlu memastikan bahawa songket benang emas itu ada kuasa magis. Dia perlu lakukan sekarang. Dia kembali ke dalam bilik, Ali sudah tiada di situ. Zara membuka laci, dan dia menarik songket tersebut.  Dia bergegas keluar, Fandi dan Ali yang sedang berbincang terhenti.

“Zara ! Tiles dah siap susun ?” Fandi menghentikan langkah Zara.

“Emm…kejap…nanti sambung..ada benda penting…” Dia terus berlari keluar, kerana terasa gegaran makin kuat pada songket yang dalam genggamannya. Dia tidak mahu hilang tiba-tiba di hadapan mata Fandi. Tak boleh, seorang pun tak boleh tahu rahsia besar dia.

Fandi terkebil-kebil, dia memaling pada Ali yang sedang meneliti sebilah keris luk 7.


Zara memandu laju pulang ke rumah, keretanya bergegar-gegar. Janganlah dia hilang semasa sedang memandu, kalau tidak memang jadi tajuk berita utama, kalau tak pun dia balik ke zaman Tuah Iskandar dengan kereta Suzuki Swift birunya itu. Hah ! Tu baru best. Zara tergelak sendirian dengan fikiran ala-ala producer Hollywood yang kuat mengarut.
Dia berlari ke dalam bilik, songket itu makin kuat meragamnya. Zara rasa dia perlu memakai baju lebih sesuai dari seluar pajama biru dan t-shirt lengan pendek dengan muka HULK di hadapannya.

“Jap…jap ye songket, biar aku siap pakai baju..” hatinya risau juga kalau di buatnya songket itu membalut tubuhnya ketika hanya memakai bra,. Mahu terkujat Tuah Iskandar.

Zara ketawa lagi. Cepat dia menyarung jeans hitam, di sarungnya sleeveless tank top berwarna kelabu sebelum memakai kemeja denim Dockers berwarna coklat tua.

Tangannya mencampak kamera, handphone, dan beberapa biji toffee ke dalam beg sandang. Sebaik menyangkut beg itu di bahu, songket benang emas melayang-layang di udara dan Zara menutup matanya, bersedia untuk di bawa ke 300 tahun sebelumnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 01:07 PM | Show all posts
Ali Ghazi - nama moden hero baru ka?
atau jelmaan Tuah Iskandar
qimi08 Post at 30-6-2010 13:03


mana bleh jelma2 ha ha ha.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 01:07 PM | Show all posts
Reply 147# asyriqa

tu yang jadi asyik dong !
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 02:26 PM | Show all posts
wau... ada persediaan pla c zara ni nak masuk zamn sblmnya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 02:50 PM | Show all posts
yap kedai dia besar ckit.....detox pernah mknlah kat situ..mcm mana.ok ker...bagi den yg dulu lg best dari skrang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 02:53 PM | Show all posts
Reply 154# waang_82


    rasanya yang dulu lagi best kot.....tapi yang dulu pun baru sekali dua makan ha ha ha...yang baru ni baru sekali dua saja...jauh nak pi Gombak dari Sg Buloh...klu pi sana pun ada sebabnya sahja....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 03:16 PM | Show all posts
Bling ....Ali Ghazi dah mulakan tugas ke????
Agaknya satu hari Ali Ghazi n Zara masuk ke zaman Tuah.
Mesti Ali  Ghazi jatuh cinta dgn Qaseh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2010 03:21 PM | Show all posts
kak qimi, ni bukan cerita Bling...ha ha ha ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 03:23 PM | Show all posts
kak qimi, ni bukan cerita Bling...ha ha ha ....
detox Post at 30-6-2010 15:21

Uwaah ya ampun.....jari jemari akak keliru
nak tulis detox tertekan bling wah kah kah kah
Detox lama x dgr cerita marcell dan kembarnya?
Apa khabar agaknya???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 03:27 PM | Show all posts
Reply 158# qimi08


    he he he , tak apa ! emm pasal Ali Ghazi mana bleh amik Kaseh, mau jadi pergaduhan besar nanti akakakakkaka.....
dia jeling2 je kat Kaseh tu ! erk.....sebenornya saya pun tak tahu lagi apa nak jadi dengan cerita ni.....ikut jari2 menari kat keyboard..maka terhasillah cerita merapu by Detox

Marcell - mmg tak dengar kabar berita......maybe dia sibuk....takut dia tak sihat..... si kembar pun dah lama tak mari...rindu banget....semalam tengok gambar mereka...jadi sayu dan rindu plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 03:40 PM | Show all posts
Bagus idea ni "ikut jari2 menari kat keyboard.."
teruskan je detox....mana tau ada bakat dlm cerita2
macam ini...Akak pun suka gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057197 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list