|
'Detektif Lim' mengaku tidak bersalah curi buku
[Copy link]
|
|
Originally posted by derose83 at 17-5-2009 11:19
kita pun terkejut bila baca kisah "sarjan lim" dlm gerak khas ni curi buku...
haruss la terkujat...
polis kekdahnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan mahal sangat pun...
Bayar sudah... |
|
|
|
|
|
|
|
'Detektif Lim' bersyukur diberi peluang terus bersama Gerak Khas
Oleh SHAHRIL ADZRIN JAMIL dan AU YEONG HOW
"Detektif" Lim dan peguamnya, Nor Azri Mohd. Arif selepas kes ditangguhkan.
KUALA LUMPUR: "Hati saya masih terbeban dengan kes ini dan berharap ia akan selesai secepat mungkin," luah Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, atau lebih dikenali dengan nama Detektif Lim menerusi drama bersiri popular Gerak Khas berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi kerana kesalahannya mencuri buku di sebuah kedai buku, Mac lalu.
Mahkamah Majistret di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes tersebut kepada 29 Julai depan setelah seorang pegawai penyiasat yang juga merupakan salah seorang saksi kes itu tidak dapat hadir di mahkahmah.
Farid didakwa mencuri buku bertajuk Decoding The Heaven berharga RM105 dan The Sistine Secrets (RM89.90) di kedai MPH Bookstore, Mid Valley, di sini pada jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.
Dia pada mulanya mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan kali pertama oleh jurubahasa mahkamah pada 8 April lalu atas tuduhan mencuri dua buku milik MPH Bookstore dan dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, apabila tuduhan dibacakan kali kedua, tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendapat khidmat peguam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Ditemui di luar mahkamah, Farid yang berpenampilan kemas dengan berbaju oren dan ditemani peguam belanya, Nor Azri Mohd. Arif melahirkan rasa bersyukur kerana walaupun kes itu belum berakhir, dirinya masih mendapat kepercayaan banyak pihak, termasuklah Datuk Yusof Haslam yang masih memberi peluang untuknya membintangi Gerak Khas.
"Saya berasa syukur dengan Datuk yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus beraksi dalam Gerak Khas. Saya juga berterima kasih kepada sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan," kata Farid yang cuba mengelak untuk mengulas lanjut tentang kes tersebut.
Ujarnya, dia kini hanya pasrah dan berserah kepada Allah tentang nasibnya berhubung kes ini.
Namun, kata Farid, kes itu bagaimanapun tidak menjejaskan peluangnya berlakon, kerana setakat ini, dia masih menerima beberapa tawaran berlakon drama selain Gerak Khas.
Sementara itu, peguamnya, Nor Azri yang ditemui selepas perbicaraan itu berkata, pihaknya akur dengan keputusan mahkamah itu.
"Kami tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya tunggu perbicaraan pada 29 Julai ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
nk publisiti kot. dia dah berapa lama berlakon, tp takde jugak cite2 kat front page. la nie mesti gempak nyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
MUHAMMAD Farid Amirul Wu Abdullah yang didakwa atas tuduhan mencuri buku tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.
Jul 29, 2009 1:39 pm |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni i bet mmg suka membaca tapi tak mo beli buku lah....
pernah terserempak dia lama kat MPH Alamanda.....pasal aku pun kaki buku...tapi tader lah nak skodeng dia pun...tak sangka pulak....gini orgnya...well sorry kalau aku hukum org |
|
|
|
|
|
|
|
suka membaca tu bagus..
tp mencuri tu tak bagus..
putung tgn tu kang......kekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
'Detektif Lim' mengaku curi buku
Oleh WAZIHA WAHID
[email protected]
KUALA LUMPUR - Pelakon Mohd. Farid Amirul Hisham Wu Abdullah (gambar) yang memegang peranan Detektif Lim dalam drama bersiri kepolisan Gerak Khas mengaku mencuri dua buah buku di kedai buku MPH Bookstore di pusat beli-belah Mid Valley Megamall di sini Mac lalu.
Demikian keterangan penyiasat dalaman kedai buku tersebut, Mohd. Haqib Mohd. Yusof, 18, ketika perbicaraan kes Mohd. Farid di Mahkamah Majistret di sini semalam. Mohd. Farid menghadapi dakwaan mencuri dua buah buku berharga RM194.90 di kedai tersebut.
"Selepas suspek (Mohd. Farid) mengaku kepada kami dia mencuri dua buah buku tersebut, dia dibawa ke pondok polis berhampiran sebelum laporan dibuat di Balai Polis Brickfields," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zakaria.
Mohd. Farid, 43, didakwa mencuri sebuah buku berjudul The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens berharga RM105 di kedai buku MPH, Midvalley pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.
Terdahulu, Haqib yang juga saksi pertama pendakwaan memberitahu, semasa kejadian dia sedang membuat rondaan di MPH apabila ternampak seorang lelaki Cina sedang menanggalkan tanda harga pada dua buah buku.
Menurut saksi itu, dia sempat mengutip tanda harga yang ditinggalkan lelaki itu di depan pintu pejabat di kedai buku tersebut sebelum mengekorinya yang berlegar-legar di rak buku bahagian muzik.
"Saya kemudian nampak lelaki itu menyelak dua buah buku dan membuang nombor kod bersiri pada buku tersebut lalu terus ke kaunter wang bagi membayar dua buah buku lain (bukan dua buku yang dicuri).
"Apabila dia keluar dari kedai, saya bersama seorang penyelia bernama Fadzilah menahannya untuk buat pemeriksaan," katanya.
Hasil pemeriksaan, mereka mendapati dua buah buku yang sebelum itu telah ditanggalkan tanda harga dan nombor kod bersiri berada dalam beg sandang biru gelap milik lelaki tersebut.
Sementara itu, dalam sesi soal balas oleh peguam bela, Nor Azri Mohd. Arif, Haqib tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian di dalam kedai buku itu sebenarnya dilihat oleh pekerja Bangladesh yang turut sama menahan tertuduh di luar pintu MPH.
"Kenapa kamu tidak setuju?" tanya Nor Azri dan jawab saksi, "Kerana tiada pekerja Bangladesh di MPH."
Mohd. Farid yang sebelum ini melarikan diri daripada media berkelakuan sebaliknya semalam apabila merelakan wajahnya dirakam sambil melemparkan senyuman.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh pada mulanya mengaku bersalah ketika dituduh kali pertama pada 8 April lalu namun menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada 14 Mei lalu setelah melantik peguam.
Majistret Mohd. Faizi Che Abu menetapkan perbicaraan bersambung pada 7 Ogos depan. |
|
|
|
|
|
|
|
159# Syd
adoiii,dh terang2 salah..ngaku jela,dpt hkuman kan abis citer..psl kes camni pon nk tggu berbulan2 lg.
mcm la mhkamah tu xde kes lain yg lbh penting.kalo dia ngaku salah,hkuman tu akan d ringankan x salah..
berlakon jd polis xkan xtau undang2 kot..pasni pencen jela jd 'detektif lim' tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|