|
Lintas langsung sidang media Mawi di Awani - Ch 501 HARI INI, 2.30 pm [pg 5]
[Copy link]
|
|
nyampess dengan mawi ne
ari tuh nafikan beria2
tetiba betul plak
mmg tiru mak iti kan
aku tanak doakan yg tak baik
tapi kalo betul dk dah kawen lain
sbg balasan atas kehipoan mek iti
harap Tuhan tunjukkan juga pada mawi
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #149 awex^returns's post
kalau terjadi apa2 pada perkahwinan mawi,
mesti korang bertepuk gembira ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #150 innova77's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #144 houdini\ catat
org yg kuat menipu bleh dpt anak kewww???
bukan ari tu bono kata ...
yg undi ekin mandul keww ... ntah2 ekin yg ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by vivirp_25 at 21-10-2008 03:12 PM
mawi kata sikin menyebabkan mak dia tersenyum dan ketawa
tetiba respek lak kat sikin
mungkin betul la kut
jgn salah paham kak..
ada 2 sbb org bleh tersenyum dan ketawa..
1.sbb gembira
2.sbb otak x btol/saiko
kuikuikuikui |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat Betul La Mulut Korang Nih...Cuba La Positive Thinking Skit..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #157 miszmrs's post
ishhh... mmg dah postive dah
dah byk jugak dah
kira yg buruk buruk tu yg peratus kecil aje yg tinggal tu |
|
|
|
|
|
|
|
murai.com - 4 nov 08
4-Nov-2008 |
Oleh: Razif Rosdi
Kursus Kahwin, Mawi Terlewat Sejamsaje merahkah biar jelas Media Galeri
Teks oleh Razif Rosdi
PUTRAJAYA, 4 NOV 2008: Akhirnya, hari yang dinantikan untuk melihat Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi, 27, dan pasangannya, Nora'Ashikin Rahmat, 29, atau Ekin menghadiri kursus perkahwinan terlaksana apabila ia diadakan di Masjid Putra, Putrajaya, sepanjang hari ini.
Bagaimanapun, program yang sepatutnya bermula pada jam 8 pagi tadi terpaksa ditangguhkan selama sejam atas kelewatan Mawi tiba di lokasi. Apapun, Ekin yang sampai lebih awal daripada Mawi dilihat sempat menikmati sarapan pagi bersama krew dari produksi Astro.
Difahamkan, Mawi terlewat sampai ke sini kerana terlibat dengan penggambaran semalam yang memaksanya bekerja sampai lewat malam.
Apa yang pasti, kursus kahwin yang pada asalnya dirancang hanya untuk mereka berdua saja tiba-tiba bertukar menjadi lebih meriah apabila ia turut disertai lebih 34 peserta yang terdiri daripada kakitangan Astro dan media yang terpilih.
Antara wartawan yang tidak melepaskan peluang menjalani kursus ini ialah Hanif dan Sharil dari Media Hiburan serta Serimah dan tunangnya dari Berita Harian.
Tambah menarik, pelakon Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 28, dan tunangnya, Shaharuddin Mokhtaruddin, 29, yang juga produser dan pengarah rancangan hiburan TV Astro turut menyertainya. Pasangan ini baru saja mengikat tali pertunangan mereka pada Syawal lalu.
"Saya sudah belajar semua ini. Kursus hari ini hanya membantu saya mengingatkan semula apa yang pernah dipelajari waktu sekolah dulu. Apapun, saya sebenarnya sedikit gementar. Makin ditanya saya makin gementar," ujar Mawi.
Sepanjang kursus tersebut dijalankan, wajah Mawi ibarat seperti seorang pelajar yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Manakala Ekin pula kelihatan begitu khusyuk sekali seolah-olah seperti sedang menghadiri majlis kuliah agama.
Sementara itu, berbalik kepada persiapan perkahwinan pada 20 Disember nanti, Ekin menjelaskan ia kini sudah hampir 70 peratus siap. Malah, Ekin turut menjelaskan lokasi di mana dia dan Mawi akan disatukan.
"Insya-Allah, kad jemputan akan mula di edarkan pertengahan bulan ini. Paling lewat pun akhir November. Sekarang ini, kami baru saja mendapat persetujuan untuk menjalankan majlis akad nikah di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru," jelas Ekin.
Di samping itu, murai.com.my juga difahamkan Mawi akan dinikahkan oleh Mufti Johor. Mereka juga diwajibkan menghadiri pemeriksaan kesihatan di Johor Bahru iaitu tempat kedua pasangan ini berasal pada waktu terdekat ini.
Berbalik kepada program hari ini, ia melibatkan 11 sesi ceramah di mana ia boleh ditonton secara eksklusif di Astro Oasis saluran 106 dalam 3 bahagian bermula 17, 18 dan 19 Disember ini.
Antara topik yang dibincangkan ialah Hubungan Dalam Keluarga, Pengurusan Kesihatan, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Tekanan dan Konflik serta Pembubaran Perkahwinan yang melibatkan 7 penceramah termasuklah Imam Besar Masjid Putra sendiri iaitu Abd. Manaf Mat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #159 niy's post
ada org tegur ke pasal kesedondonan mereka
tetiba dah tak sedondon pulak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|