CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: humaira08

AF 6 di Bod pahang

[Copy link]
 Author| Post time 6-4-2008 10:40 AM | Show all posts
adlin better dari ogy jadi pengkritik
ogy too emotional kadang2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2008 02:21 PM | Show all posts

Reply #140 humaira08's post

lufya dah terkeluar.........  nasib baik tak undi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 02:26 PM | Show all posts

Reply #141 humaira08's post

betul, kenkadang terasa macam adlin ngan koi satu kepala la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 03:45 PM | Show all posts
Tak payahlah masuk AF! - Adlin

Oleh JESSABELL SOO


RINA membuktikan usia bukan halangan dalam merintis jejak meraih juara AF6.

HANYA tiga orang sahaja yang menunjukkan kesungguhan untuk bersaing. Justeru, apakah gunanya peserta lain yang berada dalam barisan peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dalam menjadikan program realiti televisyen yang sudah berlangsung selama enam tahun ini menjadi gelanggang pertarungan muzik yang hangat untuk diikuti saban minggu?

Persoalan ini segera bangkit impak daripada persembahan peserta AF6 pada konsert ketiga, Sabtu lalu.

Jika beginilah ciri-ciri barisan peserta yang terpilih dan kononnya yang terbaik daripada sekian banyak uji bakat yang diadakan Astro untuk AF6, kredibiliti juri yang melakukan uji bakat dan memilih mereka semua ini boleh dipersoalkan.


NUBHAN dilihat sebagai gagal dalam persembahannya kali ini.

Sebab itu, juri jemputan, Adlin Aman Ramlie yang ditemui sebaik konsert tersebut berakhir meluahkan isi hatinya yang ternyata sedih dengan mutu persembahan peserta AF6.

"Kalau sebegini mutu persembahan berterusan, penonton akan hilang kepercayaan terhadap Akademi Fantasia (AF). Kalau nak main-main, tak payahlah masuk AF!."

Merasakan dirinya diperbodohkan dan membuang masa mengadili konsert itu, Adlin menegaskan dia datang sebagai juri jemputan AF6 dengan sifat profesionalisme tetapi pelajar-pelajar ini pastinya tidak sampai ke tahap piawaiannya.

"Sebagai orang dalam industri, saya sensitif terhadap persembahan. Saya tidak boleh berpura-pura dan memberikan komen 'bagus'. Saya faham nilai hiburan tetapi bukannya datang untuk membuat lawak.

"Pelajar yang menunjukkan prestasi cuma Riz, Nadia dan Rina. Dan pelajar lain, saya rasa sengsara dan sakit jiwa mendengar persembahan mereka. Rasanya macam nak buang lebih ramai pelajar," tegasnya mengenai konsert yang berlangsung di Dewan Sivik, Petaling Jaya ini.

Tidak hanya menyalahkan pelajar semata-mata, Adlin juga menyatakan guru di akademi juga memainkan peranan kerana pelajar itu sendiri tidak mempunyai skil yang secukupnya untuk menyampaikan lagu rock.

"Saya bukan mahu mendiskriminasi guru dalam akademi tetapi siapa yang boleh mengajar lagu rock? Saya sendiri tidak tahu pelajar-pelajar ini mengambil rujukan dari mana.


ADLIN (kanan) meluahkan pandangan yang agak berani mengenai AF6.

"Saya bukannya prejudis. Namun, saya mempunyai perasaan seperti mereka mentertawakan muzik rock. Tolonglah hormati muzik rock. Rasanya mereka membesar tanpa muzik rock dan tidak kenal penyanyi rock. Mereka cuma tiru gaya dan ia menjadi buruk," ulasnya lagi.

Bukan sahaja tidak mempunyai skil, Adlin merasakan kesemua pelajar terlalu 'mencuba' dan terlalu menjaga penampilan rock sehingga terlupa menyeimbangkan antara lagu dan stail.

Ramai di antara mereka yang memusnahkan lagu kerana membuat kerja luaran sahaja. Dan mungkin penonton boleh menerima persembahan mereka kerana menganggap pelajar-pelajar ini masih amatur tetapi Adlin nyata bengang dan bergolak jiwanya dengan perasaan tidak puas hati.

"Kalau nyanyian seseorang itu bagus, persembahan mereka akan menjadi bagus tidak kira genre apa yang diberikan. Mereka perlu berhati-hati dengan stail dan perwatakan.

"Rasanya asas sebagai pelajar sudah lari kerana mereka lupa cara menyanyi. Rock ini tidak boleh dibuat-buat. Ia amat ketara jika anda tidak mempunyai skil. Dan malam ini, ramai di antara mereka yang menunjukkan gaya yang salah seperti Lufya," jelasnya serius.

Tidak bersetuju dengan konsert berasaskan tema berlainan setiap minggu, Adlin turut berpendapat pakaian pelajar tidak bersesuaian dengan lagu dan keperibadian diri mereka masing-masing.

"Kalau setiap minggu konsert yang diadakan berdasarkan konsep, mesti ada pelajar yang akan 'cedera'. Saya tidak pasti mengapa Astro ingin menguji kemampuan versatil mereka. Dari segi pakaian, saya rasa pihak Astro boleh lakukan yang lebih baik" jelasnya lagi.


VOKAL dan gaya mantap Nadia.

Bertemakan rock, minggu ketiga mungkin merupakan kejutan pertama yang dipaparkan dalam AF6 apabila menyingkirkan dua pelajar, Lufya, 23, dan Naim, 20.

Namun, penyingkiran mereka berdua sebenarnya menepati jangkaan ramai apabila menerima kritikan negatif hampir setiap minggu.

Naim yang menjadi peserta lelaki pertama terkeluar menyampaikan lagu Opera Hidup pernah dinamakan oleh Adlin sebagai pelajar yang patut disingkirkan.

Manakala Lufya yang dikatakan terlalu mencuba menjadi pelajar wanita ketiga diundi keluar apabila mendendangkan lagu Tika Dan Saat Ini. Dia juga pernah menduduki tangga tiga terbawah pada minggu pertama.

Sungguhpun menampakkan peningkatan berdasarkan komen daripada pengkritik Ning Baizura dan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, konsert ini menampakkan lebih ramai pelajar kecundang.

Faisal (Sentuhan Kecundang), Stanly (Patahnya Sayap Malam), Toi (C.I.N.T.A), Saida (Sepi Sekuntum Mawar Merah), Nubhan (Summer of 69) adalah pelajar yang gagal dalam ujian rock ini.

Masing-masing disaran mempertingkatkan mutu dan pembelajaran. Tetapi bukankah mereka sepatutnya sudah boleh menangani tugasan yang diberikan? Ataupun bak kata Adlin, minggu ketiga adalah terlalu awal untuk menguji mereka dengan muzik rock?

"Rasa berat untuk menunggu habis konsert. Saya rasa anda bermain-main dan banyak benda tidak sempurna. Saya rasa macam hendak menangis. Terlalu awal untuk minggu rock," komen Adlin selepas Stanly menghabiskan persembahannya.


IRAMA rock berjaya menyerlahkan bakat nyanyian Riz.

Menampakkan sedikit sinar optimis, Stacy (Pelesit Kota), Rina (Enter Sandman), Riz (Dari Sinar Mata), Nadia (Total Eclipse of The Heart) dan Alif (Kamelia) merupakan penyelamat konsert malam itu terutamanya pelajar bergelar nenek, Rina.

Bertenaga dan bersemangat, Rina yang menjadi pelajar terakhir membuat persembahan menerima sorakan terkuat daripada penonton serta juri, sekali gus menjadi pengubat lara majoriti persembahan pelajar AF6 yang masih lemah.

"Kalau Metallica tengok AF, mereka pun akan bersorak. Jika ada orang kampung yang cakap anda tidak sedarkan diri, jangan pedulikan mereka," komen Adlin.

Kesimpulannya, jika makin lama makin banyak kutukan, AF6 perlu mencari penyelesaian kerana ia juga sedang memusnahkan jenama AF itu sendiri. Tidak kira dari segi persembahan pelajar, pakej dan momentum, semuanya perlu dinaik taraf.



NAIM dan Lufya terpaksa beredar pergi dari AF6.

[ Last edited by  humaira08 at 7-4-2008 03:46 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 7-4-2008 14:26
betul, kenkadang terasa macam adlin ngan koi satu kepala la....


minggu ke4 nanti panggil awak je lah jadi juri jemputan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 03:48 PM | Show all posts
minggu ne saida nyanyi lagu apeeeeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2008 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 7-4-2008 14:21
lufya dah terkeluar.........  nasib baik tak undi


ingat kan undi sakan
koi pun tak penah mengundi sekadar tengok je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by tangkaijering at 7-4-2008 15:48
minggu ne saida nyanyi lagu apeeeeeee


tunggu diari malam ni baru tau tugasan minggu ke4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2008 04:16 PM | Show all posts
Info ni amik kat bod AF

Lagu Tugasan Minggu ke - 4

LAUK KU CUKUP MASIN ( spider )  - TOI
CINTA HAMPA ( d抣loyd )               - NUBHAN
MARABAHAYA ( pop shuvit )         - RIZ
KASIH TERCIPTA ( faizal tahir )       - STANLEY
COME OUT AND PLAY ( offspring)    - ALIFF
JOGET BUNGA MELATI                    - FAISAL

HATI KAMA ( ct/noraniza)               -SAIDA
MENGAPA DI RINDU                      - NADIA
TERBANG HELANG ( serepah aini)    - RINA
CINTA TERLARANG ( LAGU BARU )   - STACY

tak sure betul ke tak info ni.....kopipes je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 04:16 PM | Show all posts
Info ni amik kat bod AF

Lagu Tugasan Minggu ke - 4

LAUK KU CUKUP MASIN ( spider )  - TOI
CINTA HAMPA ( d抣loyd )               - NUBHAN
MARABAHAYA ( pop shuvit )         - RIZ
KASIH TERCIPTA ( faizal tahir )       - STANLEY
COME OUT AND PLAY ( offspring)    - ALIFF
JOGET BUNGA MELATI                    - FAISAL

HATI KAMA ( ct/noraniza)               -SAIDA
MENGAPA DI RINDU                      - NADIA
TERBANG HELANG ( serepah aini)    - RINA
CINTA TERLARANG ( LAGU BARU )   - STACY

tak sure betul ke tak info ni.....kopipes je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 04:17 PM | Show all posts
Info ni amik kat bod AF

Lagu Tugasan Minggu ke - 4

LAUK KU CUKUP MASIN ( spider )  - TOI
CINTA HAMPA ( d抣loyd )               - NUBHAN
MARABAHAYA ( pop shuvit )         - RIZ
KASIH TERCIPTA ( faizal tahir )       - STANLEY
COME OUT AND PLAY ( offspring)    - ALIFF
JOGET BUNGA MELATI                    - FAISAL

HATI KAMA ( ct/noraniza)               -SAIDA
MENGAPA DI RINDU                      - NADIA
TERBANG HELANG ( serepah aini)    - RINA
CINTA TERLARANG ( LAGU BARU )   - STACY

tak sure betul ke tak info ni.....kopipes je
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 07:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 07:33 AM | Show all posts
Mama Rina bukti kemampuan

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA [email protected]


Aksi rock 憁enjadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 07:41 AM | Show all posts
Pengetua kutuk faisal.........ciannya dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 07:42 AM | Show all posts
saida ada peningkatan - komen dari pengetua dan tenaga pengajar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 07:46 AM | Show all posts
mana posting ni tak kuar2 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2008 07:46 AM | Show all posts
.......................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 07:47 AM | Show all posts
..........................................
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 09:28 AM | Show all posts

Reply #150 humaira08's post

TERBANG HELANG ( serepah aini) lagu peveret koi ni......
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #155 humaira08's post

saida pitching pun x lepas ....tp koi suka cara dia menyanyi sambil pegang kepala masa nyanyi lagu mama mama tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.169392 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list