|
[merge] All About Gangguan Di Rumah discuss kat sini ye
[Copy link]
|
|
rumah aku 2 mgu sudah mak mertua aku dah tabur garam n lada hitam (mesti la baca yassin dan azan) akak ipar aku cerita kat aku tadi, lepas MM aku balik rumah 3 hari tgn dia panas, benda tu marah. adala dlm 1 mgu tenang n aman. lepas tu aku rasa berdebar balik, tapi aku ingat tak ada apa maybe perasaan je kot. tapi benda tu dtg balik la....mula2 dia takat main pintu je. 3 hari sudah (tak pernah2 di tegur) benda tu tegur aku. cil..kak betul la... semalam anak aku tunjuk kat tingkap bilik no1 sambil sebut hantu. anak bongsu plak menangis melalak kat tepi tingkap tu. dan semalam laki aku kena plak, dia dengar benda tu main pintu lagi and benda jatuh. rasa cam duduk kat dlm rumah flet bunyi berdentum dentam. kita org dah pasang zikir dll (yg dlm astro tu) tolong la, cam mana lagi nak buat. nak panggil ustaz ke, apa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #141 watie_na\ catat
cuba2 la panggil org yg pandai (bkn pandai2). dsamping tu diri sendiri kene kuatkan dari dalam dgn amalan. alah amalan biasa2 jer... biar keras sket semangat tu... zikir tu lebih afdhal kita yg membacanya, watpe nak soh tv/radio/komputer mainkan... wat sendiri, pahala pon dapat. byk2 bertenang, istighfar... tiap kali pas solat 4qul jgn lupa wat pendinding diri.
sy pon x pandai... cuma sbb penah ada pengalaman. tu nak pesan siap2 cari org yg pandai bukan pandai2.. ada sorang sy kenal... tp bkn ustaz.. keje biasa jer. boley gak kalo nak tanya ngan dia kalo dok area kl cni... |
|
|
|
|
|
|
|
kat umah aku penah kena ganggu sekali..
masa tu nak kenduri kawen adik aku. rumah aku ni umah dlm area kg. so umah sebijik2 la kan. lot sblh umah aku ni plak ada sederet umah sewa yg dah lama kosong. tuanpunya umah tu pun mcm x endah je kat umah dia. so masa nak buat kenduri kawen, bapak aku gi la kemas kawasan umah tu nak gunakan utk keje gotong royong kenduri kan. masa kenduri tu xde la pape yg ketara sgt cumanya ada la sepupu aku yg baru lepas bersalin anak dia asyik nangis je. but x teruk sgt so kitorg xde la syak pape. then mula la ada sedara aku yg citer ternampak pompuan yg x kenal sapa masa kenduri tu kat belakang umah.. so citer2 ni kitorang buat x endah la..
X lama lepas tu satu2 benda berlaku. Start dari anak buah aku yg duk dgn mak aku asyik nangis je bila nak masuk maghrib. padahal dia bkn la bdk yg kuat nangis. Then mak bapak aku start mimpi yg bukan2. mak aku mimpi ada org nak bg kain hitam la. bapak aku mimpi api. masa tu mak bapak aku rilek lg cuma selalu ngaji la kat umah. baca yasin suma tu lar..
satu hr bapak aku terjumpa kwn dia yg tlg masak masa kenduri tu. dia tanya khabar bapak aku tapi bapak aku kata biasa je, then kwn dia bukak citer kata satu hr tu dia mimpi lalu depan umah aku tapi umah kitorang tu hilang. yg ada cuma tanah lapang je. so dia pun tlg la bapak aku buat pagar umah. mlm tu bapak aku pun pagar la umah. bila dah pagar mlm tu gak bapak aku mimpi mcm nampak satu lubang kat dinding then ada benda nak cuma pecahkan lubang tu bg lagi besar dan nak cuba masuk dr lubang tu.. bapak aku siap lawan lg benda tu bertumbuk sampai bila bapak aku bgn tgn dia sakit betul la.
Pastu memcm lg la yg bapak aku buat, memang pagar keliling umah berkali2 lar.. lelama tu baru kitorang tau rupanya umah kosong kat sebelah tu memang ada penunggunyer. umah tu dekat sgt dgn umah kitorang, mak bapak aku memang selalu dgr bunyi air paip mengalir tetiba la. dan mcm2 lg bunyik mcm ada org kat dlm tu. maybe dia marah cos bapak aku gi kemaskan keliling umah tu masa nak kenduri tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku punyer citer...
aku tinggal dgn family, w/pun dh kahwin. masa bujang lg, aku takut nk masuk bilik blakang. oops, lupa nk gtau, umah mak aku nih 2 tingkat, stail lama, besar, bkn cm umah skang, 2 tingkat tp kecik. 3 bilik atas, 1 bilik blkang kt bwh. masa kecik, bilik blakang tu bpk aku jdkan stor. bila anak2 dh besar, abang aku kena dok bwh la kan. aku dgn adik pompuan dok atas.
so, stat citernyer dr abang aku. dia kata xleh tido dlm blk tu sbb kena tindih. so, dia tido kt hall. itupun dia kata kena tindih gak. so, dia pun story la pd mak aku. mak aku ckp, "ko x semayang mana benda tu xnk ikut". cian abang aku... Aku lak, klu mak/pak aku suruh amik brg dlm blk tu, aku mesti ajak bteman. keadaan bilik tue sgt suram, gelap, kelam, nk2 lak bdk cam aku, nk cepat cabut je...luar tingkap bilik tu ada pokok pisang...masa tu belum tambah simen lagi..
masa aku dh btunang, tunang aku tumpang tido bilik abang aku. org berasal dr kg ni mmg cepat leh sense. tp bkn la on the spot. masa tido, xsilap aku dlm 2,3 pg.. tunang aku jenis susah tido mlm. dia kata kaki dia dh rasa sejuk. padahal kipas kaki hala pd pinggang ke atas. cepat2 dia matikan kipas, kelubungkn kaki dgn selimut n mengiring. dia kata gaya cam jembalang tanah. kira tu starting "mende" tu nk tindih. ntah lah..
lepas abang aku kawin, dia tinggal sekejap dgn kitorg, kt bilik tu gak. bini dia pun jenis leh rasa, nk2 family dia ada cam saka. kak ipar aku kata klu tido ngadap pintu, dia cam nmpk nenek tua rambut pjg perati dia. cepat2 dia kalih badan ke dinding. klu abang aku kena shif mlm, kak ipar aku penuhkn katil dgn selimut la..baju la..xnk kasi "mende" tu join skaki.
atas pengalaman kak ipar aku gak, dia kata penah dia dgr cam org bukak pintu bilik, baring sebelah dia n peluk dia. dia kalih tgk abang aku. so dia tido balik. dlm dkat kul 7am, pintu dia bunyi lg. dia kalih, tgk abang aku, terus baring sebelah dia. dia pun tanyer la, "Td naper balik awal?". abang aku pun pandang kak ipar aku, dia ckp "mana ader balik td. ni br balik". terus kak ipar aku tanyer xpuas ati "Td kn balik, kul 2, 3 pagi...". abang aku jwb, mmg xde balik..bt per nk penat badan dh balik, keluar n balik lg...". dia seribu bahasa kak ipar aku...
skang nih, diorg dh pindah umah sendri. tggl aku n suami aku. tp bilik kami kt atas. klu aku lalu kt bilik blakang tu, aku xsedap hati je. mcm dminta2 pandang kt bilik tu. xkira siang or mlm, aku mesti takut nk lalu. oh, btw, nk msk dapur kena lalu depan bilik tu. aku penah msk, pastu dgr cam bunyi motor laki aku balik. so nk g sambut la...tgk2 xder pun. mgkn korg pk bunyi moto jiran, tp aku dh tinggal dkt 26 tahun umah tu..apa2 bunyi pun aku dh hafal (cakap beso lak).
yg terbaru, lepas laki aku balik, dia naik atas. aku continue msk. aku dgr sore dia jerit "Haaa!". pastu cam sembang2..dapur betul2 bwh bilik aku, so...mesti la jelas kan... tp aku x panik. selesai msk, aku naik, aku tanyer dia, maner ader..dia xckp dgn sesape pun...
1 more info, sebelum abang aku kawin lg tanah blakang dh disimen, termasuk la pokok pisang. klu mlm, aku mesti mtk suami aku teman g dapur klu dia nk air. dia suka mtk air lepas kul 11mlm. alah, xkira siang or mlm, aku tetap takut...cuma siang tahankn ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
TOLONG!!! SEBELUM MALAM MENJELMA
atas nasihat kawan2 kat sini, saya dah amalkan zikir, ayat2 (al-quran), yassin dll. Saya baca dari satu buku ni (tak ingat tajuk) mengenai ayat2, dan doa2 untuk menghalau dan menghindarkan diri dari gangguan. Masalahnya, hari ni saya dtg bulan. Saya nak tahu boleh tak saya teruskan membaca ayat2, doa2 dan yassin dari buku tu ketika saya haid (baca dgn suara yang sederhana kuat) saya tak nak mlm ni benda tu dtg buat party kat rumah. kesian kat anak2. kalau tak silap ayat2 tu adalah ayat2 dari surah al-baqarah. |
|
|
|
|
|
|
|
sy tak tahu lah rumah sy ada ke tak ...tp mls nak pikir kan
bukak org ngaji, yassin...
tp pernah dulu..meja kaca ( tebal jugak..) berat meja tu sebab kaca tu berat..pecah sendiri..
time tu mmg takut sangat...tp buat bodoh je...hubby sy kata jin landing atas meja ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #145 watie_na\ catat
teruskan berzikir didalam hati... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak citer ttg gangguan kat umah aku skrg nie.
aku stay kat sungai besi.
alkisahnyer begini, aku baru lepas mandikan anak aku. masa aku lapkan badan anak aku, dia pandang bilik opah and atok dia tido tiap kali dtg umah aku. tetiba dia ckp kat aku " mama, kat dlm bilik opah ada org ler"... waktu tu mmg aku rasa bulu roma aku tegak jer..... aku ingt anak aku main2 jer.... aku ckp le kt dia tak der pape dlm bilik opah tu....
aku terus jer lap bdan anak aku.. pstu anak aku ckp lagi "mama, dia pegang bahu adik.. dia ada kat belakang mama"..... waktu tu aku tak takut tapi aku jadi marah.... aku terus jerit "woi, ko tak der keja ke nak kaco anak aku? kalu ko berani napa tak kaco aku jer?"
aku tanya anak aku rupa jelmaan tu.. anak aku kata yg jelma tu sorg p'puan.. rambut pjg sampai ke pinggang pastu muka cantikkkkk sgt... aku tanya anak aku jelmaan tu ada lagi ke and then anak aku kata p'puan tu berdiri kat peti ais tgh tenung dia..... waktu tu aku betul2 hot.. aku pergi kat peti ais pastu marah2 suruh jelmaan tu kuar dari rumah aku. aku kata kehadiran dia kat umah aku tu tak diundang........ if dia berniat baik, aku minta dia kuar dgn cara baik... if dia ada niat buruk pada anak aku, aku ada cara nak ajar dia... waktu tu aku pasang CD ruqyah syariah kuat2...... pastu anak aku kata p'puan tu dah tak der lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mesmerize at 26-12-2008 12:49
dulu kakak aku penah sakit.. tatau le kena buatan orang ke atau saka tok nenek aku ke sebab tok nenek aku dua2 belah mak dan bapa dari indon kan.. pulak tu mak aku cerita atok lelaki aku tu ada i ...
salam.
mesmerize.... aku simpati dengan akak ko. memang lah sakit misteri ni meninggalkan kesan yg jelas dan nyata pd seseorang. dia akan jadi murung, tidak bermaya, cepat terperanjat, tak fokus, fobia dan macam2. bukan senang untuk pulih sepenuhnya, makan masa bertahun. aku minta pada semua, janganlah sekali2 belajar dan amal perbuatan sihir. sangat menyakitkan jiwa dan tubuh. semasa proses berubat, kaki, badan, kepala kita dipicit, yang meraung2 sakit tu jin tapi tuan punya badan pun sama terseksa zahir dan batin. Allah...aku tak dapat nak bayangkan kesakitannya ketika benda tu nak kuar dari ubun2....macam kena tusuk dengan besi! jari kaki ni ketika dipicit masyaallah....Allah je tau terseksanya jasad. melekat dalam ingatan ni betapa seksanya.....tu baru merasa seksa dunia, belum lagi seksa nak mati dan akhirat nanti....insaf aku.
sepanjang aku mengalaminya, suka nak share dgn u all, alhamdulillah ia semakin berkurang bila amal bacaan yasin setiap lepas maghrib, manzil lepas asar, setiap lepas solat 7 x kursi insyaAllah, alquran itulah penawar cuma kena banyak sangat sabar dan istiqamah. sampai mati kena amal ini semua.
aku pernah cakap dengan kawan2, kalo benda tu menjelma depan aku pun aku dah tak kesah dah, sebab letih menangunng beban dia di belakang & tengkuk aku ni. dengan izin Allah, bila abang ambik gambar bekas urut kat belakang aku ni, muncul satu muka di dalam gambar tu. tunjuk dengan 2 orang ustaz, memang mereka mengakuinya itulah jin tapi bukan dalam bentuk sebenar.
just sharing....simpati tu je........ |
|
|
|
|
|
|
|
atas nasihat dan kemahuan aku yang dah tak kuasa nak takut, maka aku pun baca surah al-baqaroh, yassin, 3 kul dll. alhamdulillah, lepas sorang brother dtg pagar rumah aku dlm luar (katanya) maka dah tak de gangguan. cuma anak aku yang sulung still takut2 and tunjuk ada momok kat luar especially kat bilik No. 1. but ini yang terbaru aku dpt tahu (pagi tadi) maka diceritakan oleh abang kantin kepada aku bahawa momok tu sudah kacau kawasan perumahan aku ni. aku gi jumpa brother tu dia kata, mula2 momok tu gi kacau rumah mak jan ni, lepas tu dia gi rumah brother tu. dia sempat ambil gambar and tunjuk kat aku, kat cadar yg disidai, memang jelas nampak cam bentuk tengkorak tgh meraung (nganga mulut la tu) rumah brother tu psg sport light sebab dia ngajar silat, so memang clear gila kat cadar tu. aku tak reti la nak ambik dari hp dia. kalau tak boleh tampal kat sini. brother tu ckp, disebabkan aku dah buang tunggul pokok bunga, tu yang momok tu merayau2. tak ada tempat tinggal. nak masuk rumah aku balik x boleh sebab dah kena pagar. apa2 hal pun aku tetap kena amalkan bacaan (lagipun kan elok, dpt pahala) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by watie_na at 31-3-2009 16:55
(lagipun kan elok, dpt pahala)
dgn syarat nawaitunya lillahita'ala... |
|
|
|
|
|
|
| |
|