CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tictactoe

ALAHAI SAJALI...

[Copy link]
Post time 18-3-2007 04:14 PM | Show all posts
pak jali,apakata kitak polah cerita seram..mesti best..hehe cita seram dikmpun pun xpa bah..ahaks..
ps:sine ada jual buku2 HAMKA kinek tok?gk ada kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2007 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by Shamanz at 18-3-2007 04:14 PM
pak jali,apakata kitak polah cerita seram..mesti best..hehe cita seram dikmpun pun xpa bah..ahaks..
ps:sine ada jual buku2 HAMKA kinek tok?gk ada kah


sik pandei kmk molah cita seram, cita seram dikmpun makinlah sik pandey
ari ya ada kmk tertemu buku2 HAMKA di popular book store, cuba kitak
cari di sia, atau cuba cari di Sinar Suci atau di My Bookstore
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 10:56 AM | Show all posts

TEGURAN

sdr azry53...kamek harap kita sama-sama beritraksi sebaik mungkin secara raisonal dan profesional...mun kita sik menghormati abang Sajali tuk sebagai Ketua Thread tuk maka kita hormati dirinya yar sebagai orang Tua Kita...<br />
<br />
Bang Jali tuk dah lamak melayari Perjalanan di laut Pengalaman sebagai seorg Karyawan yg cukup dihormati di Negeri Sarawak. Para Karyawan, Para Seniman dan Para Budayawan Sarawak 95% mengenali bang Jali serta karyanya diperingkat negeri atau diperingkat nasional. Dari segi kerja dan pengurusan serta pentadbiranpun boleh tahan. Dalam Perniagaan Konvensional dan MLM teramatlah berpengalaman cuma mungkin ada nasib belum menyebelahinya setelahnya berusaha bersungguh-sungguh sejak dari dahulu lagi. Bang jali yg kamek kenali bukan jenis manusia yg berputus asa. Kamekpun sik dapat nak ngalah Insan yg Luarbiasa Hebat macam bang Jali ...kamek percayak kitakpun bukan tandingan bang Jali kerana keistmewaan bang Jali terlalu banyak sik pandey kamek madah geney...<img src="images/smilies/cry.gif" smilieid="83" border="0" alt="" />

[ Last edited by  zailani3524 at 20-3-2007 11:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 07:15 AM | Show all posts

DALAM SALAHKU, KUCARI MUTIARA BETULKU

dalam salahku, kucari mutiara betulku
untuk menjejak
kewaspadaan yang padu
lalu untuk menginsafi  diriku tentang
laguku yang sumbang

dalam salahku, kucari mutiara betulku
dalam payah untuk bertemu
aku pasrah

dalam salahku, kucari mutiara betulku
namun masih
dibalut kalut

SAJALI BIN MOHAMAD
1 april 2007

[ Last edited by  sajali at 1-4-2007 07:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 10:48 PM | Show all posts
Hahaha ya baruk lawak ada jak bang jali jawab...penembak yang ditembak oleh yang ditembak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 09:24 AM | Show all posts

GENRE 60PP - ATI

ATI

nya udah madah macam ya. nya sanggup jadi urang keduak dalam idup aku,
aku isik sangka, sampey sejauh ya nok di maok nya ngan aku. tekejut aku
nyengar nya madah macam ya. entah, geneykah, alu nya nak belaki ngan aku,
sedangkan kamek duak sik kenal. setegal salah dail tipon, kakya kamek duak
begasak be sms,  sikda betemu, cam ney boleh jatuh cinta.

SAJALI BIN MOHAMAD
3 APRIL 2007
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2007 06:37 AM | Show all posts

KETIKA SMS KAU DATANG



ketika sms kau datang
aku tengah sibuk melayan perasaan
aku tengah diulit  gangguan kenangan

ketika sms kau datang
aku jadi terkedu dipasung rindu
menatap sms mu
bagaikan kau sendiri
hadir di depanku

ketika sms kau datang
hatiku bertanya
bilakah empat mata dapat bertemu
dan andai tiba masanya
tidakkah lidah menjadi kelu

ketika sms kau datang
aku tersedar bahawa
setiap saat ada insan
mau aku merenungi
coretan soal hati

SAJALI BIN MOHAMAD
4-april-2007

[ Last edited by  sajali at 4-4-2007 07:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 07:17 AM | Show all posts

SEBENARNYA, AKU INI

sebenarnya, aku ini
dihiasdandan dengan mencari
sesuatu dari faham dan mengerti
yang tidak pernah
betul sepenuhnya

sebenarnya, aku ini
sentiasa resah gelisah berada di desa entah
yang sentiasa menawarkan aku
bertatih mencari diri dalam diri

sebenarnya, aku ini
seorang yang sentiasa dalam lupa
diperjalanan yang berliku ini
dariujung keujung yang cuma rasa

sebenarnya, aku ini
terlalu sukar untuk keluar
dari belukar resah

sebenarnya, aku ini
tetap mencari aku dalam aku
dengan rebah bangun
merabaraba sampai bilabila
sesuatu yang benar dan betul

SAJALI BIN MOHAMAD
5 april 2007
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 08:51 AM | Show all posts

Genre 60 pp



AKU DAH MADAH
dolok ya tadik, kan aku dah madah, iboh jadi macam ya. aaah, tok apa dah jadi, yalah upah
orang entingal. pa polah merik harapan gilak ngan si nok ya. tok, sapa nak disesal lagik.
kan nya udah madah, marek, iboh gila gilak cam ya ngan nya, hhuuh, kinek tok apa nak
dikata agik, nok udah sik dapat dipesik agik ya.

SAJALI BIN MOHAMAD
6april2007

[ Last edited by  sajali at 7-4-2007 08:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 08:59 AM | Show all posts
KETERBATASAN KEUPAYAAN INI

keterbatasan keupayaan ini
membuat aku terbantut
membuka simpulan liku
ketika mahu mengeluarkan
diriku dari
perkampungan beban demi beban
yang kadang-kadang
aku harus membayar dam

keterbatasan keupayaan ini
jua mampu membuat aku
terlena mencermin diri
dengan mencari jawapan
dimanakah diriku berada sekarang

keterbatasan keupayaan ini
terus membiarkan aku berjalan
terhingut-hingut dan tersangkut-sangkut
membuang sedikit waktu
untuk aku bertemu dengan diriku

SAJALI BIN MOHAMAD
6april2007


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 06:24 AM | Show all posts
WANITA YANG DI DEPANKU

wanita yang di depanku
menghadiahkan aku baju kemajuan
mensedekahkan aku seluar yang
panjang langkah
membisikkan padaku usah jadi kalah
dalam pertarungan cabaran

wanita yang didepanku
yang memberi peluang aku
melihat telatah dan kerenah
bersama turun naik nafas
degup jantung yang cepat dan lambat
bersama denyut nadi
di pasarana kehidupan teka-teki
menyerahkan pada aku mencari jawapan
setiap hari

wanita yang didepanku
senyum padaku
mau menyakinkan aku
yang hari-hari yang kulalui
bersama pusingan usiaku
yang mengusik dan menjentik
dengan beban-beban bersama ombak
dan menyedari aku menghargai senja

wanita yang didepanku
lebih hebat dan besar pengorbanannya
dari aku yang kedil ini
kerana naluri kewanitaannya dapat
membaca kecacatan ku dalam segala
lalu menegurku dengan ekor mata
menegurku lewat kelu lidahnya
menasihatkan aku dengan diamnya
mengajarkan aku mengenali erti diri dalam diri
wanita yang didepanku
cukup pitah menghakis segala macam
kerenah yang mengujinya
namun ia tetap berdiri walaupun
ombak deras ia tidak mudah rebah
kerana kepercayaannya tidak mudah patah
walau dipersenda dengan sesuatu yang entah

wanita yang didepanku
cukup bersahaja
namun tidak pernah senghaja
untuk mengenakan aku
supaya menjadi lalai dengan kepura-puraan

SAJALI BIN MOHAMAD
8april2007
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 09:52 PM | Show all posts
genre 60PP

PILIHAN
banyak kali faizah bicara tentang ikmal.sampai muak aku dihidang dengan
rentetan cerita persis harian ikmal.aku sedar naluri dan perasaan faizah
telah dikuasai oleh ikmal. ketika rungsing pun, aku dihidang dengan cerita
ikmal. aku tidak mahu masuk campur lagi dengan cerita cinta dua insan itu.
gasak, merekalah. kalau itu boleh mendatangkan rahmat kebahagiaan pada
dua hati bersalut kerinduan.

SAJALI BIN MOHAMAD
11april2007
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 09:56 PM | Show all posts
TIDAK KUSANGKA

tidak kusangka
kamar hatiku masih terbuka
melamar sebuah kerinduan

tidak kusangka
jawapan anggukan kepala
menjadikan aku leka
diulit mimpi indah
dalam terjagaku lalu
bercantum dua hati

tidak kusangka
segalanya bertukar luka
sekaligus meranap ilusiku
apabila dijentik bicara
rupa-rupanya perubahan
berlaku terus bertanya
antara khayalan dan benar
dimanakah aku

SAJALI BIN MOHAMAD
11april2007
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 09:59 PM | Show all posts
JANJI YANG HILANG

janji yang hilang
diragut keraguan yang kencang
kepercayaan yang telah dicincang
kerana telah tiba-tiba dijajah oleh
perbezaan rasa
lalu segalanya bertukar
menjadi ribut kepalsuan

janji yang hilang
bila tiada ketenangan
sengaja bersahabat dengan keungguan kealpaan
yang bersamanya berkemampuan
menghakis musim-musim kalut

janji yang hilang
telah disunting oleh
kesedaran yang dalam
ketika menunggu
tidak ada apa
yang akan jatuh

SAJALI BIN MOHAMAD
11april2007
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 11:16 PM | Show all posts
genre 60pp


SATU KEPUTUSAN

dia sudah nekad memutus hubungannya dengan chidokari. sudah tiga hari
dia tidak menghantar sms pada chidokari. hatinya berkata, dia tidak
cintakan chidokari lagi. berlainan dulu, dia tidak dapat berenggang
dengan chidokari, setiap jam dia mesti hantar sms atau telefon chidokari.
dia cukup mengambil berat tentang chidokari.'abang sihat, dah makan',
begitulah selalunya permulaan setiap smsnya.

SAJALI BIN MOHAMAD
12april2007
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 09:36 AM | Show all posts


INGIN KU GAPAI AWAN DILANGIT BIRU

ingin ku gapai awan dilangit biru
namun lidah ku kelu
bersama hati yang dibalut rindu
jadilah segalanya bergelut pilu

diketika aku  ingin mengembali
musim-musim rasa
aku berada disenja hari
lalu membisik padaku
usah berangan
menitah auracinta dalam arca

lalu aku dikejutkan
bersama kocakan rasa
bahawa tongkatku sudah hilang
payung tidak sempat kusediakan

SAJALI BIN MOHAMAD
18april2007
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 09:19 AM | Show all posts

gambar hiasan

KENAPA DIA

kenapa dia setiap kali
dijadikan penghuni taman yang sepi
untuk meriuhrendahkan rasa keterasingan

kenapa dia semacam
tiada kebebasan berjalan
sedangkan kerana dia
kecintaan mekar dan segar

kenapa dia  ada kalanya
semacam dipinggirkan
sedangkan dia adalah pilihan
untuk menyajikan impian dan harapan

kenapa dia
dibiar kadangkadang
disuntik dengan keresahan
keseorangan
dalam titik titik titik  titik titik titik titik

kenapa dia
yang redha mengubah suasana
mengharum wangi segala
kadangkadang tidak dihargai

kenapa dia telah menyempurna segala
masih disangsi
kenapa dia yang datang dalam hidup
masih mahu diuji

SAJALI BIN MOHAMAD
26april2007


[ Last edited by  sajali at 26-4-2007 09:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 10:54 AM | Show all posts

gambar hiasan

NGEREPAK

eranku nanggar koh, cobalah boh ceridak gilak upa ya, lelah bah nyawaku bekemas jak2,
baju kak pakey nak kemaik ya repuk sia, repuk sia, kasut ya kotor cuba basuh kalik, sik
ada ulun tebanon koh, bukan ko ada hamba abdi nak ko gasak tenaganya kay ngemas kau
ya jak2,  pandeylah ngator, ngemas kedirik mpun, ya ditandah nok melintang melibu,
eeh, kepak nar nyawaku ku eeh, nak ku tandah cam ya jak, sakit atiku, maok ndak maok
aku juaklah ngemas nak ya kelak koh, dah juak kerja lain melubor, cubalah ooo, mun
nembiak kecik tauklah aku, tok dah boleh kay bapak urang, ada hanger sik dipakey,
baju kak pakey engkah tas katil, cadar ya baruk kak tukar aku, bebau lagik, entam leh
peluh, sik nya nanggar kita bergoleng begangak kerja lam umah tok, dari bukak mata,
ngagak toklah, ngagak yalah, sik mikirkah aku tok pandey penat, pandey lelah, eeeih
semput bah napasku nanggarkan gaya kitak orang tok, fe抏l, perangey nak kedak sidak
lam utan, ndak nak dikerepak ati ku sakit, dikerepak sampey nak tanggal serakak aku tok
sik diduli, cam ney lah lagik maok kitak orang ngan aku tok, mok aku tok mati tekejey
ngemas, nyimpan, nyusun nak melampar kedak ya, nanggar surat khabar kak ya di arey
gia, majalah sik disusun balit betul2, kak caj tipon, charger ya ditandah mengarey di
lantey, kenak tinjak binasa kaki, nanggar tivi siklah pandey nutup suiz bekak nanggar,
karan bejalan, mun guntur kilat abis cerita, eeih mun kedak tok ndak lamak ke batu
tujuh nun tujuh aku. leput.bah.


SAJALI BIN MOHAMAD
30april2007


p/s: idea dari gambar hiasan, lelah jak upa nya, macam marah jak mukanya,
yalah kmk dpat molah cita NGEREPAK tok, (salah satu sensitiviti)
mungkin ada sikit-sikit kedak ya nak dikata gadis dalam gambar ya.

[ Last edited by  sajali at 30-4-2007 10:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by sajali at 30-4-2007 10:54 AM

gambar hiasan

NGEREPAK

eranku nanggar koh, cobalah boh ceridak gilak upa ya, lelah bah nyawaku bekemas jak2,
baju kak pakey n ...


siney kitak oleh gambar hiasan ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by mamat_lazim at 30-4-2007 11:02 AM


siney kitak oleh gambar hiasan ya


oleh nyilak2 dlm majalah lamak pagi tek, alu bekenan ngan gambar ya, entah cun kh sik cun ngan sensitiviti ya tek,
kedong ada ilham polah jaklah, mcm cita org tua lamak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.439040 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list