CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arinih

Tempat tempat menarik di Perak Darul Ridzuan [merged]

 Close [Copy link]
mamakcute This user has been deleted
Post time 26-12-2006 01:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mamakcute This user has been deleted
Post time 26-12-2006 01:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 26-12-2006 02:01 PM | Show all posts
Taiping Maps



Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 26-12-2006 02:01 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 26-12-2006 02:02 PM | Show all posts
Taiping Zoo     




The first zoo in the country, it houses exotic animals and has provided an escape to nature's habitat for the people of Taiping. Taiping Zoo, which is located at the Taiping Lake Gardens, covers an area of 34 acres. It is also the only zoo in the northern region of Peninsula Malaysia. Taiping Zoo is currently home to more than 180 species of animals including tigers, lions, elephants, hippopotamus, giraffes, hornbills, orang utans, deer and others. The zoo, situated at the Taiping Lake Gardens, is open daily from 8.30am to 6pm while the Night Safari is open from 8pm to 11pm on weekdays and until midnight on weekends and the eve of public holidays
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 26-12-2006 02:13 PM | Show all posts


Lost World of Tambun Water park, Ipoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2007 07:34 PM | Show all posts
huhu..dari kecil sampai skang cassio dok sini..
sape dok area Ipoh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 10:29 AM | Show all posts
Meredah gua batu kapur Tambun
Oleh Hafizan Taib


Lost World of Tambun popularkan kawasan alam semula jadi di pinggir Ipoh untuk tarikan pelancong asing

KESEMPATAN yang diberikan pihak pengurusan taman tema air Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak kepada sekumpulan wartawan dengan menyertai kem perkhemahan selama dua hari, baru-baru ini sukar digambarkan dengan kata-kata.

Pengalaman perkhemahan itu adalah satu peluang yang tidak selalu hadir dan meskipun pelbagai kesukaran ditempuh, ia menjadi pengalaman manis buat mereka.

Pengalaman menarik itu turut dikongsi bersama petugas LWOT yang mana mereka bertindak sebagai koordinator dan juru pandu dalam program berkenaan.

Penjelajahan di sekitar kawasan yang kaya dengan alam flora dan fauna, selain hasil tinggalan sejarah itu menyerlahkan pelbagai rahsia dan keistimewaannya yang selama ini tidak diketahui.



CALVINHO menunjukkan bentuk
gua batu kapur.

Peluang menghabiskan masa di kawasan taman tema air yang dikelilingi gunung dan gua batu kapur semula jadi turut memberi peluang kepada setiap peserta mengambil gambar sebagai kenangan berlatar belakangkan alam semula jadi yang menarik.

Kawasan gunung dan gua batu kapur di Tambun, Perak itu adalah satu kawasan menarik yang dikatakan penempatan awal manusia yang hidup di zaman pra sejarah.

Ini dibuktikan dengan beberapa lukisan purba peninggalan sejarah lampau termasuk lakaran dugung pada dinding gua di kawasan berkenaan.

Pengurus Besar LWOT, Calvin Ho, berkata program terbabit dirancang bagi memberi ruang dan peluang pihak media meninjau dan menikmati keindahan alam semula jadi di samping merasai sendiri pengalaman meredah hutan belantara serta gunung dan gua di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ia bertujuan mendedah dan mempopularkan kawasan terbabit kepada umum supaya menjadi tarikan bagi pelancong asing dan tempatan berkunjung ke Perak.

"Sememangnya kawasan alam semula jadi seperti ini menarik minat pelancong terutama pelancong asing yang suka menjalankan tinjauan dan kajian mengenainya.

"Pengurusan LWOT berasa perlu untuk mempromosi dan mendedahkan kawasan di sekitar Tambun ini kepada pengetahuan umum supaya ia menjadi lebih popular sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Semua peserta yang dibawa meneroka kawasan hutan di sekitar gunung dan gua di Tambun jelas mendapati ia mempunyai tarikan tersendiri dengan panorama mempesona.

Ditambah dengan tumbuhan hijau menghiasi kawasan sekeliling yang mendamaikan pandangan mata selain kewujudan stalaktit dan stalagmit pada beberapa sudut di dalam gua yang mengagumkan.

Beberapa batu di dalam gua kelihatan memiliki bentuk menarik yang ganjil dan aneh dengan identiti tersendiri.

Perjalanan menempuh Terowong Enam Batu (Six Mile Tunnel) di dalam Gua Datuk benar-benar mencabar peserta kerana perlu mengharungi kawasan berair sedalam kira-kira satu meter dengan jarak sejauh 700 meter.

Sepanjang perjalanan kira-kira satu setengah jam dengan diterangi cahaya lampu suluh yang dipasang di topi, peserta dapat merasai segala kepayahan yang pernah ditempuh masyarakat zaman dahulu kala.

Ini kerana laluan terbabit dipercayai pernah digunakan untuk pelbagai tujuan terutama ketika zaman darurat di negara ini.

Namun segala kepayahan dan keletihan tidak melemahkan semangat kerana semua peserta berasa perlu mengharunginya untuk menikmati segala keindahan peninggalan yang terdapat di laluan terowong berkenaan.

Malah, salah satu kewujudan yang menarik perhatian ialah batu kristal pelbagai warna.

Perkhemahan di kawasan gunung dan gua dengan diselang seli pelbagai aktiviti yang perlu disertai setiap peserta banyak membantu mewujudkan suasana ceria di samping mengeratkan hubungan serta semangat setia kawan.

LWOT turut menyediakan pelbagai kemudahan menarik untuk dinikmati orang ramai dengan tarikan utama sebuah kolam berombak seluas 3,200 meter persegi yang dilengkapi tujuh jenis ombak.

Juga disediakan sebatang sungai pengembaraan berombak terpanjang di Asia iaitu sepanjang 600 meter, selain Lembah Harimau yang menempatkan lapan ekor harimau terdiri daripada tiga harimau dewasa dan lima anak harimau.

Harimau dewasa dikenali sebagai Sultan (jantan) manakala harimau betina pula Jessie dan Raima. Lima anak harimau yang membabitkan Putra dan Rana (jantan) serta Aqila, Azian dan Jazz (betina).

Di samping itu, ada empat buah kolam air panas dengan paras suhu antara 40 hingga 50 darjah celsius untuk kemudahan pengunjung.

LWOT dibuka dari jam 11 pagi hingga 6 petang bermula Isnin hingga Jumaat dan antara 10 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum manakala ditutup pada Selasa.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai LWOT boleh melayari lama web rasmi taman tema air itu di alamat www.sunway.com.my/lostworldoftambun.

FAKTA: Jumlah pelawat


Dibuka kepada umum pada 11 November 2004 dan majlis perasmian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 12 Jun 2005.


Lokasi di Tambun iaitu di kawasan pinggir bandar dengan jarak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Ipoh.


Taman tema air dengan keluasan 16.2 hektar dan boleh menampung kehadiran lebih 10,000 pengunjung dalam satu masa.


Terletak di dalam kawasan komersial Sunway City dengan keluasan kira-kira 526 hektar.


Lebih 800,000 pengunjung datang ke LWOT sejak ia dibuka.


Bayaran masuk - RM21 (dewasa); RM16 (kanak-kanak); Kanak-kanak di bawah 90 sentimeter (masuk percuma).


Pihak pengurusan juga menawarkan pakej khas secara berkumpulan dengan jumlah minima 30 orang bagi satu kumpulan.


Waktu operasi : Isnin hingga Jumaat (11 pagi - 6 petang); Sabtu, Ahad termasuk cuti umum dan persekolahan (10 pagi - 6 petang).


Ditutup pada setiap Selasa kecuali pada cuti umum dan persekolahan.


Sebuah hotel bajet (Sun Inns Hotel) yang terletak di dalam kawasan Sunway City turut disediakan kepada pengunjung untuk kemudahan penginapan. Menyediakan 40 bilik dengan bayaran RM105 bagi satu bilik.

INFO: Bagaimana ke sana?


Pengunjung yang ingin ke LWOT boleh menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan melalui jalan susur keluar Kilometer 139 menghala ke Ipoh, Tanjung Rambutan dan Tambun.


Bagi laluan Jalan Persekutuan boleh merentasi Jalan Sultan Azlan Shah Utara (dari utara) dan Lorong Harimau (dari selatan) sebelum memasuki Jalan Tambun.


Pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau teksi dari bandar raya Ipoh kira-kira 15 minit perjalanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2007 11:24 AM | Show all posts
eeeeeee.....bestnya makan cendol kat kuala...
meleleh plak..
tapi laksanya dah tak sesedap dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 09:38 AM | Show all posts

teluk batik.....

allooooo.... ada sesape ada info2 teluk batik?? chalet2 ....
kalo ada peta lumut pun ok gak.....
aku dah g pangkor... ingat nk explore lumut la plak....
tq.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 10:59 AM | Show all posts
Bekas rumah pengetua Galeri Pendidikan Perak
Oleh Mohd Hamizar Hamid


Khazanah berusia lebih 100 tahun imbau sejarah silam pembelajaran negara

IPOH: Bekas rumah pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson berusia 75 tahun yang diubah menjadi sebuah Galeri Pendidikan Perak di Jalan Cator di sini, menyimpan pelbagai khazanah sesuai untuk mengimbau sejarah pendidikan di Perak.

Sejarah bangunan galeri itu bermula sebagai rumah pengetua yang didirikan pada 1931 dan pernah dihuni 16 pengetua bermula dari tarikh itu hingga 1979.

Pengetua pertama yang mendiami rumah berkenaan ialah C F C Ayre diikuti L D Whitfield (1936-1938), E C Hicks (1939), G C Tacchi (1940) dan C P Purcell (1941).

Bangunan itu kemudian dibiarkan kosong kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1974, bangunan itu kembali diduduki beberapa pengetua termasuk A F Hunter sehingga 1950; E H Bromley (1950-1952), G P Dartford (1952-1953) dan Dr G E D Lewis (1953-1955).

Pengetua lain yang pernah mendiami rumah itu ialah J F Jackson (1955-1956); N R Limmer (1956-1957); M Ogle (1957-1965); Tan Seng Chye (1965-1966); Tagar Singh (1966-1969); Chan Ying Tat (1971-1972) dan Lam Kok Hon (1972-1979).

Selepas 1979, rumah pengetua itu tidak lagi didiami kerana semua pengetua selepas dari tahun itu menetap di rumah mereka sendiri.

Bangunan berkenaan kembali berfungsi apabila digunakan sebagai kelas untuk pelajar pada 1998 hingga 1999 dan selepas itu digunakan semula sebagai rumah pengawas.

Pegawai Khas Kurikulum merangkap Penyelia Galeri Pendidikan Perak, Shamsul Baharin Mohd Yusof, berkata menjadi harapannya untuk melihat lebih ramai pengunjung datang ke galeri itu mendalami suasana pembelajaran yang pernah dilalui golongan terdahulu.

Beliau berkata, pihaknya turut berharap kepada mana-mana pihak termasuk sekolah atau orang perseorangan yang masih memiliki barangan bersejarah berkaitan pendidikan diharap dapat menghubunginya.

"Ia berikutan, ada sesetengah waris pemilik barangan berkenaan tidak mengetahui nilai warisan dan sejarah barangan berkenaan yang mungkin sudah menjangkau usia 100 tahun.

"Di galeri ini, terdapat beberapa barangan warisan berkaitan sejarah pendidikan di Perak yang disumbangkan beberapa orang awam yang mahu barangan berkenaan dipulihara," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menyingkap sejarah galeri itu, Shamsul Baharin berkata, bangunan galeri berkenaan dibaik pulih lima tahun lalu dan setahun selepasnya bangunan berkenaan dikosongkan untuk dijadikan Muzium Pendidikan Perak.

Katanya, pada 2002 proses baik pulih kali kedua dilakukan termasuk dicat baru menggunakan warna berbeza daripada warna bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson yang terletak di dalam kawasan sama untuk dijadikan sebagai Galeri Pendidikan Perak.

"Pemilihan bangunan itu untuk dijadikan sebagai galeri dirasakan amat tepat bukan saja kerana keunikan bangunannya malah disebabkan kedudukannya yang strategik.

"Lokasi bangunan berkenaan di dalam kawasan Kompleks Pendidikan Kinta dan berdekatan dengan Jabatan Pendidikan Perak menjadikannya sangat istimewa serta mudah dikunjungi," katanya.

Lantaran keistimewaan yang dimiliki, Shamsul Baharin berkata, bangunan bersejarah itu diangkat martabatnya menjadi galeri yang mampu membawa pengunjung mengimbau sejarah silam sekolah terawal di negeri ini.



FAKTA:

* Terdapat lima galeri iaitu Sejarah Perkembangan Pendidikan Perak, Artifak Pendidikan, Galeri Khas, Program Khas Jabatan Pendidikan Perak dan Arkib (buku-buku lama).


* Galeri ini wujud hasil cetusan idea Pengarah Pendidikan Perak sebelum ini, Datuk Ahmad Zainuddin Othman merangkap Pengerusi Persatuan Sejarah Cawangan Perak ketika itu.


* Jawatankuasa Penubuhan dibentuk pada Januari 2001. Jawatankuasa berkenaan berusaha merealisasikan impian mewujudkan sebuah galeri pendidikan yang julung kali diadakan di Perak.


* Dibuka kepada orang ramai secara percuma setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Bagi maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 05-2547287.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:09 AM | Show all posts
Artifak asal Gua Kajang musnah, hilang
Oleh DJ Dolasoh



MUSNAH:Sabri menunjukkan kawasan kemusnahan teruk
struktur dalaman Gua Kajang, Lenggong akibat
pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab.

LENGGONG: Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan Gua Kajang di Kampung Gelok kira-kira lima kilometer dari sini dan lebih 10 gua lain di sekitarnya daripada terus dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

Gua Kajang antara gua prasejarah Zaman Paleolitik kini terancam dengan lebih 90 peratus daripada struktur asal gua seluas 300 meter itu musnah teruk apabila kawasan artifak diganggu dan sebahagian besarnya hilang.

Imam Masjid Kampung Gelok, Sabri Salleh, 60, berkata pencerobohan terhadap gua itu sejak lebih 10 tahun dulu sangat menyedihkan kerana ia menyebabkan wujud banyak lubang besar.

"Keadaan ini disebabkan berlaku pencerobohan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab apabila mengambil tanah yang bercampur tahi kelawar untuk dijadikan pelbagai jenis baja yang dikatakan bermutu tinggi atau mencuri artifak purba.

"Beberapa gua utama lain juga menerima nasib yang sama seperti Gua Batu Tukang, Gua Puteri dan Gua Badak termasuk dindingnya diconteng dengan pelbagai perkataan dan lukisan lucah yang tidak sepatutnya berlaku.

"Gua Kajang ini ada dalam peta negeri Perak dan dipersetujui Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali untuk dimajukan sebagai tempat pelancongan berbentuk arkeologi tetapi kini musnah sama sekali," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di gua itu, kelmarin.

Sabri, penduduk asal Kampung Gelok juga kesal kerana kini masih ada pihak yang terus menjalankan kegiatan mengorek tanah dalam gua berkenaan yang mengandungi ribuan artifak tanpa mempedulikan amaran yang diberikan.

"Mereka kini melakukan kegiatan itu secara bersembunyi kerana permit yang dikeluarkan kepada mereka untuk mengambil tahi kelawar di dalam gua sudah ditamatkan sejak 10 tahun lalu.

"Saya juga difahamkan pihak Muzium Arkeologi Lenggong (MAL) sudah menghantar laporan ke Pejabat Daerah Lenggong tahun lalu tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Mohd Mokhtar Saidin berkata, usaha menyelamatkan sisa artifak yang masih ada kini giat dijalankan di Gua Kajang dengan membuat ekskavasi selama dua minggu yang bermula Ahad lalu.

"Tujuh kakitangan PPAM dan seorang pelajar USM kini giat melakukan ekskavasi di gua berkenaan yang akan berakhir 4 Februari ini bertujuan mencari artifak bernilai di tapak yang belum dimusnahkan.

"Ini ekskavasi pertama kami di gua ini selepas ekskavasi terawal pernah dilakukan pada 1917 kerana Lembah Lenggong ada sembilan tempat arkeologi terpenting sebagai tapak penempatan Zaman Paleolitik terbesar di Asia Tenggara sejak 200,000 tahun dulu di samping Zaman Neolitik (7,000 tahun) dan Zaman Logam (4,000 tahun)," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, ekskavasi pada tapak itu menemui beberapa artifak bernilai pada Zaman Neolitik antaranya bahan purba seperti serpihan tembikar, alat batu kegunaan harian termasuk pisau, senjata perburuan di samping beratus cengkerang.

"Kami merayu semua pihak yang terbabit supaya menyelamatkan segera dengan memulihara semua gua terutama Gua Kajang ini daripada terus dimusnahkan demi untuk kepentingan khazanah arkeologi dan generasi akan datang," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 10:49 PM | Show all posts
kalau pegi tasik raban jangan lupa ngan ikan pekasamnya. mmg popular. tp lately ni aku
rasa ikan pekasam dia dah kureng ummph ler...... sedap lagi ikan pekasam batu kurau yg
mmg sentiasa maintain jer rasanya ....

[ Last edited by  dar_wish at 7-2-2007 01:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 01:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 08:55 AM | Show all posts
dar wish
kat tasik raban sesuai tak kalo nak pegi nginap
ngan family?
tengok gambar huh ngancam...tenang dan indah
ciptaan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 03:39 PM | Show all posts
Lumut Waterfront gamit pelancong
Oleh Amir Abd Hamid

Pembukaan kawasan riadah, pada 2004 jana pembangunan kawasan sekitar



CANTIK: Pemandangan indah sekitar Lumut Watrfront

LUMUT: Pekan Lumut sebelum ini hanya dikenali sebagai `pekan koboi' dan tempat persinggahan kepada pelancong sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor, mulai berubah wajah selepas `Lumut Waterfront' dibuka secara rasmi pada 2004.

Kesan pembukaan Lumut Waterfront itu bukan saja menggamit pelancong untuk berada lebih lama di Lumut tetapi turut memberi limpahan pembangunan terhadap pekan ini dengan menawarkan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan.

Selepas melalui proses menaik taraf serta kerja pembesaran lagi dan siap sepenuhnya awal tahun ini, kawasan riadah, rekreasi dan pelancongan bertaraf antarabangsa ini terbukti menjadi daya tarikan terbaru yang semakin popular di Lumut.

Lumut Waterfront meliputi Taman Awam Lumut Waterfront atau dikenali sebagai Marina Wing; Terminal Jeti Feri Lumut yang dilengkapi dengan ruang legar Menara Tinjau, restoran Jeti dan Pusat Kraf; medan selera Dato Haji Ishak dan Waterfront Promenade.

Kedudukannya begitu strategik kerana hanya perlu berjalan kaki untuk pergi ke kemudahan restoran makanan segera berjenama popular, bank, hotel dan tempat meletak kenderaan bertingkat.

Bukan setakat susunan landskap yang indah mata memandang, malah kebersihan di kawasan Lumut Waterfront ini juga diakui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli, sebagai antara yang terbaik di negeri ini.

Ketika ditemui pada pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 peringkat negeri di sini, 7 Januari lalu, Tajol Rosli turut membandingkan kemudahan, kebersihan dan keindahan yang terdapat di Lumut Waterfront setanding dengan yang terdapat di destinasi percutian popular luar negara.

"Kita tidak perlu ke Eropah kerana Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sudah mengubah landskap Lumut setanding dengan beberapa tempat di luar negara.

"Malah, ia wajar dijadikan penunjuk aras terbaik dari segi pengurusan keceriaan, kebersihan dan keindahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain di negeri ini," katanya.

Reka bentuk Lumut Waterfront mempunyai kesinambungan dengan laut menjadi tarikan utama kepada pengunjung iaitu dengan mengintegrasikan pembangunan di kawasan persekitaran dengan faktor semulajadinya.

Konsep pembangunan taman awam pesisiran pantai di pekan Lumut itu diilhamkan daripada pergerakan hidupan laut dengan menjanjikan panorama menarik kerana kedudukannya menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.

Lumut Waterfront yang dilengkapi dengan dua kiosk dan lima gerai ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam juga menerapkan unsur ilmiah, mendidik pengunjung untuk mengenali dan menghargai keindahan alam.

Zulkifli Idris, 22, yang baru dua minggu bekerja di Pusat Perkhidmatan Pelancongan di sini berkata, beliau bersyukur dengan limpahan kemajuan Lumut kerana dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Pelancong Ireland dan sekarang menetap di Australia, Wilf Brophy, 59, berkata beliau kagum dengan pembangunan Lumut sejak pusat riadah itu dibuka.

Brophy yang pernah berkhidmat sebagai tentera di sini ketika konfrontasi Malaysia dan Indonesia sekitar 1960-an, berkata sebagai pelayar beliau menganggap Lumut antara destinasi yang wajib dikunjungi.

"Tempat ini sentiasa dalam ingatan kerana ia adalah kenangan masa lalu saya dan akan pastikan Lumut destinasi persinggahan utama dalam setiap pelayaran dengan kapal peribadi milik sendiri," katanya.

Eksekutif Pemasaran Duta Pangkor Ekspress Sdn Bhd, Norhasani Mat Esa, 32, berkata jumlah pelancong sama ada tempatan atau luar negara bertambah mendadak terutama apabila tiba musim perayaan.

Beliau memuji usaha MPM menyediakan ruang rehat yang luas sepanjang Lumut Waterfront yang membolehkan pelancong bersantai dengan selesa walaupun jumlah mereka ramai.

Katanya, difahamkan lebih 8,000 pelancong mengunjungi Lumut sehari ketika cuti Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

"Lumut Waterfront juga akan semakin indah dan selesa apabila pembinaan jeti khusus bagi bot awam dan persendirian berlabuh secara teratur tanpa mengganggu laluan feri siap sepenuhnya nanti," katanya.

Baru-baru ini, Yang Dipertua MPM, Yaakop Fakir Mohd, berkata jeti yang bakal dibina mulai Mac ini dengan kos kira-kira RM5 juta akan mengindahkan lagi Lumut Waterfront kerana reka bentuknya yang bakal dibina bersesuaian dengan landskap di kawasan berkenaan.

FAKTA: Lumut Waterfront
Bagaimana ke sana?

Kira-kira 82 kilometer atau sejam setengah pemanduan dari Ipoh.

Kedudukan:

Taman Awam Lumut Water Front terletak di pesisiran muara sungai Dinding, bermula dari kawasan Lumut Yacht Club sehingga ke jeti feri di pekan Lumut.

Waktu Operasi:


Dibuka 24 jam manakala kemudahan awam dan kedai dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.


Menjanjikan pemandangan indah waktu malam dengan bermandikan cahaya sambil menikmati keindahan kerlipan bot nelayan serta kapal pesisiran dan perang TLDM.

Kemudahan:

Kedai cenderamata

Kedai makan

Kiosk

Tandas awam

Telefon awam

Laluan pejalan kaki

Tempat meletak kenderaan

Tempat riadah

Pondok berehat

Taman permainan kanak-kanak

Hubungi

Pusat Perkhidmatan Pelancongan, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perak (MTPN), Lumut Water Front, 32200 Lumut, Perak Darul Redzuan.
Telefon: 05-6804000/6837245
Fax: 05-6804001/6837228

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2007 10:57 AM | Show all posts
syd, terimakasih pasal rajin letak info yang promote perak! :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 11:06 PM | Show all posts

Reply #156 Syd's post

Apa perkara terbaru kerajaan perak buat untuk tahun melawat malaysia tahun ni?

aku tak follow sgt negeri pearak punya info masa pegi hari tu...
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 25-3-2007 11:09 PM | Show all posts
perak banyak santau
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 01:24 PM | Show all posts
Pulau Banding bagai syurga
Oleh Sarah Zulkifli
[email protected]




JIKA anda inginkan suasana damai, jauh dari hiruk pikuk yang menganggu ketenteraman, Pulau Banding adalah destinasi yang tidak boleh dipinggirkan, khususnya bagi pencinta alam semula jadi.


Jejaki jenut di belantara

JIKA anda inginkan suasana damai, jauh dari hiruk pikuk yang menganggu ketenteraman, Pulau Banding adalah destinasi yang tidak boleh dipinggirkan, khususnya bagi pencinta alam semula jadi.


Pulau Banding yang terletak di utara Perak bersama 20 pulau kecil di Tasik Banding dan menjadi pintu masuk ke Hutan Diraja Belum, satu daripada hutan simpan yang masih kekal terpelihara.

Peluang penulis menjadi penghuni selama dua malam di Pulau Banding dalam program yang dianjurkan Syarikat Emkay memberikan peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan anugerah ciptaan Ilahi.

Bunyi kicauan burung dan nyanyian unggas rimba cukup memberi ketenangan berbanding seharian suntuk di kota yang bingit dengan deruan enjin kenderaan.

Pulau Banding adalah anugerah untuk negara ini dan jika diberi promosi secara agresif, tidak mustahil kawasan ini boleh menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang meminati konsep pelancongan-eko.

Seramai 30 wakil media massa dibawa dari ibu kota dalam perjalanan kira-kira tujuh jam ke Pulau Banding. Kami singgah di Rumah Rehat Gerik yang menjadi lokasi penginapan sepanjang program.

Ekspedisi bermula dengan menaiki bot di Jeti Awam. Penulis bersama rakan wartawan dibawa 'jalan-jalan' di sekitar Pulau Banding kira-kira 40 minit bagi melihat alam semula jadi yang masih kekal dara.

Hari kedua, seawal jam 8 pagi, kami menjelajah Hutan Diraja Belum yang kaya dengan flora dan fauna rimba selain menjanjikan pemandangan yang memukau.

Antara tarikan utama ialah habitat gajah liar, harimau belang dan bunga terbesar dunia iaitu bunga pakma atau lebih popular sebagai Rafflesia.

Destinasi pertama peserta ke Air Terjun Sungai Ruak menaiki bot kira-kira 40 minit. Air terjun itu memang indah kerana belum diteroka. Melihat air yang jernih, kebanyakan peserta tidak menunggu lama untuk berendam dan menyejukkan badan.

Sebelum masuk ke Hutan Diraja Belum, pasukan tentera memeriksa dokumen peribadi kami kerana memerlukan permit masuk ke hutan yang penuh dengan 1001 khazanah alam semula jadi.

Ekspedisi seterusnya menaiki bot ke Kuala Sungai Papan. Sebaik tiba, pemandu pelancong kami, Pak Mokhtar, memberi teropong bagi membolehkan kami melihat kelibat burung di dahan pokok, antaranya enggang.

Kami terkejut dengan penemuan beberapa kesan besar tapak kaki jenut, iaitu kawasan pasir berbukit yang ditarah hidupan liar untuk mendapatkan bekalan garam galian dan mineral semula jadi.

Jenut berlopak, kering atau berair di beberapa lokasi di Hutan Diraja Belum itu menjadi tumpuan pelbagai spesies hidupan liar seperti gajah, rusa, kijang dan seladang.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sungai Kejar yang mengambil masa 50 minit menggunakan bot untuk menikmati makan tengah hari di kawasan perkhemahan.

Dalam perjalanan pulang, hujan lebat seolah-olah sedih apabila kami akan meninggalkan hutan itu. Ketika masing-masing dalam kesejukan, kami terkejut mendengar jeritan Orang Asli di atas rakit yang mahu menumpang bot kami untuk pulang ke kampung mereka.

Kami menghantar Orang Asli ke Kampung Sungai Kejar kerana rakit mereka tidak dapat digunakan disebabkan hujan lebat.

Difahamkan lebih 8,000 Orang Asli menetap di sekitar Hutan Diraja Belum, terdiri daripada suku kaum Semai dan Jahai, yang membina rumah di pulau dan sekitar tasik.

Masa berlalu dirasakan begitu pantas, dalam keseronokan menikmati keindahan hutan yang masih dara itu dan tercari-cari untuk melihat bunga terbesar di dunia, Rafflesia, kami terpaksa meninggalkan tempat itu kerana kesuntukan masa dan cuaca.

Namun, peluang meneroka sebahagian kawasan Hutan Diraja Belum peluang yang sukar dilupakan dan jika dimajukan untuk industri pelacongan, ia bakal menjadi antara kawasan tumpuan pelancong seluruh dunia.


INFO PULAU BANDING

Kenali Pulau Banding

Pulau Banding terletak di Tasik Temenggor, Gerik, Perak, adalah tasik buatan manusia terbesar berukuran 70 kilometer (km) panjang dan 18,000 hektar lebar.

Ia mempunyai 20 pulau buatan yang pada asalnya puncak bukit dan terletak kira-kira 50 km dari Bandar Grik, 80 km dari Pekan Jeli, 183 km dari Ipoh dan 440 km dari Kuala Lumpur.

Terletak 2,000 meter dari aras laut, mengandungi empat empangan terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh.

Pulau Banding satu-satunya cara untuk masuk ke Hutan Diraja Belum melalui bot.



-Bagaimana ke sana?

Anda perlu ke Hulu Perak sama ada melalui jalan raya (bas dan teksi), kereta api atau udara.

Jika melalui jalan raya, anda perlu menyusur Lebuh Raya Selatan-Utara (jika dari Kuala Lumpur dan Selatan) dan melalui Jalan Raya Timur-Barat jika dari Kelantan atau pekan Baling, Kedah dan Pengkalan Hulu jika dari Utara.

Pengguna kereta api pula destinasi stesen terakhir di Kuala Kangsar dan mengambil teksi atau bas ke Grik dan seterusnya ke Pulau Banding.

Pelancong mempunyai pilihan sama ada untuk memilih mendirikan khemah ketika bermalam di tepi tasik atau menginap di Banding Island Resort (BIR) yang dibina Kumpulan Fima Berhad.

Dalam masa terdekat, Kumpulan Syarikat Emkay akan mengubah suai dan menaik taraf kemudahan BIR dan dijangka beroperasi awal tahun depan.



-10 perkara jangan lepaskan peluang ketika di Pulau Banding.

1) Rafflesia - Pastikan anda menyaksikan dan merakamkan gambar bunga pakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia iaitu spesies bunga terbesar didunia.

2) Penempatan Orang Asli - Lebih 8,000 Orang Asli menetap di sekitar Lembah Belum. Ia merangkumi suku kaum Semai dan Jahai, yang membina rumah di pulau dan sekitar tasik yang menambahkan lagi keunikan kawasan berkenaan. Antara kampung penempatan Orang Asli adalah Kampung Pulau Chueh, Chiong, Pulau Tujuh, Terhong, Kampung Tebang dan Kampung Sungai Kejar.

3) Jenut (sira) - Pengunjung berpeluang melihat jenut iaitu kawasan garam nutrien yang sering dikunjungi oleh hidupan liar. Pengunjung boleh melihat kesan tapak kaki dan najis hidupan liar seperti kijang, tapir, gajah, rusa dan seladang.

4) Air terjun - Kedinginan air terjun pasti menggamit pengalaman cukup indah ketika bercuti di tengah hutan.

5) Aktiviti memerhati burung - Walaupun terpaksa menunggu beberapa waktu, pengalaman cukup menakjubkan bila berpeluang menyaksikan kelibat burung di dahan pokok. Antara burung yang kerap kelihatan termasuklah burung enggang.

6) Memancing - Dikelilingi tasik dan sungai, Lembah Belum menjanjikan 'syurga' dan kepuasan buat kaki pancing. Jenis ikan yang terkenal di situ ialah toman, kelah dan talapia.


7) Spesies flora - Terdapat pelbagai spesies flora seperti orkid liar, palma, ara, gaharu, buluh dan rotan.

8) Haiwan liar - Berkhemah di tengah hutan sambil memerhatikan haiwan liar di atas menara peninjau di waktu malam. Jika bertuah mungkin anda berpeluang menyaksikan kelibat harimau belang, badak, rusa, seladang dan beruang.

9) Pokok hutan - Pelbagai pokok perubatan tradisional dan akar kayu tumbuh melata di hutan Lembah Belum. Antara pokok hutan boleh ditemui ialah tongkat ali, kacip fatimah dan jerai besar yang mempunyai penawar mujarab dalam perubatan tradisional.

10) Tasik- Tasik buatan yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Bandar Grik dengan ketinggian sehingga 2,000 meter dari aras laut mengandungi 20 pulau buatan yang asalnya adalah puncak bukit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.087984 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list