CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: burung_pungguk

Arkib Dayang

[Copy link]
Post time 24-9-2007 03:04 PM | Show all posts
Bukan seksi, sekadar fesyen

Bukan seksi, sekadar fesyen
Oleh Norhayati Nordin

MELIHATKAN gaya penampilan terkini Dayang Nurfaizah,tidak hairanlah mengapa dia berjaya mendapat jolokan sebagai 態eyonceMalaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 03:04 PM | Show all posts
Erra dan Dayang cintakan alam sekitar

Erra dan Dayang cintakan alam sekitar
05-06-2007 11:34:13 PM
Oleh DALILAH IBRAHIM  

Warga Suria FM komited untuk menjayakan kempen kesedaran sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2007
(Foto The Star oleh M. Azhar Arif)

JIKA biasanya artis-artis ke stesen-stesen radio untuk mempromosi albumatau filem mereka, lain pula tujuan bintang-bintang handalan ErraFazira dan Dayang Nurfaizah apabila mereka menjejakkan kaki ke stesenlifestyle radio Suria FM petang tadi.

Kedua-duanya mempunyai misi khas sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yangdisambut pada hari ini iaitu untuk sama-sama menyertai kempen Suria FMdalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan memeliharaalam sekitar.

"Mereka tidak bercakap tentang kerjaya mereka, sebaliknya wawancarakhas ini adalah sebagai tanda sokongan untuk usaha-usaha menjaga alamsekitar kita," ujar Engku Emran Engku Zainal Abidin, Ketua PegawaiOperasi Suria FM.

Engku Emran berkata Suria FM menghargai sokongan yang diberikan olehartis-artis popular tempatan untuk kempen tersebut dan menyifatkannyasebagai satu usaha murni untuk kebaikan dunia sejagat.

"Artis memainkan peranan yang penting di dalam menarik minat orangramai untuk merancakkan kegiatan seperti kitar semula, guna semula danmengurangkan penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan alam sekitarkita," kata Engku Emran lagi tentang program Suria FM yang berlangsungselama seminggu bermula Ahad lalu.

Menurut Emran lagi, untuk satu minggu ini, tagline Suria FM iaitu"Hidup Pasti Rancak" telah ditukar kepada "Bumi Pasti Rancak" untuksentiasa mengingatkan orang ramai tentang kempen stesen radio itu yangmendapat kerjasama The Star dan mStar Online.

"Selain daripada itu, kami akan menampilkan artis-artis popular setiaphari untuk ditemubual tentang Hari Alam Sekitar Sedunia  ini,"tambahnya lagi.


DJ Zaff menemuramah Erra Fazira dan Dayang Nurfaizah di studio Suria FM sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
(Foto The Star)

Pengalaman pertama Erra dan Dayang

Jika selalunya kedua-dua artis ini melibatkan diri di dalamkempen-kempen dan kerja-kerja amal dengan menjadi penyanyi undangan,inilah pengalaman pertama mereka menyertai kempen yang meminta merekamemberikan pandangan peribadi tentang isu global ini.

"Saya memang tidak pernah terlibat di dalam aktiviti kempen alamsekitar - tidak secara langsung.  Tetapi sebagai hamba Allah, dansebagai seorang individu, saya cuba sedaya upaya untuk mengamalkan carahidup sihat. Di peringkat saya, inilah sumbangan yang saya dapatberikan untuk mengawal pencemaran alam sekitar kita," ujar Erra yangditemubual secara langsung bersama-sama Dayang oleh DJ Zaff.

Bagi Dayang pula, jadual yang ketat tidak mengizinkannya untuk bergiatdi dalam aktiviti-aktiviti sedemikian dan bersetuju dengan Erra bahawapemeliharaan alam sekitar bermula dengan kesedaran setiap individu.

"Dayang sendiri mengurangkan penggunaan plastik kerana maklum akan kesan negatifnya kepada alam sekitar," ujar Dayang pula.


Erra dan Dayang sama-sama ingin tingkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar
(Foto The Star)


"Alam sekitar kita sudah nazak"

Erra dengan tegas berpendapat bahawa sesuatu yang drastik perludilakukan untuk menyelamatkan alam sekitar yang kini disifatkannyasebagai sudah "nazak".

"Lapisan ozon kita semakin nipis dan jerebu bukan sesuatu yang asinglagi bagi kita di sini. Di sana sini kita berdepan dengan masalahpencemaran di dalam pelbagai bentuk. Kita tidak mampu untuk tidakmengambil berat, demi generasi yang akan datang," ujarnya lagi.

Erra berpendapat artis-artis memang boleh memainkan peranan yangpenting untuk meingkatkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan alamsekitar.

"Tetapi artis-artis sendiri perlu mempraktikkannya, jangan cakap sahaja," ujarnya lagi.

Di rumah, menurut Erra, dia menggunakan tong-tong sampah yang berbezauntuk mengasingkan kertas, plastik, kaca serta aluminium untuk tujuankitar semula.

Erra turut berkongsi dengan para pendengar Suria FM tentang pencemaran yang pernah dilakukan olehnya .

"Dulu saya suka pergi berkhemah dan perbuatan yang saya rasa memangtidak patut kami lakukan adalah menebang pokok-pokok supaya kami bolehmendirikan khemah-khemah kami," katanya.

Erra kini merasakan bahawa tahap kesedarannya tentang pemeliharaan alamsekitar adalah lebih baik sejak dia melakukan aktiviti menyelam dilautan terbuka.

"Secara tidak langsung saya belajar tentang pentingnya penjagaan alamsekitar kerana melihat sendiri kesan-kesan pencemaran ke atasterumbu-terumbu karang dan juga hidupan laut," ujarnya yang sudahsetahun melakukan aktiviti menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan,Tioman, Phuket dan lain-lain lagi.



Dayang dan Erra yang serba hijau memberikan pose di hadapan "aismencair" - tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini. Ukiran blok aisyang mencair diletakkan di ruang lobi ibu pejabat Suria FM, simbolikuntuk tema hari tersebut.
(Foto The Star)

"Pupuk tabiat kitar semula dari kecil"

Dayang pula menegaskan bahawa amalan kitar semula harus dipupuk darikecil agar tabiat mengitar semula itu dipraktikkan sehingga dewasa.

"Dayang masih ingat, keluarga Dayang memang akan mengitar semulabarangan seperti tin-tin minuman yang dibuat daripada aluminium.Botol-botol kaca seperti botol kicap juga kami pastikan tidak dibuangbegitu sahaja," ujar Dayang lagi.

Katanya amalan tersebut walaupun dianggap remeh bagi sesetengah orang, dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Dayang turut merasakan perubahan pada alam sekitar jika dibandingkan dengan sewaktu zaman persekolahannya.

"Dulu Dayang sering melakukan aktiviti luar seperti hiking di sekitarGunung Santubong dan memancing bersama-sama ayah Dayang.  Dahuluudaranya nyaman tetapi kini sudah menjadi semakin bahang," katanya.

Menurut Dayang lagi, jika ada masa dia ingin menyertai aktiviti mendaki gunung agar dapat menikmati keindahan alam semulajadi.

Sebelum meninggalkan konti Suria FM, Dayang sempat berpesan kepada peminat-peminatnya agar mengamalkan tabiat kitar semula.

"Mulai hari ini, siapa nak jadi peminat Dayang, mesti kitar semula," katanya penuh bersemangat!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:08 PM | Show all posts
Dayang suka nombor keramat 7
20-06-2007 12:41:33 PM
oleh WAHIDA ASRANI

Bagi penyanyi kelahiran Sarawak ini, album keenamnya ini benar-benar mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya.
Dayang 2007, begitulah judul album terbaru Dayang Nurfaizah yangmenurut tuan empunya badan adalah album solonya yang paling lama untukdisiapkan. Namun, penantian selama hampir setahun itu berakhir juaapabila albumnya kini sudah pun berada dipasaran sejak Isnin lalu.

"Sebenarnya lagu-lagu dalam album ini sudah siap dikumpulkan sejakbulan puasa tahun lalu lagi. Ikutkan perancangan, saya nak lancarkanpada awal tahun, tapi bulan Mac baru habis rakamkan semua lagu.

'Dayang 2007' amat bermakna buat dirinya (Foto The Star oleh Raziq Abd Samat)
"Tapi, saya puas hati sangat dengan hasilnya bagi saya ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan.

"Sengaja judulnya diletakkan Dayang 2007sebab selain sukakan nombor 7 dan dihasilkan pada tahun 2007, tarikhlahir saya juga adalah pada 20 Julai dan album ini akan dilancarkansecara rasmi pada 20 Julai depan. Sebab itu album ini memangbenar-benar personal buat saya," ujar Dayang.

Menurut penyanyi berusia 26 tahun ini, album yang memuatkan 10 buahlagu itu mendapat khidmat komposer-komposer seperti Audi Mok, JennyChin, DJ Uno dan tidak ketinggalan komposer dari Indonesia, Ryan Kyoto.

Masih mengekalkan konsep yang sama iaitu pop R&B, album kali initetap menampilkan sedikit kelainan yang disifatkan oleh Dayang sendirisebagai "lebih agresif".
"Kalau dalam album-album saya yang terdahulu, lagu-lagu yang dimuatkan kebanyakannya adalah berentak balada.

"Tapi, kali ini, 60 peratus adalah berentak upbeat. Inilah antara kelainan yang cuba saya buat, selain penyampaian vokal saya yang saya anggap sedikit berlainan.

"Sebenarnya saya sendiri tidak rancang untuk bawa banyak lagu upbeat sebabsaya memang lebih suka bawakan lagu-lagu balada. Tetapi banyak lagurancak yang saya terima semuanya bagus. Jadi saya memang sukar untuktolak," kata Dayang yang kini salah sebuah lagunya Ingin Ku Miliki sedang hangat diputarkan di radio-radio.

Bagi penyanyi ini, dia yakin peminat-peminatnya akan menyukai'kelainan' yang cuba ditonjolkan olehnya kali ini kerana bagi dirinyasendiri itu bukanlah satu perubahan drastik.
"Saya yakin mereka boleh terima. Masih ada lagu balada yang bagi sayapeminat juga akan menyukai, seperti Hilang ciptaan Audi Mok. Lagu inisaya anggap antara lagu balada saya yang terbaik.

"Selain itu, saya juga sudah belajar untuk beri feel yang lebih mendalam pada setiap lagu. Semua ini saya pelajari ketika menyertai One In A Million (OIAM). Memang
Dayang yakin peminat-peminatnya akan menyukai sedikit 'kelainan' di dalam album terbarunya (Foto The Star oleh Raziq Abd Samat)
OIAM benar-benar mengubah saya," ujarnya yang ketika ini juga sedang sibuk membuat persiapan sempena IKON Malaysia.

Dayang juga akan mengadakan showcasekhas sempena pelancaran album terbarunya itu di Planet Hollywood pada21 Julai nanti. Pada persembahan tersebut, dia dijangka akanmenyanyikan 12 buah lagu, termasuklah daripada album terbarunya danjuga lagu-lagu hitsnya yang lain.

Lupakan dulu bidang lakonan

Rasanya sudah hampir setahun berlalu, namun masih tiada perkembangan mengenai filem Luka yang bakal menampilkan Dayang buat pertama kalinya di layar perak.

Filem usaha sama Malaysia dan Brunei itu sepatutnya sudah memulakanpenggambaran awal tahun lalu, namun menurut Dayang, keranamasalah-masalah tertentu, dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku padafilem tersebut.

"Apa yang saya faham, selalunya filem usaha sama seperti ini memangbiasa hadapi beberapa masalah. Saya memang tidak tahu apa sebenarnyayang terjadi. Tetapi sehingga hari ini, saya belum sign apa-apa kontrak dengan mereka.

"Buat masa ini, saya akan hanya beri tumpuan dulu pada bidang nyanyian.Kalau mereka nak teruskan dan masih inginkan saya, mereka perlu atursemula jadual sebab sekarang ini jadual saya memang tidak menentu,lebih-lebih lagi dengan album baru ini," kata Dayang yang sempatmengikuti kelas lakonan dengan pelakon terkenal Indonesia, Ria Irawantidak lama dulu.

Tidak mampu lari dari imej Beyonce?
Sehingga hari ini, Dayang masih terus dilabelkan sebagai BeyonceMalaysia. Akui agak jelak dengan 'gelaran' tersebut, Dayangbagaimanapun berkata, dia sendiri tidak pasti sehingga bila dirinyaakan terus 'melekat' dengan imej penyanyi antarabangsa itu.

"Saya mengaku memang saya suka bawakan lagu-lagu Beyonce sebab secaraperibadi saya merasakan lagu-lagunya amat mencabar. Puas hati sangatbila dapat menyanyi lagu dia.

"Tapi, orang bersangka lain pada saya. Mereka ingat saya ingin jadiseperti Beyonce. Saya lebih suka tidak endahkan apa saja orang nakcakap. Tidak kisahlah jika mereka nak terus kaitkan saya dengan Beyonce.

"Memang kalau boleh saya ingin lari dari diberi label macam ni lagi.Tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa. Orang masih akan terus labelkansaya seperti itu. Jadi, jalan mudahnya terima sajalah apa orang nakcakap," ujar Dayang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:11 PM | Show all posts
A New Dayang dawns - Malay Mail



                        
IF Barbara Eden, as the genie, would grant this critic a wish thatwould benefi t the Malaysian music industry, the wish will be for a hundred Dayang Nurfaizahs.
   
Not for a clone, but for more artistes with the attitude, thehunger to push musical boundaries and most importantly, the passion forgood music.

Since her breakaway album Dayang Sayang Kamu threeyears ago, the soon-to-turn 26 year-old has slowly established herselfas one of the very few local female singers that not only entertainsher fans, but also educates them; that not only sells albums per se,but makes great albums fi lled with quality and fresh new ideas.

Without doubt, it抯 a risky thing to do
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:12 PM | Show all posts
Klang Valley Streets: Blow out the candles with Dayang

Klang Valley Streets: Blow out the candles with Dayang
By : SHUIB TAIB


BIRTHDAY GIRL: Dayang will be celebrating with a special dance party at Planet Hollywood on July 21 at 3pm.

SHUIB TAIB learns of a tea dance for a celebrity birthday girl.
AS a special 損resent
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:14 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2007 03:14 PM | Show all posts
Dayang terlepas gosip murahanOleh NIEZAM ABDULLAH


PENYANYI R&B, Dayang Nurfaizah Awang Dowty sudah lapan tahun menjadi artis rakaman. Dalam tempoh itu beliau sudah menghasilkan enam buah album. Jumlah ini sebenarnya bukan sedikit.

Ketika awal kemunculan, penyanyi itu pernah dilanda kontroversi dengan syarikat rakamannya berkaitan urusan kontrak.
Bagaimanapun selepas kes itu berakhir, bakatnya terus digilap apabila syarikat rakaman NSR Records melamarnya menjadi artis rakaman mereka.

Dayang boleh dikatakan artis yang bertuah kerana selama menjadi artis, dia tidak pernah dilanda dengan sebarang gosip murahan. Kisah cintanya juga tidak pernah kedengaran. Kisah buruknya berpeleseran seperti segelintir bintang lain juga tidak ada yang dipaparkan.

Ia merupakan 慿eajaiban
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:15 PM | Show all posts
Idam gelaran Ikon

Idam gelaran ikonOleh Zul Husni Abdul Hamid

Dayang dan Jac sasar galas nama negara untuk menyinar di pentas seni Asia Tenggara

JUJUR apabila ditanya kepada dua nama popular, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor, mereka turut mengharapkan kemenangan apabila dipilih tiga juri profesional iaitu Ramli MS, Mac Chew dan Jenny Chin untuk bertanding di final Ikon Malaysia kategori solo pada 28 Julai ini.



Apatah lagi untuk berada pada tahap tertinggi itu, terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilalui. Akur saingan yang ditempuhi terlalu sengit, namun rezeki menyebelahi dua penyanyi wanita ini apabila terpilih mara ke peringkat akhir.

揃ohong jika saya langsung tidak mengharap kemenangan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 03:15 PM | Show all posts
Dayang sedia bercinta

Dayang sedia bercinta
Oleh Ramlah Zainal


Lumrah wanita pasti ingin dicintai dan menyintai. Namun, hingga kini dia belum temui calon sesuai sebagai pasangan hidupnya. Komitmennya yang tinggi terhadap keluarga dan nyanyian membantut impian ini. Malah, keluarga sendiri anggap satu gurauan bila disebut hasrat berumah tangga


Elak duda, suami orang


DALAM usianya mencecah 26 tahun, Dayang Nurfaizah Awang Dowty (Dayang) memang sudah layak berumah tangga.

Namun, penyanyi berkulit hitam manis dari Bumi Kenyalang yang bakal menyambut hari lahirnya pada 20 Julai ini, nampaknya masih betah hidup bersendirian.

揝aya sudah lama bersedia untuk bercinta, tapi sayangnya masih belum bertemu jejaka yang sesuai.

揝elain sibuk dengan kerjaya nyanyian, gaya hidup saya yang 慺amily person
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:17 PM | Show all posts
Dayang sedia bercinta

Dayang sedia bercinta
Oleh Ramlah Zainal


Lumrah wanita pasti ingin dicintai dan menyintai. Namun, hingga kini dia belum temui calon sesuai sebagai pasangan hidupnya. Komitmennya yang tinggi terhadap keluarga dan nyanyian membantut impian ini. Malah, keluarga sendiri anggap satu gurauan bila disebut hasrat berumah tangga


Elak duda, suami orang


DALAM usianya mencecah 26 tahun, Dayang Nurfaizah Awang Dowty (Dayang) memang sudah layak berumah tangga.

Namun, penyanyi berkulit hitam manis dari Bumi Kenyalang yang bakal menyambut hari lahirnya pada 20 Julai ini, nampaknya masih betah hidup bersendirian.

揝aya sudah lama bersedia untuk bercinta, tapi sayangnya masih belum bertemu jejaka yang sesuai.

揝elain sibuk dengan kerjaya nyanyian, gaya hidup saya yang 慺amily person
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:19 PM | Show all posts
Richard buru Dayang kerana Kasih

Richard buru Dayang kerana Kasih

Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
Rap



POPULARITI lagu Kasih bukan saja popular di Indonesia malah menjadi pilihan penyanyi generasi baru di Malaysia dan Singapura hingga mendorong penciptanya, Richard Kyoto, 52, menjejaki penyanyi yang merakamkan lagu itu tanpa kebenarannya.

Lagu yang dipopularkan Hetty Koes Endang dalam irama keroncong itu pada asalnya dirakamkan dalam irama bosanova oleh penyanyi baru, Emy Kulliet pada Disember 1986 kemudian Hetty merakamkan lagu itu pada 1987 selepas lagu itu meletup di pasaran.

Baru-baru ini Dayang Nurfaizah merakamkan lagu itu dalam album Kasih dengan gayanya sendiri begitu juga penyanyi Singapura.

Richard berkata, dia menghasilkan lagu itu pertengahan 1986 apabila pemuzik jaz terkenal Indonesia, Ireng Maulana meminta lagu daripadanya untuk artis baru.

揔ebetulan ilham datang kerana ketika itu saya meminati gadis cantik bernama Hani. Saya hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit menghasilkan lagu itu bersama liriknya sekali kerana perasaan yang begitu mendalam kepadanya.

揂pabila Ireng menyerahkan lagu itu untuk penyanyi wanita, saya rasa judul Hani tidak sesuai kerana ia nama wanita. Jadi saya tukar saja kepada Kasih kerana ia lebih umum.

揟ernyata apabila album Emy Kulliet dipasarkan pada Disember 1986, lagu dalam irama bosanova itu meletup. Sudah menjadi perkara biasa dalam senario muzik Indonesia akan ada penyanyi lain membawakan lagu yang sedang meletup di pasaran.

揟ernyata Hetty berminat memuatkan lagu itu dalam album keroncongnya. Apabila bertemu Hetty, dia memaklumkan kepada saya lagu itu begitu popular di Malaysia.

揗alah saya juga dapat tahu ada penyanyi Malaysia, Dayang Nurfaizah turut merakamkan lagu itu tetapi tidak meminta izin daripada saya. Saya juga mendapat tahu penyanyi Singapura turut merakamkan lagu itu. Saya cuba menjejaki mereka berdua di Malaysia dan Singapura untuk berbincang.

揟ernyata sehingga sekarang belum ada tanda-tanda mereka mahu membayar hak saya sebagai pencipta lagu itu. Itu yang saya kesalkan,
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:23 PM | Show all posts
Dayang tingkatkan stamina dengan Shapemaster
10-08-2007 12:17:12 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PESERTA IKON Malaysia yang kecundang di peringkat akhir baru-baru ini mempunyai minat baru yang dahulunya jarang dilakukan.
Malah, artis kecil molek ini bertuah kerana dilantik sebagai duta kepada alat bantuan senaman Shapemaster yang digunanya hampir tiga bulan.

Dengan menggunakan alat tersebut, Dayang Nurfaizah Awang Dowty mampumencapai stamina dan tahap pernafasan impian yang menjadi faktorpenting dalam kehidupan seorang penyanyi.


Dayang kini lebih bertenaga selepas menggunakan Shapemaster
(Foto The Star oleh Abdul Rahman Senin)

"Dalam masa dua bulan, ada improvement dari segi breathing. Nyanyian bertambah improve. Dayang mampu buat kor not tinggi lebih lama.

"Contohnya semasa IKON, memang ketara. Dayang tak mengah on stage dan badan rasa ringan," kata Dayang dalam sidang media sempena perlantikannya sebagai duta alat bantuan senaman Shapemaster.

Dayang yang mengakui jarang mengamalkan senaman sebelum ini, kiniselalu berkunjung ke Angsana Spa sebanyak tiga kali seminggu bagimelakukan senaman dengan bantuan enam buah mesin yang setiap satunyamempunyai fungsi tersendiri melalui teknik Powertone Plus Pilates (sistem senaman yang mudah dan gentler).


Dayang boleh melakukan pelbagai aktiviti semasa menggunakan Shapemaster
(Foto The Star)

"Dayang jarang exercise. Kalau ke gym tunggu masa dan kena ada usaha. Bila Mike (Pengurus Pemasaran dan Operasi Shapemaster Exercises) datang and suggest datang sini (Angsana Spa), Dayang try and seronok. Ia bagi Dayang stamina.

"Dah fikir untuk senaman, its more relax and exercise. Dayang boleh dengar ipod, hafal lagu.." kata dayang dengan penuh yakin dan bersemangat.

Menurut Dayang, setelah menggunakan alat tersebut, pemakanan penyanyiyang popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini dikawal olehseorang penasihat.

"Sekarang Dayang dah tak boleh makan McDonald. Consultantakan bagitau makanan apa yang sesuai untuk Dayang, apa (makanan) kenakurang dan lebih." kata anak kelahiran Sarawak yang menggunakanperkhidmatan yang beroperasi sejak November lepas di sini.


Dayang menjaga pemakanan disamping menggunakan Shapemaster
(
Foto The Star)

Menyentuh tentang keberkesanan enam mesin yang digunakan, Mike Manicka berkata alat tersebut memberi kesan dari dalam badan (internally stretching).

"Untuk tak paksa diri. Tak semestinya tak berpeluh, tak turun lemak."kata Mike yang turut menyatakan berat badan Dayang berkurang kesandaripada penggunaan alat keluaran United Kingdom itu.

Menurut Mike, selain perlantikan Dayang sebagai duta, Shapemaster turut menyediakan pakej keahlian istimewa dengan hadiah misteri berjumlah lebih RM 450 yang berakhir pada November ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shapemaster, hubungi 03 2141 4321 atau lawati Shapemaster Exercises di Angsana Spa Kuala Lumpur, Crown Plaza Mutiara Hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:24 PM | Show all posts
Glamor: Gelaran Ikon Malaysia pertama milik siapa? Oleh Zul Husni Abdul Hamid ([email protected])

Program terbitan Astro itu mendekati noktahnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam ini


PENCARIAN Ikon Malaysia bermula denganpolemik apabila beberapa nama besar dalam industri menarik diri keranatidak bersetuju dengan format awal program yang menyerahkan kuasasepenuhnya kepada peminat menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Menyesakkanlagi usaha awal ini apabila beberapa artis secara terang-teranganmelahirkan keraguan mereka dengan ketelusan penganjur untukmengetengahkan bakat tempatan di negara luar.

Ternyata keraguanmereka berasas apabila beberapa minggu lalu, usaha memperkenalkan artistempatan di Indonesia menemui jalan buntu apabila penganjur gagalmendapatkan permit persembahan di sana.

Mujur kesungguhan tanpakenal erti putus asa itu akhirnya merealisasikan juga impian awal tigafinalis kategori solo iaitu Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Mawiuntuk mempamerkan kehebatan mereka di republik itu.

Persoalannya,apakah usaha awal itu memadai untuk memperlihatkan Malaysia tidakpernah ketandusan bakat untuk dipasarkan di negara luar? Cukupkah hanyasekadar mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Jakarta sebagai buktikesungguhan penganjur untuk memasarkan bakat tempatan di pentasantarabangsa?

Banyak persoalan yang masih belum terjawab. Namun,tanpa terlalu banyak gembar-gembur Ikon Malaysia mendekati noktahnya diPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini.

Kategorisolo menyaksikan dua penyanyi wanita bervokal emas, Dayang Nurfaizahdan Jaclyn Victor (Jac) menjadi pilihan tiga juri tetap iaitu Ramli MS,Jenny Chin dan Mac Chew untuk menempa dua tempat terawal dalampertandingan penuh prestij itu.

Meskipun gagal menawan hati juriprofesional, Raja SMS, Mawi tetap melangkah bergaya ke finalpertandingan itu atas undian peminat pada pusingan 憌ildcard
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:27 PM | Show all posts
Dayang selesa dengan imej lamanya
15-08-2007 12:01:21 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Teguran peminatmengenai cara pemakaian Dayang Nurfaizah semasa membuat persembahansebelum ini tidak pernah mengubah pendirian penyanyi yang pernahmemenangi kategori etnik kreatif dalam Anugerah Juara Lagu 19 melaluilagu Erti Hidup ini untuk bertukar imej.

Bagi gadis yang mempunyai kemantapan vokal ini, pakaian yang dipakaiolehnya tiada kena mengena dengan pertandingan yang disertai baru-baruini, IKON Malaysia sehingga membuatkan dia tidak terpilih sebagai wakilMalaysia dalam IKON Asean yang bakal berlangsung Ahad ini.

"Dalam pertandingan tu, markah hanya diadili dari segi vokal dan tiadamarkah untuk pakaian. Biasalah, Dayang tak boleh memuaskan hati semuaorang. Dayang tau apa yang Dayang buat." kata Dayang semasa sidangmedia perlantikannya sebagai duta Shapemaster, alat bantuan senaman.


Dayang belum puas meraih kejayaan dalam bidang nyanyian
(Foto The Star oleh Abdul Rahman Senin)

Menurut gadis yang meminati muzik R & B ini, dia amat selesa denganpakaian dan imej yang ditampilkan olehnya semasa melakukan mana-manapersembahan sebelum ini.

"Dayang suka baju dayang...Dayang belum mahu tukar imej,"tegas Dayang sambil tersenyum.

Walaupun Dayang hanya layak sebagai top 4 dalam program realiti One In A Miliondan sekali lagi gagal bergelar IKON Malaysia, penyanyi yang populardengan lagu Dayang Sayang Kamu ini menganggap kekalahannya sebagaipembakar semangatnya untuk lebih berjaya.

"Tak pernah melembapkan (semangat). Dayang anggap semua sebagai lumrah jadi artis. Tak frust menonggeng sebab Dayang join untuk diri sendiri," kata Dayang dengan tenang.

Dayang akui bahawa persembahan vokalnya mempunyai peningkatan semasabeliau memasuki pertandingan sebelum ini dan percaya yang dia akanberjaya juga suatu masa nanti cuma masanya belum tiba.

"Tak dapat IKON nak buat macamana..Dayang percaya tiap orang ada time dia," kata Dayang walaupun kecewa dengan kekalahannya.

Album Dayang 2007

Setelah melahirkan album Kasih pada tahun lepas, Dayang kini tampil dengan album terbarunya, Dayang 2007.
Walaupun telah lebih sebulan album tersebut berada dipasaran, namuntidak terlewat untuk Dayang melakukan promosi albumnya dalam bulan ini.

Menurut pengurus Dayang, promosi akan dilakukan pada jam 3 petangbermula 18 Ogos ini di USJ Mydin, 19 Ogos di Tower Record KLCC dan pada26 Ogos di Tesco Melaka.


Duet dengan Marcell

Dayang yang pernah berduet dengan Marcell suatu ketika dahulu ternyatamasih belum puas untuk berduet dengan artis Indonesia kegemarannya itu.

Pada 19 Ogos bertempat di Planet Hollywood, beliau akan berduet buat kali kedua bersama Marcell.


Belum bertemu jodoh

Gadis yang turut sibuk dengan persembahan sempena kemerdekaan Malaysiake-50 pada 30 Ogos ini di Arena All Stars, Genting Highland sambiltersenyum mengaku belum berpunya.

"Kalau ada perasaan kuch kuch, baru la ada..Dayang masih menanti..setakat ni tiada yang rasa berbaloi.

"Tunggulah, ia akan datang sendiri dan Dayang percaya suatu harinanti...." akhirinya yang belum berminat menyertai bidang lakonan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:28 PM | Show all posts
Dayang dilarang pilih suami mat saleh?

Dayang dilarang pilih suami mat saleh?
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



DAYANG (tengah) bersama ibunya, Nona Nharawi dan bapanya Awang Dowty.
--------------------------------------------------------------------------------



Seperti yang kita tahu, penyanyi Dayang Nurfaizah bebas daripadasebarang gosip murahan termasuklah gosip-gosip cinta sejakpembabitannya dalam dunia seni lapan tahun lalu.

Ada yang bertanya, melewati usia yang ke-26 tahun pada 20 Julai lalu,tidak teringinkah gadis itu untuk mencari lelaki bergelar suami?

Ini kerana melihat kepada karakter beliau, ramai yang akan berkata,gadis seperti Dayang tentunya mempunyai ramai peminat termasuklahkalangan lelaki bukan Melayu.

Berkulit hitam manis dengan raut wajah yang manja, tidak dinafikanwanita seperti itu kebiasaannya menjadi pilihan lelaki-lelaki Inggeris.Malah bagaikan satu trend pada ketika ini kebanyakan artis-artis kitamemilih pasangan bukan Melayu menjadi calon suami atau isterimasing-masing.

Bagaimanapun jika ada lelaki Inggeris yang memendam perasaan untukmelamar Dayang sebagai calon isteri, lebih baik lupakan saja hasrat itu.

Ini kerana bapa Dayang, Awang Dowty Awang Fauzi, 59, keberatansekiranya Dayang memilih lelaki Inggeris. Bukan hendak menolaksekiranya ia adalah takdir tetapi menurut Awang Dowty, dia lebihgembira sekiranya calon suami anaknya itu di kalangan orang Melayu yangmempunyai asas agama.

Mengakui bukan seorang yang memilih, kata Awang Dowty, dia tidakmenghalang sekiranya calon pilihan Dayang bekerja sebagai budak pejabatsekali pun. Cuma tidak lelaki mat saleh.

揝aya bukan seorang yang memilih cuma sebagai bapa saya mengharapkandia bertemu jodoh dengan lelaki Melayu yang mempunyai asas-asas agama.Orang Semenanjung pun tak apa,
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:31 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 03:32 PM | Show all posts
Dayang dirisik 2 syarikat rakaman Indonesia

Dayang dirisik 2 syarikat rakaman IndonesiaOleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]


RAMAImemandang sinis apabila Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 26, dan pihakpengurusan mengambil keputusan mengetengahkan album terbaru penyanyiitu ke pasaran Indonesia.

Lebih mengejutkan apabila usaha memasarkan album Dayang 2007 diusahakan sendiri penyanyi itu bersama pihak pengurusannya.

Sebelum ini ramai penggiat industri muzik tempatan mengeluh, bukanmudah penyanyi tempatan memecah masuk ke pasaran seberang kerana merekalebih suka bersikap menjaga periuk nasi sendiri.

Ia bukan saja membabitkan penggiat di sana tetapi juga pihak media yangsangat susah memberikan kerjasama membantu mempromosikan lagu penyanyikita.

Atas alasan itu membuatkan ramai tidak yakin dengan usaha dilakukanDayang dan pengurusannya. Kata mereka, usaha Dayang itu hanya sia-sia.

Menyedari kata-kata yang mampu merendahkan semangatnya, Dayang berkata,dia cuba berfikiran positif terhadap perkembangan cukup baik bagikerjaya seninya.

Tambahan pula beberapa wakil syarikat rakaman di sana meminta albumnya diberikan kepada mereka untuk diperdengarkan.

揂lbum Dayang 2007 mendapat perhatian dua syarikat rakaman diIndonesia. Satu bertaraf antarabangsa dan satu lagi syarikat rakamantempatan dan bergerak secara sendirian (indie).

揝aya sendiri terkejut dengan perkembangan ini kerana tidak sangka mereka memberi perhatian terhadap album Dayang 2007.

揇alam waktu sama, saya tidak menafikan bukan mudah penyanyi tempatanmencipta nama di sana kecuali kalau kita mempunyai sokongan cukup kuatdan kenal ramai orang.

揗alah, untuk menjalinkan kerjasama dengan dua syarikat rakaman ini,pihak pengurusan saya turut berhadapan beberapa kesukaran. Ia berlakukerana mereka terlalu cerewet dan begitu teliti.

揗ereka turut meminta semua album yang pernah saya hasilkan dari duluhingga kini sebagai perbandingan. Perkara itu sudah pun pengurus sayalakukan dan sekarang terpulang kepada mereka untuk menerimanya atautidak,
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:33 PM | Show all posts
Dayang Nurfaizah bercuti untuk anak yatim

Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL



DAYANG Nurfaizah bersama Noryn Aziz (dua dari kanan) dan Fara Fauzana(duduk) melayan kanak-kanak istimewa sempena majlis berbuka puasa yangdiadakan di Hotel Cititel, Midvalley, Isnin lalu.
--------------------------------------------------------------------------------

KESIBUKANNYA sebagai seorang artis ternyata tidak memberi peluangkepadanya untuk meluangkan masa bersama kanak-kanak yang kurangbernasib baik dan juga anak-anak yatim.

Namun, setiap kali tiba Ramadan, kesempatan itu diambil oleh penyanyibersuara husky, Dayang Nurfaizah Awang Dowty untuk meluangkan masabersama golongan kanak-kanak istimewa itu.

揗emang saya akui sangat sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masauntuk bersama kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi, bila tibabulan puasa, saya mengambil 慶uti
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:33 PM | Show all posts
Dayang bercerita tentang puasa dan hari raya

Sambal udang ibu buka selera DayangOleh Farihad Shalla MahmudSAAT paling manis ketika berbuka puasa biasanya apabila berpeluang menyempurnakan rukun Islam yang ketiga itu bersama insan tersayang. Dikelilingi keluarga ketika menikmati juadah selepas seharian menahan lapar dan dahaga menjadi momen paling indah apatah lagi peluang seperti itu bukan mudah untuk hadir.

Dan itulah juga yang dirasai penyanyi bersuara gemersik dari Bumi Kenyalang, Dayang Nurfaizah Awang Dowty apabila tahun ini dia berpeluang meraikan suasana itu bersama keluarganya di kediamannya di sini. Bukan mudah untuk Dayang menikmati suasana sebegitu memandangkan keluarganya menetap di Kuching, Sarawak manakala dia merantau di Semenanjung Malaysia demi karier sebagai seorang penyanyi.

Bertemu Dayang pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan kurang bernasib baik anjuran bersama Hotel Cititel, Dayang melahirkan keterujaannya apabila berpeluang menyambut ketibaan Ramadan bersama keluarga tersayang.
"Ini julung kali Dayang berpeluang berpuasa bersama keluarga. Lazimnya Dayang hanya merasai saat itu di penghujung Ramadan saja. Itupun ketika bercuti untuk menyambut Hari Raya. Tapi kali ini tidak. Memandangkan keluarga Dayang memang sudah ada di sini sejak bulan Julai lagi iaitu sewaktu Dayang menyambut hari lahir," ujar Dayang teruja.

Apabila ibu sudah ada di depan mata, anak manapun pasti tidak mahu melepaskan peluang meminta untuk disediakan itu dan ini untuk dinikmati pada waktu berbuka kelak.

"Biasalah, Dayang kalau emak yang masak memang Dayang suka makan. Lazimnya Dayang suka sambal udang yang dimasak emak dan Dayang jadikan ia sebagai pembuka selera. Kalau dah makan, memang tak boleh berhenti makan nasi sehingga bertambah sampai dua pinggan," ujar Duta Shapemaster ini.

Gara-gara sukar mengawal selera itu, penyanyi berusia 26 tahun ini sempat melahirkan kegusarannya memandangkan berat badannya semakin bertambah.

"Risau juga apabila berat badan Dayang sekarang melepasi angka yang disifatkan ideal. Tapi hendak buat macam mana, kawal pun selera tetap ada. Jawabnya, kena rajin membuat senamanlah," cerita Dayang sambil merahsiakan berapakah berat badannya ketika ini.

Namun, katanya suasana itu akan hanya dinikmati dalam masa dua atau tiga minggu saja kerana ibu bapanya akan kembali ke Kuching untuk persiapan menjelang Syawal selain menemani kakaknya Donna yang kini menetap di sana selepas melahirkan anak sulung.

Dalam perbualan itu, sempat juga Dayang memberitahu yang dia akan mula bercuti pada 8 Oktober depan selama 17 hari untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

"Untuk pengetahuan semua, inilah satu-satunya yang boleh Dayang panggil bercuti. Sepanjang tempoh itu Dayang akan mengambil peluang untuk menziarahi sanak saudara dan juga menerima tetamu yang bertandang di rumah. Dayang sebenarnya kalau setakat cuti dua tiga hari, jarang pulang ke kampung.

"Bukannya apa, rasa macam tidak berbaloi kerana masa pendek sangat, tak sempat hendak buat apa-apa dah kena balik. Lagipun, kalau Dayang balik dalam tempoh itu, mak dan bapa Dayang yang bising. Kata mereka, membazirlah, baik simpan duit itu. Jadi, Dayang pun ikutkah kata mereka. Lagipun, mereka juga kerap turun ke sini melawat Dayang," ceritanya sambil dipersetujui pengurusnya, Sharliza yang setia berada di sisinya.

Dayang juga turut mendedahkan rahsianya iaitu dia memang tidak gemar mengemas. Namun, berada di dapur adalah satu perkara yang menjadi kegemarannya.

"Memang dari dulu lagi, Dayang gemar menolong ibu di dapur. Potonglah apa-apa yang patut. Sambil itu, belajar memasak sekali. Tapi janganlah suruh Dayang mengemas, memang Dayang tak minat," dedah Dayang sambil tertawa.

Mengenai majlis berbuka bersama anak yatim itu, Dayang berkata tahun ini adalah kali ketiga berturut-turut dia meraikannya bersama anak yatim di lokasi yang sama.

"Alhamdulillah, ini adalah tahun ketiga Dayang meraikannya bersama anak-anak yang kurang bernasib baik. Kesempatan ini Dayang gunakan untuk bersedekah apa yang termampu buat mereka semua. Ada juga di antara mereka yang Dayang sudah kenali kerana mereka pernah terbabit pada majlis yang sama tahun lalu.

Pada majlis itu Dayang turut menyumbangkan suaranya sebagai hiburan tetamu yang hadir. Turut memeriahkan majlis itu ialah Noryn Aziz, Nurul AF2 dan penyampai Hot.FM, Fara Fauzana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:34 PM | Show all posts
Album 'Dayang 2007' dapat pelbagai reaksi
21-09-2007 09:56:22 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Satu berita baik buatpenyanyi wanita yang memperjuangkan lagu berkonsep pop, R&B dan hiphop ini apabila album terbarunya, 'Dayang 2007' mendapat sambutan yangmemberangsangkan daripada peminat-peminat muzik tempatan.

Dayang Nurfaizah Awang Dowty akui sambutan pasaran albumnya yang keenamini lebih drastik berbanding jualan albumnya sebelum ini, 'Kasih'.
Dayang menyanyikan lagu 'Hilang' semasa majlis berbuka puasa dengan artis NSR (Foto The Star oleh Ricky Lai)
"Jualanalbum 'Dayang 2007' lagi cepat diterima peminat berbanding album'Kasih'. Mungkin sebab banyak lagu rancak dan kebanyakan durasi laguadalah pendek iaitu dalam tiga minit lebih.

"Lagipun lagu-lagu dalam album tu mudah diingati kerana liriknya yangmudah dan boleh dikatakan Dayang berpuas hati dengan sambutan albumsetakat ini," kata gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini sambiltersenyum semasa majlis berbuka puasa bersama artis New SouthernRecords Sdn. Bhd. (NSR).

Menurut Dayang, beliau masih meneruskan promosi album yang dilancarkan pada Julai lalu di Shah Alam dan Bukit Bintang.

Album yang memuatkan lagu hits 'Inginku Miliki', 'Hilang' serta lapanbuah lagu lain yang berentak balada dan pop ini bagaimanapun mendapatkritikan positif mahupun negatif daripada pendengar melalui emel.

"Peminat ada hantar emel kepada Dayang dan memberi respon mengenai lagu-lagu dalam album ni.

"Ada yang komen dari satu lagu ke satu lagu. Kebanyakan daripada mereka memberi komen yang positif.

"Namun, ada juga yang memberi komen negatif. Biasalah, ada orang yangsuka kalau lagu tu macam ni, ada yang suka lagu rancak dan ada yangsuka lagu 'slow'. Bergantung kepada seseorang tu," kata Dayang di mana enam buah lagu daripada 10 buah lagu berirama rancak.

Naqiu (Boboy) menghiburkan tetamu melalui lagu 'Dendang Perantau'
manakala OG (Aboi) dengan lagu 'Raya Dulu-dulu'
(Foto The Star)

Selain itu, Dayang dapati kebanyakan daripada mereka yang mendengaralbumnya terhibur dan tidak bersedih dengan lagu-lagu yang menyentuhperasaan seperti yang pernah dimuatkan dalam album sebelum ini.

"Lirik-lirik lagu kali ini lebih memberi kesan yang positif kerana iabukanlah lirik yang membawa kepada kisah orang putus harapan dankecewa. Contohnya lagu 'Hilang' memanglah kedengaran sedih tapiakhirnya lirik tu "Kau rela" yang membawa maksud positif," ujar Dayangyang bakal menganjurkan sebuah konsert tidak lama lagi.


Artis NSR beramai-ramai menyampaikan lagu 'Selamat Hari Raya'
nyanyian Arwah Saloma
(Foto The Star)

Artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman NSR ini akan mengadakan sebuah konsert di No Black Tie, Bukit Bintang pada 2 dan 3 November ini.

Memandangkan sekarang adalah bulan puasa maka aktiviti seni Dayang punhanya tertumpu kepada menghadiri persembahan sempena majlis berbukapuasa selain meneruskan promosi album.

"Dayang tak pernah hadkan aktiviti cuma menanti kalau ada rezeki," ulasDayang yang akan pulang ke Sarawak bermula 8 Oktober ini bagi menyambuthari raya selama dua minggu di sana.

Majlis yang bertempat di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur itu turut dihadirioleh Ketua Bahagian Lagu Melayu NSR Anthony Gan serta artis-artis NSRseperti Andy (Flop Poppy), Naqiu (Boboy) dan OG (Aboi).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.099298 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list