|
Haa...haa...THAKSIN dah kena reject ! Jeneral yang rampas kuasa Jeneral Sondhi tu adalah MUSLIM Bangkok ! Maknenya buat kali ke dua Thailand diperintah oleh orang ISLAM. Pertama semasa zaman keagungan Kesultanan Melayu Patani iaitu semasa pemerintahan Sultan Muzaffar di mana baginda berjaya mengusir raja Siam dan menawan kota Ayuthia.
Subhanallah...Siapa sangka ! Tidak lama dulu Timbalan Perdana Menteri Thailand Wan Mat Nor Matha nyaris2 dapat jadi PM. Apapun bala pembunuhan orang2 Islam di Masjid Kerisek belum lagi reda.
Sama-sama kita tunggu berita selanjutnya. Mungkin ada RAHMAT di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.
TANAH USANG PUSAKA MOYANG PASTI MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA |
|
|
|
|
|
|
|
Jen. Surayud..."masalah di Selatan agenda utama saya"
Jeneral Surayud yang baru dilantik sebagai PM sementara Thailand baru-baru ini menegaskan bahawa masalah kekacauan di Selatan Thailand akan menjadi agenda utama beliau bagi diselesaikan. Beliau juga membayangkan rundingan akan diadakan dengan puak pemisah Patani. Perkembangan ini merupakan satu langkah positif Thailand yang telah lama dinantikan oleh dunia khususnya masyarakat Melayu Patani.
Kumpulan-kumpulan Pemisah Thailand Sanggup Berunding Dengan Kerajaan...
Oleh D. Arul Rajoo
BANGKOK, 10 Okt (Bernama) -- Bersatu, sebuah pertubuhan yang menggabungkan kumpulan-kumpulan pemisah di wilayah yang bergolak di Selatan Thailand, bersedia untuk memulakan rundingan dengan kerajaan Thai di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Bangkok setelah perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin tentera diadakan beberapa bulan lalu.
Ketuanya, Dr Wan Kadir Che Man berkata pihak Thai boleh memilih mana-mana tempat yang disukai mereka atau tempat berkecuali yang memberi keselesaan kepada kedua-dua pihak, tetapi menafikan laporan akhbar di sini bahawa pertemuan itu akan diadakan di Singapura bulan depan.
"Saya telah menghubungi beberapa kumpulan semalam dan tiada sesiapa yang mengetahui mengenai rundingan itu, kami hanya membacanya di akhbar. Tetapi buat pertama kalinya, kami melihat adanya tanda-tanda positif dari Bangkok dan kami tidak mahu mengancam keadaan itu dengan mengenakan syarat-syarat," katanya ketika dihubungi dari satu lokasi yang tidak didedahkan di mana beliau hidup dalam buangan.
Lagipun, beliau mengulangi bahawa tiada negara asing, termasuk Malaysia dan Indonesia, yang terlibat dalam pemberontakan di selatan walaupun terdapat dakwaan sedemikian oleh beberapa pegawai Thai pada masa lalu.
Wan Kadir juga menegaskan bahawa beliau telah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pegawai tentera Thai beberapa bulan lalu, dan mengatakan beliau menyambut baik rundingan seumpama itu kerana ia akan menjadi permulaan yang baik untuk membawa keamanan yang berkekalan di wilayah-wilayah selatan yang bergolak.
"Tun Mahathir sangat dihormati di rantau ini, dan di Thailand juga. Sudah tentu saya akan hadir secara peribadi sekiranya rundingan dengan pihak berkuasa Thai itu diatur menerusi beliau...saya melihat beliau sebagai seorang yang sangat berpengalaman dan boleh dipercayai," kata Wan Kadir.
Bersatu adalah gabungan beberapa pertubuhan seperti Barisan Revolusi Negara (BRN), Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (Pulo), Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP) dan Gerakan Islam Mujahidin Patani (GIMP).
Beberapa kumpulan seperti Pulo muncul pada tahun 1970-an semasa tercetusnya perjuangan bersenjata oleh kumpulan etnik Melayu di wilayah paling selatan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat bagi menuntut kemerdekaan daripada Thailand.
Keamanan dicapai pada dekad yang lepas tetapi lebih 1,700 orang terbunuh sejak puak pemisah melancarkan kempen pengeboman dan tembakan pada Januari 2004.
Minggu lepas, Mahathir mengesahkan bahawa beliau telah memulakan satu pelan damai di selatan Thailand berikutan lawatan beliau ke Bangkok lewat tahun lepas di mana beliau telah berjumpa Raja Thai, Raja Bhumibol Adulyadej dan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Beliau berkata Pertubuhan Keamanan Global Perdana (PGPO) dan Konsul Kehormat Diraja Thai Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menyiapkan draf mengenai Pelan Pembangunan dan Keamanan Bersama Untuk Selatan Thailand dan salinannya telah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Thai ketika itu, Chitchai Vanasatidya pada bulan Ogos.
Eskay berkata minggu lepas bahawa pihak Thai diwakili oleh Panglima Pusat Keselamatan Tentera Thai Lt Jen Vaipot Srinual dalam perjumpaan dengan anggota kumpulan pemisah tersebut.
Prospek untuk rundingan dengan puak militan mendapat momentumnya selepas Panglima Tentera Darat Jeneral Sonthi Boonyaratglin berkata beliau ingin berunding dengan kumpulan-kumpulan pemisah, yang berlawanan dengan dasar Thaksin yang digulingkannya dalam satu rampasan kuasa pada 19 Sept lepas.
Ditanya berapa banyak kumpulan yang terlibat dengan masalah di selatan itu dan sama ada beliau berkuasa mengawal mereka, Wan Kadir, yang hidup dalam buangan sejak 1989, berkata sukar ditentukan jumlahnya kerana terdapat kumpulan-kumpulan lama yang masih lagi wujud.
"Pada masa lepas, kita mempunyai banyak kumpulan dengan nama-nama yang berbeza, seperti Pulo yang berjuang dan mempertahankan namanya untuk menunjukkan kekuatan mereka. Tetapi sekarang ia melibatkan generasi yang berbeza dan mereka tidak peduli soal nama, mereka hanya berjuang untuk mencapai matlamat akhir mereka," tambah beliau.
Mengenai kebimbangan bahawa sebarang rundingan tidak akan berjaya mencapai keamanan kerana kewujudan kumpulan baru yang tidak diketahui yang beroperasi secara individu, Wan Kadir berkata rundingan mesti dimulakan pada satu tahap tertentu dengan kumpulan-kumpulan yang diketahui sebelum ia diperluaskan kepada semua pihak yang terlibat.
"Anda tidak boleh terus mula dengan semua kumpulan...anda perlu mengadakannya satu demi satu. Mereka yang berada di lapangan, rakyat biasa di selatan akan menilai kemajuannya dan akhirnya menyokong rundingan damai apabila mereka melihat keikhlasan pihak berkuasa," tambahnya.
Ditanya sama ada Bersatu akan mendesak supaya ketiga-tiga wilayah itu diberikan kemerdekaan dalam rundingan berkenaan, Wan Kadir berkata beliau lebih berminat untuk memulakan rundingan terlebih dahulu dan mendapatkan maklum balas daripada Bangkok sebelum memberikan perinciannya.
Tetapi, katanya, matlamat rundingan itu sudah tentu bergantung kepada siapa yang akan berunding dengan mereka terlebih dahulu.
"Pada masa lepas, pihak Thai tidak pernah menyatakan bahawa mereka mahu berunding dengan kita. Beberapa pegawai rendah akan menghadiri perundingan itu dan menyampaikan hasilnya kepada pegawai atasan mereka tetapi tiada apa yang berlaku kerana kebanyakan yang dipersetujui ditolak oleh pegawai atasan mereka," katanya.
Wan Kadir, bagaimanapun, berkata kini terdapat perkembangan baru kerana pegawai-pegawai tinggi, termasuk Sonthi, panglima tentera darat Thai pertama yang beragama Islam, telah memulakan langkah untuk berjumpa dengan kumpulan-kumpulan pemisah.
Mengenai keganasan di selatan, Wan Kadir berkata kebanyakannya ada kaitan dengan kumpulan pemisah walaupun terdapat elemen lain seperti pembunuhan secara sewenang-wenangnya dan pembabitan sindiket dadah.
"Tetapi puak pemisah tidak menyasarkan orang awam. Apabila ada orang awam yang terbunuh sesetengah orang menuduh anggota pemisah yang melakukannya," katanya.
-- BERNAMA
p/s.....cuma apa yang diharapkan kerajaan Thailand khususnya Jeneral Sondhi ikhlas dalam usaha bagi menyelesaikan masalah di Selatan ini. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah, pokok kepada masalah yang berlaku ini ialah berkaitan dengan PENJAJAHAN Thailand ke atas Kerajaan Kesultanan Melayu Patani. Semua masalah yang berlaku adalah berpunca dari penjajahan tersebut.
Kepada pimpinan Pemisah Patani diharapkan berhati-hati walaupun ada tawaran untuk berunding dari kerajaan Thailand. Sejarah lampau jelas mengharapkan kita supaya berhati-hati dengan janji manis tersebut kerana Siam sebelum ini tidak pernah ikhlas dengan janji-janji mereka.
Walau bagaimanapun peluang ini jangan disia-siakan, tunjukkan solidariti di kalangan masyarakat dan pimpinan Melayu Patani. Jangan takut untuk menyatakan hasrat dan cita-cita masyarakat Patani iaitu 'MERDEKA".
...."FAJAR BARU YANG PENUH CERIA PASTI AKAN MUNCUL DI BUMI TANAH USANG PUSAKA MOYANG"
[ Last edited by tongkatali at 12-10-2006 08:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Thai Muslims want Dr M involved
ALOR STAR: Thai Muslim separatist groups want former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to continue mediating to resolve the unrest in the southern Thai provinces.
Barisan Bersatu Kemerdekaan Pattani (Bersatu) president Dr Wan Kadir Che Wan, who heads a coalition of five major separatist groups, said Dr Mahathir had helped create trust between Thai Muslim leaders and Thai authorities.
揃efore this, the separatists and Thai authorities did not trust each other. Trust is the most important element in a peace process, |
|
|
|
|
|
|
|
Utk mendapatkan kemerdekaan dr Siam adalah amat sukar,tp perkara terbaik yg kita boleh harapkan adalah kuasa autonomi diberi kpd Patani(Yala,Narathiwat,Patani).Siam tak mungkin melepaskan Patani begitu shj setelah menjajahnya ratusan tahun.Lagipula Patani adalah negeri yg strategik kedudukannya dan kaya dgn hasil bumi.
Tp sekiranya keajaiban berlaku,misalnya diadakan referendum sama ada mahu stay dlm Siam atau berkerajaan sendiri dan memihak kpd kemerdekaan,maka amatlah kita syukuri sangat2.W/b'manapun sama ada Patani mahu wujud secara sendiri sbg sebuah negara merdeka atau kembali ke pangkuan negeri2 Melayu tidaklah penting sgt,yg penting Patani kembali merdeka dan keamanan dpt dipulihkan.:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya pemerintah baru Siam ni memberikan perhatian yg lebih utk wilayah selatan berbanding Thaksin yg zalim .. alhamdulillah semoga keamanan berputik di sana :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya jika kita teliti sejarah Patani semenjak dijajah oleh SIAM, kita akan dapati bahawa Siam tidak pernah walau sedetik berlaku adil kepada Patani. Jika kita mengatakan hanya bekas PM THAKSIN yang berlaku zalim adalah tidak benar.
Misalnya di awal kejatuhan Patani, berpuluh ribu penduduk Melayu Patani tidak kira dewasa atau kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh tentera SIAM bagi membalas dendam. Begitu juga setiap kali Siam berjaya menumpaskan kebangkitan Melayu Patani menuntut kemerdekaan, beribu lagi yang dibunuh. Tidak lupa juga dengan 4000 orang Melayu Patani yang dicucuk telinga dan betis mereka dengan rotan macam SATAY dan diheret hingga ke Bangkok. Kemudian mereka dijadikan buruh paksa bagi menggali terusan AIR MATA di tengah-tengah kota Bangkok.
Bagi yang tidak tahan dengan kezaliman dan kesengsararaan pada masa itu terpaksa berhijrah lari ke negeri-negeri Melayu yang lain. Kalau kita rajin menelusuri sejarah orang-orang Melayu di Malaysia khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu dan Pahang kita akan dapati ramai dari kalangan nenek moyang mereka adalah dari keturunan Melayu Patani .
Kezaliman Siam ini bukan satu perkara yang baru. Ianya telah lama berlaku dan akan terus berlaku selagi punca utama kepada masalah ini tidak dirungkai.
Puncanya ialah PENJAJAHAN Siam ke atas Kerajaan Melayu Patani. Ianya sama dengan nasib orang-orang Palestin sekarang yang dijajah oleh ISRAEL laknatullah.
Selagi Patani dijajah Siam selagi itulah nasib Melayu Patani tidak akan dapat dibela. Dalam sesetengah hal kita tidak boleh samakan Patani dengan ACHEH. Acheh dijajah oleh Indonesia yang sama-sama ISLAM, jadi tuntutan AUTONOMI adalah memadai bagi wilayah tersebut. Yang saya cuba tekankan di sini ialah pejuang-pejuang kemerdekaan Patani wajib meniru solidariti mereka dalam perjuangan menentang Indonusia sehingga akhirnya Indonesia terpaksa tunduk kepada perjuangan bangsa Acheh.
Ayuh bangsaku Patani tercinta BERSATULAH dan bangkit dari lena panjang mu. InsyaALLAH, gelab malam pasti akan berlalu dan fajar kemerdekaan yang penuh ceria pasti akan menjelma...cuma masanya akan tiba apabila orang-orang Melayu Patani di seluruh dunia BERSATU.
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...! |
|
|
|
|
|
|
|
How Malaysia sees Thailand's southern strife
By S P Harish Feb 8, 2006
The flight of 131 ethnic-Malay Thais from the conflict zones of southern Thailand into neighboring Kelantan state in Malaysia in August led to a war of words between Bangkok and Kuala Lumpur. Thailand insisted that all of them be repatriated but Malaysia maintained that it would do so only after a rights guarantee.
The situation has simmered after Malaysia recently returned one of the refugees, a suspected militant. Relations between the two countries now seem to be on the mend, with officials on both sides expressing confidence over cooperating with each other and working together to resolve the discord. This incident marks the latest in a series of arguments between Bangkok and Kuala Lumpur over the strife in southern Thailand. Over the past two years, such incidents as the Krue Se debacle in April 2004, in which 32 were killed in the mosque in a standoff between police and suspected insurgents, and the Tak Bai tragedy later that year, which resulted in the deaths of 85 demonstrators, have derailed efforts to increase goodwill between both sides.
Overtly, Malaysia has maintained that it will not interfere into the internal affairs of Thailand, and yet its leaders make comments over the situation in Thailand's restive south. At times, Kuala Lumpur is perceived to be cooperating well with the Thai authorities but at other times, it appears to be making things difficult for Bangkok. This rather incongruous position has led some to allege that Malaysia may be supporting the insurgency in the southern Thai provinces. In order to understand Malaysia's actions, the conflict needs to be examined from Kuala Lumpur's perspective.
The conflict through Malaysian eyes
Malaysia's role in the southern Thailand conflict is not new. The southern Thai provinces of Pattani, Yala and Narathiwat now embroiled in conflict were once part of the Patani sultanate. They were included as part of the Siamese kingdom in 1902 and later became provinces of the Thai nation-state.
Ethnically speaking, the people of southern Thailand are Malay and share more cultural characteristics with Malaysia than with Thailand. Despite this common historical bond, the Malaysian government has refrained from backing the militants in southern Thailand. Even in the years after World War II, when Malay nationalism was at its peak and there was much public pressure, Malaysia denied support for the insurgents.
This is of course not to say that there was no assistance for the southern Thai rebels in Malaysia at all. Many of the guerrilla groups have had bases in Malaysia, especially in the state of Kelantan. Apart from a few blitz operations, the Malaysian government has been diffident about proactively cracking down on supporters and sympathizers on its soil. This hesitancy can be attributed to Kuala Lumpur's disillusionment with Thailand's treatment of the Malays in the southern provinces. The continued heavy-handed response to the insurgency by the government of Prime Minister Thaksin Shinawatra, despite statements to the contrary, has made Malaysia cautious about offering complete cooperation.
It is not in Malaysia's interest to support the militants. Backing the rebels would inevitably mean an increase in violence and economic repercussions on both sides of the border. Thus far, border trade between the two countries has been reasonably unaffected by the insurgency. Many of the business dealings take place via Hat Yai in Songkhla province, a place relatively free of violence. Hence closing the border with Thailand is not an option for Malaysia.
Instead, Kuala Lumpur's strategy is to help with the economic development of Thailand's southern provinces. In this respect, the two countries signed a Joint Development Strategy (JDS) in 2004 that covers areas such as trade, tourism, agriculture, energy, education, human resources and disaster relief.
Malaysia would also not want to get involved in the southern Thailand conflict because of its role in other regional insurgencies. Malaysia is playing an important facilitator task in the peace process between the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF). It is leading the International Monitoring Team in Mindanao. Malaysia is also part of the Aceh Monitoring Mission, which is responsible for monitoring the implementation of the memorandum of understanding between the Indonesian government and Gerakan Aceh Merdeka (GAM, the Free Aceh Movement). Given these Malaysian efforts to forge peace in the region, it is not in its advantage to support an insurgent group.
So what explains statements from Malaysian leaders such as former prime minister Mahathir Mohamad criticizing Thailand's response to the conflict? Malaysia is currently the chair of the Organization of Islamic Conferences (OIC) and wants to increase its profile among the Islamic countries. OIC statements censuring Bangkok over the strife in southern Thailand need to be seen in this light.
There are also domestic considerations that Malaysia needs to take into account. The strong military answer to the conflict by the Thaksin government has led to rising calls in Malaysia to intervene on behalf of the Malays. Malaysian activists have also protested outside the Thai Embassy in Kuala Lumpur and called for a boycott of Thai goods.
Domestic pressure has also come in the form of the Malaysian opposition party, Parti Islam SeMalaysia (PAS), which has made statements advising the Thai government to negotiate with the insurgents. With both the ruling and opposition parties contesting for the ethnic-Malay vote, statements on the southern Thai conflict by some Malaysian leaders is meant more for a domestic audience.
Progress in bilateral relations
There has been some improvement in bilateral relations over the past few months. In late November, Thaksin and Mahathir met in Thailand. They came to an understanding to refrain from megaphone diplomacy and also agreed that autonomy is not a solution for Thailand's southern provinces. In the months after, operational assistance between the two countries has picked up.
They are now working together over the issue of insurgents using Malaysian-registered mobile phones to trigger bombs in southern Thailand. Whether this level of cooperation will be enhanced depends on Bangkok's future response to the conflict. A purely military reaction will only seek to distance Malaysia, an ally it needs to resolve the conflict.
Conclusion
The Thai government's hardline response to the insurgency in southern Thailand has put Malaysia in an awkward position. Kuala Lumpur is playing a delicate balancing act between domestic pressures to intervene in the conflict and wider regional considerations to refrain from interfering into the internal affairs of its neighbor. It is unlikely that Kuala Lumpur will directly support the insurgents in southern Thailand. What is more likely is Malaysia using the conflict to improve its image domestically and in the wider Muslim world.
S P Harish is associate research fellow at the Institute of Defense and Strategic Studies, Nanyang Technological University, Singapore. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kater orang2 Melayu Patani dan Siam berdamai? Lupakan sengketa lama...Zaman globalisasi
kini tidak sesuai lagi dgn nasionalisme sebab harga tiket hanya RM400 dan sampai 2 jam berbanding berjalan
kaki sampai 6 bulan 200 tahun lepas...
Kuharap kedamaian walaupun berbeda agama dan budaya, usahlah bermusuh2 ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by herman at 16-10-2006 10:28 PM
Apa kater orang2 Melayu Patani dan Siam berdamai? Lupakan sengketa lama...Zaman globalisasi
kini tidak sesuai lagi dgn nasionalisme sebab harga tiket hanya RM400 dan sampai 2 jam berbanding berja ...
Ya,berdamai boleh berdamai,tp kenalah kembalikan hak2 yg dirampas.Negeri yg dijajah diserah kembali atau sekurang2nya diberi layanan yg lebih adil,misalnya kuasa autonomi.Kalau Timor Leste boleh di'bebas'kan dr Indonesia oleh Pertubuhan Bangsa2 Bersatu kenapa tidak Patani yg terang2 dijajah.Hong Kong dan Macau yg dijajah Britain dan Portugal pun boleh dimerdekakan beberapa tahun lepas saja,kenapa Patani tidak boleh?
Pilihan di tangan rakyat Patani sendiri,sekiranya mereka tidak suka duduk di bawah jajahan Siam krn dizalimi,mereka terpaksa terus berjuang meskipun menuntut korban yg bukan sedikit.Sekiranya mereka mampu bertolak ansur dan tidak mahukan pertumpahan darah berterusan kuasa autonomi adalah pilihan kedua,tp setakat ini tuntutan inipun tidak dipandang berat oleh pihak Siam.
Mungkin tuntutan diadakan referendum boleh digesa dr PBB(UN) melalui saluran2 tertentu.Tapi masalahnya siapa yg boleh diharapkan utk melobi usaha referendum ini?
:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
BERDAMAI..???
Saya GELAK besar bila ada cadangan SIAM dan MELAYU PATANI berdamai...ibarat suruh orang-orang Palestin dan Yahudi Israel berdamai la.
Sama dengan kes Palestin...soalan saya...SIAPA YANG MULAKAN DAN SIAPA YANG JAJAH SIAPA ? Mampukan SIAM ikhlas...sesuatu yang MUSTAHIL. Rujuklah sejarah perjuangan orang-orang Melayu Patani...lihatlah siapa yang JAHAT.
Penyelesaiannya...kembalikan Patani kepada orang-orang Melayu Patani dan berikan KEMERDEKAAN !
Jelaskan ! Ianya mungkin nampak mustahil tapi saya percaya lambat-laun Patani akan kembali BERDAULAT. Cuma masa sahaja yang akan menentukan...tunggulah INSYALLAH. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tu dulu...tongkat ali...tu duluuuuu..........bila penduduk tanah melayu tak lebih 500 000...sekerang
dah lain...kita maafkan saja seperti peristiwa takbai dan betul2 berdamai dengan orang2 Siam...kita mulakan
hidup baru, lupakan sengketa lama....sampai bila kita nak bergaduh? harga tiket airasia ke 1000 km jauh ke Bali hanya RM100
dan sampai 1 jam....kita nakkan kedamaian........skrg zaman moden. kita elakkan pergaduhan..kita
terima suratan takdir dan berunding...zaman moden, globalisasi
usahlah dibeda bangsa dan agama, tua muda, kaya miskin....
selamatkan dunia ini dari peperangan, kehancuran
anak2 dari kebuluran...
selamatkan dunia ... hohohooho |
|
|
|
|
|
|
|
mmglah tentera Siam ada bertindak zalim tapi kita berunding ke arah kedamaian...mereka tak kenal orang Patani kerna
tentera di rotate 6 bulan sekali atau lagi awal...kita berunding dgn kepemimpinan tertinggi Thai untuk keamaman
takusahlah diungkit kisah2lama.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mahu ke SIAM berdamai....macam Palestin, yang enggan berdamainya ialah Yahudi. Untuk makluman, semasa arwah Tuan Guru Haji Sulong, beliau pernah hulur tangan untuk berdamai dan menggugurkan tuntutan kemerdekaan...tapi apa balasan SIAM...beliau dihumban ke laut dari atas kapalterbang dekat pantai Penarik di SONGKHLA. Sampai ke hari ini mayatnya gagal ditemui. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu cara elok-elok PBB abaikan hak Melayu di Patani. Kalau ikut logik semasa, kalau dah teruk kacau bilau maka PBB perlu campur tangan juga... Tak ada apa perlu negotiate dengan Kerajaan Siam melainkan memulangkan hak bumi terjajah Patani merdeka! Bumi yang ada asal usul dan bukannya bangsat (iaitu datang dari tempat lain). |
|
|
|
|
|
|
|
just paste...
Muslim Bangkok, Selatan Thailand saling berkait
Oleh Farid Mat Zain
LAPORAN Jeneral Sondhi Boonyaratglin menjatuhkan Thaksin Shinawatra dalam rampasan kuasa tentera di Bangkok baru-baru ini menggemparkan dunia, tetapi pada masa sama, penduduk Selatan Thailand berasa bangga kerana rejim korporat itu berjaya disingkirkan.
Malah, lebih membanggakan masyarakat Islam di selatan negara itu apabila jeneral yang menjatuhkan rejim itu beragama Islam.
Pelbagai reaksi timbul berikutan rampasan kuasa itu. Laporan akhbar meramalkan rundingan bagi menyelesaikan konflik di selatan yang sudah membunuh lebih 1,700 orang sejak ia tercetus 2004, akan menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, ada juga yang sangsi kerana Sondhi bukan berasal dari selatan kerana mereka yang berasal dari Bangkok mempunyai pandangan dan pendekatan berbeza sama sekali ketika berdepan dengan masalah umat Islam di selatan negara itu.
Sondhi sebenarnya bukan orang Islam pertama memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Thailand. Sebelum ini sudah ada nama terkemuka seperti Wan Muhammad Nor Matha pernah menjadi Menteri Dalam Negeri, Menteri Pengangkutan dan Speaker Parlimen.
Surin Pitsuwan pula dilantik sebagai menteri luar dan kini menduduki ahli dewan undangan kerajaan sementara yang dilantik tentera. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk Islam yang dilantik menduduki kerusi tinggi kerajaan berasal dari selatan, bukan seperti Sondhi.
Berdasarkan laporan, Sondhi dilahirkan di Bangkok pada 1937. Beliau berasal daripada keluarga yang teguh pada agama. Bapanya dikatakan pernah menjadi Chularatmontri atau Sheikul Islam iaitu jawatan agama Islam tertinggi di Thailand manakala ibunya pernah bekerja di istana raja.
Sheikhul Islam bertanggungjawab mengetuai majlis agama Islam wilayah. Pemegang jawatan ini juga bertindak sebagai penasihat kepada raja berkaitan hal ehwal orang Islam. Jawatan ini diwujudkan sejak abad ke-16 iaitu ketika Thailand di bawah pemerintahan Ayuthya lagi.
Jika ditelusuri sejarah pembentukan masyarakat Islam di Bangkok, ia mempunyai kisah menarik dan perlu diketahui khususnya generasi Islam masa kini. Masyarakat Islam Bangkok tinggal di beberapa kawasan. Mereka umpama kelompok masyarakat lain yang lebih suka memilih untuk hidup secara berkelompok sesama sendiri.
Di dalam metropolitan Bangkok, penduduk Islam menghuni di kawasan yang padat penduduk iaitu di sekitar kawasan Pratunam, Klong than Minburi dan Nong Cok. Bandar ini kebanyakannya terletak di sekitar sungai yang dikenali Sungai Sean Seab.
Sungai Sean Seab mempunyai sejarah tersendiri dan mengerikan bagi orang Islam. Penduduk di sini datang dari selatan seperti Patani, Yala dan Narathiwat, malah ada juga dari Setul, Kedah serta dari negeri Melayu utara.
Menurut sejarah, selepas Thailand yang ketika itu sebagai Siam menyerang Pattani (Selatan Thailand) pada 1786, ramai orang Pattani dibawa ke Bangkok. Dinukilkan bahawa jumlah mereka yang ditawan itu adalah seramai 6,000 orang dan dipaksa berjalan kaki ke Bangkok.
Mereka diseret beramai-ramai dengan tangan dan kaki terikat. Untuk mengelak daripada melarikan diri, rotan dicucuk di betis. Ramai antara tawanan itu mati sebelum tiba di Bangkok.
Apabila berada di Bangkok mereka dijadikan hamba di istana. Selebihnya dipaksa menjadi buruh kasar. Oleh kerana terlalu ramai, mereka dipisah-pisahkan dan ada sebahagian dihantar ke luar Bangkok.
Ketika pihak Thailand menginginkan sebuah sungai untuk memudahkan pengairan bagi menanam padi, buruh Islam ini dipaksa menggali terusan.
Kisah ini sangat menyayat hati kerana ada diceritakan mereka dipaksa menggunakan tangan untuk menggali sungai terbabit. Atas kejerihan dan penderitaan buruh Islam ini, sungai terbabit dikenali Sean Seab yang bermaksud berjuta kesedihan.
Sehingga sekarang sungai itu masih wujud dan terus menjadi laluan utama penduduk yang mahu mengelak kesesakan jalan raya ke tempat kerja atau berniaga. Penggunaan pengangkutan air agak murah kerana menggunakan perahu bermotor berbanding menggunakan bas atau teksi. Sungai ini juga menjadi tarikan pelancong apabila berkunjung ke Bangkok.
Di situ juga wujud sebuah universiti iaitu Universiti Chulalongkorn yang membuatkan kawasan ini sentiasa sibuk. Selepas beberapa generasi, penduduk Islam akhirnya membina penempatan sendiri dan ada kalangan mereka menetap di kawasan bandar.
Selain daripada mereka yang berasal dari selatan, ada masyarakat Islam di Bangkok yang sememangnya penduduk asal dan menetap lebih awal di kota itu berbanding mereka yang datang dari selatan.
Dalam sejarah lama Thailand dinyatakan bahawa pada zaman Dinasti Ayuthya sudah ada hubungan dagang antara Thailand dengan wilayah Islam di Asia Barat. Hasil hubungan itu menyaksikan kedatangan seorang tokoh agama dikenali sebagai Sheikh Ahmad ke Thailand. Raja Thailand pada masa itu melantik tokoh agama itu sebagai penasihat baginda dan ditempatkan di istana. Makam Sheikh Ahmad masih wujud sehingga sekarang terletak berhampiran Maktab Perguruan Rajbat, Bangkok.
Selain itu ada sebahagian orang Islam memasuki Thailand menerusi jalan utara seperti laluan di Chiang Mai dan kebanyakan golongan ini berasal dari Pakistan dan Bangladesh. Mereka ini kebanyakannya berketurunan Indo-Pakistan dan sebahagian mereka berketurunan Cina Yunan. Namun keturunan Yunan ini banyak tinggal di Chiang Mai.
Walaupun sebahagian besar mereka berasal dari selatan berbahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup Islam, kehidupan di Bangkok mengubah kehidupan mereka. Mereka terpengaruh dengan kehidupan di Bangkok yang lebih maju dari segi taraf hidup dan pendidikan. Mereka dididik dalam sistem pendidikan nasional Siam yang sekular.
Malah, generasi Islam di Bangkok kini sudah tidak pandai bercakap Melayu, malah menerusi asimilasi, mereka sudah tiada beza dengan masyarakat Siam yang lain. Mereka juga sudah meninggalkan gelaran Melayu-Muslim tetapi lebih selesa dengan panggilan Thai Muslim.
Ada kalangan mereka kini mencapai taraf ekonomi yang tinggi dengan menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan swasta.
Masalah berikutnya adalah bagaimana orang Bangkok memperjuangkan aspirasi politiknya. Ada kalangan mereka yang sedar terhadap kepentingan perjuangan Islam, bergerak aktif melalui majlis agama Islam Bangkok. Mereka mengusahakan pendidikan Islam kepada masyarakat, membela nasib orang Islam di Bangkok.
Golongan ini jugalah yang mengambil inisiatif menubuhkan parti Islam Thailand. Antara orang kuat dalam gerakan ini dan yang dikenali ramai adalah Charan Malulin, pensyarah di universiti Thammasak dan Surin Pitsuwan.
Dari segi praktis agama masyarakat Islam Bangkok lebih cenderung kepada aliran salafi. Ramai anak orang Islam dihantar ke luar negara khususnya Arab Saudi terpengaruh dengan idea salafi dan membawa aliran terbabit apabila pulang ke tanah air.
Sukar untuk mengenali orang Islam Bangkok kerana mereka sudah bercampur dengan budaya dan cara hidup Siam. Mereka bercakap bahasa dan menerima budaya Thai.
Namun hal ini tidak berlaku apabila berjumpa di kawasan yang ramai orang Islam kerana ada kalangan mereka yang memakai kopiah dan sesekali memakai pelikat dan bertudung bagi wanita.
Mereka akan mengaku bahawa mereka orang Islam jika berjumpa dengan orang Islam lain dan akan memberi salam. Untuk mengetahui asal usul mereka boleh dilihat kepada keturunan mereka berdasarkan kepada nama.
Selalunya beberapa keturunan menunjukkan mereka berasal dari keluarga Islam antaranya adalah Bunnaq, Malulin, Madakakul dan sebagainya.
Apapun perbezaan yang ada antara orang Islam Bangkok dengan orang Islam di selatan mereka tetap diikatkan dengan persaudaraan Islam seperti yang dituntut oleh agama. Orang Islam Bangkok tetap bersimpati dengan perkembangan politik di selatan. Orang Islam di selatan pula sentiasa mengharapkan simpati dan sokongan untuk mengubah nasib mereka ke arah lebih baik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika wilayah Pattani merdeka sekalipun, bagaimana dgn wilayah lain yg dulunya di bawah Kesultanan Melayu Patani seperti Songkhla, Yala, Narathiwat dan beberapa wilayah ke utara seperti Nakhon Si Thammarat dan Surat ??? ;)
Pattani sekarang ni kecik je, takkan nak gigit jari melihat changwat (wilayah) lain di bawah kekuasaan Siam ???
[ Last edited by Dunhill. at 28-5-2007 08:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
agak agaknya kenapa daerah Padang Besar di Perlis terpecah dua, sebahagian milik Malaysia dan sebahagian milik Thailand???
Di sebelah Thai, dikenali sebagai Tambon (mukim) Padangbesa dan ia hanya mukim sahaja, di dalam daerah Sadao yang terletak di wilayah Songkhla. |
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa org kita kalu ikut qada n qadar tuhan, tak akan bermasalah kat dunia ni. mengaku semua kejadian tu atas kehendak tuhan, tapi dalam masa yg sama memberontak. kalulah terima aja bahawa tu semua berlaku atas kehendak tuhan, bukankah mudah?.. tak perlu berperang dan teruskan hidup seperti biasa, tetapi berjihad dalam erti kata lain, iaitu dari segi Ilmu, ekonomi dan lainnya. perang tidak begitu membawan manfaat kepada semua orang, banyak yang akan sengsara dan bukan sahaja golongan yang diperang oleh kita. zaman sekarang ini, tiada guna lagi berperang secara fizikal dgn membunuh dan sebagainya, tetapi berperang dalam ilmu dan ekonomi. kita semua just fikirkanlah.... perang akan dibalas dengan perang juga, tapi kalu dengan ilmu dan ekonomi, ia tak dapat ditewaskan. just fikir fikirkan lah semua. pilihan ditangan kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
alang2 amik patani..baik amik selatan thailand terus...siam, mati balik hidup tak nak merdekakan patani tuh..mcm kes acheh dan selatan filipina....lagipun yg aku tgk org melayu selatan thailand kat wilayah songkla dia anak emaskan tp di wilayah petani pulak di anak tirikan...sbb situ ader pulau phuket..(tempat lubuk emas thailand)..dan kerajaan thailand menukarkan phuket yg indah dan permai itu menjd pusat pelacuran yg terkenal di dunia...dan yg kesiannya org melayu kat selatan thai nun..telah terikut2 dgn keseronakkan tuh..selain tuh..beribuan dozen org siam dr wilayah utara dipindahkan ke selatan thailand utk menyeimbangkan peratusan bangsa melayu thailand..licik sgt politik thailand nieh..yg salah dalam hal nie, saper lagik kalau bukan british... |
|
|
|
|
|
|
| |
|