CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
sayang_manja This user has been deleted
Post time 24-4-2006 02:33 PM | Show all posts
Kontroversi tidak sekat langkah Siti

Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]

APA jua kontroversi melanda Siti Nurhaliza Tarudin (Siti), 27, dia tetap istimewa di hati peminat.




Malah sejak dikatakan sedang bercinta dengan tokoh korporat yang dikenali sebagai Datuk K tersebar luas, peminat semakin mendekatinya bagi mengetahui isi hati penyanyi kesayangan ramai itu. Namun Siti yang lebih 10 tahun dalam industri hiburan bijak mengawal diri dan setiap persoalan hanya dibalas dengan senyuman manis.

Justeru, tiada apa yang mematahkan langkah Siti dalam dunia seni. Ini terbukti apabila setiap ruang yang disediakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, pada sambutan Minggu Setiausaha yang dijayakannya penuh.

Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality, Kuala Lumpur, Hotel Quality Shah Alam dan Hotel Brisdale Shah Alam itu diadakan dua hari, Rabu dan Khamis. Meskipun persembahan Siti bermula agak lewat iaitu 1.50 petang namun mereka yang berada dalam dewan itu tidak berganjak langsung.

Siti yang mengenakan kemeja-T merah jambu berkilat dan seluar jeans, tampil membuka persembahan dengan perubahan ketara pada fizikalnya yang kelihatan berisi bagai menggambarkan dirinya yang sedang diulit kebahagiaan.

?ebelakangan ini saya sibuk di studio menyiapkan album terbaru dan kurang aktiviti luar serta tidak mengambil banyak undangan menyanyi. Kebanyakan masa saya cuma menghafal lagu, makan dan berehat, sebab itu berisi sedikit.

?erat ideal saya sekitar 46 kilogram dan sekarang bertambah 55 kilogram. Kalau boleh selepas ini saya mahu kurangkan lima kilogram. Album baru saya ini dah siap dan akan berada di pasaran pada 24 April ini namun tarikh pelancaran sebenar belum ditetapkan lagi. Selepas ini saya kembali sibuk dan mungkin boleh kurus sedikit,? katanya.

Album terbaru Siti yang belum berjudul itu akan diedarkan SRC manakala untuk pasaran di Indonesia diuruskan EMI.

Mengenai persembahan pada Minggu Setiausaha, penyanyi berdagu lekuk itu amat terharu kerana mereka yang hadir bukan setakat bos dan setiausaha tetapi peminat setianya.

?aya gembira sekali kerana walaupun persembahan ini diadakan khusus meraikan setiausaha namun ramai juga peminat saya yang bukan dari kalangan bos atau setiausaha datang.

?ereka yang datang bukan saja yang tinggal dan bertugas di Kuala Lumpur tetapi dari jauh seperti Terengganu. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa hadir memberikan sokongan dan merekalah menjadi sumber ilham kepada kerjaya seni saya selama ini,? katanya.

Siti memulakan tirai persembahan dengan lagu medley Sudirman diikuti Debaran Cinta, Bisakah, Nirmala, Bukan Cinta Biasa, medley lagu Indonesia (Teman Tapi Mesra dan Jujur), When U Tell Me (Diana Ross), Intrigue Cinta, Biarlah Rahsia dan Lagu Rindu.

Biarlah Rahsia adalah lagu ciptaan Melly Goeslow dan lirik hasil ilham Siti sendiri.

?agu itu adalah rahsia hati saya sebenarnya. Jika anda hayati liriknya, anda akan tahu perjalanan hidup saya.

?etiap manusia diberi dugaan oleh Yang Maha Esa. Tak kiralah dugaan itu besar atau kecil. Kalau direnungkan kembali, tanpa dugaan tiada nikmat hidup,? katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2006 05:20 PM | Show all posts
WITH LOVE.... (24th April 06)


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini. Semoga anda semua sedang gembira pada hari yang begitu menggembirakan Siti ini, 24 April 2006.

Mengapa Siti gembira?


1) Album Transkripsi telahpun berada di pasaran. Dua tahun menunggu akhirnya album ini siap sepenuhnya.

2) Penerbitan album ini begitu menyeronokkan. Siti beroleh kebebasan untuk berkarya, memberi idea dan dapat bergabung dengan ramai komposer, penulis lirik dan pekerja belakang tabir yang sungguh dedikasi.

3) Gembira kerana album Siti ini begitu dirindui dan dinanti-nantikan. Rasanya tidak pernah situasi ini dirasai tetapi mungkin bahangnya lebih terasa kerana penantian Transkripsi ini terlalu lama.

4) Dapat melahirkan ekspresi diri dalam album ini di samping berpuas hati dengan lagu-lagu dan susunan muziknya.

5) Album terbitan syarikat sendiri, tentu rasanya berbeza dan banyak yang dipelajari serta amat berpuas hati.

6) Mendapat sokongan yang begitu padu daripada peminat, sejak setahun lalu asyik bertanyakan album ini dan terasa bahawa Transkripsi ini bakal dihargai.

7) Dapat mencipta dua buah lagu dalam album ini, percubaan pertama kerana sebelum ini tidak berani dan tidak mempunyai keyakinan diri.

8) Bekerja dengan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia merupakan satu usaha untuk mendekatkan hubungan yang sedia ada dalam sosio-budaya.

9) Dapat memperdengarkan dalam 'hidden track' demo asal untuk lagu hati Berbisik dan Intrig Cinta yang Siti rakamkan dalam telefon bimbit Siti. (Sebelum kedua-dua lagu tersebut ada dimuatkan demo lagu ini dalam kaset dan cd.)

10) Segala usaha, pengorbanan, masa, tenaga yang dicurahkan dapat menghasilkan sesuatu untuk anda semua.

11) Angka 11 yang manis... album kesebelas, 11 tahun dalam industri dan T.R.A.N.S.K.R.I.P.S.I juga mempunyai 11 huruf yang bererti.

Semoga anda semua akan mendapatkan Transkripsi yang asli. Hanya itu pesan Siti dari dulu hingga kini. Dapatkan yang asli.

Salam Mesra dan selamat mendengar album Siti...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.

Siti Nurhaliza
24hb April 2006 : 4pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 05:21 PM | Show all posts
Poster dia cantik gilerrr..... :love: :love: :love:
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 24-4-2006 09:34 PM | Show all posts
SITI NURHALIZA TARUDIN is a figure that needs no introduction to the music industry of the Malay archipelagos. Her career has been paved with bold, creative achievements, and highlighted by series of firsts. From humble beginnings in a rural hometown, Kuala Lipis she has started her singing career from the tender age of 6 by singing a traditional number ?irih Pinang? for her colleagues at the end-of-the-year event of her nursery years. At the age of 12, she became a champion in ?yanyian Bulan Kemerdekaan? held in conjunction with Lipis Carnival rendering "Bahtera Merdeka".

Though singing to her is simply following her family's formidable footsteps, her real talent was only unveiled when she became the champion of Pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI), organized by Radio Television of Malaysia (RTM) in 1995. The then teenage Siti Nurhaliza lunged, unassisted and without encouragement, into show business. She was relatively unknown to the general public, yet had already generated a detectable industry buzz ? and the streak of recognition had only just begun. Her eponymous debut album produced by a local recording company - Suria Records Sdn. Bhd. (SRC) in 1995, became the first of the string of Number One albums. She was just 16. Since then, the Malaysian music goers grew up surrounded by the mystique of Siti Nurhaliza. The beautiful gift she possessed - her ethereal voice and talent ? has touched the inner feelings of every people. Her agile voice just appeared to pour out of her effortlessly. Her grace and beauty had motivated legions of audiences. You can hear the growth and poise that she governed as she matures from a coltish, fresh-faced ing?ue to a self-assured figure.

Virtually, every aspect of Siti Nurhaliza is a record setting. Years of development and persistence had molded this courageous person to discover that nothing is impossible in matters of the heart and mind. Indeed, this young lady that was born on January 11, 1979, had earned all the accolades from the industry by immeasurable deeds and hard works. Through out the past decade, she astounded the entire local music industry and the public with series of accomplishments. She had explored the soul, depth, and range of being an artist. Hitherto, she has shown the enormity of her range, depth, soul, and power to govern her very own persona in a new, more dramatic way. The growth accelerates, and the intensity went up a notch or two as Siti Nurhaliza made forays into the jittery push and pull of 'world music' rhythms in her upcoming album. No doubt, the new album will summon to the end product ? a burnish shiny vocal surfaces of this young diva "Siti Nurhaliza". Today, all of her immeasurable efforts and hard works for the local music industry had assured her a permanent recognition in the coveted "The Malaysia Book of Records" published in 2002. She was admired and envied by friends and foes equally. She is a singer that capable of combining the fiery voice of Celine Dion with the stunning elegance and the beauty of lyric phrasing of the Saloma ? a local Malay legend in performing arts.

Despite being at the peak of her career, Siti Nurhaliza placed great emphasis on explorations of pressing social issues. Just recently, being a true renaissance lady, she became more dedicated in contributing her life and her art to the humanities as reflected through her fund raising campaign for the needy people by launching her very own - "Tabung Prihatin Siti Nurhaliza". This recent honors reflecting the range of her involvement in charitable and social causes. In fact, this latest effort in assisting needy people is nothing new to her. She had continuously contributing and giving her best for the betterment of the nation by officially becoming The Goodwill Ambassadress of The Red Crescent Society and The Ambassadress of JUSCO's With All Our Hearts Fund. Apart being too much attached to the industry, Siti Nurhaliza did not to abandon the well being of her family. Beginning from the setting up of her own company Siti Nurhaliza Productions (SNP), today she owned two more subsidiaries - Siti Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. and Siti Nurhaliza Marketing Sdn. Bhd.

To date, Siti Nurhaliza is a template, a touchstone, and a hallmark of the regional industry. This fourth daughter of seven siblings has garnered more than a hundred awards from her nine solo pop and traditional albums. Blessed with great voice, she crossed all barriers with lists of electrifying series of hits of ballads, pops, R & Bs, as well as traditional genres. Thus far, she had also produced compilations, a few incredible duets, becoming guest artist, singing numerous theme songs for telemovies, motion pictures, advertisement jingles, along with a number of public services announcements' theme songs. The industry had truly discovered Siti Nurhaliza.

Being an icon Siti Nurhaliza perfectly understood that the first casualty of fame is her very own privacy. Fortunately, she is virtually blessed with reporter friends and fans that consistently ameliorating and reminding her to possess a true star quality. The glitters of glamour may fade as time goes by, but the genuine quality of talent of such huge magnitude surpasses the test of time. Thus, throughout a decade of her career, she had never denied the importance of supports and prayers of her family and fans. They are her great teachers and they live and dance invisibly in the margins of her work.

Despite of her juggernauts rolling at momentous rate, Siti Nurhaliza chose to set her pace accordingly. She understands perfectly well that she is facing an age where everybody seems in the agreement with the notion that moving faster is the best approach in managing affairs. In this regard, Siti Nurhaliza prefers not to relinquish her principles and the industry's by watching closely before taking any action as her primary policy. To her, moving too fast without having time to pause for a thought is simply behaving like moths being drawn to a burning flame. She sets out to solidify her career by growing and fortifying herself as an artist, executive, philanthropist, live performer and businesswoman one step at a time. After a decade of patience and perseverance, Siti Nurhaliza has secured her place in the regional musical pantheon. There's no one who can typecast her and put her into any rigid formula. Indeed, Siti Nurhaliza have fought gallantly for the local music arena - worthy of recognition in the archive of performing arts geniuses!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 08:16 AM | Show all posts
oih....rajin ko menaip sesatu balik erk ruffly....baguihler.....bolehler org2 yg kempunan cam SM tu bacer pena siti ni ek? kes kes ...mesti dier kempunan lamer tak baca soratkhabo mesia psl ct :nyorok: [font]

[ Last edited by  raeshad at 25-4-2006 12:19 AM ]
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 25-4-2006 10:49 AM | Show all posts
?irik lagu ada kena-mengena dengan Siti?
Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Serimah Mohd Sallehuddin



?AN kisahku yang masih panjang, menambahkan berat yang memandang. Lantas ku pendam, ku putuskan, biarlahlah rahsia...? Masih terngiang-ngiang di telinga, suara gemersik Siti Nurhaliza kala mengalunkan lirik lagu itu sewaktu menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha anjuran Quality Hotel Kuala Lumpur, Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel, Rabu lalu.


  


Menghayati setiap bait lirik lagu itu, ternyata ada cerita yang ingin disampaikan Siti menerusi lagu ciptaan komposer Indonesia Melly Goeslaw itu. Malah, perkara itu tidak mustahil kerana lirik lagu itu adalah hasil nukilan Siti sendiri.

Barangkali tidak keterlaluan andai dikatakan lirik lagu yang berjudul Biarlah Rahsia itu adalah sebuah kisah benar mengenai diri Siti berdasarkan situasi yang melanda penyanyi itu ketika ini.

?irik lagu itu memang ada kena mengena dengan Siti,? demikian pengakuan Siti ketika sidang media selepas persembahannya itu. Ia secara tidak langsung mendedahkan sedikit rahsia yang selama ini sukar dihidu media.

Sudah menjadi adat wartawan, selagi tidak mendapat kepastian selagi itulah soalan demi soalan diajukan kepada Siti sehingga terdengar keluhan dari bibir mungil penyanyi ini.

?iti memahami tugas anda tapi apabila ada yang cuba mengorek sedikit demi sedikit, Siti rasa tak sedaplah. Sabarlah, tunggu sikit saja lagi,? kata Siti yang turut menafikan akan berkahwin pada tanggal 26.06.06 sambil melemparkan senyuman cukup bermakna.

Malah ketika ditanya adakah cincin bertatahkan berlian yang tersarung di jari manis kanannya pemberian seseorang yang cukup istimewa, Siti pantas menyorokkan jarinya ke belakang apabila menyedari kamera sebuah stesen televisyen menghala ke jarinya.

Ternyata pengalaman banyak mematangkan penyanyi berusia 27 tahun ini apabila dia tetap bersikap tenang walaupun berhadapan dengan soalan ?erani mati? dari pihak media.

Contohnya, ketika diminta komennya mengenai ada pihak mendakwa Datuk K sudah mengesahkan bahawa dia dan Siti mempunyai hubungan istimewa dan sudah merancang untuk berkahwin tidak lama lagi, jelas Siti dia tidak kisah sekiranya perkara itu benar.

?aya tidak marah dengan pengakuan Datuk K itu kerana masing-masing berhak dan mempunyai input sendiri untuk bercakap. Tapi, jangan paksa saya untuk membuat kenyataan kerana saya belum bersedia,? jelas Siti.

Bagaimanapun, apabila isu mengenai hubungannya dengan seorang jurutera yang didakwa abang angkatnya ditimbulkan, Siti dengan pantas menafikannya sambil mengakui dia langsung tidak mengenali pemuda itu tidak seperti soalan mengenai Datuk K yang sehingga kini dibiarkan tanpa sebarang kepastian. Biarlah rahsia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-4-2006 12:03 PM | Show all posts
Album ke-11 penuh makna
27-04-2006 11:08:05 AM
Zieman  
mstar.com.my





"Angka 11 begitu manis buat Siti," kata Siti Nurhaliza mengenai Transkripsi
(The Star)

Angka 11 membawa kenangan yang cukup manis bagi penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza. Ianya menjadi lebih manis apabila albumnya yang terbaru "Transkripsi" juga adalah album ke 11 bagi Siti.

"Angka 11 begitu manis buat Siti. Kebetulan ini adalah album kesebelas dan Siti sudah berada 11 tahun dalam industri ini dan T.R.A.N.S.K.R.I.P.S.I juga mempunyai 11 huruf yang bererti," ujar Siti yang juga dilahirkan pada 11 Januari 1979.

Mungkin ramai yang tertanya apakah simboliknya setiap huruf di dalam perkataan Transkripsi yang membawa makna tersendiri.

Album TRANSKRIPSI cukup istimewa
Transkripsi yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat Siti ini telah mula berada di pasaran sejak awal minggu ini. Menurut Siti, album ini mengambil masa yang cukup lama untuk dihasilkan.

"Setelah dua tahun menunggu, barulah album ini siap sepenuhnya," kata penyanyi yang bertambah jelita saban hari.

Penantian dua tahun cukup mendebarkan kerana selama itu juga dia terpaksa mengharungi berbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan peribadi dan juga kariernya.

"Penerbitan album ini cukup menyeronokkan. Siti benar-benar dapat merasakan kebebasan berkarya, memberi idea dan mendapat peluang bergabung dengan ramai komposer, penulis lirik dan pekerja belakang tabir yang sungguh dedikasi," ujar penyanyi yang berusia 27 tahun ini.




"Terlalu banyak perbezaannya dan begitu banyak yang dipelajari. Proses pembelajaran ini yang memberi kepuasan kepada diri Siti
kata Siti Nurhaliza
(The Star)

Kegembiraan Siti bertambah lagi kerana inilah satu-satunya album yang begitu dirindui dan dinanti-nantikan.

"Siti tidak pernah merasa situasi begini sebelum ini. Mungkin bahangnya lebih terasa kerana penantian Transkripsi ini terlalu lama," kata Siti yang mengaku melahirkan ekspresi diri sepenuhnya di dalam album ini.

Siti amat berpuas hati dengan lagu-lagu dan susunan muziknya. Transkripsi juga merupakan kali pertama syarikatnya Siti Nurhaliza Production (SNP) menerbitkan album sendiri. Sebelum ini, kesemua album Siti diterbitkan oleh SRC Records.

"Terlalu banyak perbezaannya dan begitu banyak yang dipelajari. Proses pembelajaran ini yang memberi kepuasan kepada diri Siti," katanya lagi.

Walaupun Siti terpaksa memerap album ini selama 2 tahun tetapi tindakannya mendapat sokongan yang begitu padu daripada peminat. Sejak setahun lalu peminat Siti asyik bertanyakan album ini. Ini membuat Siti teruja dan terasa bahawa Transkripsi ini bakal dihargai.

Buat kali pertama, Siti telah berjaya mencipta dua buah lagu dalam album ini. Ini adalah  percubaan pertama kerana sebelum ini Siti tidak berani dan mempunyai keyakinan diri untuk berbuat demikian.
Seperti albumnya yang lalu, Siti bekerja dengan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia. Menurut Siti, ianya merupakan satu usaha untuk mendekatkan hubungan yang sedia ada dalam sosio-budaya kedua-dua buah negara.

Kenapa TRANSKRIPSI?
"TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati," ujar Siti.

Bagi Siti, segala ekspresi yang terlahir ini adalah satu perkongsian rasa kita semua.
Dia cuba sedayanya untuk menerangkan satu persatu perasaan yang pernah dirasanya selama ini. Perasaan yang silih berganti di dalam menempuh perjalanan seninya selama 11 tahun ini.
Begitu puitis sekali Siti menyusun ayat di dalam website Sitizone.com.my.

"Sipu yang manis, rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris. Ataupun rasa bahagia yang bertandang, duka yang panjang, kecewa yang mengundang jua rindu waktu bayang menghilang. Ia juga menjadi sakit yang tak nampak deritanya atau bangga yang tak diungkap sedalamnya. Perasaan menjadi pancaindera, peka pada segala, mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata," katanya penuh bermadah.
   
Setiap lagu istimewa
Mulai dari Hati Berbisik sehinggalah ke Biarlah Rahsia, semua lagu dalam album Siti membawa maksud yang tersirat.
"Siti rasa bahagia sangat di atas kehadiran peminat yang terus menyokong karier Siti selama ini. Lagu Hati Berbisik ditujukan khas untuk mereka ini," kata Siti.

Siti Situ Sana Sini pula menceritakan perjuangan seninya yang penuh warna warni selama 11 tahun. Segala yang ditempuh tidak pernah membuat Siti berasa jauh hati kerana kata Siti, dia bukannya manusia pendendam. Semuanya jelas di dalam lirik lagu berikutnya Tanpa Dendam Di Hati.

Di dalam lagu Bisakah, Siti bertanya kepada diri sendiri mampukah dia mengharungi segala cabaran dan dugaan yang menuntut seribu ketabahan.

Bukannya satu teka-teki lagi siapa di hati Siti. Yang pasti hatinya sudah dimilikki dan kesemua lagunya di dalam album ini seakan satu pengakuan. Lagu Pastikan membayangkan dilema seorang gadis pingitan yang cuba menenangkan perasaannya yang berdepan dengan konflik diri dan permasalahan dengan orang tersayang. Tidak mungkin Siti akan menceritakan segala konflik diri yang dialaminya kerana Siti lebih suka berahsia. Maka lahirlah lagu yang bertajuk Biarlah Rahsia.

Dua lagu yang akan memberi kepastian samada Siti benar-benar dilamun cinta terkandung didalam Intrig Cinta dan Destinasi Cinta.

Siti amat selesa berteka-teki tentang "orang istimewa" yang berada di dalam hidupnya di saat ini. Hayatilah lagu Hidup Penuh Bicara, Bila Harus Memilih (seorang gadis yang didalam dilema),  Rupanya Kita Serupa, Cuba Untuk Mengerti dan Impiankan Nyata untuk mencari jawapannya.

[ Last edited by  sayang_manja at 27-4-2006 12:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 07:53 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza wows Girls Friday

By DEBBIE CHAN
Photos By LAI VOON LOONG

[email protected]

Siti Nurhaliza wowing the crowd with her powerful vocals and interactive performance.
IT WAS a classy affair with a spectacular performance by Siti Nurhaliza when Quality Hotel hosted the Secretaries Week Extravaganza at the Sime Darby Convention Centre on Thursday.  

The lunch was graced by Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, wife of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, and celebrities including Ziana Zain and Mahadzir Lokman.  

The secretaries

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 28-4-2006 03:06 PM | Show all posts
Air mata Ziana buat Siti

Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
28/04/06



PELBAGAI halangan dan rintangan dilalui penyanyi Ziana Zain sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, menjadikan dirinya begitu sensitif apabila mengenangkan jalan yang sama turut dilalui rakan artis lain.




Itulah dialami Ziana apabila tidak dapat menahan sebak ketika menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, baru-baru ini. Dalam persembahan hari kedua Siti itu, Ziana dan Siti mengejutkan penonton apabila tidak dapat menahan sebak.

Ziana juga tidak dapat mengingati lirik lagu popularnya, Kemelut Di Muara Kasih ketika Siti mengajaknya berduet ketika turun pentas menemuinya.

Katanya, dia teringat ketika mula-mula melihat Siti menyanyi di Juara Lagu bersamanya pada 1996 dan kini Siti terus bertahan menjadi penyanyi popular tanah air.

?asa itu dia masih muda, baru 17 tahun. Kini dia sudah besar panjang. Saya juga menganggap Siti seperti adik sendiri. Tiba-tiba saya terkenang pahit manis yang saya lalui sepanjang menjadi penyanyi.

?emang banyak halangan dan rintangan yang saya lalui. Begitu juga susah senang sepanjang menjadi penyanyi. Apabila melihat Siti menyanyi, saya dapat rasakan rintangan yang sama dilalui Siti.

?i hadapan orang, tersenyum dan gembira tapi dalam hati hanya diri sendiri yang tahu. Insan seni juga banyak memendam rasa. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan gosip. Puas kita memberi penjelasan mengatakan tidak tapi orang tetap mengatakan ya.

?pa yang mampu dilakukan tentunya menangis seorang diri melepaskan tekanan perasaan. Kita perlu tabah. Itulah sebabnya saya sebak tiba-tiba apabila Siti turun pentas datang kepada saya,? katanya ketika dihubungi.

Ziana mengakui air matanya mengalir secara tiba-tiba mungkin kerana sebelum itu dia melayan perasaannya mengenangkan liku-liku dilalui sepanjang menjadi artis.

Bagaimanapun Ziana yang mula dikenali melalui lagu Madah Berhelah awal 90-an, menafikan hubungannya amat rapat dengan Siti hingga menjadikan dirinya tempat mengadu masalah peribadi Siti.

?ukan begitu, kerana saya bukanlah orang yang suka ambil tahu masalah orang lain. Apabila berjumpa, kami sekadar bertanya khabar dan tidak lupa kata nasihat agar dia tabah melalui suka duka menjadi artis. Itu saja.

?aya juga melihat Siti sebagai budak baik. Malah saya anggap dia macam adik sendiri. Saya berharap Siti terus tabah melalui segala dugaan ini.

?udah lama juga saya tidak berjumpa Siti. Kali terakhir ketika menjalani rakaman program raya terbitan syarikat Siti, tahun lalu,? katanya.

Kata Ziana, tahun ini dia gembira kerana berpeluang menyaksikan persembahan artis sempena Minggu Setiausaha. Katanya, dia tidak akan melepaskan peluang untuk hadir kalau masa mengizinkan.

?udah tentu saya suka menyaksikan persembahan penyanyi lain. Tahun ini saya tidak menjayakan persembahan Minggu Setiausaha tapi saya datang menyaksikan rakan seperjuangan menyanyi.

?api hanya dua persembahan saja iaitu ketika Anuar Zain pada 12 April. Saya datang bersama suami kemudian persembahan Siti. Kali ini saya datang bersama pengurus, Lisa Aryanty. Bagaimanapun saya tidak dapat memenuhi undangan lain kerana bertembung dengan jadual saya.

?ahun lalu saya juga berpeluang menyaksikan persembahan Sheila Majid. Bagi saya ini tanda sokongan saya kepada rakan seperjuangan,? katanya yang kini sibuk dengan rakaman album barunya.

Sementara itu Siti berkata, dia sebak dan gagal mengawal perasaannya apabila melihat Ziana mula menangis.

?ami punya latar belakang yang sama kerana sama-sama anak polis. Ziana juga selalu memberi pesanan mengenai banyak perkara kepada saya setiap kali berjumpa.

?pabila melihat Ziana datang menyaksikan persembahan saya, sokongannya membuatkan saya terharu. Dulu masa belum jadi penyanyi, saya selalu menyanyikan lagu Ziana. Sekarang apabila jadi penyanyi, Ziana datang menyaksikan persembahan saya. Sudah tentu saya terharu dengan sokongannya itu,? katanya.

Persembahan Siti sempena Minggu Setiausaha yang dianjurkan Hotel Quality Kuala Lumpur itu diadakan selama dua hari. Persembahan hari kedua turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Zaharah Kechik.

Selain Ziana, rakan artis lain yang hadir ialah Mahathir Lokman dan Datuk Shah Reza. Siti juga mengundang Mahathir yang menjadi guru bahasa Inggerisnya sebagai persediaan menjayakan konsert di Royal Albert Hall di London, tahun lalu, menyanyi bersamanya. Mereka berduet menerusi lagu Mandarin.

Siti memulakan persembahan dengan lagu medley Sudirman seperti Aku Penganggur dan Punch Card diikuti lagu popularnya seperti Bukan Cinta Biasa, Nirmala, Debaran Cinta, Kaulah Kekasihku, Seindah Biasa dan Lagu Rindu. Siti juga menyanyikan dua lagu daripada album barunya, Transkripsi yang berada di pasaran pada Selasa lalu iaitu Intrik Cinta dan Biarlah Rahsia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2006 09:02 PM | Show all posts
ruff nak mintak maaf bebanyak sbb mungkin lewat sedikit Pena Siti kali ni sbb ruff balik kampung...:hug: :nyorok: :tq:
Reply

Use magic Report

Fiz@h This user has been deleted
Post time 29-4-2006 12:53 AM | Show all posts
oh okay.. takpe

selamat jalan. selamat pergi. selamat balik.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-4-2006 02:15 PM | Show all posts
Kahwin: Siti minta semua orang bersabar
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN
utusan
29/04


KUALA LUMPUR 28 April - ``Semua orang pun nak kahwin, tapi boleh tak semua orang bersabar sebagaimana Siti bersabar?''

Demikian luahan Siti Nurhaliza Taruddin (kiri) , 27, apabila diajukan lagi soalan mengenai perkahwinannya dengan Datuk Khalid Muhamad Jiwa yang lebih dikenali sebagai Datuk K.

Khabar terbaru mengatakan Siti akan melangsungkan cadangan perkahwinannya sebelum Ogos ini sebaik sahaja beberapa perkara dapat diselesaikan.

Malah Siti Nurhaliza meminta agar semua pihak menanti sahaja pengumuman tentang perkahwinannya.

``Nak tahu... tunggu masa yang sesuai. Ini semua di tangan Tuhan,'' katanya ketika ditemui pada Ekspo Hari Harta Intelek di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Siti Nurhaliza juga mengakui belum membuat sebarang persiapan bagi majlis perkahwinannya seperti yang digembar-gemburkan.

``Siti sendiri pun masih belum menentukan di mana majlis persandingan itu akan diadakan. Mungkin di Pahang atau Kuala Lumpur. Malah baju kahwin pun belum ada.

``Siti minta maaf banyak-banyak, Siti pun tak nak bagi ulasan. Dah banyak yang Siti komen tetapi orang tetap akan cakap tentang perkahwinan,'' tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 05:36 PM | Show all posts
Ministry gets pat on the back from Siti for anti-piracy blitz
By JOHN TIONG
April 29

KUALA LUMPUR: Siti Nurhaliza yesterday praised the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs for taking stern action against those who pirate the works of recording artistes.

The Ministry on April 20 took to court three directors of Empayar Canggih Sdn Bhd for pirating Siti抯 Siti Nurhaliza in Concert

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2006 05:03 PM | Show all posts
Siti nafi buat persiapan kahwin
Oleh Zainuri Misfar

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin mengesahkan akan berkahwin tahun ini dan tarikhnya akan diumumkan apabila tiba masa sesuai.

揝emua orang nak kahwin. Saya minta semua pihak bersabar. Berilah Siti masa. Siti tetap kahwin. Tunggulah masa yang sesuai untuk Siti umumkan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2006 05:06 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza, Jac ungguli malam AIM13
Oleh Zul Husni Abdul Hamid dan Farihad Shalla Mahmud

KUALA LUMPUR: Kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-13 menyaksikan penguasaan bintang program realiti Malaysian Idol, Jaclyn Victor atau Jac apabila meraih empat kemenangan termasuk Album Terbaik pada acara yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Jac yang menerima tujuh pencalonan dalam enam kategori menerusi album sulungnya, Gemilang membawa pulang trofi Artis Baru Terbaik dan Album Pop Terbaik selain Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi kemenangan pengubahnya, Ramli MS

Bagaimanapun, untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Jac tewas di tangan Siti Nurhaliza yang mempertahankan trofi itu buat kali kelapan berturut-turut.

Raihan mempertahankan trofi Album Nasyid Terbaik menerusi album Ameen dan buat kali ketiga diiktiraf sebagai penerima Anugerah Kembara.

AIM13 turut membuat beberapa kejutan apabila Lagu Terbaik dimenangi Warkah Buat Laila nyanyian Zahid. Shanon pula mengejutkan apabila memenangi trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) menewaskan nama popular seperti Jamal Abdilah dan Hazami.

sumber: berita harian online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2006 05:13 PM | Show all posts
Biarlah Rahsia gamit teka-teki
Oleh ABIE ABDULLAH

TRANSKRIPSI bagaikan membaluti apa yang dirasa gadis ini. Bukan sedikit gelora bergelombang di jiwanya, namun tenang saja dia berdepan. Hanya Tuhan yang tahu perasaan suka dukanya.

Bak kata Siti Nurhaliza Taruddin pada sisipan kulit album terbarunya, Transkripsi adalah himpunan perasaan atau rasa yang menyala dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi.

Cantik madah diatur, secantik bahasa yang diilhamkan sendiri untuk lagu Biarlah Rahsia. Sejak pertama kali dinyanyikan di Anugerah Planet Muzik di Singapura, Mac lalu, lagu ciptaan Melly Goeslow ini menjadi antara bualan.

Bualan yang diekori cerita panasnya dengan seseorang. Seperti kata Siti, biarlah rahsianya buat seketika kerana banyak lagi yang harus difikirkan. Baik kerjaya, album mahupun perasaan manusia yang terbabit.

Pengalaman lebih 10 tahun menjadi anak seni dan berdepan media cukup mendewasakan kelahiran Kampung Awah, Kuala Lipis ini. Dugaan datang silih berganti, lalu diungkapkan rasa itu di dalam Biarlah Rahsia.

Pancing perhatian

Biarpun bukan pertama kali membuat nukilan lirik, namun Biarlah Rahsia nampaknya memancing perhatian ramai.

揫i]Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku, membayangkan pahit manis berlalu, entah siapa yang tahu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2006 02:41 AM | Show all posts
Siti Nurhaliza menang lagi
SELAIN keputusan dua kategori yang menjadi kontroversi, kategori-kategori lain yang dipertandingkan dalam AIM13 dilihat tidak banyak menimbulkan kejutan.

Siti Nurhaliza yang mengekalkan rekod lapan tahun berturut-turut mengungguli kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) sejak tahun 1999. Itu memang sudah dijangka.

Vokal penyanyi berusia 27 tahun itu dilihat masih utuh biarpun cuma bersandarkan albumnya yang dirakamkan daripada konsertnya di Royal Albert Hall, London pada April tahun lalu.

Menurut Siti Nurhaliza, kemenangan itu adalah pencapaiannya yang terbaik sejak bertanding dalam AIM kira-kira 13 tahun lalu.

?emenangan ini menjadi suntikan semangat kepada Siti untuk terus komited dalam bidang nyanyian. Selagi menghasilkan album dan layak untuk dipertandingkan, Siti akan terus bertanding.

?oal berapa lama Siti mampu mempertahankan anugerah ini terpulanglah kepada rezeki,? katanya ketika ditemui selepas AIM13 berakhir.

Begitu juga dengan Raihan yang meneruskan penguasaannya apabila memenangi kategori Album Nasyid Terbaik menerusi album Ameen.

Sebelum ini Raihan pernah mengungguli kategori itu sebanyak lima kali iaitu menerusi album Puji-Pujian (1998), Syukur (1999), Senyum (2000), Gema Alam (2004) dan Allahu (2005).

Penguasaan Raihan dalam lagu-lagu nasyid tempatan terserlah apabila mereka dipilih menerima Anugerah Kembara buat kali yang ketiga.

Pada tahun 1998 dan 2001, Raihan pernah menerima anugerah khas itu kerana sumbangan kumpulan itu

dalam memartabatkan irama nasyid tempatan hingga ke peringkat antarabangsa.

Di sebalik kejutan keputusan dan kemeriahan artis melaram dengan fesyen pakaian, perjalanan anugerah AIM13 pada malam itu meleret-leret.

Perkara itu dapat dilihat daripada gaya pengacara utamanya iaitu Afdlin Shauki dan Bob Lokman mengendalikan acara tersebut.

Dua pengacara AIM13 itu dilihat meleret-leret dan banyak membuang waktu semasa memperkenalkan barisan pemuzik latar persembahan malam itu.

Untuk tujuan itu, Afdlin dan Bob juga merapu dengan dialog dan lirik lagu yang dilontarkan secara spontan sambil diiringi muzik para pemuzik terbabit.

Bagaimanapun, persembahan Jason Lo yang membawa mesej tentang kemanusiaan dan perpaduan dengan lagu-lagu rock alternatifnya mendapat tepukan gemuruh para penonton.

Persembahan Waheeda bersama kumpulan Brothers dan Akbar juga tidak menghampakan apabila mereka tampil dengan gaya eksperimen muzik yang terkini.

Penyanyi bertudung itu memulakan persembahan dengan frasa lagu-lagu berkonsepkan world music sambil disulami dengan alunan irama hip hop.

Selain itu, AIM13 turut menampilkan persembahan artis-artis seperti VE, Siti Nurhaliza, Hazami, Adibah Noor, Elyana, Ridzuan, Jamal Abdillah, Shanon, Dayang Nurfaizah, Ahli Fiqir, Jaclyn Victor dan Dina.

Senarai pemenang AIM13

- Album Terbaik - Gemilang (Jaclyn Victor)

- Lagu Terbaik - Warkah Buat Laila (Zahid)

- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London (Siti Nurhaliza)

- Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) - Dilanda Cinta (Shanon)

- Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album - For You (VE)

- Album Pop Terbaik - Gemilang (Jaclyn Victor)

- Album Pop Rock Terbaik - Santai (Awie)

- Album Hard Rock Terbaik - Live & Unplugged At Planet ?05 (MAY)

- Album Nasyid Terbaik - Ameen (Raihan)

- Album Inggeris Terbaik - Rebirth Into Reality (Too Phat)

- Album Indonesia Terbaik - Padi (Padi)

- Video Muzik Terbaik - Sleepy Head (Lo)

- Artis Harapan - Ridzuan

- Artis Baru Terbaik - Jaclyn Victor

- Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik - Deja Voodoo Spells

- Rakaman Album Terbaik - Kasih (Dayang Nurfaizah)

- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Gemilang (Jaclyn Victor)

- Kulit Album Terbaik - Rebirth Into Reality (Too Phat)

- Anugerah Wirama - S. Atan

- Anugerah Kembara - Raihan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 03:30 AM | Show all posts

Reply #23 raeshad's post

hahaha..tau tak pe...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 05:35 AM | Show all posts

Reply #26 sayang_mulut's post


he he
                                                       
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 09:07 AM | Show all posts
Saya restui pilihan Siti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059273 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list