CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kembar tertukar di hospital KB 20 tahun lepas bertemu semula. Ringkasan #20. JKN

[Copy link]
 Author| Post time 27-6-2021 06:25 PM | Show all posts
JKNK siasat kes bayi tertukar 20 tahun lalu
Oleh Hidayatidayu Razali - Jun 27, 2021 @ 6:13pm

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) membuat siasatan dakwaan kes bayi tertukar yang dikatakan berlaku 20 tahun lalu dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata pihaknya akan menyiasat tiga bayi berkenaan sama ada mereka dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Setakat ini, pihaknya hanya mendapat maklumat bahawa tiga bayi termasuk pasangan kembar itu dilahirkan di sebuah hospital di Kota Bharu sahaja.

"Kita akan membuat siasatan berhubung kesahihah kes itu (kelahiran mereka). Pihak kita juga akan mendapatkan maklumat daripada keluarga secara terperinci," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Zaini mengulas laporan dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu.

Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, 'kembarnya' Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali, berkata pihaknya akan membuat siasatan kejadian itu.

Katanya, jika dilahirkan di HRPZ II, pihaknya akan mencari rekod kelahiran mereka kerana hospital akan menyimpan fail kelahiran dalam tempoh 21 tahun.

"Kebiasaannya, rekod kelahiran akan disimpan hospital selama 21 tahun. Kita akan mencari rekod mereka yang dahulunya dibuat secara manual," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Girl yg tgh ni mcm muka pelakon la..
Farisya irwayu ka apa nma dia

Btw.. semoga family ni ttp layan yg tgh tu mcm keluarga kandung.. jgn sisihkan dia.. msa ni kna betui2 bg moral support.. dh la parent kandung dh meninggal.. tah arwah bpa dia meninggal sbb ssh hati ka mna tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 27-6-2021 12:07 PM
Ringkasan kes

Keluarga 1 (keluarga kandung)

kesiannya.. yg family second tu.. both parents dah meninggal.. tak sempat kenal ank & parents sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-6-2021 04:14 PM
Tu lah. ..kesian pula untuk anak yg tu...sedih betul baca. ...


teringat dulu ada drama minah meenachi...2 baby girl tertukar ms lahir dulu antara family melayu dan family indian.kavita kaur dan vanidah imran belakon.
kalo sinetron lak, Anakku bukan anakmu..cam biasa la kan..beratus2 episod dgn kamera zoom in zoom out
pastu opkozz bila dah tahu realiti, muka terkejut,kamera zoom in zoom out

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-6-2021 06:44 PM
teringat dulu ada drama minah meenachi...2 baby girl tertukar ms lahir dulu antara family melayu ...

Hahaha...filem apa tu...teringin nak tengokkk. ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-6-2021 06:46 PM
Hahaha...filem apa tu...teringin nak tengokkk. ..

kalo film Tamil pun ada..Thadam
kisah 2 lelaki look alike...both x pernah bertemu dan mmg terpisah sejak lahir......sorang ni jahat..pi rompak rumah org pastu bunuh2 lagi
so polis lak pi tgkp saspek (another twin yg baik)
tp smpi ke sudah polis x dpt buktikan saspek ni bersalah sbb cap jari lain2 ya walaupun org tu twins
pastu ujung2 baru tau depa kembar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada drama purba dulu, satu pasangan yang berharta dapàt anak hitam legam, disebabkan malu disuruh orang buang anak dihutan, sampai dikawasan hutan singgah sebentar disebuah pondok buruk pasangan miskin yang baru mendapat anak yang comel, bila kedua pasangan Itu kedapur, anak yang comel dicuri dan diganti dengan anak yang hitam legam..masa berlalu anak yang comel membesar jadi Pendekar yang jahat, yang hitam legam jadi baik..yang hitam legam tu Ebby Yus
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-6-2021 06:55 PM
kalo film Tamil pun ada..Thadam
kisah 2 lelaki look alike...both x pernah bertemu dan mmg terpisa ...

Yg vanidah dan kavita tu apa tajuknya. .hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-6-2021 07:01 PM
Yg vanidah dan kavita tu apa tajuknya. .hehe

tu drama minah meenachi or mina minachi
x ingat the correct spelling
tp tayang kt tv3 dolu2

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 07:37 PM | Show all posts
Dh mcm kisah dlm series plak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-6-2021 07:03 PM
tu drama minah meenachi or mina minachi
x ingat the correct spelling
tp tayang kt tv3 dolu2

Ok...tq...nk cuba cari
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 27-6-2021 01:32 PM
Mmg patut kena saman spital ni, cer slh sorang dpt family hauk, hari2 kna dera, bapak taik judi  m ...

Skrip drama ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira macam citer Autumn in My Heart kan. Arrr dia ada abang kacak tak... Bley kawen dgn yg xde mak tu., oh to dh jd susuan.. Tak bley la.. Ala dah macam citer Stairways iN Heaven plak.


Anyway.... Mujur mak ayah yg sorang lagi dah meninggal.. Ardiyana bley terus tinggal dgn keluarga angkat ni tanpa ragu2 dah...

Kuat kan semangat ya dik.. Segala yang berlaki itu pasti ada hikmahnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 27-6-2021 12:07 PM
Ringkasan kes

Keluarga 1 (keluarga kandung)

maknanya yg tengah tu
sebenarnya  tak da kembar la kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
guesswho09 replied at 27-6-2021 08:14 PM
maknanya yg tengah tu
sebenarnya  tak da kembar la kan

Ye. Depa tertukar dgn yg ada kembar..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-6-2021 04:21 PM
Mak dia lahirkan kembar umur 46 ke...sb umur dah 66....tuanya melahirkan anak

Mak.iols.lahirkan adik bongsu masa umur 44...iols dah umur 20.masa tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2021 08:28 PM | Show all posts
R2D2 replied at 27-6-2021 03:42 PM
kalau yg tertukar tu ada business produk kosmetik
dah tentu ada FB Live
dpt la kumpul juta-juta vi ...

Bukan lehh caya sgt dia tu.
Nanti sebok nak buat content konon share perasaan.
Aku simpati dia pun tertukar baby  tapi mohon lah dia jgn terpikir kes kembar 20thn ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 27-6-2021 07:00 PM
Ada drama purba dulu, satu pasangan yang berharta dapàt anak hitam legam, disebabkan malu disuruh o ...

Ingat... Citer ni dpt anak hitam legam sebab sumpit gagak kat hutan.. Bini ngandung.. Masa kecik2 tgk drama ni... Hitamnya ebby yus
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 08:37 PM | Show all posts
miszclassique replied at 27-6-2021 04:19 PM
Yuppp i tadi silap, i bayangkan jadi macam anak angkat biasa tu hehe tengs eyansss

no worries...  actually anak angkat biasa pun boleh jadi anak susuan, cuma ibu angkat kena buat treatment untuk keluarkan susu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa beribu dah tertukar anakkk satu dunia... Korea, indon negara lain pun byk buat drama tertukar baby ni... Zaman dulu mak3 selalu ckp ko hitam sebab tertukar kat spital
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.211915 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list