CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/9/24)

[Copy link]
Post time 24-6-2019 01:57 AM | Show all posts
Sy rasa Fendi sebenarnya mata dia tak terhijab.. Tapi sebabkan dia dah set dlm otak yg dia tgk tu adalah manusia.. Maka dia tak takut. Yg makhluk2 kamjad tu suka muncul bila Fendi ada sebab Fendi ni magnet kepada mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
wah...best la baca citer tt .
hati kau keras tt
btw i org tapah road..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
aku minta maaf ye...update maybe lambat sikit sebab tak sihat lepas balik dari sabah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 09:33 AM | Show all posts
aku excited bila ada ceritaaa baru dalam MPS

gaya penceritaan yg kemas dan mudah difahami. thread baru kak kim pun sama.

walaupun nanti nya aku nak pergi tandas kt opis pun berdebar2
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 09:35 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 24-6-2019 12:28 PM
aku minta maaf ye...update maybe lambat sikit sebab tak sihat lepas balik dari sabah

get well soon TT
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 10:22 AM | Show all posts
seronok baca pengalaman TT. Penceritaan yang kemas dan teratur. Good job TT. Get well soon ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 25-6-2019 09:33 AM
aku excited bila ada ceritaaa baru dalam MPS

gaya penceritaan yg kemas dan mudah dif ...

Hihihi..terima kasih. Saya pun terinspirasi dari cerita Exoskeleton

Tak sangka Haryati kembali semula..ingatkan perkenalan macamtu tak bercambah..

Mesti Haryati nak minta tolong
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 05:33 PM | Show all posts
wah...best weih citer macam ni TT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2019 12:57 AM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 03:42 PM

Assalamualaikum…aku minta maaf sebab lambat update thread ni atas sebab kesihatan. Cerita kali ni bukanlah cerita pasal aku, tapi tentang watak lain. Jadi aku di dalam cerita ini bukan lah dari point of view aku, tapi dari watak itu sendiri. Disebabkan korang suka sangat watak ni, jadi aku bagi korang episod yang agak special ni.


The Origins

Namaku Fendi…aku dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1980. Keadaanku sama seperti kanak2 biasa, bermain di waktu petang dan pulang sebelum senja kerana takut disorok momok. Sedangkan aku tidak tahu apakah itu momok..? Tiada siapa yang menerangkannya kepadaku, maka aku menganggap ianya penculik kanak2. Segala2nya bermula apabila bapaku berjumpa dengan kawannya yang merupakan seorang dukun…rumahnya terletak jauh dari rumah orang lain. Kami ke sana dengan berjalan kaki kerana tidak ada jalan untuk ke rumahnya, melainkan dengan meredah hutan.

Aku masih ingat malam itu, aku dan ayah berjalan di dalam gelap dengan hanya berpandukan lampu suluh dan cahaya bulan. Setelah agak lama berjalan, kami akhirnya tiba di rumah kawan ayah. Rumahnya diperbuat daripada papan dan tangganya dari kayu. Suasana rumahnya pula agak suram kerana tiada elektrik yang disambungkan ke rumahnya, hanya bercahayakan pelita dari dalam rumah. Kelihatan seorang lelaki tua yang terbongkok2 berjalan membuka pintu rumahnya setelah ayah memberikan salam, dia kemudiannya mempelawa kami masuk ke dalam rumah.

Sambil ayah berborak2 dengan kawannya, aku melihat di dalam rumah itu…kelihatannya dupa kemenyan yang masih lagi berasap, ada botol yang digantung bersama dengan gambar perempuan, keris lama dan beberapa botol kaca yang gelap warnanya. Tiba2 saja dukun itu bertanya kepada ayah, “aku tengok anak kau ni macam berani”. Ayahku menjadi tidak senang mendengarkan kawannya itu berkata sedemikian, mukanya berubah sama sekali lantas dia menjawap, “kau jangan mengada2, ni anak aku…aku tak izinkan”. Lalu dukun itu ketawa dan meminta maaf kepada ayah. Tetapi hati ayahku sudah tidak senang lagi, maka dia meminta diri untuk pulang ke rumah.

Beberapa langkah dari kami meninggalkan rumah itu, ayah duduk menyangkung di hadapanku dan berkata, “Fendi jalan laju2 ikut ayah…jangan toleh ke belakang”. Kemudiannya ayah memegang erat tanganku dan melangkah laju menjauhi rumah dukun tadi. Aku pula berasa curious dengan apa yang dikatakan ayah tadi, jadi aku melanggar pesan ayah…aku menoleh ke belakang. Aku ternampak budak lelaki tak berpakaian, warna kulitnya pucat…dia melambai2 padaku. Jadi aku pun melambai kepadanya kembali.

Sejak dari itu, aku mempunyai seorang kawan yang selalu mengajakku bermain di dalam hutan. Dia memperkenalkan dirinya kepadaku dan meminta aku memanggilnya Zaquan. Tetapi persahabatan kami tak disenangi budak2 kampung yang sebaya denganku. Mereka sering mengatakan aku gila kerana sering bercakap sorang2. Berkali2 aku memberitahu mereka akan kawanku yang bernama Zaquan, tetapi mereka tidak mempercayaiku.

Suatu hari, ayah menjadi berang apabila ayam2nya mati akibat gigitan pada tengkuknya, pada awalnya ayah menganggap ianya kerja haiwan liar. Akan tetapi imam kampung yang juga jiranku memberitahu ayah tentang Zaquan. Aku tidak mengetahui apa2 ketika itu tetapi imam membacakan sesuatu kepadaku serta memberikan aku minum air botol yang telah dibacakannya. Sejak dari itu, Zaquan tidak lagi menghampiriku…dia berlari jauh apabila melihatku. Kemudian aku terdengar imam berkata pada ayah, “aku hanya mampu jauhkan dia dari anak kau je…nak bagi putus terus tu aku tak mampu”. Ayah aku hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada imam.

Aku jadi tertanya2, “mengapa mereka tak suka aku berkawan dengan Zaquan? Kerana dia bogel? Warna kulitnya tak seperti orang lain?”. Sukar untuk ku fahami akan tindakan orang tuaku sehingga ke hari ini. Aku mengalami kemurungan kerana aku kehilangan sahabat karibku. Walaupun orang tuaku cuba memujukku dengan memberikan aku ayam KFC, mainan dan bawaku berjalan2…tetapi aku masih lagi teringatkan Zaquan. Sehinggalah ayahku membuat langkah drastik untuk menghantarku ke sekolah berasrama penuh.


Bersambung…

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:23 AM | Show all posts
Ty tt for the special episode ni. Very exciting. Menunggu sambungan dengan penuh sabar

Moga tt  sihat2 selalu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:56 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 26-6-2019 12:57 AM
Assalamualaikum…aku minta maaf sebab lambat update thread ni atas sebab kesihatan. Cerita kali ni b ...

zaquan tu main bola tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 04:37 PM | Show all posts
yen replied at 21-6-2019 02:43 PM
aku sorang je ke yang sejak awal cerita dok imagine Pak Tahir serupa Nasir Bilal Khan skali dgn cara ...

Kalau aku lak, pelakon wan hanafi su.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhuhu..terbongkar jua akhirnya sejarah dense si Fendi
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 26-6-2019 12:57 AM
Assalamualaikum…aku minta maaf sebab lambat update thread ni atas sebab kesihatan. Cerita kali ni b ...

Hahaha.. Dah aku katakan.. Fendi ni magnet.. Sebab tu bila ada Fendi saja.. Angpa mengalami kejadian yg pelik dgn makhluk x berguna tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:03 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 11-6-2019 10:28 AM
Di saat2 cemas tu, Ramli pun masuk ke dalam khemah dan menarik zip untuk menutup khemah. Aku pula ma ...
Aku pun mula membaca apa yang ku tahu, apa yang diajar Pak Tahir padaku.
TT boleh kongsi ayat apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:39 PM | Show all posts
mohon notice kat aku ujgak tt...x sabar nak tnggu sambungan…..
best citer tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-6-2019 01:53 AM
Hahaha.. Dah aku katakan.. Fendi ni magnet.. Sebab tu bila ada Fendi saja.. Angpa mengalami kejadi ...

Terer la sis Sarah..mulut masin. Kat bod HML terer, kat sini pon terer.. hehehee instinct kuat
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 27-6-2019 02:20 PM
Terer la sis Sarah..mulut masin. Kat bod HML terer, kat sini pon terer.. hehehee instinct kuat

Aiyoo.. Mana ada Kim.. Bila baca tu.. Mcm pelik.. Pasal apa bila ada Fendi saja depa akan berdepan dgn keadaan seram..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 03:27 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 03:57 PM

Setelah beberapa bulan kerja part time, akhirnya aku dapat juga kerja tetap di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Seperti sebelumnya, aku bercadang untuk membuat debut baru di tempat kerja. Takkan lah nak nama John lagi, dulu zaman belajar habis konfius aku dibuatnya. Tambah2 bila masuk bulan puasa, tak tahu diorang cakap pasal aku atau nak pergi beli roti john kat bazar ramadan.
Zaman aku baru2 kerja tu, beruk band baru saja dikenalkan. Buat internet tapi problem sana sini, bayar mahal, coverage pun tak banyak. Ramli antara yang ambil beruk band masa tu, kebiasaannya aku dengar lah dia menyumpah2 line slow.

Hari pertama kerja aku disambut oleh HR untuk introduce aku kepada department heads dan juga memberitahu tentang access card dan sebagainya. Disebabkan dia agak sibuk, maka dia serahkan tugas itu kepada juniornya. “Macam pernah tengok je muka minah ni…”, kataku di dalam hati.

“Eh…John kan? Kau new staff sini? Takkan kau tak kenal aku? Aku Fatin, 1 kos dengan kau dulu”, Fatin memperkenalkan dirinya kepadaku.

Dalam masa yang sama hancur berkecai lah harapanku...Fatin dengan senang hatinya mengenalkan aku dengan bos2 dan staff lain dengan nama John. Sehinggakan budak IT pun bagi aku email [email protected].

Disebabkan aku masih baru lagi di KL, aku menyewa sebilik dengan Ramli di Wangsa Maju. Kami tinggal di rumah flat di hadapan Alpha Angle dan menaiki LRT ke tempat kerja masing2. Selang beberapa minggu aku bekerja di situ, bos meminta aku untuk ke warehouse syarikat yang berhampiran dengan LCCT, Sepang untuk siapkan audit. Kerjanya tak banyak sangat sebab banyak yang dah siap, cuma agak leceh nak keluar masuk dari kawasan situ, beg kena check bagai, ambil pass pun jauh.

Sedang aku hisap rokok di luar warehouse sebelum memulakan kerja, aku terdengar suara memanggil2 aku...rupa2nya si Fendi bekerja di dalam kawasan itu. Pada aku, nasib lah kau tercampak kat sini sorang2, takdelah kacau budak2 lain. Syarikat pun tak sama, jadi memang elok benarlah pada aku.

Kami berborak2 sebentar, dia nak ajak aku lepak2 kat Shah Alam kenal2 dengan awek dia. Aku cuma kata, “tengoklah kalau free nanti”.

Kemudiannya aku memulakan kerja sambil diperhatikan budak2 warehouse yang lain. Aku berasa tak selesa diusya secara berjemaah begitu, lalu aku pun bertanya kepada kerani warehouse, “kenapa diorang usya semacam? Aku ada buat salah ke?”. Kerani tu agak berat untuk menjawap, walaupun beberapa kali aku cuba memujuknya untuk cerita. Jadi aku pun OK takpelah…sambung je buat kerja.

“Encik John kenal Fendi tu?”, tiba2 kerani itu menanyakan kepadaku. Dah kenapa tadi kau tak nak cerita...sekarang bila aku dah malas nak layan, kau nak cerita pulak.


The Fendi

Dia kemudiannya bercerita tentang kawasan situ yang agak keras, siapa2 yang balik malam biasanya akan terserempak dengan perempuan yang sedang tunduk mencium bunga2 yang ditanam sepanjang tepi jalan warehouse itu. Bila pekerja2 di kawasan situ ternampak perempuan tu, mereka akan lalu ikut jalan lain. Yelah…kalau diikut logik akal, perempuan apa pula pakai baju putih malam2 dan tak pakai pass kebenaran masuk ke situ. Tapi berlainan pula bagi Fendi, dia dengan selamba menghampiri perempuan itu dan memberikannya bunga yang dipetiknya, serta menyelitnya ke telinga perempuan itu.


"Wah2...kemain romantik pulak kau...", kataku di dalam hati. Aku mula rasa serba tak kena, hari sudah semakin lewat. Kalau aku nak tangguhkan kerja ni nanti bos bising pula. Dah lah aku ni pekerja baru dalam syarikat. Kerani itu pun menyambung ceritanya lagi walaupun tanpa kerelaan aku. Tadi nak suruh cerita bukan main payah, bila dah cerita tak nak berhenti pula. Satu malam tu sedang mereka balik kerja beramai2, tiba nampak benda putih bergolek2 atas jalan. “Pocong!”, jerit salah seorang dari mereka, lalu mereka melarikan diri beramai2 kecuali kerani tu kerana kakinya dah freeze bila melihat makhluk tu bergolek2.

Tiba2 saja Fendi yang kebetulan lalu di kawasan tu menggunakan kakinya untuk memberhentikan pocong tu dari bergolek2. Kemudiannya dia berlalu pergi macam tak ada apa2.

“Aduh mamat tu…dia ingat dia berhentikan bola ke apa?”, kataku di dalam hati. Pocong itu kemudiannya bangun dari baringnya, menyebabkan kerani itu jatuh pengsan dan hanya sedar kembali semasa di dalam kereta kawannya.

“Perempuan baju putih, pocong…berat ni. Kalau tau, aku tak payah berhenti hisap rokok dulu tadi”, kataku sendirian di dalam hati.

“Tak cukup dengan tu Encik John…”, sambung kerani itu lagi.

“Aku rasa cukup2 lah cerita kau ni…aku nak siapkan kerja pastu blah cepat2 dari sini”, kataku lagi di dalam hati sambil mengeluh. Kerani itu bercerita pula tentang budak kecik yang selalu bermain di luar warehouse yang Fendi bekerja.

“Budak kecik?”, aku bertanya kembali kerana terkejut. Selama ni sewaktu kami tinggal di Shah Alam, aku ingatkan benda tu jiran yang punya atau memang ada di flat tu sebelum orang pindah masuk. Memang selalu ada nampak budak main guli dekat tangga rumah flat waktu malam2. Jadi AJK rumah flat sepakat untuk membuat bacaan yassin serta menyiram air yassin di sekitar flat. Budak pucat itu kemudiannya tidak lagi kelihatan berdekatan dengan flat yang kami tinggal dahulu.

“OK dah siap…saya balik dulu ye. Laporan audit ni nanti saya akan emailkan bila dah siap nanti”, aku berkata kepada kerani itu dan meninggalkannya di dalam keadaan tercengang2 kerana cerita2nya belum lagi habis. Aku menaiki bas dari LCCT ke KL Sentral dan kemudiannya menaiki LRT ke Wangsa Maju. Setibanya aku di rumah, aku berbaring memikirkan hal Fendi sambil melihat siling.

“Apa lagi yang kau fikirkan malam2 ni? Pasal Fatin ke?”, tiba2 Ramli bertanyakan kepadaku.

“Hishh…aku bukan pervert macam kau…”, jawapku kepadanya.

“Balik2 aku jugak yang kau panggil pervert…hah, kemende yang kau tengah fikirkan?”, sekali lagi Ramli mengajukan soalannya.

“Pasal Fendi…tadi aku terjumpa dia kat warehouse area LCCT”, jawapku ringkas.


“Kau ni…kalau fikirkan hal Fendi memang tak berkesudahan lah jawapnya”, kata Ramli sambil menyucuh puntung rokoknya ke dalam bekas abu rokok.

“Aku rasa macam tau puncanya, tapi kenalah bawa dia jumpa Pak Mud. Nanti kita kidnap si Fendi…”, kataku dalam nada bergurau sambil memusingkan badan ke arah Ramli. Tak semena2 aku melihat Ramli matanya sedang terbeliak melihat ke arah jendela di belakang aku.

“Aduuhhhh…kalau dah macam tu mukanya, ada la tu makhluk yang tak diundang kat luar cermin tingkap ni”, kataku di dalam hati.


Bersambung…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 03:29 PM | Show all posts

bukan zaquan yang tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.081962 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list