CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: papa.bear

Koleksi Pengalaman Angker (updated on 16/3/2017)

[Copy link]
Post time 7-3-2017 03:49 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 24-2-2017 12:19 AM
Ada masa aku buat. Aku ada citer hantu mahkamah kl. Gambar hantu pun ada. Tapi xde masa lah

ada cerita ka pasal mahkamah kl...ko keja mahkamah kl ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzuri12 replied at 7-3-2017 03:49 PM
ada cerita ka pasal mahkamah kl...ko keja mahkamah kl ke?

Aku x keje mahkamah kl tapi slalu g sana. Dapat la citer dr guard dorg haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread ni kalau x update aku xnk update gak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 03:35 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 7-3-2017 04:52 PM
Aku x keje mahkamah kl tapi slalu g sana. Dapat la citer dr guard dorg haha

runner ke loyer?hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzuri12 replied at 13-3-2017 03:35 PM
runner ke loyer?hehe...

Runner x , lawyer pun x. Pak guard pun x haha.. teka lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 04:33 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 12-3-2017 01:20 AM
Thread ni kalau x update aku xnk update gak

alahhhhh bz skit. huhuhuhu syok baca story ko andy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
papa.bear replied at 13-3-2017 04:33 PM
alahhhhh bz skit. huhuhuhu syok baca story ko andy.

Okay updated la , aku tggu ni haha. Citer aku x best pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 11:36 PM | Show all posts
Nak dijadikan cerita zaman form 4 dan 5 aku sekolah asrama. Pengalaman ddk dekat asrama ni mcm2 jgkla. Nak2 lak bila sekolah tu mmg 'meriah' dengan cerita2 angker. Hahaha. Ditambah pulak dengan perangai senior dan junior yang mcm lahanat yang suka wat hal mmg makin menjadi2 la citernya.

Blok aspura (asrama putera) ade 2 tingkat je. Senior ddk lvl atas and junior ddk lvl bawah. Senior2 aku mostly mmg perangai cam jilake skit. Diaorg suka sakat bdk2 junior. FYI sekolah teknik mmg ade form 4 dan form 5 je. Huhuhu.

Aku ddk satu dorm dgn pengawas. Daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas asrama yg junior semua ddk satu dorm. In short dorm bdk2 skema la. Hahahaa.

So the perks of being pengawas ko leh tau masa bila cikgu nk buat rollcall pepagi buta, or any other program lah. Tak terkecuali jgk bila ada ada geng2 senior yg nak prank bdk2 junior ada la geng pengawas senior yg remind utk kitaorg tido awal la n etc sebab malam tu diaorg nak majal bdk2 junior yg suka tido lewat.

So disebabkan masa tu zaman blur2 je xdela nak melawan sgt so ikutkan je. Kalau nak diikutkan mmg dah tau modus operandi geng2 senior ni. Diaorg mmg suka belakon jd pocong nk takutkan junior. Hahahaha.

Nak dijadikan cerita mlm tu semua orang tido awal. Lps tu semua dah tutup lampu. Time tido mmg biasanya pintu akan  kunci. Tgh2 best berangan sementara nak lelap mata, tetiba pintu dorm kena ketuk kuat. Senior kat luar dok jerit2 suruh bukak pintu. Semua cuak xnak bukak pintu. Sebab biasa kalau jd mcm tu mmg ada scene yg xbest means ada geng2 senior yang xpuas hati mmg diaorg cari orang yang diaorg xpuas hati ajak gaduh or kene rumble. *Nk tunjuk sapa kuat la kaedahnya. Pfftt.

Lps 3minit mcm tu pintu kene ketuk lagi dengar senior tu jerit bagi warning. Kalau tak bukak pintu memang diaorg nak terajang pintu bagi pecah. Ahh sudahh. Kang kalo jahanam pintu dorm jadi satu hal lak nak kena menjawab dengan warden lak. Memang mati hidup balik xde sapa nak mengaku nanti.

Pastu ade member aku beranikan diri bukak pintu. Dengar la suara macam ade 2-3 orang masuk dorm sambik ketuk2 katil guna kayu. Dorm mate aku semua pura2 tido. Sebab xnak kene tarik dgn geng2 tu. Dari suara 3 orang tu aku leh cam suara diaorg. Budin, shah dan Kerol. Budin ni jerit2 tanya "sapa ada megi aku lapar ni! Baik bagi aku dengan geng2 aku kalau tak semua dalam dorm ni aku bantai". Dlm hati aku dok kata eh korang dtg sekolah dkt area kampung aku lagi kau nak tunjuk gengster. Jilake. Siap kau bila kau nak balik kampung nanti. Aku gasak kau cukup2. *Tp tu dalam hati je la. Malas nak bikin kecoh. Diaorg geledah locker yang xberkunci. Adela dlm 4-5 locker diaorg geledah. Mana ada makanan kene rembat. *Cilake punya perangai.

Lps dapat apa yg diaorg nak diaorg blah. Pintu dibiarkan terbukak. Haram jadah punya perangai. Dahla main rembat je stok makanan org lps tu blah mcm tu je. Dok risau kot warden buat rondaan kang. Kantoi naya je kalau biar pintu tak berkunci.

So budak yg pegi bukak pintu tu tadi bangunla dari katil nak tutup pintu. Nasib kau la badak dah katil kau paling dekat dgn pintu tu. Bila dh kunci pintu, mangsa2 yang kena geledah locker td masing2 g dkt locker memasing and kemas2 apa yg ptt. Sesambil tu dengar jugak diaorg merungut, mana yang dah xde duit belanja. Stok makanan tu je la penyelamat dari kelaparan. Makanan dekat dewan makan mmg standardla ikan jaket yg bau hamis bagai. Aku memang xleh blah kot menu makanan tu. Aku lagi sanggup makan nasi dengan kuah kicap je dgn makan buah.

Time diaorg tengah kemas locker tu. Tetiba suasana jadi senyap sunyi. Suara riuh rendah dari dorm senior kat atas lenyap. Masa tu tak pikir apa lagi. Disebabkan hati tgh geram kot so tak terpikir  yg bkn2. Mungkin warden buat rondaan ke apa ke.

Dah setel kemas semua, memasing naik katil n siap2 nak tido. Tengah syok layan mata. Teriba dengar mcm org jalan dekat koridor. Tp bunyi mcm pelik skit. Dari jauh makin lama makin dekat. Time tu sunyi mmg dengar jelas kot. Bunyi macam kaki kau kena ikat dengan rantai pastu bila kau jalan bunyi rantai tu kena seret. Kejadahnya warden buat rondaan pakai rantai ikat dekat kaki.

...akan bersambung nanti.

p/s: Mata dah xlarat nak bukak ni. Hahahahaha. Nite gais.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2017 11:43 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 13-3-2017 07:24 PM
Okay updated la , aku tggu ni haha. Citer aku x best pun

Hahahaha puit. Giler ramai kot yg tunggu latest update dari ko
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
papa.bear replied at 13-3-2017 11:43 PM
Hahahaha puit. Giler ramai kot yg tunggu latest update dari ko

Mana ada yg tggu latest updated aku. Aku peminat kau. Esok update lg haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 07:21 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 14-3-2017 01:29 AM
Mana ada yg tggu latest updated aku. Aku peminat kau. Esok update lg haha

hahahahahahahahah xde maknanye. hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 08:10 AM | Show all posts
apehal la ble dh ske citer antu nih...
penulis nye menghilangkan diri
ohhhh dunia....
mengapakah aku diuji sebegini rupa
sakitnye aty aku...
sobsob
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2017 09:46 AM | Show all posts
surwanis replied at 15-3-2017 08:10 AM
apehal la ble dh ske citer antu nih...
penulis nye menghilangkan diri
ohhhh dunia....

hahahaha manade menghilangkan diri. tengah dok mengarang lagi ni. dok simpan dlm note dlm hp. hehehhe sabaq naaa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 03:39 PM | Show all posts
update update
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 04:47 PM | Show all posts
tt bila daa sambungannya.. lama nya mengarang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Asrama Part 2
Bila dah dengar bunyi macam orang seret rantai kt koridor asrama memasing tengok sesama sendiri. Lps tu ketua dorm aku si Amir buat isyarat jari dkt mulut sbg tanda utk semua senyap.

"Diaorg ni mmg betul2 nak takutkan kita ni" kata amir.
Semua pakat angguk2 kepala tanda setuju.
Tp aku rasa mcm pelik. Xpenah2 senyap sunyi senior yg kt lvl atas tu. Tp kenapa time ni diaorg senyap.

Disebabkan memasing taknak cari pasal. Semua pakat naik katil memasing dan acah2 tido. *Biasalah bdk2 nerd kan. Selagi boleh diaorg nk play along je dgn senior2 hanat tu.

Tak sampai 5minit the whole block blackout. *Biasa kalau time blackout semua dorm akan riuh. Sapa yg pnh dok asrama tau la camana havocnya kalo blackout. Geng2 bdk nakal biasa kan jerit "booooo" atas sebab apa aku pun xpasti. Dia ingat dia sorg je kot yg perasan blackout tu. Hahahaa

Yang peliknye. The whole block senyap sunyi. Pelik. Sangatttt pelik. Aku dah mula rasa xsedap hati.

Time blackout biasa dkt koridor mmg ada lampu emergency tu. Walau xbyk tp at least adelah cahaya skit. So dlm samar2 cahaya dr lampu emergency tu. Memasing try tinjau tgk kt luar. Ade sesapa ke yg keluar. Kebiasaannya blackout ada automatik semua kuar berkumpul dekat court badminton dkt sebelah dewan makan. Tp ni langsung sorg pon xkuar. Maybe dah tido kot memasing.

Sorg dorm mate aku nama dia fazli tp kami panggil dia Badak sbb bdn dia besar. Dia mcm tak puas hati dia cuba nak bukak pintu dorm. Tp dihalang okeh naim. Naim ni bdk surau. Agak alim la kalau nak dicomparekan dgn kami yg lain. Hahahaha. Badak ushar xpuas hati. "Kau dah kenapa?!" Kata badak. Naim just balas "jangan. Nanti kau menyesal".

Automatically semua turun dr katil dan berkumpul dkt tengah2. *Biasanya dkt setiap dorm mmg ada meja dkt tengah dorm ala2 meja study kononnya. Naim tarik tgn badak utk join kitaorg dkt tgh2. Masing2 mcm nk taulah kenapa naim ckp mcm tu.

Naim buat isyarat suruh semua diam mcm mana amir buat td. Semua pon xckp pape. Ikut je. Pastu dia ckp. "Korg lupa ke bunyi rantai td?"

Semua mcm terkejut. Yela memasing mmg lupa langsung psl bunyi rantai tu sebab sibuk pikir psl blackout n mls nk g kumpul dkt court badminton. Time tu memasing psg telinga. Nk figure out samaada ada lagi tak bunyi tu.

Tiba2 amir ttp mulut dia sambil tangan dia sebelah lagi  tunjuk dkt tingkap sebelah pintu dorm. Kitaorg buat muka pelik la. Kau dah kenapa giler. Pasti kami tgk dkt tmpt yg amir tunjuk. Mata memasing terbeliak. Kaku. Kami nampak nampak bayang2 1 lembaga hitam. Tp takdak kepala. Lps tu tangan dia mcm pegang pedang. Gila tak gelabah kau. Naim je yg buat muka selamba. Mmg automatic bulu roma berdiri semua.

Semua menggeletar tgn. Bayang2 tu berhenti betul2 dkt tepi dorm kami. Kami nampak sebab lampu emergency dkt tepi dorm kami je. Badak, amir, dan yg lain2 terus duduk rapat sesama sendiri. Aku rasa time tu kalau toreh muka dgn pisau memang xkeluar darah kot. Pucat muka memasing. Sebab terkejut dan takut semua mengigil ketakutan. Masa tu dah xpikir apa dah.

Dalam 10 minit jgk rasanya benda tu berdiri kaku kt tepi tingkap dorm kami. Semua masih duduk rapat2. Naim nasihat supaya kami baca apa2 ayat Al-Quran dan berdoa supaya kami tak kena gangguan yg lg teruk.

Nak dijadikan ceritanya salah sorg dari dormmate kami tiba2 rebah. Tak sedarkan diri. Nama dia Raja hafiz. *Kami panggil dia Jaja sbb dia ala2 sotong skit. Huhuhuhu. Haih lepas satu2 hal timbul. Kami baringkan Jaja dkt lantai. Naim ambil air mineral botol dkt atas locker dia dan dia bacakan beberapa ayat suci Al-Quran dkt air tu dan sapukan kat muka jaja. Dia menggelupur mcm kena renjatan elektrik plak. "Aduhhh. Nk buat mcm mana ni?" Kata Amir. Naim dengan muka selamba dia ckp "biarkan je dulu. Nanti dia elok la tu."

Time tu lembaga dkt tingkap dah xde. Entah bila masa hilangnya. Semua xpasti. Sekarang semua risau dgn keadaan Jaja. Lepas dia menggelupur tu, tiba2 dia bangun dan bersilat pulak dlm dorm. Kami semua jauhkan diri daripada dia. Risau kena penerajang dan penumbuk free je kang.

Naim sama mcm td. Cool je. Yg lain semua muka cuak. Yela. Tak penah ada pengalaman encounter dengan benda2 mistik mcm tu. Naim just berbisik dekat kami "biarkan je Jaja bersilat. Nanti dia penat, dia berhenti la tu". So kami turutkan je la apa kata2 Naim tu since dia bdk2 surau dan ada ilmu2 skit. Kami follow je.

Adelah dlm 10-15 minit dia bersilat. Dengan segala buah silat terkeluar. Mcm kelakar pun ada. Tp memasing diamkan diri je. Xnak cakap apa2. Lepas tu Jaja tiba2 jatuh rebah semula.

Kami baringkan dia dkt katil. Naim pergi dekat sebelah Jaja dan dia sapukan air dkt muka Jaja. A few moments later, baru Jaja sedar. Kami semua pergi berkumpul dekat tepi Jaja. Nak tanya apa yang terjadi dkt dia. Tp dia mcm blur2. Tak tau apa yang jadi. Kami agak kecewa. Baru nak jadi CSI tapi xjd. Musnah harapan. Huhuhuhu.

Naim tetiba bersuara, "Jaja, family kau ada pendamping ke?" Semua terkejut dengan soalan Naim tu. Jaja yg tgh blur2 tu pun terkejut. "Mana ada!" Kata dia menafikan. Naim hanya senyum dan dia suruh esok mtk Jaja call family dia dan tanya psl benda tu. Jaja mcm malas nak argue dgn Naim and dia just angguk je.

Aku tgk jam dah pukul 3 pagi. Aku suggest utk semua org rehat dan tidur. Since esok pagi ada kelas. Semua setuju dan tidur dlm kegelapan. Sebab blackout kan.

Esoknya kami pergi sekolah mcm biasa. Lps habis sesi sekolah. Aku, Amir dan Badak pergi dkt pondok pak guard. Nk tau psl kejadian malam td. Tanya dia ada buat rondaan ke tak. Nama pak guard tu Pak Hamid.

Pak Hamid tersenyum je bila kami tanya dia psl lembaga tu. "Kalau korang nak tau, tapak sekolah kita ni dulu, tempat askar2 jepun. Sebelum ni ada senior korang yg nampak Ada orang mati kena penggal kepala, ada yang berkawad malam2 dkt padang. Kira korang antara insan terpilih dpt tgk benda tu" kata Pak Hamid kemudian mengarahkan kami balik dorm dan bersiap2 untuk pergi Prep. Tak sempat nak tanya dengan lebih lanjut kami dihalau balik ke dorm. Haihh sedih btol.

Masuk dorm kami nampak ada yang tgh nap, ada yang muka selebet gila sebab xcukup tidur. Sejujurnya aku pun ngantuk. Sebab xlena tidor mlm td.

Kami nampak Jaja masuk dorm dgn muka yang emotionless. Kami tanya la dia dh call family ke apa ke. *gigih nak korek rahsia orang kan.

Dia diam seribu bahasa. Kami assume dia penat ke apa ke. So kami biarkan je la. Petang tu family Jaja datang ke asrama dan ambil jaja nak bawak balik ke rumah. Kami pun pelik jgk. Dia tak demam tak ape cuma terkejut skitla dgn ap yg terjadi mlm td.

Seminggu kemudian kami dapat tahu yang Jaja berhenti dah. Dah berpindah ke sekolah lain. Sebab apa kami tak tahu. Kami ditinggalkan dengan penuh tanda tanya.


Tamat.


p/s: ade banyak lagi benda2 yg jd dkt asrama tu. Nanti aku update lain ye. Heh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2017 10:33 PM | Show all posts

Hahahaha dah apdet dahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 10:33 PM | Show all posts
ramaramu replied at 16-3-2017 04:47 PM
tt bila daa sambungannya.. lama nya mengarang!

Hahahaha ater sabor le. Tu dha update dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq papa bear... srronok dgr cite asrama... koi dok asrama 3 tahun 1/2 x pernah kena ..kawan2 kena ada lah..katanya kena tarik kaki la ..dg org nyanyi kat tingkap.. koi memang idak la mampu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2017 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 17-3-2017 12:04 AM
Tq papa bear... srronok dgr cite asrama... koi dok asrama 3 tahun 1/2 x pernah kena ..kawan2 kena ad ...

Hahaha tula. Tl ms ddk asrama dkt sekolah dkt kg xde lak jd ape2. Ni skolah dkt town lak yg jd mcm2. Haihhhhh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.137901 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list