Kes simbah asid Faisal Halim sudah dirujuk ke Peguam Negara
[size=14.399999618530273px]Pemain Selangor FC, Faisal Halim ketika sidang media di Wisma FAM pada 29 Ogos lalu. - Foto fail BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC). Perkembangan itu disahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu kenyataan ringkas kepada BH, hari ini. Bagaimanapun ia tidak menyatakan tarikh kertas siasatan berkenaan dirujuk kepada AGC. "Kes ini masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kertas siasatan telah dirujuk ke kamar Peguam Negara untuk kajian dan arahan selanjutnya.
"PDRM berharap semua pihak memberikan kerjasama dan tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu proses siasatan yang masih dijalankan," katanya. BH semalam melaporkan, kerajaan Selangor masih menunggu laporan siasatan insiden simbah asid terhadap Faisal.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Najwan Halimi dilaporkan berkata pihaknya juga tidak menerima maklum balas dari PDRM berhubung kes itu. Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam dengan Najwan berkata Speaker DUN Selangor sudah menulis surat kepada polis memaklumkan usul yang dipersetujui secara konsensus pada sidang DUN terdahulu Julai lalu.
Dalam surat itu, DUN Selangor meminta siasatan menyeluruh dibuat dan laporan hasil siasatan berkenaan didedahkan kepada umum. Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata PDRM tidak pernah menghentikan siasatan kes Faisal yang cedera melecur tahap empat akibat insiden itu. Katanya, pihanya juga tidak berhenti berusaha mencari sebarang maklumat baharu yang dapat membantu siasatan. Menurutnya, sejak siasatan dibuka pada Mei lalu, 23 individu sudah diambil keterangan selain menahan tiga suspek bagi membantu siasatan namun tiada bukti dapat mengaitkan ketiga-tiga suspek dengan kes terbabit.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1327862/kes-simbah-asid-faisal-halim-sudah-dirujuk-ke-peguam-negara
|