CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 3-1-2010 11:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum...
Mana orang ni ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2010 11:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 3-1-2010 23:51



TH mahu kontrak dengan MAS

Oleh HASHNAN ABDULLAH
[email protected]



DR. ROSHIDAH Ramly (tengah) antara rombongan terakhir jemaah haji yang pulang
mendapatkan ibunya Rosiah Mahat sambil diperhatikan abangnya Ramly Ismail dan
Kamariah Ismail (isteri) sejurus tiba di KLIA, Sepang, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



SEPANG 2 Jan. – Tabung Haji (TH) sedia berbincang dengan Penerbangan Malaysia (MAS) berhubung cadangan kontrak 10 tahun bagi penghantaran jemaah haji ke Mekah bermula tahun ini berbanding tiga tahun sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor berkata, ini kerana pihaknya memang berpuas hati dengan perkhidmatan MAS dan juga selaras usaha Tabung Haji untuk mempercekapkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji.

“Kita ada pengalaman yang lama dengan MAS dan kita selesa dengan perkhidmatan diberi selama ini.

“Tetapi paling penting kita mahu jemaah haji selesa dengan perkhidmatan Tabung Haji termasuk dari segi faktor kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan rombongan terakhir jemaah haji Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kumpulan terakhir itu melibatkan 347 jemaah haji.

Cadangan kontrak baru itu dikatakan bakal memudahkan kedua-dua pihak menguruskan kos penerbangan dengan lebih baik akibat ketidaktentuan harga bahan api masa kini.

Kontrak penerbangan Tabung Haji dengan MAS selama tiga tahun sedia ada akan tamat pada bulan ini.

Mengenai operasi Tabung Haji bagi musim haji tahun ini, Abi Musa berkata, ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan.

“Tetapi kita tetap akan menilainya supaya boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik pada musim-musim haji akan datang,” katanya.

Sementara itu, beberapa jemaah haji yang ditemui hari ini berpuas hati dengan perkhidmatan Tabung Haji sepanjang mengerjakan haji dan umrah.

Salah seorang daripada mereka, Mohd. Shaari Salleh, 73, berkata, beliau selesa dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun terpaksa berada di Mekah lebih 50 hari.

“Saya sudah 30 kali mengerjakan haji sejak tahun 1979 dan saya lihat perkhidmatan Tabung Haji semakin bagus,” katanya.

Zakaria Osman, 82, juga berpuas hati dengan perkhidmatan Tabung Haji sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

“Sepanjang mengerjakan haji bersama isteri, kami tidak ada masalah dan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Sedar tak sedar rupanya dah penerbangan akhir Haji..
Tunggulah pulak utk Penerbangan KT 01 Haji Tahun ni pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 10:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 3-1-2010 23:51



TH mahu kontrak dengan MAS

Oleh HASHNAN ABDULLAH
[email protected]

http://www.utu ...
aziefa Post at 3-1-2010 23:47


Salah seorang daripada mereka, Mohd. Shaari Salleh, 73, berkata, beliauselesa dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun terpaksa berada diMekah lebih 50 hari.

Saya sudah 30 kali mengerjakan haji sejak tahun 1979 dan saya lihat perkhidmatan Tabung Haji semakin bagus,” katanya.

Hebat pakcik ni. Tiap - tiap tahun pegi Haji. Takde rancangan nak ambil anak angkat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 10:33 AM | Show all posts
1563# HarizAzhari
Hebat pakcik ni. Tiap - tiap tahun pegi Haji. Takde rancangan nak ambil anak angkat ke?


he..he..
Murah rezeki Pak cik ni...
Kalau jadi anak angkat..dapat juga tempiasnya..
Kurang kurang dapat pi Umrah..
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 11:57 AM | Show all posts
Salah seorang daripada mereka, Mohd. Shaari Salleh, 73, berkata, beliauselesa dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun terpaksa berada diMekah lebih 50 hari.

“Saya sudah 30 kali mengerjakan ...
HarizAzhari Post at 4-1-2010 10:01

jelous betul ngan pakcik nie....30 kali fuuh..serious..murah betul rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 11:58 AM | Show all posts
Salah seorang daripada mereka, Mohd. Shaari Salleh, 73, berkata, beliauselesa dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun terpaksa berada diMekah lebih 50 hari.

“Saya sudah 30 kali mengerjakan ...
HarizAzhari Post at 4-1-2010 10:01

haji hariz...nak tanya pakcik nie nak ambik cucu angkat..ada orang dah ready nie hehehhehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2010 11:58 AM | Show all posts
1563# HarizAzhari


he..he..
Murah rezeki Pak cik ni...
Kalau jadi anak angkat..dapat juga tempiasnya..
Kurang kurang dapat pi Umrah..
Alhamdulillah..
aziefa Post at 4-1-2010 10:33

betu..betui..setuju dpt pi umrah phree..free
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 11:59 AM | Show all posts
Assalamualaikum...
Mana orang ni ???
aziefa Post at 3-1-2010 23:46


takde idea nak tulis apa...hehe selalu jugak jengah..tapi idea sudah kosong..baru dpt idea td...nak letak gambar pembersihan kaabah....tunggu yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2010 12:29 PM | Show all posts
haji hariz...nak tanya pakcik nie nak ambik cucu angkat..ada orang dah ready nie hehehhehe
HUSSAINTAHIR Post at 4-1-2010 11:58


Assalamualaikum Husain..
Atau dapat jadi cucu menantu ke...he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:33 PM | Show all posts
takde idea nak tulis apa...hehe selalu jugak jengah..tapi idea sudah kosong..baru dpt idea td...nak letak gambar pembersihan kaabah....tunggu yer...
HUSSAINTAHIR Post at 4-1-2010 11:59


Husain nak letal gambar Pembersihan Kaabah..
Ni .. Mak cik letakkan info mengenai Pencucian Kaabah..


Cara Membersihkan Kaabah..


MAKKAH:
Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal akanmelakukanpembersihan Kaabah selaku Penjaga Dua Masjid Suci RajaAbdullah esok,sempena 16 Muharram.

Sejumlah ahli akademik Islam, pegawai kerajaan, pembesar negaradan
diplomat akan menghadiri upacara itu, yang dilakukan dua kalisetahun pada 15 Syaaban dan pertengahan Muharram.

Rumah Allah itu diberi Kiswah atau kelambu baru pada 9 Zulhijjah apabilajemaah haji meneruskan perjalanan ke Arafah ketika kemuncakmusim haji.

Upacara pembersihan Kaabah itu bermula dengan solat sunat duarakaat dalam struktur kiub itu. Dinding dalamnya dibersihkan denganpewangi mawar, kayu dan kasturi menggunakan kain putih. Air Zamzamdicampurdengan minyak wangi mawar kemudian direnjis pada lantai dandigosokdengan tangan dan daun kelapa.

Sebelum memasuki Kaabah untuk membersihannya, Putera Khaledakanmelakukan tawaf tujuh kali dan mencium Hajarul Aswad. Beliaukemudianmenerima kunci membuka Pintu Kaabah yang diberi dalam sebuahbeg dibuatdaripada baldu hijau daripada penjaganya, Bani Shayba.

Ketika memasuki rumah Allah itu, putera berkenaan akan bersolatsunatdua rakaat pada lantai marmar, tempat dipercayai Nabi MuhammadSAWbersolat.

Upacara membersihkannya hanya dilakukan selepas tetamu keluar.Lantaimarmar dan dinding akan dibersihkan dengan air Zamzam dicampurairmawar.

Selepas dibersihkan lantai dan dinding akan dikeringkan sekalilagidengan kain putih dan tisu. Dinding kemudian diwangikanmenggunakankuantiti air mawar dan kayu kayan dalam jumlah yang banyak.Kaabahkemudian diasapkan.

Kaabah mempunyai ketinggian 14 meter di bahagian timur, 12.11 meterdaribahagian barat dan selatan dan 11.28 meter dari bahagian utara.Lantaidalamnya dihiasi marmar berwarna. Silingnya disokong oleh tigatiangkayu setiap satunya dengan diameter 44 sentimeter.

Struktur itu memiliki dua siling. Dindingnya ditutup denganlangsirdaripada baldu hijau dan digantikan setiap tiga tahun. Bahagianatasbumbung mempunyai lubang udara sepanjang 127 sentimeter dan lebar104sentimeter bagi membolehkan cahaya memasukinya.

Lubang udara ditutup dengan kaca kukuh dan dibuka ketikapembersihan.Lubang udara itu boleh dimasuki melalui tangga kaca dengan50 anaktangga. - Agensi

Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogramemasasli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar.Panjangkunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225sentimeter diatas paras tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:44 PM | Show all posts
1570# aziefa

Assalamualaikum semua,

td baru je baca cara pembersihan kaabah kat rumah sebelah..tima kasih acikjie letak kat rumah ni..dpt baca lg..kalu dpt tgk gambar mcm mn cara pembersihan kaabah lg seronok...ada sesiapa yg ada gambar..kongsi la kat sini..
erm..mn forumer2 yg lain yerk....lama x jenguk kat sini..mungkin tgh bz mengatur tarikh ke tanah suci..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:50 PM | Show all posts
1571# el

erm..mn forumer2 yg lain yerk....lama x jenguk kat sini..mungkin tgh bz mengatur tarikh ke tanah suci..


Assalamualaikum el..
Rasanya macam tulah...
Tengah berkira kira nak pi Umrah...
Masyallah...
Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua dan dapat
menjejaki kaki ke Tanah Suci Mekah utk beribadah disana...
Aminnnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:56 PM | Show all posts
Assalamualaikum Husain..
Atau dapat jadi cucu menantu ke...he..he..
aziefa Post at 4-1-2010 12:29

wsalam wrh wbkth..makcik

hehe yg tu..susah sket...menantu anak pakcik tu boleh

menantu pakcik tue susah mesti anak pakcik tu dah besar2 haha

mlm nie nak pi perlis cari cik rina kita yg tak muncul2 hahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:57 PM | Show all posts
Husain nak letal gambar Pembersihan Kaabah..
Ni .. Mak cik letakkan info mengenai Pencucian Kaabah..

Cara Membersihkan Kaabah..


MAKKAH:
Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal akanmel ...
aziefa Post at 4-1-2010 12:33


Kalau pegi Umrah time Kaabah dicuci, agak - agak kita diberi peluang tak untuk terlibat sama?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:57 PM | Show all posts
1570# aziefa  

Assalamualaikum semua,

td baru je baca cara pembersihan kaabah kat rumah sebelah..tima kasih acikjie letak kat rumah ni..dpt baca lg..kalu dpt tgk gambar mcm mn cara pembersihan  ...
el Post at 4-1-2010 12:44


wsalam el..
i'll put the picture as soon as possible ..

enjoy the pic....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:58 PM | Show all posts
Kalau pegi Umrah time Kaabah dicuci, agak - agak kita diberi peluang tak untuk terlibat sama?
HarizAzhari Post at 4-1-2010 12:57


haji hariz...boleh tapi kena bergelar sket la..atleast YAB ke...barulah dibenarkan masuk hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2010 01:02 PM | Show all posts


Pintu Kaabah sudah buka awal pagi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 01:02 PM | Show all posts


Antara tetamu yg masuk ke dalam Kaabah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 01:02 PM | Show all posts


Tetamu yang mengucup Hajar Aswad
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 01:03 PM | Show all posts



Asap bakhur untuk wangian Raja yg sedang Tawaf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.081212 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list