|
Cinta pengkid
Kisah cinta tanpa noktah
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
[email protected]
Lisa menyulam rasa cinta bersama seorang pengkid, Eddy hampir lima tahun. Namun akhirnya dia menyedari percintaan yang disemai tidak kemana. Apa kesudahan perjalanan cinta dua wanita ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Best juga baca |
|
|
|
|
|
|
|
SEMUANYA bermula setelah dia menjejakkan kaki ke sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di salah sebuah negeri di selatan tanah air.
Perkenalan dengan rakan sekolej, Eddy, 23, yang berperwatakan seperti lelaki pada awalnya hanyalah perkenalan biasa. Tetapi lama-kelamaan Lisa, 23, menyedari ada kelainan dalam layanan Eddy terhadap dirinya.
Walaupun pada mulanya Lisa agak kekok dan berang dengan perlakuan yang ditunjukkan Eddy, namun akhirnya dia akur dan mengakui perasaan sayang yang mula berputik di hatinya.
"Memang saya cuba sedaya-upaya untuk mengelak daripada menyayangi kaum sejenis seperti Eddy. Apatah lagi mengetahui ia adalah satu dosa besar dan haram di sisi Islam. Bagaimanapun, saya tidak dapat menahan diri untuk mengharapkan belaian dan kasih sayangnya.
"Eddy begitu istimewa. Cara, layanan, sikap dan perbuatannya sentiasa menggembirakan hati saya. Apabila bersama Eddy, saya rasa begitu selesa dan dihargai. Mungkin kerana dia juga perempuan, maka dia amat memahami perasaan saya.
"Sejak itu, kami menjadi pasangan yang begitu romantis. Contohnya jika saya ke bilik air untuk mencuci baju, dia akan menemani saya sambil kami berbual-bual mesra. Waktu itu, saya rasa sayalah insan paling gembira di dunia ini," ujar Lisa mengimbau semula momen hitam dalam hidupnya.
Apa yang pasti, Lisa turut berdepan dengan lelaki yang sering membawa masalah dan menjadikan perempuan sebagai mangsa. Ini membuatkan hati wanitanya tertutup untuk menerima kehadiran lelaki.
"Boleh dikatakan persekitaran saya terdedah kepada situasi sedemikian. Ayah contoh paling terdekat menyebabkan saya benci pada lelaki kerana menghancurkan perasaan ibu selain sepupu saya yang dipermainkan suami," terang Lisa dalam nada geram.
Cuma, Lisa amat bersyukur kerana keterlanjurannya bercinta dengan pengkid masih boleh diperbaiki. Peristiwa dia terasa dipermainkan oleh teman pengkidnya yang dikatakan mempunyai pasangan lain, menyebabkan Lisa cemburu dan marah.
Lantaran mahu menyakitkan hati Eddy pula, dia menerima lamaran seorang lelaki yang telah lama menyimpan perasaan padanya meskipun lelaki itu mengetahui bahawa dia berpasangan dengan pengkid. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tambahan pula, dia menganggap itu adalah jalan terbaik untuk membalas dendam di atas perbuatan Eddy yang menduakan dirinya.
"Dalam tempoh empat bulan pertama perkahwinan, saya sebenarnya masih tidak boleh menerima suami sepenuh hati. Ini kerana apa yang saya lakukan semata-mata hanya untuk membangkitkan kemarahan Eddy. Memang dia begitu tertekan dan sedih apabila melihat saya berkahwin. Jika tidak mana mungkin dia sanggup memujuk saya untuk lari pada malam perkahwinan saya.
"Kalau diturutkan hati, mahu saja saya lari bersama Eddy kerana perasaan sayang masih berbekas di hati. Tetapi apabila memikirkan persiapan yang telah dibuat dan mengenangkan ibu yang bakal menanggung malu jika ia berlaku, saya tahan diri untuk mengikutnya.
"Alhamdulillah, suami berjaya melembutkan hati saya untuk menerimanya sepenuh hati.
"Setelah merenung jauh dan bermuhasabah diri, saya nekad untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang pada suami yang sanggup menerima saya seadanya. Kini, hidup saya lebih bermakna apabila kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel. Perasaan apabila bergelar ibu sungguh indah. Kehidupan saya sebagai seorang wanita di dunia ini seperti sudah lengkap," ujar Lisa yang menjalin percintaan dengan Eddy selama lima tahun.
Lisa sempat menitipkan pesanan kepada golongan berkenaan agar membuka pintu hati untuk berubah. Semuanya perlu bermula dari dalam diri.
"Ingatlah bahawa apa yang dilakukan ini tak ke mana. Ia hanyalah sekadar keseronokan duniawi semata-mata. Kuatkan hati dan tabahkan diri untuk berubah kerana ia bukan satu perkara mudah. Sekali anda melangkah untuk berubah, seribu dugaan akan datang melanda. Tapi percayalah, Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar." |
|
|
|
|
|
|
|
salam petang sumer........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1565 medangmru's post
petang medang....sunyilah board ni sekarang kan.....wawa ni bz memanjang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1566 feirina\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1569 AnisSuraya's post
ko nak beli haper plak ni anis..........? |
|
|
|
|
|
|
|
samte subuh yg hening............ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam sume CERLYs....................... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua....selamat pagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Samte...samte sumer........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1574 medangmru's post
samte medang.... |
|
|
|
|
|
|
|
sunyi nyer umah ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
samte dah dekat maghrib....... |
|
|
|
|
|
|
|
morning cerly......... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|