Edited by shinichi at 23-12-2018 09:47 AM
Beliau bimbang getar simpati katanya. Jika kau rasa getar simpatinya....
"Sebagai seorang lelaki normal, hatinya pernah ditawan dengan cinta dua wanita. Cinta pertamanya dipupuk sewaktu zaman persekolahan, manakala kasih kedua disimpul sewaktu meniti zaman popular bersama Slam. Hanya dua sahaja pengalaman bercinta dan kedua-duanya tidak mampu dipertahankan seperti salah satu lagu hitnya, Suratan.
Dua kali bercinta dan sehingga kini saya tidak pasti untuk bercinta lagi buat kali ketiga. Saya bimbang perasaan yang terbit bukan cinta, tetapi hanya getar simpati pada pasangan saya kelak. Namun, saya berharap untuk mendirikan rumah tangga dan punya cahaya mata selepas keluar dari Pengasih kelak. Cuma calonnya saya tidak pasti siapa kerana setakat hari ini belum ada wanita yang mampu merempuh tembok hati saya selepas dua kali gagal bercinta."
|