Edited by Ipo at 3-4-2015 04:38 PM
ok..ni sikit citernya...
Kringgggg!!! Bunyi jam loceng yang nyaring membuatkan laju saja jemari mencari punat jam. Teraba-raba Leya mencari jam bulat berwarna merah jambu dengan gambar Hello Kitty. Punat jam itu ditekan. Dia menggeliat kecil ketika matanya sedikit terbuka. Mulut yang menguap ditutup dengan tapak tangan. Perlahan Leya buka mata, terkebil-kebil melihat wajah seseorang sedang tersenyum kepadanya. Digenyeh-genyeh mata sekali lagi.
“Bangun!!”Jerit Adira dengan kuat.
Tercegat Leya bingkas bangun sambil menekup telinga.
“Pukul berapa ni?!” Leya menggeliat kecil. Mata masih dipejam.
“Burung pun dah keluar cari rezeki. Kau masih buat tahi mata. Tengok dah pukul berapa!”Adira capai jam loceng dan ditalakan ke muka Leya.
“Hah?!!”Luas mata melihat jarum jam sudah hampir lapan setengah pagi. Melompat dia dari atas katil, selimut ditolak kasar dan bergegas dia capai tuala masuk ke bilik air.
Adira geleng. Hari-hari dia terpaksa kejutkan Leya, pemilik nama penuh Sharifah AleyaSyed Al Akhtar. Hari ini lagi parah, mentang-mentanglah ada ‘bendera merah’, sengaja lajak tidur sampai lupa pada kelas!
|