Anwar tak bersalah: Rayuan akan dibuat, kata Yusof
9:02AM Jan 12, 2012
Pihak pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.
Dalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.
Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.
Isnin lalu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.
Pada peringkat akhir pembelaan, katanya, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.
Menurut Mohamad Zabidin, meskipun mahkamah menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, namun mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.
Semalam, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil sekiranya Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.
Sebelum ini, beberapa peguam kes jenayah memberitahu Malaysiakini bahawa hak untuk membuat rayuan terletak di tangan Peguam Negara yang mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.
caicai umno kata hakim kena bomoh siam...
elok sgt kalau merayu...
kali ni make sure hakim2 cari bomoh lebih handal untuk lawan bomoh siam itu... hehehe
Semalam, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil sekiranya Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.
petola Post at 12-1-2012 11:22
Lihatlah kasih sayang seorang bapa kepada anak.
I harap ini jadi pengajaran kepada kita semua. Berhati-hatilah dan nasihatkan anak-anak kita supaya menjauhi atau laranglah mrk dpd bekerja dgn orang yg pernah didapati meliwat dan sudah ada bidio seks di youtube.
Sikap berhati-hati anda boleh menyelamatkan anak anda dpd menjadi sebahagian dpd statistik mangsa jenayah seks.
I harap ini jadi pengajaran kepada kita se ...
kasmela Post at 12-1-2012 11:31
Bapa mana yang tidak sedih bila anaknya dicabol Kas......
Penyalahgunaan kuasa oleh Anwar untuk mencapai hajatnya bukan lah perkara baru. Kita masih ingat dia merengkok didalam penjara kerana sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia mengarahkan polis 'kasi gempak' kepada Umi Hafilda kerana mendedahkan hubungan terlarangnya.
Tidak hairan sebagai boss dia juga menyalahgunakan kedudukannya untuk mengarahkan coffee-boynya untuk menungging!
Bapa mana yang tidak sedih bila anaknya dicabol Kas......
Penyalahgunaan kuasa oleh Anwar untuk mencapai hajatnya bukan lah perkara baru. Kita masih ingat dia merengkok didalam penjara kerana sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia mengarahkan polis 'kasi gempak' kepada Umi Hafilda kerana mendedahkan hubungan terlarangnya.
Tidak hairan sebagai boss dia juga menyalahgunakan kedudukannya untuk mengarahkan coffee-boynya untuk menungging!
Maideen. Post at 12-1-2012 11:46
Nobody in his right mind sanggup bekerja atau membiarkan anak mrk bekerja dengan orang yg pernah ada sejarah jenayah seks atau liwat.
Kemungkinan besar bapak dia dulu totok Anwat dan percaya mahkamah berkonspirasi dgn musuh politik Anwat.
Alhamdulillah rekomendasi akan dibuat kepada Peguam Negara untuk merayu.
Moga moga Peguam Negara akan menerima rekomendasi ini;
Berita baik ini disiarkan dalam the Star hari ini.
Prosecutors to ask A-G to appeal Anwar's sodomy acquittal
January 11, 2012
PETALING JAYA: Solicitor-General II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, the lead prosecutor in Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy trial, says he will request to the Attorney-General to appeal the High Court's decision to acquit the Opposition leader.
He said the decision was made after examining all the evidence of the case.
In an exclusive interview with TV3 Wednesday, he added that he would meet with A-G Tan Sri Abdul Gani Patail soon so that an appeal could be filed within 10 days.
He also told TV3 that he would apply for the full written judgment to study the grounds for the aqcuital.
Anwar bebas, Umno pecah
Amin Iskandar
11:36AM Jan 12, 2012
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad apabila ditanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara sinikal beliau menjawab,
"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang.
"Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah."
Mahathir memang terkenal dengan komen-komen sinikalnya. Anwar Ibrahim adalah bekas anak didik yang ditatang beliau dengan penuh kasih sayang satu ketika dahulu.
Namun akhirnya Anwar menjadi musuh politik nombor satu Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu. Anwar juga merupakan satu-satunya ahli politik yang masih belum dapat “dibunuh” karier politiknya olehnya.
Ahli-ahli politik lain seperti Tengku Razaleigh, Tun Abdullah Badawi, Tun Musa Hitam dan ramai lagi terpelanting dengan mudah apabila bertembung dengan Mahathir.
Sudah pasti Mahathir adalah orang yang paling tidak gembira dengan keputusan mahkamah tersebut. Jika Anwar didapati bersalah Isnin lalu, Mahathir sudah boleh berehat dengan tenang bersama keluarganya menghabiskan sisa-sisa hayatnya yang masih ada.
Apabila Mahathir berkata, “Mungkin ada pihak nak appeal, saya tak tahulah” – ini merupakan satu isyarat bahawa kes liwat II ini masih belum selesai dan sudah pasti bapa kepada Datuk Mukhriz itu mahu rayuan dilakukan terhadap keputusan mahkamah supaya perang liwat II berterusan.
Peperangan politik antara Mahathir-Anwar masih belum selesai walaupun ia telah memakan hampir 12 tahun. Suka tak suka pertembungan antara kedua-dua ahli politik ini telah mengheret seluruh negara bersama.
Glongan pro transformasi
Walaupun kecil dalam Umno, golongan ini sedikit sebanyak membantu memulihkan sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional (BN). Kebanyakkannya, golongan ini adalah bekas penyokong Anwar sewaktu dalam Umno dahulu.
Golongan ini gembira dengan keputusan mahkamah dan selepas selesai kes liwat II ini, mereka mahu perlawanan antara BN dan Pakatan Rakyat naik ke tahap yang lebih matang iaitu ke tahap polisi.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah adalah di antara yang tergolong dalam golongan ini. Keberanian beliau untuk berhadapan dengan politikus Pakatan dalam majlis-majlis debat sedikit sebanyak telah memenangi hati anak-anak muda dan pengundi atas pagar.
Akan tetapi di dalam parti Umno, golongan pro transformasi terlalu lemah dan jika transformasi politik itu bukan program Datuk Seri Najib Razak selaku presiden dan perdana menteri, sudah pasti golongan ini telah lama dikuburkan.
Sebab itu kita boleh lihat kurangnya komen-komen dari golongan pro transformasi mengenai keputusan mahkamah Isnin lalu.
Mungkin golongan ini mengambil sikap berhati-hati oleh kerana kini, umum tahu golongan “garis keras” dalam Umno yang dipayungi oleh Mahathir sedang marah.
Sokong parti kuat
Politik Melayu itu mudah. Sokongan diberikan kepada parti yang kuat. Arwah atuk penulis sendiri pernah berpesan, jika mahu menyertai politik, ikutlah parti yang kuat.
Keputusan mahkamah Isnin lalu telah memberikan satu kekuatan baru kepada Anwar Ibrahim dalam usaha untuk memenangi hati majoriti pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar sekaligus menawan Putrajaya.
Bekas menteri Umno yang masih ahli parti tersebut, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir secara terang-terangan telah menunjukkan sokongannya terhadap Anwar.
Beliau hadir ke rumah Anwar dan menemani mantan timbalan perdana menteri itu ke mahkamah pada hari keputusan diumumkan.
Tindakan Kadir ini juga boleh dilihat sebagai isyarat jelas beliau tidak bersama Najib. Jika Datuk Zaid Ibrahim pada satu ketika dahulu dipecat dari Umno kerana hadir di kongres PKR, apa pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap Kadir yang juga merupakan Timbalan Presiden Amanah – di bawah pimpinan Ku Li.
Setidak-tidaknya, penyokong Kadir akan mengikut jejak langkah beliau untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu kerugian politik kepada Najib Razak.
Apa yang bakal terjadi?
Kita lihat nanti apabila pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah Isnin lalu. Apabila itu berlaku, lebih jelas lagi perpecahan dalam Umno kelihatan.
Najib akan berusaha keras untuk pastikan keputusan mahkamah Isnin lalu kekal di mahakamah rayuan. Jika keputusan mahkamah rayuan berbeza, hilang terus kepercayaan golongan atas pagar terhadap program transformasi politik beliau.
Sementara golongan “garis keras” yang berdiri dibelakang timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan Anwar disimpan dalam penjara agar ketua pembangkang itu mengalami nasib seperti mantan pengerusi Putera-AMCJA, Dr Burhanuddin Helmy – menghabiskan masa lama dalam penjara sepanjang perjuangan politiknya.
Jika gagal menjinakkan golongan garis keras dalam Umno,Najib akan berada dalam keadaan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apatah lagi pada ketika ini Umno mengalami masalah besar di basis sokongan mereka – Melayu kawasan pendalaman apabila Skandal NFC diketahui umum.
kalau kita baca seksyen 377 kanun keseksaan persetubuhan luar tabii dgn haiwan dgn seksyen 377A persetubuhan yg bertentangan dengan aturan tabii, status antara haiwan dgn org yg bagi dubur adalah sama... mereka adalah objek pasif
dlm kes ni status sepol ni takda bezanya dgn binatang, misal kambing, yg kena tutoh... sama
bezanya binatang tak bleh nak bagi keterangan kat mahkamah sepol plak boleh...
jadik bila hakim kata keterangan sepol tak boleh nak pakai aku setuju banget...
yelah status dia macam kambing jer...