|
NABILKAH BINTANG PALING POPULAR 2008???
KL, 1 APRIl 2009: Tinggal 11 hari saja lagi malam kemuncak ABPBH 2008 akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang. Acara itu nanti akan dihoskan pasangan Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira.
Dengan tema Sulaman Tenun, Murai Batu dengar ketika ini, ramai pereka fesyen kita tengah pulun menyiapkan fesyen-fesyen yang vast dan membuat fitting terakhir untuk artis-artis kita. Haa, nanti kita tengok siapakah yang akan menjadi Raja dan Ratu Tenun! Jangan bawa mesin tenun sekali sudahlah!
Dalam pada itu, borang undian ABPBH2008 dah berguni-guni sampai ke Balai Berita di Bangsar. Maklumlah masing-masing hendak undi artis pujaan mereka dan memenangi hadiah-hadiah lumayan.
Persoalannya, siapakah yang akan merebut gelaran paling hebat iaitu Bintang Paling Popular kali ini?
Murai Batu cuba juga usap-usap belakang pihak penganjur untuk korek rahsia itu, tapi jangan haraplah mereka nak buka mulut sebab mereka bukannya jenis makan rasuah dan tak lemah dek belaian manja Murai Batu!
Jadi terpaksalah Murai Batu menggunakan Plan B iaitu dengan meminta pandangan suka-suka daripada cucu kepada Nujum Pak Belalang. Hai, boleh percaya ke?
Dan mengikut pandangan nujum berkenaan yang pandai shuffle macam Aril AF7, artis berkenaan namanya bermula dengan 'Nun'. Hai kalau 'Nun', nampaknya baru sama bunyi dengan 'N'...!!
Hah, siapa? Nana Era? Nubhan? Atau Nabil? Entah-ntah 'Nurhaliza' yang rampas balik gelaran itu daripada Mawi!
Bab itu katanya, Murai Batu kena pandai-pandailah cari jawapan sendiri. Binawe betul... April Fool ke?
Apapun ramalannnya, kita semua tunggu sajalah 12 April nanti. Nak cakap sekarang pun, borang undian masih dihitung sampai ke last minute. Maknanya semua calon finalis masih ada peluang sama rata untuk menjadi Bintang Paling Popular. Selamat berjaya diucapkan kepada semua!
MURAI BATU: Korang jangan lupa cuba kuiz mudah, ABPBH2008-Murai sekarang sebab hadiahnya 10 undangan VIP ke Arena of Stars nanti. Jumpa di sana!
[ Last edited by gjown91 at 2-4-2009 15:00 ] |
|