|
TAJUK : SUSUN SILANG KATA
PENULIS : DZIE TYEA
No. ISBN:- 978-967-0448-56-5
Jumlah muka surat:- 536
Harga: RM21.00sm AHLI KN: RM17.00sm/RM24.00ss AHLI KN: RM20.00ss
Terbitan: Kaki Novel
Sinopsis:-
Orang lain berjiran, hidup aman damai. Siap boleh berbalas bekas penuh berisi makanan lagi. Tapi untuk mereka berdua, tak wujud terma-terma begitu. Bagi Ilham, Siti gadis muda biasa-biasa saja tapi entah kenapa, dia suka sangat cari gaduh dengan anak manja jirannya ini.
Bagi Siti, Ilham tu umpama makhluk dari planet mana entah yang jahatnya, nauzubillah. Macam dia nak jentik-jentik kepala Ilham yang penuh dengan agenda jahat tu. Tak padan dengan umur langsung!
Bila buku bertemu ruas, terjadilah macam-macam antara mereka berdua. Bila Ilham cari hal, Siti cari jalan penyelesaian nak membalas dendam. Bila Siti dah Berjaya balas dendam, tup tup ada lagi siri serangan dendam Ilham yang baru.
Tapi itulah, Siti tak dengar pesan uminya. Umi dah cakap, pantang antara lelaki dan perempuan ni ada dua saja. Pertama, jangan berkawan rapat sangat. Kedua, jangan bergaduh kerap sangat. Sebab nanti-nanti salah seorang mesti akan timbul rasa suka pada yang seorang lagi.
Disebabkan terkena sumpahan ‘pantang’ umi itulah, Ilham sesaja-saja nak balas dendam, tapi dia nak menarik perhatian Siti. Yelah, dah selama ini dia asyik perdajalkan Siti, mahunya Siti punya kening bercantum untuk selama-lamanya kalau Ilham tiba-tiba keluar ayat romantik nak mengayat dia. Tapi berjayakah taktik Ilham kali ini? Selepas dia dah masukkan pasir dalam ais krim Siti, buat itu buat ini, dapat ke Siti terima lelaki-kurang-matang macam Ilham?
“Hidupkan enjin, penghuni syurga.”
“Hidupkan enjin?”
“Habis tu, takkan nak suruh awak hidupkan semula orang yang dah mati? Nak sangat masuk neraka?” |
|
|
|
|
|
|
|
TAJUK : BETUL! SUAMI AKU PELAKON
PENULIS : ATEEN KHALID
No. ISBN:- 978-967-0448-53-4
Jumlah muka surat:- 464
Harga: RM20.00sm AHLI KN: RM16.00sm/ : RM23.00ss AHLI KN: RM19.00ss
Terbitan: Kaki Novel
Sinopsis:-
Perkataan ‘sesat’ telah menemukan Irfan Danish, seorang pelakon yang sombong dengan Aliya Marissa, seorang gadis yang cantik rupa parasnya namun garangnya,
mengalahkan singa. Insiden pada malam itu telah menyebabkan mereka bertengkar hebat.
“Kau, kan semalam?” Irfan membulatkan matanya.
“Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!” Aliya bercekak pinggang sambil membesarkan matanya.
Akibat gosip yang melanda Irfan Danish, Datuk Arman memaksanya berkahwin namun Irfan enggan. Oleh sebab itu, Datin Dahlia telah menggunakan kelebihan Irfan sebagai pelakon untuk memaksa Irfan agar dia berumah tangga.
Tanpa pengetahuan Irfan, gadis pilihan Datuk Arman adalah anak kepada sahabatnya Haji Mahfuz, Aliya Marissa!
Aliya tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia sudah berkahwin dan yang paling penting, siapa suaminya! Kecoh satu universiti nanti. Apatah lagi rakan-rakannya begitu meminati Irfan.
Banyak perkara yang terjadi setelah mereka berkahwin. Bertengkar, usik mengusik. Masing-masing cuba menyembunyikan rasa cinta yang sudah menjentik hati
mereka.
“Pelakon tak famous, ‘mulut longkang’… muka ‘jambu batu’, ‘jambu air’… penakut pulak tu!”
“Siapa pelakon tak famous? Mulut longkang? Muka jambu batu, jambu air? Penakut? Awak maksudkan diri awak tu ke?” |
|
|
|
|
|
|
|
TAJUK : LUKA DI HATI DIYA
PENULIS : HASLIZA ISMAIL
No. ISBN:- 978-967-0448-55-8
Jumlah muka surat:- 680
Harga:RM22.00sm AHLI KN: RM18.00sm/RM25.00ss AHLI KN: RM21.00ss
Terbitan: Kaki Novel
Sinopsis:-
Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang
mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.
Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya. Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.
Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.
Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?
“Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?” |
|
|
|
|
|
|
|
ARLUNA
SEMENANJUNG :- RM21.00 AHLI KN: RM17.00SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00
No. ISBN:- 978-967-0448-59-6
Jumlah muka surat:- 464
Sinopsis:-Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Ninasangat cliché.
1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolamdi puncak Sands Skypark.Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelumbrek?- NIA ARLUNA @ NINAEmmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bringside mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE
2. Terjumpa lagi.I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat manaya? - JOE
3. Terjatuh cinta pula.Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thankyou’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marryyou’ ya.- JOE
4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibukFazleen ‘udang galah’. Eh, dah kahwin pun muncul lagi?Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya?Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewasdengan hak seorang isteri?“Tewas Itu Taat.”
DIA IMAMKU
SEMENANJUNG :- RM21.00 AHLI KN: RM17.00SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00
No. ISBN:- 978-967-0448-57-2
Jumlah muka surat:- 592
Sinopsis:-Bila mama Insyirah mengusulkan untuk
perkahwinannya dengan Naufal, dia bersetuju tanpa ragu ragu
kerana gambaran Naufal sama seperti gambaran lelaki
misteri dalam mimpi-mimpinya. Tetapi, saat dia mulamengenali lelaki itu, hatinya dibalut sebal dan geram. Lelakiitu tak seperti yang dia gambarkan. Naufal seorang yang sinis,dingin, beku dan lain-lain lagi.Tetapi sesudah mereka diijabkabulkan, Naufal
bukanlah dingin mana. Si kelat-kelat masam ni pun lelakibiasa. Bisa bertukar menjadi si manis-manis gula yang buat
Insyirah terkena kencing manis setiap masa.Saat bahagia meraja jiwa, mereka harus terpisah
dek cita-cita sang suami. Ketika itu, hadirnya ‘si dendeng’yang mengocak hubungan bahagia itu. Mampukah merekabertahan dengan hanya kasih sayang mereka? Atau, ikatan
suci yang dicipta kerana keluarga bakal terlerai begitu saja?“Abang janji pada Insyirah, cinta abang hanya untukInsyirah sorang dan hanya abang yang akan jadi imam
Insyirah. Tiada lain, insya-Allah.” - Naufal.“Dia memang sudah ditakdirkan untuk menjadi
imamku sedari awal, cuma aku tidak menyedarinya.” -Insyirah.”
GAUN CIK BOS, TUXEDO MR. SECRETARY
SEMENANJUNG :- RM20.00 AHLI KN: RM16.00SABAH/SARAWAK :- RM23.00 AHLI KN: RM19.00
No. ISBN:- 978-967-0448-54-1
Jumlah muka surat:- 512
Sinopsis:-Adam terpaksa bekerja sebagai setiausaha kepada
Khalisah yang tegas lagi cerewet kerana Adam sangat-sangat
memerlukan pekerjaan. Khalisah selalu menyusahkan Adamtetapi, Adam tetap bersabar. Namun, had kesabaran manusia
ada batasnya.“Kenapa cik bos selalu kenakan saya? Apa salah
saya pada cik bos?”
“Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya.”Aril, teman lelaki Khalisah kurang selesa dengan
Adam. Ada rahsia mengenai Adam yang disimpannya. Malah,ia itu turut bersangkut-paut dengan Danish, kanak-kanakkecil yang dijaga oleh Adam sejak bayi lagi.Bila Adam bakal berkahwin dengan orang lain,masihkah Khalisah tegar dengan egonya? Dan, apakah rahsia
mengenai diri Adam itu?“Apakah perasaan benci ni sebenarnya cinta? Hesy!
Pada secretary? Not my class okay!”
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 10-12-2013 03:35 PM
TAJUK : SUSUN SILANG KATA
PENULIS : DZIE TYEA
No. ISBN:- 978-967-0448-56-5
ana baca tak lagi novel ni?
nak tahu review cita ni best ke tak
|
|
|
|
|
|
|
|
flarengirl posted on 6-2-2014 09:56 PM
ana baca tak lagi novel ni?
nak tahu review cita ni best ke tak
tak laling...banyak novel pending lum baca lagi
@ciksurie dh baca ke lum
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 7-2-2014 01:32 AM
tak laling...banyak novel pending lum baca lagi
@ciksurie dh baca ke lum
Tak beli pung ....nak tanya @adalia |
|
|
|
|
|
|
|
adalia posted on 7-2-2014 10:12 AM
Susun silang kata?
Best...lawak hero heroin asyikla bergaduh..hero kerek x hengat..
1 part tu di ...
hero tua lagi dr heroin eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
flarengirl posted on 7-2-2014 11:05 AM
hero tua lagi dr heroin eh?
Iya..heroin tgh blaja..hero x sempat abis study..
|
|
|
|
|
|
|
|
adalia posted on 7-2-2014 11:11 AM
Iya..heroin tgh blaja..hero x sempat abis study..
laa..hero dropped out la ni?
dalia bg brapa bintang kalau nak rate dari satu ke lima?
|
|
|
|
|
|
|
|
flarengirl posted on 7-2-2014 11:17 AM
laa..hero dropped out la ni?
dalia bg brapa bintang kalau nak rate dari satu ke lima?
3bintang bolehla...citer yg ringan n santai.
|
|
|
|
|
|
|
|
adalia posted on 7-2-2014 02:41 PM
3bintang bolehla...citer yg ringan n santai.
owh..ok atas review
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 22-1-2014 03:58 PM
ARLUNA
SEMENANJUNG :- RM21.00 AHLI KN: RM17.00SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00
No. IS ...
chit_ana .... tak de review tuk Mac nya keluaran ke? ksall dah order Mungkinkah? hanni ramsul.. dah baca kat bloq... sebab terkesan ngan PAM .. tu yg tak sabar nak baca Mungkinkah?
KN buat combo Mac 3 novel... tapi yang lagi dua tu ksall tak berani nak beli... takut kuciwa.... walaupun KN buat rm61 je tuk 3 novel... Hanni punya dah rm32 dah... tapi entah le... tak teruja nak dapatkan ketiga2nya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Akan Datang : Mac2014
MUNGKINKAH?
SEMENANJUNG:- RM32, AHLI KN:- RM28
SABAH SARAWAK:- RM35, AHLI KN:-RM31
Sinopsis:-
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya
hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang
lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta
perpisahan.
Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya
pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan
menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.
Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa
dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.
Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.
Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering
ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka
berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan
mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu
tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.
Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan
telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti
tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima
perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.
Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat
Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff.
Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.
Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa
dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus
matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan,
mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?
“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas
kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan
pulang?
“Mungkinkah rasa yang runtuh, ‘kan kembali
teguh?” Last edited by sapp73 on 22-2-2014 04:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
CINTAI AKU BOLEH?
SEMENANJUNG:- RM21,
SABAH SARAWAK:- RM24,
Sinopsis:-
Saat Qaira sudah sah menjadi isteri kepada Syed
Ashraff Zafryl, dirinya diceraikan talak tiga sejurus selepas
dinikahkan.
Tengku Zareef menerima Qaira atas penghormatan
kepada arwah ayahnya dan juga sedikit rasa hormat pada
ibunya. Dia menyeksa Qaira secara mental dan fizikal untuk
membuatkan wanita itu tersungkur di kakinya.
Kehadiran Tengku Hazwan menambah duka dalam
hidup Qaira, kehadiran Trisha menambah sengsara.
Semuanya membuatkan Qaira hampir-hampir rebah. Saat
kasih Tengku Zareef berubah arah, pelbagai dugaan yang
timbul dalam rumah tangganya.
Dapatkah Tengku Zareef dan Qaira menggapai
bahagia? Siapa Tengku Hazwan? Siapa Qaira? Apakah kaitan
dia dengan keluarga Tengku Radziah?
“Kau boleh blah tak? Rimaslah aku tengok muka
kau!” - Tengku Zareef.
“Kau ingat aku nak sangat bertandang ke bilik kau
yang busuk ni? Kau ni dah mengganggu ketenteraman aku.
Kalau kau nak main lempar barang macam budak kecik tak
cukup umur, kau pergi main kat luar!” - Qaira. |
|
|
|
|
|
|
|
AWAS, KALAU DAH SUKA!
SEMENANJUNG:- RM20,
SABAH SARAWAK:- RM23,
Sinopsis:-
Kerana kasih pada si adik, Trish sanggup
memperjudikan hidupnya dalam perkahwinan yang diatur
oleh keluarga, dengan harapan si adik sedar kasih yang cuba
dia sampaikan. Namun sia-sia. Malah, Riya membuatkan
rumah tangganya berantakan apatah lagi setelah mengetahui kebenaran yang cukup menyakitkan.
Setulus kasih dia cuba mewarnakan perkhwinan itu
tetapi tidak membawa erti kepada Tengku Afif Akmani. Apa
yang lelaki itu inginkan hanyalah imbuhan atas perkahwinan
yang dirancang oleh bapa mereka. Biar seikhlas mana pun
Trish menabur kasih, suaminya tetap angkuh dalam keegoan.
Dan Trish tertanya-tanya, apakah pengakhirannya
sebuah duka yang melatari hidupnya itu? Apa yang
membuatkan kembarnya menjauh pergi dan berubah laku?
Tidak adakah ruang di hati Tengku Afif Akmani untuk
dirinya?
“Kasihku tak perlukan bait bicara, aku hanya mahu
kita bersama hingga akhir usia.” |
|
|
|
|
|
|
|
kak_sall posted on 21-2-2014 12:51 PM
chit_ana .... tak de review tuk Mac nya keluaran ke? ksall dah order Mungkinkah? hanni ramsul.. da ...
kak,kita jrg beli KN sbb selalu terkena jalan cite yg xbest or hampir sama.ni pon byk pending xsempat nak baca.haa rin ahmad or hanni ramsul wajib beli
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 23-2-2014 03:27 PM
kak,kita jrg beli KN sbb selalu terkena jalan cite yg xbest or hampir sama.ni pon byk pending xsem ...
haaa.. sapp dah review...
sama la ksall pun... jalan cerita KN selalu hampir sama.... so.. ksall kena tengok penulis... kadang cerita yg sama ditulis oleh penulis yg pandai menyusun ayat buat kita masih mahu terus membaca....
|
|
|
|
|
|
|
|
GUY NEXT DOOR
RM21.00
HARGA SEMENANJUNG: RM21, AHLI KN: RM17
HARGA SABAH/SARAWAK: RM24, AHLI KN: RM20
Sinopsis:-
Kisah perang mulut antara dua jiran (Kristal Abdul Hamid – sudah punya teman lelaki, Fandi) dengan (Adam Putra Iskandar). Kris memandang serong pada Adam, anak emak yang disangkanya menganggur. Kris selalu dileter oleh emaknya dan dibandingkan dengan Adam.
Sehinggalah Adam memulakan langkah meleraikan perang dingin antara mereka. Bermulalah bermacam-macam peristiwa lucu dan mengusik hati Kris dan Adam. Daripada menyampah menjadi suka.
“Kuketuk pintu rumah sebelah, kujumpa cinta dia!” |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|