CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 21-7-2006 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 21-7-2006 06:09 PM
ohhh rahsia tu... mcm ler sy nie org jahat.. rawang agak jauh, tak expert area tu...

seri tie agak-agak saya dari pemikiran mcm mana?



Sunni yang lain dari saya dan yahya....:hmm:

rawang tak jauh, kira2 satu setengah jam dari BBB...ada yg dari alorsetarpun nak mai minggu ni...forumner kat sini gak ler...

dah baca buku2 terbaru Abuya?...cam ner awak kata kuliah Abuya tak der guna Al quran dan Hadis, yg tak dernya dalam buku tulisan Abuya adalah rujukan kepada buku2 pengarang lain seperti buku2 yang biasa kita jumpa di pasaran, itu sahaja...

Pasal YAQAZAH sama ada mahu percaya atau tidak, tidak membawa kepada rosak aqidah, ia bukan perkara USUL...mungkin awak baru lagi di forum ni, tapi dulu dah bincang perabis dah pasal isu YAQAZAH ni...

Pasal PBT dan Imam Mahdipun bukan perkara USULIYAH...ia hanya khilafiah di kalangan ulamak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2006 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 21-7-2006 06:26 PM



Sunni yang lain dari saya dan yahya....:hmm:

rawang tak jauh, kira2 satu setengah jam dari BBB...ada yg dari alorsetarpun nak mai minggu ni...forumner kat sini gak ler...

dah baca buku2 ...


dulu masa muda-muda dan baru belajar kat IPTA adalah kawan-kawan arqam bagi, yang dibeli pun ada, sg. penchala pun pernah gi melawat, masa tu simpatisan arqam gak lah, maklumlah kawan rapat join arqam, tapi...... seperti ya g dicakapkan sebelum ni, walaupun geng rufaqa mendakwa ia masalah furu' ustaz ashaari pulak men'declare' secara jelas bahawa beliau adalah PBT dan pembantu mahdi malahan itulah yang menjadi kepercayaan arqam/rufaqa dan menjadi hala tuju dakwah arqam/rufaqa.. kemudiannya apa yang ditulis oleh ex-penasihat undang-undang beliau, en. Zabidi saya melihat tiada jawapan balas yang diberi semula cuma berunsur tohmahan peribadi, sedangkan beliau memberikan dalil-dalil kenapa beliau tgglkan arqam dan dalil beliau tersebut tidak dijawab balik, yang dihujahkan ialah Zabidi ini menyerang beliau masa dalam tahanan sedangkan bila dah kuar tahanan ustaz ashaari masih lagi belum bagi jawapan akan tuduhan zabidi.

so saya nie sunni yang macam mana? :hmm: apa bezanya saya dengan seri tie dan saudara yahya..

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 21-7-2006 06:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 21-7-2006 06:47 PM


dulu masa muda-muda dan baru belajar kat IPTA adalah kawan-kawan arqam bagi, yang dibeli pun ada, sg. penchala pun pernah gi melawat, masa tu simpatisan arqam gak lah, maklumlah kawan rapat joi ...


FYI, sdra yahya bukan org rufaqa..tatie tak kenalpun dier...tapi mungkin pegangan kami sedkit berbeza dengan pegangan sdra ahmadi dari sudut-sudut tertentu...

PBT dan Imam Mahdi adalah perkara furukiyah sebab ada ulamak yg mempertikaikannya dan ada ulamak yg mempercayainya.

Jika asas atau dasar umumnya sudah begitu (FURUK) maka pendetailan kepada ISU ini tentulah juga tidak menjadi satu ISU BERAT (USUL) jadi tidak salahlah kalau ada sesiapa yang BERDASARKAN ILMU DAN KEYAKINAN  mempercayai sesiapapun sebagai PBT atau Imam Mahdi. Namun begitu KEPERCAYAAN itu mesti ada hujah naqli dan hujah aqli bukan ikut-ikutan sahaja.

ITU ADALAH DEDUKSI LOGIK YG DITERIMAPAKAI DALAM ISU ILMIAH...tatie harap sdra ahmadi tidak merasa keceliruan LOGIK dengan hujah tatie tersebut...

Tatie nak perbetulkan...perjuangan RUFAQA atau perjuangan Abuya bukan untuk memperkenalkan diri sebagai PBT atau utk mendapat daulah...tetapi memperjuangkan TUHAN sebagai cinta agung dengan membangunkan SISTEM2 yg PURE yg dirujuk kepada AL QUran, Hadis, Ijmak dan Qias berasaskan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kami tidak dapat menghalang masyarakat dari memberi pendapat mereka ttg perjuangan kami kerana UNTUK KAMI MELURUSKAN NIAT bagi memperjuangkan Tuhan sbg CINTA AGUNG itupun sangat perit dan perlu melalui pelbagai ujian, jadi tentulah masyarakat dari LUAR lebih sukar memahami PERJUANGAN ini dan melabelkan dengan pelbagai TANGGAPAN yg sangat bersalahan dan tidak menepati APA YG SEBENARNYA diperjuangkan oleh kami.

Cuma satu yg kita semua perlu ingat, FITRAH MANUSIA semuanya menyintai KEBENARAN yg HAKIKI, sedangkan KEBENARAN HAKIKI itu sgt mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 03:06 PM | Show all posts
Selepas kejatuhan empayar Islam ada beberapa bentuk perjuangan di kalanagan umat Islam :

1. Golongan yang hidup matinya untuk Islam. Faham apa yang mereka perjuangkan. Bersungguh-sungguh mengamalkan di dalam diri mereka dan keluarga mereka, memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka sanggup berhadapan dengan sebarang risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang ditunggu-tunggu. Syahid adalah idaman mereka. Golongan ini amat sedikit dan golongan ini lebih tinggi darjatnya daripada ahli ibadah.

2. Golongan yang bersungguh-sungguh berjuang seperti golongan yang pertama tadi serta faham apa yang mereka perjuangkan. Cuma lemah mujahadah melawan nafsu. Di dalam gigih berjuang itu maksiat dibuat juga. Di dalam ada cita-cita Islam, terlibat juga dengan dosa. Ini terserahlah kepada Allah. Ini terpulanglah kepada Allah. Dia mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang dikehendaki. Atau kebaikannya lebih banyak daripada kejahatan yang mereka buat, maka beratlah amalan kebaikannya maka mereka tergolong dalam ashabul yamin.

3. Golongan yang berjuang secara jahil. Fardhu ain di dalam diri pun belum selesai. Mereka berjuang semata-mata kerana semangat dan fanatik sahaja. Di dalam perjuangan boleh mengganas, merosak dan menzalim sama ada di sedari atau tidak. Mereka itu kalau gigih sekalipun berjuang, namun Allah SWT tidak akan menerima perjuangan mereka. Kerana kerosakannya lebih banyak daripada kebaikannya. Golongan ini agak ramai di zaman ini.

4. Umat Islam yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam tapi berjuang kerana mahu merebut pangkat atau sakit hati dengan musuh-musuhnya atau kerana kemegahan bangsa, negara atau kerana nama atau kerana ideologi. Islam itu hanya diselit-selitkan atau dijadikan bahan slogan untuk mempengaruhi umat Islam. Golongan ini tertolak. Sama ada jadi zalim, fasik atau kafir.

5. Golongan ingin berjuang tapi belum mula berjuang kerana wadah-wadah perjuangan yang wujud di negaranya atau jemaah perjuangan yang ada di negaranya tidak meyakinkan. Kerana tahu tidak ada kemampuan dan kelayakan, mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunggu perjuangan yang sebenar. Mereka lebih banyak menyendiri.

6. Golongan yang menghabiskan masa untuk ibadah serta membaiki diri, sedangkan kemampuan ada. Kalaupun ada perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka tidak mahu menggabungkan diri. Kerana tidak mahu bersusah payah atau tidak mahu menerima risikonya. Golongan ini dimurkai Allah.

7. Golongan yang uzur, sama ada uzur disebabkan sakit atau cacat anggota atau tua atau terlalu miskin, sedangkan tanggungjawabserta ada keluarga yang hendak ditanggung. Maka oleh yang demikian, mereka tidak dapat ikut serta di dalam perjuangan hanya memberi doa semata-mata. Golongan ini dimaafkan.

8. Golongan yang memilih menghabiskan masa untuk beribadah daripada berjuang di waktu musuh belum begitu mengancam terhadap umat Islam dan negara Islam. Sedangkan sudah ada golongan yang lain yang berjuang dan tenaga itu sudah cukup sebagai menegakkan fardhu kifayah maka golongan itu diharuskan bersikap demikian tapi pahalanya rendah dibandingkan dengan golongan yang berjuang itu.

9. Golongan yang sudah tidak mempedulikan langsung terhadap Islam. Mereka sebagai Islam keturunan. Ibadah untuk dirinya, pun tidak mahu berjuang, pun mereka tidak mahu fikir, mahu hidup semata-mata. Memikirkan makan, minum, seks sahaja. Islam tidak ada langsung di dalam hati mereka. Golongan ini disangsikan keislaman mereka.

10. Ada golongan pada mulanya menceburkan diri di dalam perjuangan. Apabila mendapat kesusahan atau tidak tahan berhadapan dengan ujian dan cabaran akhirnya mengundurkan diri. Yang mengundurkan diri itu, ada yang menentang dan ada yang tidak menentang.

11. Ada golongan yang menggabungkan dirinya di dalam perjuangan setelah perjuangan itu telah menghasilkan buahnya, ertinya setelah perjuangan memberi kesenangan. Tapi apabila berhadapan dengan ancaman atau ujian yang berat, ia akan tentang perjuangan itu dan adakalanya terus menyebelahi musuhnya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 23-7-2006 02:37 PM

PBT dan Imam Mahdi adalah perkara furukiyah sebab ada ulamak yg mempertikaikannya dan ada ulamak yg mempercayainya.

Jika asas atau dasar umumnya sudah begitu (FURUK) maka pendetailan kepada ISU ini tentulah juga tidak menjadi satu ISU BERAT (USUL) jadi tidak salahlah kalau ada sesiapa yang BERDASARKAN ILMU DAN KEYAKINAN  mempercayai sesiapapun sebagai PBT atau Imam Mahdi. Namun begitu KEPERCAYAAN itu mesti ada hujah naqli dan hujah aqli bukan ikut-ikutan sahaja.


:setuju:

Dah berulang-ulang kali memberi penerangan tapi bagi orang yang hatinya hitam penuh dengan kedengkian tentu tak nampak kebenaran dan keikhlasan yang dibawa  manusia seperti Abuya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 11:37 AM | Show all posts
bukan apa-apa cuma masih kehairanan macam mana masih ada orang yang percaya pada dakwaan ustaz ashari...:hmm:
lepas apa yang dijelaskan oleh tuan lawyer zabidi dalam buku dia...

jgn marah yer....seri tie.... jumaat lepas selepas solat kat masjid UKM saya gi ke Tasik UKM .. tak nampak pun ade gerai ikan bakar.. ade kat mana ahh tie..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2006 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 24-7-2006 11:37 AM
bukan apa-apa cuma masih kehairanan macam mana masih ada orang yang percaya pada dakwaan ustaz ashari...:hmm:
lepas apa yang dijelaskan oleh tuan lawyer zabidi dalam buku dia...

jgn marah yer.. ...


Memanglah anda hairan sebab anda bukan di didik di bawah madrassah yang diasaskan oleh Abuya. Anda cuma mendengar daripada pengkhianat dan membuat kesimpulan sendiri. Bukankah kak tatie sendiri pun kata kalau nak tahu elok datang sendiri ke Rawang ni. Ramai yang boleh membantu dan memberitahu hal yang sebenarnya. Nampaknya anda masih lagi tidak ilmiah dalam mencari kebenaran.:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 01:00 PM | Show all posts
Bersemangat betul 'adik' Batu Api membela Abuya, mesti umur dalam range awal 20an.... paling tinggi pun 23 tahun...satu usia yang penuh semangat dan cita-cita...

Janganlah hanya melihat dari sudut tarbiah madrasah Abuya, cuba lihat dari sudut-sudut lain...saya berkata disini bahawa sehingga kini saya masih belum melihat Abuya menjawab kritikan tuan lawyer Zabidi secara ilmiah dan hujah yang lebih baik dari apa yang dinyatakan oleh tuan lawyer Zabidi didalam buku ''Tersungkur di Pintu Syurga', cuma balasan dari Abuya melalui sajaknya lebih berbunyi begini... Zabidi hanya berani menyerang beliau (ustaz Ashari) semasa Abuya didalam tahanan... dan kemudian peribadi zabidi diburuk-burukkan.... persoalannya sekarang Abuya sudah lepas bebas mengapa tiada balasan bertulis dengan hujah membatalkan hujah tuan lawyer zabidi yang dikeluarkan...

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 24-7-2006 01:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2006 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 24-7-2006 11:37 AM
bukan apa-apa cuma masih kehairanan macam mana masih ada orang yang percaya pada dakwaan ustaz ashari...:hmm:
lepas apa yang dijelaskan oleh tuan lawyer zabidi dalam buku dia...

jgn marah yer.. ...


dah byk kali khatam baca buku zabidi tu...cantik jer tersusun kat almari buku ....tiap kali baca tak der pula rasanyer yg negatif tentang Abuya yg boleh dirumus dari buku zabidi tu..sebab setiap dakwaan beliau tatie rasa cam lawak AIMAN TAK KISAH...hehehe...

apa dakwaan zabidi terhadap abuya yg menjadi kemusykilan sgt tu?...

oo...kalau lepas jumaat, ikan bakar dah habih ler...apa lak tak der cafe kat tepi tasik UKM tu..cafe kejuruteraan tu ler maksud tatie....petang2 ramai yg gi jogging kat sana...weekend pun ader juga....

jemputlah dtg ke rawang, kalau dulu pernah gi sg penchala, sekrg sg penchala dah tutup terus, BCH Rawang jadi bdr pusat Rufaqa....Rufaqa kan dah masuk era bandar, bukan kg lagik sekrg...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 01:28 PM | Show all posts
kat fac. engine rupanya... maner lah saya tau... saya pergi lepas isyak, lepas abis keje balik solat masjid UKM kejap... gi ler merayau malam2 sorang kat depan tasik tu nak makan ikan bakar.. punyalah kempunan.. sian saya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 24-7-2006 01:28 PM
kat fac. engine rupanya... maner lah saya tau... saya pergi lepas isyak, lepas abis keje balik solat masjid UKM kejap... gi ler merayau malam2 sorang kat depan tasik tu nak makan ikan bakar.. punya ...


laaa....malam mana buka CAFE tu....hehehe...tghari cam ni ader ler ikan bakar tu...igt nak pi lunch ni...ada lagi kot ikan bakar ni...

JEMPUTLAH DTG RAWANG MINGGU NI...AHAD PUKUL 9.00 PAGI,...TANYA LER PASAL BUKU ZABIDI TU PADA PANEL RUFAQA DI PROGRAM TERSEBUT...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 07:27 PM | Show all posts
Saya nak bertanya pada Seri tatie & Batu Api,...

apa pandangan sahabat berdua tentang Abuya,... ustaz ashari pemimpin rufaqa, adakah beliau seorang guru mursyid dan juga wali Allah dan juga pemuda BT yang dijanjikan oleh Allah, yang perlu ditaati dan dimuliakan..... ini adalah pegangan kawan2 sy yang dulu ahli arqam..dan adakah pandangan ahli-ahli rufaqa masih sama seperti ahli arqam dahulu..



wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 25-7-2006 07:27 PM
Saya nak bertanya pada Seri tatie & Batu Api,...

apa pandangan sahabat berdua tentang Abuya,... ustaz ashari pemimpin rufaqa, adakah beliau seorang guru mursyid dan juga wali Allah dan juga  ...


Bukankah sdr kata yg sdr...kehairanan pasal msh ada yg percaya pd dakwaan abuya....jd kalaulah pihak rufaqa atau wakilnya di forum ni jwb pandangan tentang abuya...mawar ingat sdr lagikk akan bertambah2 hairan...kesimpulannya soalan sdr ni rasanya tak relevan nak dijwb memandangkan pendirian dan pemikiran sdr yg awal2 dah declare tak boleh terima abuya dan apa yg diperjuangkannya.

Kata org tu...buat apa lagi nak ditanya...betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 01:44 PM | Show all posts
Saya nak bertanya gak...

macam mana kita nak sembahyang dengan lebih khusyuk lagi, dan macam langkah² pencegahan utk tidak terhalang kita utk tidak hilang khusyuk sembahyang kita ini ... harap memahami ye soalan saya ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 26-7-2006 12:10 PM


Bukankah sdr kata yg sdr...kehairanan pasal msh ada yg percaya pd dakwaan abuya....jd kalaulah pihak rufaqa atau wakilnya di forum ni jwb pandangan tentang abuya...mawar ingat sdr lagikk akan b ...


emmm... mungkin apa yang saya faham berbeza dari apa yang ahli-ahli rufaqa faham.. tak salahkan menyatakan pandangan seperti apa yang anda-anda semua (rufaqan) yakini.... takkanlah berahsia kot dengan forumer yang lain... nak gak mengetahui dan melihat dari sudut rufaqan... tak salah kan..

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 01:10 PM | Show all posts
nak tanya kepada para jemaah al-arqam.

ada tak dalam al-arqam ni amalan bersuluk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 03:24 PM | Show all posts
betul ke rufaqa ni masa ditubuhkan dan sehinnga skrg masih dipantau oleh bukit aman dan KDN kenapa ye, sehingga begitu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 27-7-2006 01:10 PM
nak tanya kepada para jemaah al-arqam.

ada tak dalam al-arqam ni amalan bersuluk?


tidak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 28-7-2006 10:13 AM


tidak ada.


hehe....nih betui ke penah ikut arqam nih...ye ke tak ada amalan bersuluk? Kalau sdr penah ikut,  soheh ikut sesaja ni tanpa faham ape ke mendanya bersuluk dlm arqam tu....patut pun dah terkeluar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by boogie78 at 27-7-2006 03:24 PM
betul ke rufaqa ni masa ditubuhkan dan sehinnga skrg masih dipantau oleh bukit aman dan KDN kenapa ye, sehingga begitu sekali.


yup memang benar...kenapa tu kena tanya depa tapi yg pastinya Abuya dan jemaahnya digeruni kerana gelombang kebenaran yg dibawanya (jika betul2 sudah mengenali perjuangan abuya) yg sgt mudah mempengaruhi masyarakat di mana semua itu bisa menggugat org2 berpentingan..heh heh...kalau setakat sebab aqidah dan kes taksub, banyak lagi kumpulan yg menyalahi aqidah dan buat org taksub yg lbh bahaya spt black metal tapi tidak diberikan pantauan keterlaluan spt pada abuya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057184 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list