CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 15-12-2024 02:25 PM | Show all posts
Hoofy

Cerita ni dah lama dah aku dapat tapi aku baru teringat balik kisah ni beberapa hari dulu. Dan aku ceritakan di sini sebab aku rasa curiga samada cerita ni memang betul ke atau rekaan saja. Kot-kotla ada pembaca kat sini yang penah dengar kisah ni ke.

Dulu aku penah bekerja di sebuah penjara sekuriti maksimum tapi aku bukanlah warden atau pegawai penjara.  Aku cuma staf biasa yang diupah untuk mengendalikan dapur di penjara itu.  Macam yang korang tau, kadang-kadang kalau ada banduan yang berkelakuan baik mereka akan diberikan kerja dalam penjara ni dan salah satunya adalah kerja-kerja di dapur.  Jadi aku kenal je banduan-banduan yang baik dalam penjara ni, selalu jugak sembang-sembang dengan diorang.  Pada satu pagi tu aku sedang menguruskan beberapa kertas kerja, apabila aku terdengar beberapa orang banduan yang sedang menyusun stok dapur bersembang tentang legenda kaum masing-masing.  Salah sorang tu namanya Storm, dia ni keturunan orang Asli Amerika, aku namakan dia Storm jelah ye.  Storm ni datang dari sebuah rizab Orang Asli di Arizona, berdekatan dengan Gunung Estrella. Kebetulan jugak kat situ dekat je dengan kampung atuk nenek aku.  Aku tak pasti dia keturunan apa, tapi dari komen redditor yang lain, kemungkinan dia ni dari suku kaum Pima atau Maricopa dan nama rizab tu adalah Gila River Reservation.

Storm kata dalam suku kaum dia ada satu legenda yang amat ditakuti iaitu Hoofy.

Hoofy ni menurut cerita nenek moyang dia, adalah seorang lelaki kacak yang memakai topi koboi tinggi berwarna putih dan berkasut but yang selalu datang ke casino kat tanah rizab dia tu.  Dia tak berjudi, sebaliknya dia cuma datang ke kasino tu untuk mengorat pengunjung wanita di situ lepas tu ajak perempuan tu balik rumah dia.  Sesampainya di rumah dia, dia akan menunjukkan dirinya yang sebenar, iaitu makhluk tinggi berkaki kambing dan berambut panjang hitam.  Mukanya yang kacak itu akan bertukar menjadi muka binatang seakan kacukan kuda dan serigala.  Matanya jadi merah menyala.  Hoofy akan memakan perempuan-perempuan yang dia bawak balik tu, dan sebagai tanda kenangan-kenangan, dia akan cicirkan pakaian mangsa-mangsa dia di sekitar sarang dia.

Aku pun ketawa dengar cerita si Storm ni sebab dahla nama makhluk tu pun dah macam nama kartun, lepas tu cerita dia pun macam tipikal sangat udah macam rekaan pulak.  Tapi Storm berkeras mengatakan yang makhluk tu wujud, sebab dia dan sepupu dia pernah jumpa makhluk tu.

Kejadian tu semasa Storm masih tinggal di rizab dia di Gunung Estrella.  Aku tau tempat tu sebab kampung atuk nenek aku pun kat situ.  Satu hari tu Storm dan sepupu dia tengah kebosanan jadi diorang pun ambil keputusan nak berjalan kaki ke gurun.  Saja nak habiskan masa.  Masa tu waktu adalah dalam sejam ke sejam setengah nak ke senja, jadi mereka berdua pun memulakan perjalanan nak ke gurun tu.  Diorang berjalan kaki dalam 15 minit macam tulah apabila mereka terjumpa satu bangunan tinggal yang seakan-akan sebuah gereja.  Bangunan tu diperbuat dari kayu yang dah mereput sana sini, kalau kena ribut memang boleh terbang bangunan tu.  

Eh menarik jugak ni.  Diorang pun ambil keputusan nak meneroka gereja lama tu.  Diorang pun masuklah ke dalam gereja tu.  Masih boleh nampak kerusi-kerusi panjang tempat kariah duduk sambil mendengar ceramah sang paderi, tapi lantai kayunya memang berbunyi-bunyi bila dipijak.  Diorang gelak-gelak je sebab diorang terasa macam dalam filem seram pilak.  Diorang pun keluar dari gereja tu.  Belakang sempadan gereja tu ada longkang kecil yang terpaksa dilompat kalau nak lalu situ.  Perjalanan ke gurun pun diteruskan apabila mereka terjumpa sesuatu yang pelik.

Storm kata diorang jumpa kasut perempuan pelbagai jenis tersusun kat hutan belakang gereja tu.  Ada kasut tumit tinggi yang dipalit lumpur, kasut flat hitam, kasut but berwarna perang yang dah patah, bermacam-macam jenisla tapi semua tu kasut perempuan dan kasut-kasut tu nampak teruk sangat dah.  Storm saja gatal kutip sebiji kasut nak tunjuk kat sepupu dia, masa ni diorang saling berhadapan, tapi dia nampak muka sepupu dia tu kejung macam ternampak sesuatu yang sangat menakutkan.  Muka sepupu dia pucat lesi dan matanya terbeliak, macam nak nangis pun ade tapi bola matanya mengarah pada belakang Storm.  Storm pun peliklah, dia mcam nak berpaling ke belakang tapi sepupu dia melarang, 'Jangan'.  Sepupu dia pegang bahu Storm, 'walau apa pun yang terjadi ko tunduk je. Ko jangan pandang belakang'.

Storm tak penah tengok sepupu dia berreaksi macam tu, jadi dia pun ikut jelah arahan sepupu dia.  Kemudian, dia terdengar bunyi tapak kaki di belakang dia.  Bunyi jatuhan kaki orang tu sangat berat, diselang seli dengan bunyi hembusan nafas yang kuat.  Storm dah seram sejuk rasa macam suhu badan dia jatuh 10 darjah Celcius.  Dia mula menggeletar bila sepupu dia perlahan-lahan tarik bahu dia, sambil berbisik kepada Storm, 'kita kena pegi sekarang jugak'.  Suara sepupu dia agak bergetar.  "Walaupun apa pun terjadi, ko jangan pandang belakang'.  Itulah kata terakhir daripada sepupu Storm apabila kedua-duanya mula membuka langkah seribu.

Kedua-duanya berlari macam pelari pecut negara masa tu.  Mereka berlari melintasi gereja lama tu terus menuju ke perkampungan mereka.  Sepupu dia sambil berlari sambil berdoa dalam bahasa ibunda dia.  Storm yang kat belakang masa tu macam terdengar derapan tapak kaki kuda yang semakin menghampiri mereka.  Makin dekat bunyi tu makin kuat pulak bau bangkai.  Itu sudah cukup untuk dijadikan motivasi kepada Storm untuk teruskan berlari.

Lari punya lari akhirnya mereka pun sampai di rumah mereka, ngam ngam masa tu dah masuk senja.  Suasana dalam rumah mereka masa tu dilimpahi dengan cahaya matahari yang berwarna oren.  Kedua-duanya tercungap-cungap macam tak cukup nafas.  Tapi dalam masa yang sama Storm tergerak nak tau apa benda yang mengejar diorang tadi? Dia pun mengintai dari celah jurai langsir tingkap rumah dia.  Dalam remang-remang senja tu, dia cuma nampak bahagian belakang makhluk tu je.  Tinggi 8 kaki dengan rambut hitam panjang sampai ke pinggang, bahagian atas je macam manusia, tapi berkaki kambing.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2024 02:46 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 15-12-2024 02:58 PM

Cuma Sebuah Trak

Amaran : Cerita ni tak seram langsung tapi sapa-sapa yang pernah kehilangan orang tersayang mesti boleh memahami cerita ini

Datuk aku meninggal tahun 2019 setelah 4 tahun terlantar di atas katil.  Di saat dia sedang nazak, atuk mewasiatkan aku dan ibuku trak kesayangan dia yang dia beli tahun 2006.  Atuk aku semasa hidupnya memang sayang betul dengan trak tu, memang dia jaga sungguh-sungguhla tak kasi calar dimekap sana sini.  Semasa atuk meninggal pun perbatuan trak dia pun baru 45,000 batu sebab atuk sayang nak pakai trak tu.

Tak lama lepas aku dan ibu dapat kunci trak tu, aku dan ibuku sedang menunggu di pandu lalu sebuah farmasi apabila tiba-tiba datang kereta Ford buruk ni melanggar belakang trak atuk kami tu.  Takdela teruk sangat kemalangan tu, tapi nampaklah juga kesan kemek di bumper belakang trak atuk tu.

Pemandu Ford tu adalah seorang lelaki tua yang berulang kali memohon maaf kepada kami. Dia tak sengaja, dia cakap dia baru keluar hospital dan masa kami sama-sama menunggu kat pandu lalu tu, dia sedang mencari kad insurans di tempat duduk penumpang dia. Dia tak sedar yang kereta dia masih bergerak dan terlanggar la trak kami tu.  Lelaki tua tu memang nampak sangat la tengah kepenatan.  Dia pun setuju nak bayar kerugian kami tu melalui insurans kereta.  Dari pemerhatian aku memang lelaki tua tu nampak macam dalam kesusahan tapi dia tetap setuju nak tanggung ganti rugi kami.

Aku dan ibu rasa bersalah, kami kalau boleh taknak susahkan lagi lelaki tua tu, sebab dari sekilas pandang pun tau lelaki tua tu bukanlah orang berada.  Tapi pada masa yang sama kami rasa bersalah pulak sebab trak kesayangan atuk dah tak cantik macam tuan asalnya jaga.  Bila aku tanya kedai kos nak mencantikkan semula kemek tu adalah dalam USD300.  Aku dan ibu takde duit sebanyak itu masa tu.

Malam tu, inilah kali pertama dan terakhir aku termimpikan mendiang atuk.  Dalam mimpi aku tu, atuk dalam keadaan sihat dengan sebotol bir di tangan dan kami tengah melepak di laman belakang rumah atuk.  Kami bersembang kecil dan terbukaklah topik pasal trak kesayangan dia tu.  Aku pun ceritalah pasal trak yang kemek tu.  Atuk cuma tergelak kecil, setelah meneguk bir di tangan dia, dia cakap kat aku, 'takpe, itu kan cuma sebuah trak je'.  Lepas tu aku pun terbangun.

Esok paginya ibu cakap kat aku, kita tak payahla nak tuntut insurans dari lelaki tua yang langgar kami semalam.  Aku pun sajalah tanya ibu kenapa ibu berubah fikiran.  Ibu pun ceritalah, malam tadi dia mimpikan atuk. Suasana dalam mimpi ibu tu sebiji macam dalam mimpi aku. Dan sama macam mimpi aku, atuk tanya pasal trak dia, dan atuk cakap kat mak aku, jangan risaulah, itu kan cuma sebuah trak je.

Aku dan ibu sama-sama menangis lepas tu.  Atuk semasa hidupnya seorang yang baik dan ada empati pada orang lain.  Kalau atuk masih hidup, kami yakin ini yang atuk mahukan.   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
yeay..tq TT ada cerita baru.. lurve sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq Mrs S.. cerita yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2024 12:02 PM
Mimpi Ngeri

Kejadian ni berlaku 20 tahun yang lalu, tahun 2004.  Ayahku seorang yang sangat alim.   ...

nak komen jugak...walaupun xtau penulis asal ni agama apa...
tapi orang yg alim dalam agama mmg ada kelebihan tersendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2024 02:46 PM
Cuma Sebuah Trak

Amaran : Cerita ni tak seram langsung tapi sapa-sapa yang pernah kehilangan orang  ...

yeayyy ada citer baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2024 09:35 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2024 02:46 PM
Cuma Sebuah Trak

Amaran : Cerita ni tak seram langsung tapi sapa-sapa yang pernah kehilangan orang  ...

this is such a simple yet beautiful story, sis nangis kat opis pepagi ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2024 02:34 PM | Show all posts
Hari ni I nak sambung cerita baru, tapi cerita ni bukan dari luar negara tapi dalam negara jugak.  Dan cerita ni I dapat dari seorang rakan yang baru-baru ni ada buat gathering skit dengan kawan2 satu blok dia masa dia belajar kt uni tu dulu.  Harap takde yang merusuh atau membantah sebab tema lain skit tapi citer ni tetap unik dan seram gak la bagi I.  Apapun terima kasih semua yang menyokong I dari dulu sampai sekarang.

Misteri Blok C

N ni adalah seorang perempuan, pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti awam yang terletak di Selangor pada awal 2000an yang lalu (tua dah ko N kisah ni dah 20thn lebih dah lol).  N berasal dari Perak.  Tahun pertama biasalah semua pelajar tahun pertama diwajibkan untuk duduk di asrama.  Masuk tahun kedua N ni dah risau jugakla nak kena keluar dan cari rumah sewa sebab N ni bukanlah pelajar dari keluarga yang senang dan keluarga dia tak mampu nak kasi dia kenderaan.  N bernasib baik skit sebab kolej kediaman die masa tu adalah paling dekat dengan fakulti dia, jadi pada tahun pertama tu die samada naik bas atau jalan kaki je kalau nak ke kelas tu.  Jadi N ni risaulah kalau dia menyewa kat luar, nak kena bayar sewa rumah kos naik bas kos makan minum lagi, N nak tumpang orang dia segan.  Nak dijadikan ceritalah kan, N sajalah tanya dengan pihak kolej kediaman tu, macam mana ye dia nak mohon duduk dalam lagi untuk tahun akan datang?  Jadi acik kerani tu pun cakapla, nak tak dia duduk kat flatlet? Flatlet ape tu?  

Kerani tu ceritalah, sebenarnye flatlet ni adalah pangsapuri 2 tingkat bilik single bilik mandi dan tandas kongsi khas untuk para senior. Kadar dia pun murah je sehari tak sampai RM5 pun masa tu. Oh okey menarik jugak tu.  Kalau nak cepat-cepatla mohon.  Kebetulan jugak N masa tu seorang yang agak aktif kat kolej kediaman tu, N ahli koperasi kat situ jadi Insya Allah N boleh dapat flatlet. N pun mohonlah dan permohonan dia diluluskan.  Eh senang pulak nak duduk kat kolej kediaman ni, katanya kolej ni cuma benarkan atlet uni je untuk duduk kat situ. Ah takpelah yang penting dia dah dapat kunci.

Masuk semester baru, N pun amek kunci dan hari pertama dia berpindah tu, adalah hari pertama dia jejak ke flatlet tu.  Erm kedudukan flatlet perempuan ni agak istimewa skit.  Ok korang kena bayangkan macam ni.  Keseluruhan kawasan kolej kediaman ni terletak di atas bukit yang lebih tinggi kira-kira 2-3m dari aras jalan.  Maksudnya korang dari asrama tu korang boleh nampak jalan kat bawah tu.  Cumanya, kawasan blok asrama perempuan ni adalah di kawasan yang terbuka berbanding dengan asrama lelaki.  Kawasan asrama lelaki tersorok di sebalik pokok-pokoknya yang lagi tebal dan lebat dan ada banyak tangga nak pintas pegi ke bawah.  Asrama perempuan termasuk flatlet tu pulak pokok-pokoknya tak banyak, kalau nak keluar hatta nak angkat kain di jemuran pun korang kena pakai tudungla bagi yang beragama Islam senang citer.  Kenapa kedudukannya macam ni nanti aku huraikan.  Tapi yang pasti, kolej kediaman ni memang banyak monyet dan anjing liar.

Flatlet yang si N ni dapat adalah blok K10C.  Keistimewaan blok ni adalah ianya blok tunggal. Blok-blok lain bercantum, contohnya blok A dan B satu bangunan tapi pintu masuk lain-lain.  Ok paham kan?  Blok N ada 16 bilik je, 2 tingkat setiap tingkat 8 bilik.  Bilik bawah nombor 101 hingga 108, dengan bilik 101 paling hampir dengan pintu masuk.  Bilik aras atas 201 hingga 208. Bilik N 201, paling dekat dengan tangga dan sebelah je dengan bilik air.  Hujung aras dia adalah beranda kecil dengan tangga keselamatan.  Bilik mandi ada 3 kubikel, tandas pun ada 3 kubikel, pastu ada satu ruang terbuka dengan pangkin untuk basuh baju pakai tangan masa tu.  Rekabentuk blok tu memang 70an sangat.  Perabot semua pun kayu lagi.  

Kat aras bawah selain bilik ada ruang kecil macam ruang makan, ada meja makan, ada pantri kecil tapi takde peti sejuk, setakat singki jelah, dan ada kusyen kayu dan tv yang besar tu. Pintu masuk ada satu je, kalau masuk akan jumpa ruang tv tu dulu.  Dan ada gril tapi takde mangga.

Ok malam pertama, setelah semua penghuni tu dah selesai daftar masuk, kemas bilik pa suma, diorang semua termasuk N pun berkumpul ramai-ramai di ruang tv untuk saja je berkenalan la.  Semua orang pun memperkenalkan diri. Dan masa nilah N rasa macam ada sesuatu yang unik la kat sini.  Semua penghuni yang dapat blok tu, adalah penghuni baru.  Maksudnya dalam blok tu takda senior.  Seolah-olah macam blok ni baru dibukak gitu.  Padahal blok ni bukanlah terceruk, di tengah-tengah blok lain jugak.  Lepas tu penghuni baru tu pun ada yang seolah-olah macam tak memenuhi kriteria, contohnya macam sorang ni dia memang orang situ rumah dia dalam 30 ke 40 minit je dari universiti tu. Cuma dia kasi alasan kat pihak pengurusan yang dia takde lesen memandu jadi takde sapa boleh hantar dia pegi balik kalau ada kelas. Eh pelik ingatkan cuma orang luar negeri je boleh mohon asrama ni.  Lagi sorang ni pulak akak Master yang tinggal setahun je lagi nak habeh, dia cakap dia saja je cuba mohon, sebelum ni dia memang duduk luar, tak sangka pulak dia boleh dapat.  Ok paham kan?  

Selesai dah pengenalan dari N. Nanti aku sambung lagi.  Untuk cerita seterusnya, aku akan guna nombor bilik je. Sebab kemisterian yang dialami tu adalah dari pengalaman yang dialami oleh  setiap penghuni dalam blok tu.

-BERSAMBUNG-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2024 02:59 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 21-12-2024 03:02 PM

BILIK 201

Untuk kisah pertama, aku kongsikan kisah N dulu.  

2-3 bulan pertama takdelah apa-apa pelik yang berlaku pada N.  Sehinggalah pada suatu malam ni, bilik jiran dia, 203 dia kena pecah masuk.  Hilanglah phone nokia 3310 dan tabungan akak kat bilik 203 tu. Ni nanti aku cerita kemudian.  Tapi selepas kejadian tu, diorang semua satu blok berpakat nak pasang selak dalam bilik walaupun sebenarnya dilarang oleh pihak kolej ye.

N dalam blok tu dia berkawan baik dengan budak bilik 208.  208 ni rajin datang bilik N, kekadang sampai tidur-tidur dalam bilik dia.  208 ni orangnya langsing dan rambut panjang sampai ke pinggang masa tu.  Orangnya agak berduit sebab tu rajin pegi rebonding.  

Nak dijadikan cerita, satu malam tu, masa ni si N ni dah tidur dah, apabila pintu bilik dia diketuk oleh seseorang. Dalam mamai-mamai tu si N ni pun bangunlah.  N ni rabun tau, dan bilik tu pun gelap gelita sebab dalam bilik tu cuma ada lampu kalimantang satu tu je, takde dah lampu meja ke lampu katil ke.  Dia pun bukak pintu tengok eh, ada sesusuk tubuh pakai baju kelawar rambut lepas sampai ke pinggang. N ni dengan mamai bercampur kegelapan ditambah dengan kerabunan dia tu, dia pun ingatkan orang tu adalah si bilik 208 tu la. "Eh 208, ko ngape? Nak tidur dengan aku ke malam ni?".  208 senyap je, N tak banyak cakap terus dia jemput si 208 tu masuk.

Katil diorang ni katil bujang, tapi dua-dua langsing orangnya masa ni jadi memang muatlah.  Si N pun tutup pintu terus lompat atas katil tidur mengiring hadap dinding.  Tapi N perasan jugak, bila 208 ni membaringkan dirinya di sebelah N, pergerakan dia macam lambat lemah lembut gitu.  Ok camnila kalau korang baru nak tidur tu, mesti korang akan ada pergerakan sikit macam tepuk-tepuk bantal ke, cari posisi baring yang selesa ke, ni tidak.  Tapi N pun ngantuk sangat dia malas nak fikir dia pun tidur jelah...

Esok paginya, naaaahhh tengok-tengok dah masuk pukul 8.  N bangun je si 208 ni dah takde. Eh siot la, dahla Subuh tertinggal, ni kelas pun tak sempat pegi.  N macam nyumpah-nyumpah la jugak si 208 ni bangun tak kejutkan dia.  Tapi, bila N nak bukak pintu, eh kenapa pintu dia masih berselak lagi?  Macam mana si 208 ni keluar pagi tadi kalau pintu berkunci dari dalam? Nak kata terjun tingkap tapi bilik dia tingkap nako tu.  Ok nantilah dia tanya 208.

N punya kelas dari pagi sampai ke petang masa tu.  Petang tu dalam 5.30 dia balik tengok 208 tengah lepak tengok tv.  Dia pun tanyalah, babe macam mana you keluar dari bilik I pagi tadi? 208 dah berkerut dah. "Eh bila masa I pegi bilik you? I balik kampung la 2 hari ni. Ni baru sampai ni". Ah sudah, terkulat-kulatla si N kat situ.  Sapa plak yang tido dengan dia malam tadi?  Korang paham-paham sendiri la ye.  Cuma N bersyukur dia rabun kalau dia nampak jelas muka benda tu rasanya mau malam tu jugak dia bungkus keluar dari flatlet tu....

BERSAMBUNG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduiii seramnya tt
Dia tumpang tido pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
best ada cerita baru.. yeayy
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 21-12-2024 02:59 PM
BILIK 201

Untuk kisah pertama, aku kongsikan kisah N dulu.  

Kolej UKM ke ni? KAB? Sebab memang khusus untuk atlet tapi buka je untuk budak budak course lain. I salah seorang ex kolej tu and duduk flatlet. Mostly flatlet untuk atlet dan senior also macam TT tulis, yang tak dapat kolej dan budak master.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 09:37 AM | Show all posts
dah takde sambungan ke tred ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 02:36 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 21-12-2024 02:59 PM
BILIK 201

Untuk kisah pertama, aku kongsikan kisah N dulu.  

TKENANG SUASANA HOSTEL AKU MSA KT GOMBAK DULU.
HUHUH
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya menghilang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2025 02:15 PM | Show all posts
Bilik 208

Bilik 208 dan N adalah kawan baik walaupun diorang ni berlainan fakulti.  Lepas N cerita pasal '208' datang tumpang tidur bilik dia tu, 208 pun berterus-teranglah yang dia pun ada satu cerita pasal ala-ala jelmaan macam N ni.

208 ada boyfriend yang belajar di universiti lain. Jadi bila dah bercinta jarak jauh tu apa lagi OTP (on the phone) la tiap-tiap malam.  Zaman ni baru permulaan zaman smartphone, jadi takde videocall masa ni. Si 208 ni bilik dia memang paling hujung, dan ada beranda di tingkat 2 asrama ni.  Jadi situlah lokasi si 208 ni bergayut dengan pakwe dia sebab line kat situ lagi jelas dari dalam bilik.  Orang tengah asyik bercinta kan, kadang-kadang tak sedar diorang ni bergayut lama-lama sampai melepasi jam 12.00 tengah malam.  Peraturan kalau duduk dalam kampus, selepas pukul 12 tengah malam memang korang dah kena ada dalam bilik dan tak boleh merayau-rayau dalam kawasan kampus ni.

208 cuma akan masuk tidur bila dia 'disapa' oleh seorang mak guard yang akan rajin meronda kat kawasan situ. Diorang ni macam ada satu timing gitu, dalam pukul 12 tengah malam ke atas, mak guard ni kalau nampak 208 masih bergayut kat beranda tu, dia akan suluh-suluh la si 208 ni. Jadi 208 ni nanti akan masuk tidur la.  Itulah yang berlaku hampir tiap-tiap malam di asrama tu.

Sehinggalah ada satu hari tu, mak guard tu dah tak muncul-muncul dah pada masa yang selalu dia datang tu sampai si 208 ni pun pelik.  Mana pegi mak guard tu dah berhenti ke? Nak dijadikan cerita, pada satu hari masa ni 208 nak pegi kuliah, dia terserempaklah dengan mak guard ni tengah meronda di kawasan asrama tu. Dia pun tegurlah mak guard tu, 'makcik pegi mana lama dah tak jumpa ronda malam-malam?'

Mak guard tu pun tariklah si 208 ni ke tepi.  "Dik kamu ni masih lagi bergayut tengah malam kat beranda tu ke?".  208 ni pun angguk-angguk lah. "Dik makcik nasihatkan kamu janganlah lepak situ malam-malam sorang-sorang lagi". 208 pun tertanya-tanyalah dah kenapa?

Malam tu mak guard tu cerita, macam biasalah dia pun meronda-ronda di kawasan asrama Blok C tu. Dan macam biasa dia ternampak sesusuk tubuh rambut panjang lurus sampai ke pinggang tengah berdiri atas beranda tu.  Macam biasa lah mak guard tu pun suluh-suluh tapi '208' masih tegak terpaku kat situ.  Mak guard pun jeritla dari bawah, masa ni mak guard ni kat tepi jalan yang jaraknya adalah 4-5 meter dari blok C tu. 'Oi tido tido! Dah pukul berapa ni?'  Sekali tu mak guard tu nampak '208' ni menjatuhkan dirinya ke bawah dari beranda tu!  Terkejutlah mak guard sepantas kilat dia berlari siap boleh panjat bukit ke blok C. Tapi, kosong! Takde sapa pun kat situ. Tengah mak guard menyuluh-nyuluh kat tanah tu, dia terdengar pulak ada bunyi perempuan tengah tertawa kecil macam mengekek-ngekek tapi perlahan je suaranya di beranda tu.  Mak guard tu pun perlahan-lahan menaikkan sorotan lampu suluhnya menuju ke bahagian beranda.  Dia sempat suluh bahagian bawah kain putih yang lusuh berkibar-kibar je, pastu dia dah tak agak-agak dah dia pecut macam lipas kudung meninggalkan blok C tu.

Esoknya dia MC demam seminggu, lepas elok tu dia pun cerita kat penyelia dia dan nasib baiklah penyelia dia memahami dan itulah malam terakhir dia bekerja di shift malam.

Merinding bulu roma si 208 dengar cerita mak guard tu, tapi dia taknak cerita kat sapa-sapa pasal kisah ni sampailah reunion diorang tu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2025 02:58 PM | Show all posts
Bilik 203

Ok la kan sebelum ni aku ada cerita pasal kes kecurian kat blok C, sampaikan budak-budak blok C ni sanggup langgar peraturan kampus yang tak boleh pasang selak dari dalam ni?

Pada satu pagi tu, tepat-tepat jam 7.30 malam, semua orang di aras 2 blok C tu terbangun dengan serentak. Pastu diorang ni macam terpinga-pinga sebab 1. Semua memang terlepas Subuh pagi tu 2.  Semua pakat berebut bilik air sebab 8-8 bilik bangun serentak.  Pintu beranda ternganga luas.  Kecuali bilik 203, akak dalam bilik tu bangun menjerit-jerit.  Semua orang pun meluru ke bilik akak tu. Nah rupa-rupanya bilik akak tu kena pecah.

Secara teknikalnya, bukan kena pecah pun.  Akak tu malam tadi dia tidur tak kunci pintu.  Pintu blok ni jenis bulat yang tekan tombol tu je.  Jadi bilik-bilik lain tak kena.  Bila tengok pintu beranda pun dah terbuka luas, jadi cepatlah diorang mengandaikan okay memang ada orang dah pecah masuk blok ni.

Selalu yang kunci pintu tu adalah 208 sebab dia paling last kan lepas bergayut dengan pakwe dia, tapi selepas peristiwa mak guard tu, dia dah tak berani dah nak lepak situ.  Jadi pintu tu memang sentiasa dah tertutup, cuma dia tak ingat la dia pernah kunci ke tak pintu tu. Dipercayai pencuri tu mungkin masuk ikut pintu tu, beranda tu kan ada tangga kecemasan.  Tapi mungkinkah pencuri tu orang dalam sebab macam mana dia tau pintu beranda tu tak berkunci?

Akak bilik 203 tu kehilangan wallet yang letak dalam laci, tabung duit syiling dan telefon bimbit nokia jenis flip dulu tu.  Tapi yang buat dia seriau tu, telefon tu betul-betul tepi muka dia je masa dia tengah tidur. Maksudnya memang betul-betul la dia tidur mati sampai tak sedar orang masuk bilik dan merompak dia.

Yang jadi aneh sebab malam tu satu blok masuk tidur awal, macam dah berjanji la pulak, termasuk si 208 kaki gayut dengan pakwe tu.  

Sejak kejadian tu blok C buat keputusan drastik, pasang selak tu satulah. Lagi satu diorang buat keputusan pintu beranda tu jangan dibukak biarkan berkunci, dan sekali dengan pintu masuk kat aras bawah pun diorang beli mangga baru dan setiap orang diberikan kunci mangga tu. Malam-malam diorang akan kunci mangga tu untuk elakkan kejadian sama berulang kembali.  Tapi lepas tu lain pulak dah kejadiannya....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2025 03:12 PM | Show all posts
Bilik 101

Bilik 101 adalah bilik paling dekat dengan pintu utama.  Kejadian ni adalah setelah kejadian blok kena pecah tu.  Masa ni dah minggu peperiksaan. N dan bilik 101 ni satu fakulti tapi lain-lain kuliah.  Nak dijadikan cerita, diorang ni ada belajar satu subjek elektif yang sama dan tarikh peperiksaan untuk subjek tu memang dah hujung-hujung yang mana tinggal diorang berdua je dalam blok tu orang lain dah balik dah.

Si 101 ni pun pelawalah N nak tak tidur bilik dia je memandangkan diorang dah tinggal berdua je? N pun setuju jelah tapi sebab N tak serapat dengan 101 nak tidur sekatil dia pun angkutla toto dan bantal dia ke bilik 101.  Malam tu lepas balik makan malam, diorang pun siap solat isyak dah gosok gigi cuci muka pa suma, diorang pun pastikan pintu beranda berkunci, diorang pun kunci dan mangga siap-siap pintu masuk dan pintu belakang di aras bawah tu.  Pastu diorang pun ulangkaji saat terakhir untuk peperiksaan esok.

Jam dah menginjak hampir tengah malam, tiba-tiba tingkap nako 101 diketuk.  '101, tolong bukak pintu ni. Dah berkuncilah'. Tapi 101 buat bodoh je.  N pulak terpinga-pinga. 2-3 kali lah jugak tingkap nako tu diketuk tapi 101 masih buat tak dengar.  Akhirnya bunyi ketukan dan rayuan tu hilang macam tu je.

Esok diorang habis ujian tu sebelah pagi dan tengahari tu masing-masing pun teruslah balik kampung masing-masing.  Kisah ketukan tu terluput di ingatan N begitu sahaja sampailah reunion tu.

Bila masing-masing dah ralit kan berkongsi kisah masing-masing, barulah N teringat balik peristiwa ketukan tu. Jadi 101 pun ceritalah apa kisah sebenarnya.

Sebenarnya masa diorang baru-baru kuatkuasakan peraturan kunci pintu masuk ni (sebelum ni diorang setakat tutup je memang tak kunci pun), satu malam tu si 101 ni terdengar ada orang ketuk pintu nako dia, mintak bukakan pintu.  101 ni ingatkan mungkin ke ada budak blok ni terlupa bawak kunci, jadi dia pun pegilah menuju ke pintu utama tu. Bukak pintu je tengok, aik? Takde orang pun.  Kena prank ke? Dia pun balik le ke bilik semula. Sekali lagi tingkap nako dia diketuk, dan sekali lagi dia berkejar ke pintu utama. Dan sekali lagi takde orang. Si 101 ni dah bengang dah dia sangkakan memang ada orang prank dia ni.  Kali ni bila tingkap nako dia diketuk, dia pun teruslah bukak tingkap dia. Saja la nak sergah prankster tu, naaahhh kaaauuu... Takde orang pun kat luar.  Nak kata orang tu menyorok bawah tingkap takkan cepat sangat sebab ngam ngam tingkap diketuk dia terus bukak.  101 dah rasa seriau dah pastu dia pun tutup tingkap tutup lampu terus masuk tidur.

Dan sejak hari tu tengokla dalam seminggu adalah 1-2 kali bunyi ketukan tingkap dan suara orang mintak tolong bukakkan pintu masuk yang bermangga tu tapi dia buat bodoh je sampailah lama-lama dia pun dah terbiasa....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2025 03:29 PM | Show all posts
Bilik 206

Bilik 206 ni ada hobi dia suka basuh baju malam-malam.  Esok pagi baru dia akan sidai di ampaian kat luar. Peristiwa ni terjadi masa ni dalam pukul 10 malam.  Yang mana masa macam ni memang pintu masuk dah dimangga dan majoriti budak blok C akan tidur ataupun tengok tv kat ruang bawah.

Bilik 206 ni dia agak introvert sikit.  Dia bukan jenis suka menyembang memandangkan dia ni pun budak Fakulti Agama jadi orangnya agak nerd tapi handal menghafal surah dan hadith gitu.  Sebab tu 206 ni suka basuh baju di waktu malam sebab aman boleh layan perasaan sorang-sorang gitu.

Nak dijadikan cerita tengah dia memberus baju-baju dia tu, entah dari mana datanglah seorang perempuan, pakai tshirt kain batik pastu rambut sanggul tinggi macam perempuan tengah pantang tu, nampak sebaya dengan dia yang baru 21 tahun ketika itu.  Datang-datang je perempuan tu terus nak ajak si 206 ni menyembang.  Adalah benda yang dicecehkan oleh si perempuan tu tapi yang 206 ni takat mengangguk, erm ok yelah kan macam tu je.  Perempuan tu ada bertanyakan sesuatu pada 206 tapi 206 jawab acuh tak acuh je tanda tak berminat nak bersembang.

Tiba-tiba perempuan tu cakap macam ni, 'ish budak-budak uni zaman sekarang ni. Lain betul dengan budak zaman dulu.  Sombong betul.  Seronok lagi budak zaman dulu peramah boleh diajak bersembang'. Lepas tu perempuan tu pun berlalu pergi macam tu je.

Yang 206 ni jadi benganglah, eh kau ni sape kau tinggal sini ke? Tetiba nak sound aku macam tu.  Kau pun sebaya aku je acah-acah macam kau orang tua dah lama hidup ke nak bandingkan aku sombong tak macam budak zaman kau?  Hilang terus mood 206 nak basuh baju jadi dia pun perah-perah gitu je baju dia. Lepas tu dia pun turun ke bawah tengok ada budak-budak tengah lepak kat ruang tamu tengah melayan cerita Supernatural masa tu.

Yang 206 pun tanyalah, eh korang ni ada bawak kawan tidur sini ke? Masing-masing cakap tak. Korang ade nampak tak budak perempuan pakai tshirt pakai kain batik masuk? Sekali lagi diorang cakap tak.  206 pun terlupa lah pasal peristiwa tu sampailah reunion ni baru dia perasan kepelikan ayat perempuan tu tadi....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2025 04:23 PM | Show all posts
Aras Bawah dan bilik 104

Kalau korang ingat kan ada sorang budak perempuan ni yang rumahnya terlalu dekat dengan universiti tu dan sepatutnya dia tak layak pun duduk asrama? Dia adalah pemilik bilik 104.

Bilik 104 adalah pelajar jurusan Sastera dan Penulisan jadi dia ni memang wajib la kena ada komputer untuk membuat assignment dia.  Zaman ni laptop memang hanya pelajar have have je yang ada.  104 ni kebetulan abang dia adalah pemilik cyber cafe yang dulu popular tempat orang main game tu jadi abang dia pun hadiahkan kepada dia satu komputer terpakai tu pun alasan abang dia, abang dia nak ganti PC tu dengan PC yang spek lagi tinggi.

104 ni anak perempuan tunggal dalam keluarga, memang anak manjalah kiranya. Kadang kalanya ahli keluarga dia akan datang ambil dia bawak balik rumah dan dia pun tidurlah kat sana, esoknya keluarga dia akan hantar balik terus masuk kuliah.  Jadi dalam tu adalah 3-4 hari je dia kat bilik hari lain tu dia balik rumah je.

104 ni ada satu habit, dia ni tak pernah off PC, cukup sekadar biarkan PC dalam mod sleep je.  104 ni dia cuma guna PC tu untuk Words dan kadangkala Powerpoint, pastu layan DVD drama korea. Tu jelah.  Dalam PC tu masih banyak lagi game-game yang abang dia install yang dia langsung tak usik apetah lain nak main.  Nak uninstall dia memang tak reti jadi dia biarkan macam tu je.  Yang pasang PC tu termasuklah cucuk kabel internet pun abang dia jugak.

Di luar pengetahuan 104, adakalanya bila 104 ni takde kat bilik, tetiba kedengaran ada orang main game pasang full volume tengah-tengah malam buta.  Bunyi Mayday!Mayday!Mayday! Enemy Shot! Bang bang bang! dari game PC tu memang sangat kuat sampai mengganggu budak-budak lain di aras bawah.  Yang budak-budak aras bawah tu pulak tak tau yang 104 ni takde masa tu, ada kat rumah, jadi budak-budak tu memang sangat menyampah dengan 104 sebab tak hormat orang lain ni.

Sehinggalah satu malam tu, kedengaran lagi bunyi orang main game dalam bilik tu tapi bunyi tu dalam pukul 8 malam.  Budak-budak aras bawah tak tahan diorang pun berkumpul depan 104 ketuk-ketuk pintu. 'Oi senyaplah! Dah malam ni! Orang lain nak study bukan nak main game macam kau!'.  Bunyi game PC tu masih berterusan lagi. Pintu diketuk main kuat, siap ada salah sorang ni panggil si 104 ni oi bangang.  Diorang ugut nak pecahkan pintu ni kalau 104 taknak berhenti main game.  Bila tombol pintu digoncang-goncang barulah 104 ni berhenti.

Esok tengahari selepas habis kuliah 104 pun baliklah ke rumah.  Dia nampak budak-budak aras bawah tengah makan di ruang tamu.  104 pun sapalah budak-budak perempuan tu, hai hai, tapi budak-budak perempuan tu buat muka masam mencuka.  Setepek jugak 104 kena sound di situ oleh salah sorang budak perempuan tu. "Eh ko ni nampak je manja tapi kurang ajar ye? Kenapa kau ni suka main game tengah-tengah malam, bising pulak tu? Ko tak boleh ke slowkan skit speaker kau tu? Malam tadi kitorang nak pecah dah pintu bilik kau tau tak sebab tak tahan dengar bunyi game ko".  Tercangak-cangakla si 104 ni. Eh main game?  Seumur hidup dia tak pernah main game kat PC ni? Malam tadi? Malam tadi dia pegi makan malam dengan keluarga dia, dia bukan ada kat bilik.

Si 104 pun cubalah menerangkan keadaan sebenar dia. Apa yang ditohmahkan itu adalah tidak betul.  Tapi budak-budak tu tak percaya, sampailah si 104 ni telefon abang dia suruh abang dia sendiri mengaku yang memang betul malam tadi 104 mana ada kat kampus.

104 dan budak-budak lain pun terdiam.  Diorang dalam kekeliruan. Habis tu selama ni apa yang diorang dengar tu?  Kalau nak kata mainan perasaan takkan satu aras bawah tu terdengar benda yang sama?  104 jadi seram sampai dia tak berani nak masuk bilik masa tu.  Dia pun telefon balik abang dia dan cerita keadaan yang sebenar.

Abang dia pun ceritalah kat si 104 ni. "Dik ko nak tau tak? Malam tadi masa kita keluar makan malam dengan makabah tu, abang tak bawah handphone.  Balik-balik je abang dapat banyak SMS dan miscalled dari kawan-kawan gamers abang."
"Abang call balik diorang. Diorang maki abang, kenapa abang malam tadi main game online dengan diorang tapi abang jadi punca diorang kalah. Abang pelik la sebab masa tu mana ada abang main game pun".

Lagi terpinga-pingalah si 104 ni.  Abang 104 pun mintak izin, petang ni boleh ke dia nak masuk jap blok C tu dia rasa ada sesuatu yang tak kena dengan PC dalam bilik 104 tu.  Petang tu, abang 104 pun datang.  Dia pun belek-belek PC tu.  Dia cakap kat si 104 ni, sejak bila ko pandai main game PC ni? 104 mestilah tak mengaku.  Abang dia pun angkut balik PC tu balik ke kedai dia, nak format PC katanya.  Dan beberapa hari lepas tu dia pulangkan balik PC tu, bersih dah takde lagi dah game-game PC dalam tu. Dan sejak tu dah takde dah bunyi orang main game PC masa 104 takde kat bilik...

Semasa reunion tu, 104 cakap, abang dia baru terperasan yang dia set Remember My Password kat game-game dalam PC tu. Jadi sapa-sapa pun boleh terus log in dan main game tu. Lagipun PC tu dah memang bersambung dengan Internet.  Cuma persoalannya, kalau bukan 104 yang main, sape pulak yang main game tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 10:12 PM GMT+8 , Processed in 1.096108 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list