as salam dan selamat pagi teman2 warga kelantan/ganu
pagi ni jom kita cari 5 kebaikkan menyempurnakan puasa
samada dari segi agama atau dr segi kesihatan
seperti biasa kuiz bermula sekarang dan berakhir pada Ahad 27 May 2018
5 kebaikkan menyempurnakan puasa
samada dari segi agama atau dr segi kesihatan
1. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
2. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
3. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
4. Menyucikan jiwa: Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.
5. Belajar bersyukur: Ia membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan.
Salam Aidil Fitri buat semua wargaKelantan/Terengganu
dan foremer cari
Maaf Zahir dan Batin
walaupun kita bergembira di Hari Raya
jangan kita lupakan mereka yang dalam kesusahan
kepada yang balik kampung
semoga hati2 sepanjang perjalanan
semoga selamat pergi dan balik ke kampung