CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 9-8-2015 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-8-2015 01:07 AM

Rayyan tergamam mendengar permintaan Zack. Namun tetap rela menjadi galang ganti asalkan Jie selamat. Geram dengan sikap sesiapapun yang sanggup menjadikan Jie sebagai tahanan. Menyatakan persetujuan untuk memberi kerjasama. Andai tergadai nyawa, anggap saja itu tanda cinta Rayyan terhadap bekas isterinya.

"Fiha tak setuju ! Abang kena utamakan Fiha dan anak kita !" Safihah membangkang keras.

"And you Zafrey, tergamak ke you tengok Rayna dan anak dalam kandungan I ni hilang Papa mereka?!"

Sungguh Safihah takut kehilangan Rayyan buat selamanya. Sakit hati melihat tingkah Rayyan yang mementingkan Jie sehingga sanggup memperjudikan nyawa sendiri.

"I tahu jaga diri, Fiha ! You jangan risaulah.."  Rayyan memberi jaminan.

"Abang please... Berbaloi ke abang buat semua ini? Fiha sayangkan abang !  Kenapa perempuan perampas itu juga abang gilakan?!" Air mata mengalir dipipi Safihah.

"Stop it Fiha ! I janji I akan balik dengan selamat.. Please.." Rayyan memujuk, lembut.

Sejak peristiwa Rayyan mengasari Safihah, Rayyan sudah berjanji tidak akan mengulangi perilaku sama. Walau cinta pada Safihah tidak sedalam Jie, Safihah tetap isteri dan Mama kepada zuriat Rayyan.

"Fiha takut , Abang !"

Safihah mengalirkan air mata. Mengharap Rayyan mengerti kebimbangan yang bermukim di jiwa. Resah memikirkan keselamatan suami tercinta.  

"I janji akan jaga keselamatan Ray.."

Zack cuba meyakinkan Safihah. Ada rancangan diatur bersama Ku Iz dan Azim. Risau dengan risiko yang terpaksa ditanggung namun mereka tiada pilihan lain.

"Dahlah Zack.. Jangan buang masa lagi.. Kita kena jumpa penculik itu sekarang !"

Rayyan bangkit untuk pergi. Gusar mahu menunggu lama. Bimbangkan Jie mengatasi segala. Lantas meninggalkan saja Safihah sendirian.

"I akan awasi keadaan supaya you selamat.." Zulkarnain sedari tadi hanya diam bersuara. Sempat berbincang strategi dengan Zack untuk memastikan baik Jie maupun Rayyan tidak cedera.

Demi Jie, Zulkarnain sanggup mengenepikan perselisihan faham dengan Rayyan. Buat pertama kalinya Zulkarnain berbicara terus dengan Rayyan. Satu perkembangan positif dalam hubungan mereka.

Rayyan hanya angguk. Berharap Jie dapat diselamatkan dan semua berakhir dengan baik. Mudah mudahan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2015 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 10-8-2015 02:02 PM

Taufik sabar menanti kemunculan Rayyan. Suka hati dapat membalas dendam terhadap lelaki itu. Selama ini Rayyan cuma menggunakan khidmatnya dan menganggap persahabatan mereka tiada nilai. Bertahun menelan saja layanan buruk Rayyan terhadap dirinya demi duit, namun kini Taufik mahu Rayyan sedar langit itu tinggi atau rendah.

"Welcome Encik Rayyan Hardy !"

Taufik sengih menyindir. Berdiri dilereng bukit sambil tangan mengacu pistol ke arah seorang wanita.

Dalam kesamaran gelap malam sukar untuk Rayyan mengecam sama ada wanita dalam genggaman Taufik adalah Jie. Berdasarkan bentuk badan dan panjang rambut memang mirip Jie. Enggan mengambil risiko nyawa Jie, Rayyan menurut saja kehendak Taufik.

Zulkarnain dan Zack memerhati dari jarak tersembunyi. Manakala Ku Iz dan Azim kini sedang menuju ke arah mereka bersama sekumpulan polis.

"Please Taufik ! Kau boleh bunuh aku sekalipun, aku tak kisah ! Lepas kan dia !"

Rayyan menunjuk ke arah Jie yang sedang diacu pistol oleh Taufik. Terikat mata dan mulut. Kaki tangan dirantai kemas. Rayyan pilu melihat Jie diperlakukan secara kejam. Suara serak menahan sebak.

Taufik ketawa besar melihat Rayyan kegelisahan.

"Mana pergi sikap diktator kau?! Rayyan Hardy merayu disebabkan seorang perempuan ! Rupanya kelemahan kau hanyalah cinta ! Memalukan !"

Rayyan cuma diam tak berkutik mendengar. Membiarkan Taufik merasa diri berkuasa membuat Rayyan lemah.

Taufik pula puas hati. Sehebat hebat Rayyan tunduk pada Taufik jua !

"Aku cuma nak kau tengok macam mana aku bunuh perempuan ini depan mata kau !"

Tanpa memberi peluang Rayyan bertindak Taufik melakukan sesuatu diluar jangkaan. Membaling sesuatu. Asap berkepul mengaburi pandangan Rayyan. Serentak itu mata terasa pedih.

Bunyi tembakan kedengaran. Jie longlai dalam pegangan Taufik.

Sipi mata menangkap gerak tangan Taufik menolak wanita dalam genggamannya jatuh ke arah gaung.

Rayyan berteriak sekuat hati. Cuba menahan kepedihan di mata. Bangkit berdiri walau terduduk semula. Mengengsot untuk mencuba mendapatkan Taufik. Pandangan kelam.

Zack dan Zulkarnain keluar dari persembunyian.

Zack mendapatkan Rayyan sementara Zulkarnain mengejar Taufik.

Rayyan terduduk lemah. Menjerit sekuat hati. Diri tidak berguna kerana gagal menyelamatkan Jie.

"Sayang.. I lah punca you mati !!"

Sedih bak dihiris sembilu. Rayyan hilang punca. Bangkit berdiri. Nekad untuk terjun. Terdetik untuk menamatkan riwayat sendiri.

"Zack.. Sampaikan pesan I pada Fiha, I minta maaf !"

Rayyan nekad. Mara ke hadapan tanpa gentar. Membawa azam untuk pergi bersama Jie.







"Ray jangan !!!"

Shahrul terkejut dari lena mendengar Jie meracau. Penat bercerita semalaman berdua. Tak sedar bila mereka tertidur. Bangkit mendapatkan Jie yang bersandar didinding.

Mata Jie terpejam rapat. Menandakan Jie masih lagi diulit mimpi. Menepuk pipi Jie untuk membangunkan.

Jie membuka mata. Perlahan. Terpandangkan wajah Shahrul terus saja memeluk erat.

Peluh merecik diwajah dan tubuh. Mimpi tadi sangat jelas. Umpama peristiwa benar benar terjadi didepan mata. Jantung berdegup pantas. Rasa tak sedap hati. Risaukan Rayyan.

"Shah.. I mimpi buruk ! I dapat rasa Ray dalam bahaya.. Kita kena pergi dari sini !"

Jie resah. Bayangan Rayyan terjun ke dalam gaung masih bermain difikiran. Mungkin Rayyan khilaf kerana sanggup memisahkan Jie dan Zack namun Jie belum sanggup melihat lelaki yang pernah dicintai pergi buat selamanya.

"Najiha.. mimpi kan mainan tidur..  Dahlah kita tidur dulu, esok kita fikir cara untuk keluar dari sini.." Shahrul menguap. Mata kuyu.

"Tapi Shah.. I tak nak...."

Belum sempat Jie menghabiskan kata katanya Shahrul meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Menarik Jie ke sisi dan mengusap lembut rambut Jie.

"Perasaan you saja Najiha.. Dahlah elok you baring tidur.."

Menghulurkan sebiji bantal kepada Jie. Meminta Jie untuk berbaring saja di atas tikar. Mencapai gebar lalu menyelimutkan Jie.

"You tidur ok ! Jangan banyak fikir.."

Persis mendodoikan anak kecil, Shahrul menepuk bahu Jie supaya kembali tidur. Mata terpejam rapat. Kantuk.







Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 09:29 AM | Show all posts
bila nak habis for real ni TT///
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-8-2015 09:29 AM
bila nak habis for real ni TT///

Mungkin dah x lame kot kak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 11:25 AM | Show all posts
elia201 replied at 10-8-2015 11:20 AM
Mungkin dah x lame kot kak

sorry... ter'push' pulak... jangan mare ya TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 11:31 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-8-2015 11:25 AM
sorry... ter'push' pulak... jangan mare ya TT...

Its ok kak.. sebenarnya I nak letak ending sudah means Jie akan stuck forever dekat unknown kampung and Rayyan mati.. Zack struggle utk hidup dengan anak2.. but then rasa mcm evil la yg menang kat situ.. mcm sadis jer.. haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2015 11:45 AM | Show all posts
elia201 replied at 10-8-2015 11:31 AM
Its ok kak.. sebenarnya I nak letak ending sudah means Jie akan stuck forever dekat unknown kampun ...

wow! sadis sangat tu TT... Kesianlah pulak... boleh tak happy ending utk jie saja... yg lain biaq pi kt depa yg penting jie bahagia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 13-8-2015 12:44 AM

"Good job bro ! Suka aku tengok Rayyan terduduk lemah gila macam tadi.."

Serentak itu, ketawa senang kedengaran. Menepuk bahu Taufik mengucapkan tahniah.

Taufik membalas dengan senyuman. Suka hati.

"Padan muka Rayyan ! Aku ingat hebat sangat dia.. Rupanya singkat juga pemikiran.. Sanggup nak bunuh diri sebab betina !"

Taufik dan lelaki dihadapannya sakan mentertawa dan mengejek Rayyan.

"Aku dah lama tahu kelemahan dia adalah Nur Najiha.. Perempuan tu pernah singkirkan aku.. Sekarang aku buat dia tersisih dari hidup sendiri.. Semua orang yang sayang  dia anggap dia dah mati ! Dia akan bersendirian selamanya. Puas hati aku !"

Ada satu kepuasan bermaharajalela dihati usai membuat Rayyan dan Jie hidup merana.

Taufik diam sebentar mendengar.

"Tapi kau sendiri tak tahu sama ada Najiha masih hidup ke tak.. Kau tak nak jejaki dia ke?" Sekadar inginkan kepastian. Entah kenapa Taufik simpati dengan nasib Najiha.

Lelaki dihadapannya hanya menggeleng.

"Kalau ikut rancangan aku, aku nak Najiha tu hidup terseksa dengan aku.. Tapi memandangkan dia berjaya lepas.. Biarlah ! Aku yakin dia dah mati kelaparan dan kehausan. Itu pun kalau bernasib baik. Entah entah dia dah jadi makanan binatang buas.. Tiada siapa akan jejaki Najiha sebab pada pandangan umum, dia dah mati jatuh gaung. "

Gelak besar kedengaran. Kalau dulu Najiha berpura mati kini diri menjadikan Najiha 'pergi buat selamanya'.

"Tapi kau masih cintakan dia, kan ? Tu semua gambar gambar dia kau simpan.." Taufik menunjuk ke arah foto Jie yang terletak kemas diatas meja.

Temannya menung sebentar. Menghela nafas.

"Tipulah kalau aku cakap aku dah tak cintakan dia. Aku cuba lupakan dia tapi entahlah... Berpuluh perempuan aku tiduri tapi aku tetap inginkan dia.."

Melihat Jie tega memilih Rayyan sebagai suami. Kemudian Jie tekad untuk bersama Zulkarnain sebelum akhirnya Zack yang berjaya memiliki Jie sebagai isteri.  Hati sakit kerana Jie tidak langsung memandang kewujudannya. Ego tercalar dan dendam membara tatkala merasa segala budi ditabur terhadap Jie sia sia.

"Buat masa sekarang kau ambil ni.. Pergilah mana mana pun.. Jangan balik Malaysia selagi aku tak panggil.."

Pasport palsu dan sampul berisi wang tunai diserah kepada Taufik.

"Tiap tiap bulan aku akan bank in duit untuk kau.. Thanks buddy !"

"Tak apa bro ! Kau dah banyak berjasa pada aku... Aku takkan lupa sampai bila bila.."

Mereka berpelukan. Ini adalah kali terakhir pertemuan mereka dalam usaha mengenakan Rayyan dan Jie. Padan muka buat mereka berdua.

Taufik lega. Dendam pada Rayyan Hardy terlunas sudah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2015 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-8-2015 11:45 AM
wow! sadis sangat tu TT... Kesianlah pulak... boleh tak happy ending utk jie saja... yg lain biaq  ...

Tula.. so tgh pk the best ending
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 01:21 PM | Show all posts
elia201 replied at 10-8-2015 01:17 PM
Tula.. so tgh pk the best ending

yg penting revealkan cepat siapa dalangnya... then br fikir mcm mana endingnya nanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 01:30 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-8-2015 01:21 PM
yg penting revealkan cepat siapa dalangnya... then br fikir mcm mana endingnya nanti...

Berdasarkan klu akak rasa siapa? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 01:39 PM | Show all posts
elia201 replied at 10-8-2015 01:30 PM
Berdasarkan klu akak rasa siapa? Haha

kena refresh dr awal sbb terlalu byk watak sampai lupa karektor masing2 tu... so tak dpr nak teka siap dalangnya setakat ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 02:03 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-8-2015 01:39 PM
kena refresh dr awal sbb terlalu byk watak sampai lupa karektor masing2 tu... so tak dpr nak teka  ...

Haha.. terlebih pjg sudah.. its ok sooner or later kita akan tahu dalangnya.. btw thanks sebab sudi baca..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 02:06 PM | Show all posts
elia201 replied at 10-8-2015 02:03 PM
Haha.. terlebih pjg sudah.. its ok sooner or later kita akan tahu dalangnya.. btw thanks sebab sud ...

it's my pleasure to read ur story
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-8-2015 04:56 PM

Maznah meraung sekuat hati mendengar perkhabaran sedih yang menimpa anak bongsunya. Ada kemungkinan Jie sudah mati walaubagaimanapun pencarian mayat giat dilakukan. Dari tengah malam sehingga ke pagi ini polis masih berusaha menemukan jenazah Jie.

Viana cuba menenangkan Mommy. Khalid kini berada di Villa Safiah menemani Rayyan. Mental abang iparnya lemah. Ketahanan diri hilang. Rayyan tak henti henti menyeru nama Jie sedari tadi. Nyaris membunuh diri.

Mujur Azim dan Ku Iz muncul tepat pada masa bersama sekumpulan anggota polis.

Rayyan hampir berjaya menamatkan riwayat hidupnya.

Namun, Azim bergegas berlari sebelum berjaya menggapai tangan Rayyan untuk menarik ke atas semula. Polis membantu memudahkan kerja Azim. Lega melihat Rayyan selamat.

"I terlambat untuk selamatkan nyawa adik you.."

Azim mendekati Viana. Kesal kerana gagal membantu Jie. Terduduk sedih. Kini Jie telah tiada ! Shahrul juga tidak diketahui nasib. Masih hidup atau telah mati.

"Selagi tak jumpa mayat Jiha, I tetap anggap Jiha masih hidup !"

Zulkarnain segera menyampuk. Sukar menerima hakikat kepergian Jie. Ada kemungkinan Rayyan tersilap pandang.

"I pun sama, Zul ! I akan pastikan sesiapa saja yang terlibat dalam komplot ini mati !! "

Viana mengetap bibir. Menahan keperitan melanda jiwa. Bayangan Jie bermain difikiran. Sebak.

Tambah pula melihat Zack hanyut dalam dunia sendiri. Adik iparnya rapuh berdepan hakikat Jie mungkin sudah tidak bernyawa lagi. Sedih mengenangkan nasib Si Kembar. Kehilangan Mommy dalam usia yang masih mentah.

Dato' Hanafi mengesat air mata. Terbayang kerenah Jie dari kecil sehingga dewasa. Imbasan bayangan itu menusuk kalbu. Membunuh segenap kekuatan.

Jie.. No matter where you are.. You'll always be by my side.. Daddy loves you..  My little princess..

Mencapai bingkai gambar Jie diatas meja. Dato' Hanafi mengucup potret anak bongsunya. Air mata berlimpahan lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 03:19 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 10-8-2015 04:47 PM

"Maaf mengganggu Dato' Datin.."

Inspektor Razlan segera mendapatkan Maznah dan Dato' Hanafi. Ada bukti mustahak ditemui.

"Kami jumpa rantai ini berhampiran lereng bukit.. Ada kemungkinan ini milik Cik Nur Najiha.."

Seutas rantai leher emas terletak dalam plastik dihulur kepada Dato' Hanafi dan Maznah. Plastik bertukar tangan.

Dato' Hanafi dan Maznah membelek seketika sebelum menyerahkan kepada Zack untuk memastikan rantai ini milik Jie.  

Sebaik terpandang rantai itu, Zack menjerit umpama terkena histeria.

"Baby !!!! "

Lutut Zack lemah longlai. Nyaris rebah. Azim segera memaut bahu Zack memberi kekuatan.

"Sabar Zack.."

Azim buntu untuk memujuk. Diri sendiri walang menerima hakikat semua yang berlaku. Memikirkan Shahrul lagi.

"Rantai ini aku yang bagi pada Najiha... Masa kami bertemu semula di Ohio.." Bicara Zack tersekat. Sedu sedan.

"Maafkan saya, Encik Zafrey !" Inspektor Razlan mendekati Zack.

"Kami berjaya menemui satu mayat wanita. Wajah arwah sukar dicam kerana 90% bahagian muka rosak akibat cedera sewaktu tercampak ke dalam gaung."

Tiada reaksi balas dari Zack. Hanyut dibawa kesedihan. Jie kini telah tiada.

"Apapun kami akan serahkan pada jabatan forensik dan kimia untuk lakukan ujian DNA bagi memastikan kesahihan mayat ini milik Cik Nur Najiha.."

Inspektor Razlan teringat sesuatu.

"Selain itu kami juga menemukan barang peribadi lain seperti jam tangan, dan cincin milik mayat. Mungkin Dato' dan Datin boleh datang membuat pengecaman dibalai.."

Viana terpaku mendengar. Serasa ingin mencapai pistol dan menembak mati diri saat ini.

Zulkarnain pula kelu tanpa bicara. Naluri menyakini Jie masih bernyawa. Berharap keputusan DNA adalah negatif.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 03:49 PM | Show all posts
siapakah wanita tersebut?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 04:07 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 13-8-2015 12:48 AM

Bab 64

Genap tiga bulan Jie pergi menghadap Ilahi. Selama itulah Rayyan hidup terkapai kapai. Sering meracau meminta maaf kerana gagal menyelamatkan Jie. Safihah kini sarat membawa perut yang kian membesar.

Namun, Rayyan tetap hidup dalam dunia sendiri. Enggan mempedulikan anak dan isteri. Makan minum terabai. Badan Rayyan tampak susut.

Kalau Rayyan sudah begitu. Lebih parah lagi keadaan Zack. Mengelamun seorang diri. Menganggap Jie masih berada disisi. Kadang tertawa tiba tiba. Kebajikan Danny dan Daryl terabai.

Si Kembar kini berada didalam penjagaan Maznah dan Dato' Hanafi. Zack gagal menguruskan diri sendiri. Agak mustahil untuk menjaga Si Kembar.

Tengku Safiah takut melihat kedua anak lelakinya hancur gara gara kematian Jie.

"Mama tak tahu kenapa Najiha.. Tapi Mama harap Najiha pura pura mati macam dulu.. Mama tak sanggup tengok Ray dengan Zaf hidup tak menentu macam ni.."  

Berbicara seorang diri lantaran tertekan dengan keadaan sekeliling. Tengku Safiah berharap kematian Jie hanya satu penipuan dan Jie akan kembali satu hari nanti.

"Saf.. Yang pergi tetap pergi.. "

Tan Sri Isa sebak melihat isterinya. Barangkali sedih melihat Rayyan dan Zack membuatkan Tengku Safiah gelisah. Diri sendiri terpukul melihat kedua anak lelakinya berkabung menangisi pemergian Najiha.

Segala urusan ICB terpikul dipundak Khalid seorang diri.

Mujur Rizal boleh diharap memangku jawatan Rayyan sehingga Rayyan pulih.  Kerap juga Rizal datang melawat Rayyan. Cuba memberi semangat supaya Rayyan bangkit semula.

"Uncle, Aunty !"

Azim melangkah masuk sambil menyapa mesra Tan Sri Isa dan Tengku Safiah. Bersalaman tanda hormat sebelum duduk di sofa bersebelahan Tan Sri Isa.

"Macam mana keadaan Rayyan dan Zack?"

Azim berharap baik Zack dan Rayyan menunjukkan perubahan positif.

Namun jawapan yang diterima adalah sebaliknya.

"Macam itu jugalah, Azim. Abang dan adik tak ada perubahan.."  

Kadang Tan Sri Isa sudah lali melihat Zack dan Rayyan begitu. Puas dipujuk tetapi tidak berjaya. Hati ayah mana tidak pilu mengenang penderitaan menimpa anak anaknya. Buntu memulihkan Rayyan dan Zack.

"Bagi mereka waktu untuk terima hakikat, Uncle.. Azim yakin masa akan pulihkan semua.."

Azim sekadar berbasa basi. Ada urusan lebih penting datang ke mari. Hajat hati untuk bertemu Zack.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 04:11 PM | Show all posts

Mari kita CSI bersama sama
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:26 PM | Show all posts
bile ending ni u...ari2 tggu update...
i rase mcm ku iz je dalang nyer...
kn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.066063 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list